Penganjuran Lebih Banyak Program Turun Padang Bantu Rakyat Kementerian Kewangan


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

Kementerian Kewangan bakal anjur lebih banyak program bantuan turun padang Tujuan utama Kementerian Kewangan melakukan lebih banyak program bantuan turun padang ini adalah untuk lebih memahami keperluan rakyat terutamanya golongan yang terjejas akibat wabak covid-19 ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata beliau kerap bersama dengan pegawai-pegawainya mengadakan sesi turun padang untuk mengetahui, memahami dan merumuskan inisiatif-inisiatif kerajaan supaya terdapat lebih banyak bantuan yang dapat disalurkan kepada rakyat.
“Apa yang kita tonton di televisyen adalah berbeza daripada anda bercakap terus dengan golongan terkesan. Saya juga berpeluang untuk berjumpa dengan beberapa keluarga di Program Perumahan Rakyat di Lembah Pantai yang terkesan, mereka menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat”, kata Tengku Zafrul menerusi satu video yang disiarkan di laman rasmi Facebook Tengku Zafrul.
Impak daripada lawatan turun padang ini ternyata memberikan kesan yang berbeza daripada hanya mendengar atau hanya menonton di kaca televisyen sahaja kerana apabila melawati golongan yang terjejas, secara tidak langsung memberikan pengalaman atau menimbulkan perasaan yang sama jika diletakkan dalam golongan yang terkesan ini.
Antara sebab mengapa masih lagi terdapat golongan yang tercicir, tidak menerima bantuan setelah ianya diumumkan adalah kerana kurang kesedaran mengenai pakej-pakej yang telah diumumkan, ujar Tengku Zafrul.
“Dalam lawatan saya semenjak memegang jawatan Menteri Kewangan, saya telah berjumpa dengan ramai orang. Saya berjumpa dengan peniaga-peniaga kecil, peniaga besar dan juga rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Saya pergi ke Sarawak, Sabah dan Pahang. Contohnya di Pahang, kita telah melihat kawasan-kawasan yang terkesan akibat banjir baru-baru ini”, katanya di dalam video yang disiarkan.
Setakat ini, Kementerian Kewangan telah mengumumkan beberapa pakej rangsangan ekonomi yang berjumlah RM305 bilion termasuk Bantuan Prihatin Rakyat dan Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA). Bagi memantau pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) telah ditubuhkan.
Terdapat beberapa spekulasi yang menyatakan aktiviti turun padang yang dilakukan oleh Tengku Zafrul ini adalah berunsurkan politik dan Tengku Zafrul telah menafikan kenyataan tersebut dan menerangkan bahawa tujuan utama lawatan turun padang ini adalah untuk membantu rakyat dan tidak berunsurkan politik.
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, apa yang telah dilakukan setakat ini masih tidak mencukupi dan pada tahun 2021 ini, lebih banyak sesi turun padang akan dianjurkan.”Ada diantara mereka yang memerlukan bantuan lebih kerana telah kehilangan pekerjaan. Kerajaan akan membantu golongan ini. Pakej bantuan dan inisiatif sedia ada mungkin tidak dapat membantu mereka” katanya.
Pencapaian Utama Kementerian Kewangan Pakej-pakej rangsangan ekonomi seperti PRIHATIN, PENJANA, KitaPrihatin, PrihatinPKS. Penubuhan Agensi LAKSANA. Nilai Susuk Prihatin patuh Syariah digital pertama, menjangkau sasaran langganan asal RM100 bilion nilai moratorium pinjaman automatik untuk semua Rakyat dan Perniagaan selama 6 bulan. Peruntukan sebanyak RM100 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi penyelidikan penyakit berjangkit. Peruntukan RM10 bilion bagi Kemudahan Bantuan Khas (SRF) untuk PKS. RM3 bilion bagi peruntukan Bantuan Sara Hidup (BSH). Peruntukan lebih RM17 bilion terhadap Nilai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada 10 juta penerima di seluruh negara. RM6.5 bilion untuk Nilai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kepada lebih 8.5 juta rakyat golongan B40. RM20 bilion berkaitan dengan penyelesaian 1MDB. Peruntukan RM3.55 bilion Geran Khas Prithatin kepada 900,000 penerima perniagaan mikro, kecil dan sederhana. Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini.
 
