Bantu Anak Lebih Mudah Ingat Faham Tak Perlu Paksa Pakar Kongsikan Tekniknya
Anak-anak kita berbeza-beza, ada yang lebih cepat tangkap namun ada pula yang agak lambat menghafal dan mengingati satu-satu perkara yang diajarkan. Pun begitu, kemahiran mengingat dan merangsang anak ini perlu dilakukan sejak kecil lagi.
Malah menurut Pn Nurul Sheriena Musa, ahli terapi cara kerja, terdapat beberapa strategi dan teknik untuk membolehkan kanak-kanak lebih mudah menghafal. Ini tiga strategi yang dikongsikan oleh beliau, mak ayah boleh cuba pada anak-anak.
3 Strategi bantu anak lebih mudah Faham & mudah mengingat
Ramai ibu ayah ingat nak anak bagi faham cepat perlu beri latih tubi. Suruh anak buat pelbagai buku tapi anak masih tak ingat apa.
Tak faham apa yang ibu ayah tunjukkan. Tak salah buat latihan kalau anak sudah sedia dan sesuai dengan umur perkembangan mereka.
Sebenarnya saya sebagai Ibu pada Maryam Raissa pun tidak pernah nak minta Maryam ingat all the colors pun. Tapi dia dapat fahami sendiri apabila kita kaitkan warna dengan sekeliling. Bila mula minat dan dia yang bertanya kita galakkan.
Saya nak kongsikan 3 Strategi ini kalau diikutkan dengan perkembangan kognitif anak sesuai nak bantu anak faham konsep dan lebih mudah nak ingat.
1. Main cari objek tersembunyi
Letakkan shreded paper yang ada dalam kotak dan letakkan objek seperti Puzzle berwarna. Sambil anak kuis kuis tangan cari objek secara tidak langsung bantu Visual Perception anak serta motor halus anak.
Untuk anak anak Kinestatik amatlah sesuai gunakan strategi hands on untuk faham sesuatu konsep.
2. Padankan yang sama
Contoh kalau kita mahu ajar anak kenali warna. Sesuai kalau ada Puzzle berwarna dan minta anak padankan warna warna sama.
Biar anak fahami Konsep dahulu.
3. Padankan dengan objek sekitar rumah
Saya amat galakkan untuk kita ajar anak sesuatu konsep dan cuba kaitkan dengan apa yang ada di rumah.
Bagi anak anak sekitar 1 ke 4 tahun amatlah sesuai kalau kita gunakan strategi ini. Untuk anak anak special needs yang masih sukar nak mengingat konsep asas dan nak sediakan anak tulis dan baca pun sesuai buat strategi ini.
Artikel berkaitan: Nak Anak Umur 4-6 Tahun Laju Baca, Ini Tekniknya Lebih Berkesan Mudah Ingat
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Bantu Anak Lebih Mudah Ingat & Faham, Tak Perlu Paksa, Pakar Kongsikan Tekniknya! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/bantu-anak-lebih-mudah-ingat-faham-tak-perlu-paksa-pakar-kongsikan-tekniknya/