Penganjuran Lebih Banyak Program Turun Padang Bantu Rakyat – Kementerian Kewangan
Dzanifah Nadia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2021/03/penganjuran-lebih-banyak-program-turun-padang-bantu-rakyat-kementerian-kewangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli Kaji Semula Agar Program Mesi 2 0 Lebih Mesra Rakyat

Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli Kaji Semula Agar Program Mesi 2 0 Lebih Mesra Rakyat

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 525 hits
Program MESI 2 0 dikaji semula agar lebih mesra rakyat Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bakal mengkaji semula Program Industri Bekalan Elektrik Malaysia 2 0 dengan menekankan aspek lebih mesra rakyat Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mem...
Kerajaan Tebuk Atap Tg Hj Abdul Hadi Yakin Rakyat Mampu Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik

Kerajaan Tebuk Atap Tg Hj Abdul Hadi Yakin Rakyat Mampu Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 293 hits
Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi pemerintahan lebih baik Beliau percaya rakyat sendiri mengetahui rekod PN sela...
Bantu Anak Lebih Mudah Ingat Faham Tak Perlu Paksa Pakar Kongsikan Tekniknya

Bantu Anak Lebih Mudah Ingat Faham Tak Perlu Paksa Pakar Kongsikan Tekniknya

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 476 hits
Anak anak kita berbeza beza ada yang lebih cepat tangkap namun ada pula yang agak lambat menghafal dan mengingati satu satu perkara yang diajarkan Pun begitu kemahiran mengingat dan merangsang anak ini perlu dilakukan sejak kecil lagi Malah...
Cadbury Zip Lebih Banyak Coklat Dan Wafer Yang Lebih Dengan Cadbury

Cadbury Zip Lebih Banyak Coklat Dan Wafer Yang Lebih Dengan Cadbury

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 763 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Cadbury Malaysia di bawah syarikat makanan global Mondel z International telah melancarkan Cadbury Zip serba baru Makanan ringan yang menggembirakan ini disertakan dengan resipi baru yang enak dan lazat s...
Kerajaan Akan Manfaat Lebih Banyak Data Untuk Salur Bantuan Kata Tengku Zafrul

Kerajaan Akan Manfaat Lebih Banyak Data Untuk Salur Bantuan Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 350 hits
BMenteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata syarikat dalam sektor pelancongan merupakan antara sasaran bantuan kerana mereka masih belum dapat meneruskan operasi KUALA LUMPUR Kerajaan akan memanfaatkan lebih banyak data yang dikumpul...
Pn Ph Rakyat Boleh Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik Presiden Pas

Pn Ph Rakyat Boleh Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik Presiden Pas

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 336 hits
KUALA LUMPUR Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi pemerintahan lebih baik Beliau percaya rakyat sendiri mengetahui ...
Owh Mana Lebih Teruk Kalau Tunggang Komplot Menipu Ahli Parti Sekongkol Dengan Perasuah Gagal Dalam Banyak Hal Kah

Owh Mana Lebih Teruk Kalau Tunggang Komplot Menipu Ahli Parti Sekongkol Dengan Perasuah Gagal Dalam Banyak Hal Kah

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 234 hits
Pas kata PH nak memerintah cara fitnah tipu ugutMarch 10 2021 Pemuda Pas mendakwa parti pembangkang menjadikan politik toksik sebagai modal bagi meraih pemerintahan dengan cara memuntahkan fitnah menggumpal penipuan dan mengancam ugut Ketua...
Culture Of Entrepreneurial Mindset

The Art Of Baking Unleashing Your Creativity And Mastering The Science Of Perfectly Baked Treats

Kembalikan Pelangiku

Ngos Unite To Ensure Water Security Promote Responsibility The Star 19 03 2025

Antara Dua Alam Yang Berbeza Permandangan Unik Di Brazil

Lirik Lagu Ipg Kpm Yang Rasmi

Malaysian Bar Cautions Against Oversight Body For Judiciary

Fitnah Di Bulan Ramadan Serendah Rendah Akhlak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Reel Legends Become A Slot Champion At 389sports

Sambal Ikan Bilis Dengan Terung Pipit Dan Petai

Berbuka Puasa Di Halal Academy 2025

Doa Bila Hujan Tak Kunjung Berhenti

Mudah Dan Sedap Bila Guna Produk Cap Bunga Rose

Memperkukuh Kesejahteraan Komuniti Inisiatif Ramadan Lifebuoy Tahun Ke 3 Berturut Turut Untuk Keluarga B40