Pengangkutan Malaysia Di Ambang Kegagalan


 

Ada beberapa kawan yang bertanya kepada saya beberapa hari yang lalu, apakah kemajuan Malaysia dalam bidang pengangkutan selama 17 bulan bawah pemerintahan Jemaah Menteri yang lalu.
Apakah sewaktu pandemik menyerang kita telah menggunakan masa yang ada dengan mengatur kembali segala perancangan sebaik mungkin?
Mengenalpasti keperluan permintaan dan mengatur strategi untuk menjadi lebih cekap dalam perkhidmatan pengangkutan awam serta memperketatkan penggunaan kereta-kereta persendirian demi menurunkan kadar polusi dan jumlah kaki persegi karbon yang ternyata masih tinggi.
Di sini, saya perturunkan jawaban saya secara ringkas dan ikhlas.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim
Saya sebenarnya tidak melihat apa-apa perubahan yang berlaku selama 17 bulan. Saya beranggapan Jemaah Menteri dan juga Kementerian Pengangkutan amat tidak bertanggungjawab dalam merancang kemudahan pengangkutan awam.
Lihatlah apa yang telah terjadi kepada perusahaan pengangkutan bas. Pada mulanya permintaan pengangkutan awam amat terjejas oleh PKP. Tetapi ianya tidak ditangani.
Pengusaha pada awalnya kehilangan penumpang. Dari situ nasib mereka menjadi semakin parah, dengan kesukaran yang terpaksa ditanggung oleh semua pengusaha bas, bas ekspres, bas pelancong, dan juga bas sekolah.
Selepas 17 bulan yang sepi, perusahaan mereka yang terbina sekian lama, sekarang hancur lebur.
Tiada penumpang, bererti tiada pendapatan. Setelah terpaksa menanggung pekerja untuk beberapa bulan di awal pandemik, pengusaha akhirnya terpaksa berhentikan pekerja.
Kini, ramai pekerja bas yang sudah hilang mata pencarian dan masa depan mereka ternyata gelap.
Persoalan yang sama penting, bagaimana syarikat bas harus membayar ansuran bulanan pinjaman kepada syarikat kewangan dan bank?
Mereka telah hilang punca pendapatan dan pihak kerajaan tidak tampil menolong secara berkesan.
Sebaliknya, disaat mereka memerlukan pembelaan, kerajaan mengumumkan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim diluluskan dengan peruntukan awal RM1.6 billion untuk pengambilan tanah.
Ini satu tragedi. Bukan saja ia mencerminkan perancangan yang amat tidak bertanggungjawab dari pihak kerajaan, tetapi langkah berikutnya amatlah sumbang dan sekaligus menunjukkan sifat boros lagi membazir.
Apa gunanya Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim pada masa ribuan pengusaha bas berada dalam kesusahan, dihimpit keperitan kewangan, dan akan terpaksa ‘gulung tikar’ akhirnya?
Apakah benar negara sekarang memerlukan lapangan terbang baharu pada waktu pandemik tambah meruncing?
Dari mana akan tibanya beratus pesawat dan berjuta penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim? Kalau ini bukan kegagalan di pihak kerajaan, apakah ungkapan yang lebih sesuai?
Sedangkan kepentingan industri pengangkutan bas yang sedia ada dengan ribuan pekerja diabaikan begitu sahaja.
Yang pasti seluruh sektor pengangkutan bas dalam keadaan nazak.
Justeru, ia tidak memerlukan kenyataan ‘lucu’ menteri baru-baru ini bahawa pengusaha bas tidak perlu bayar cukai jalan sehingga akhir tahun.
Sememangnya tiada pengusaha yang membayar pun, kerana bas-bas mereka semuanya tersadai.
KTM Berhad
Pihak kerajaan berpendapat bahawa peruntukan untuk menaiktaraf landasan kereta api Lembah Klang terlalu mahal.
Tetapi apakah peruntukan RM1.6 billion untuk mengambil balik hak milik tanah untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim berpatutan?
Berapakah pula kos sebenar untuk pembinaan lapangan terbang itu nanti?
Hakikatnya negara tidak memerlukan satu lagi lapangan terbang baharu untuk Kedah. Lapangan terbang sedia ada di Alor Setar (dan juga di Langkawi) memadai dan belum pun mencapai kapasiti yang dirancangkan.
Lagipun, dengan keadaan pandemik sekarang, jumlah pesawat amat terkesan dan jumlah penumpang jatuh menjunam.
Sektor penerbangan akan mengambil masa yang panjang untuk kembali sediakala, dan apa jua penambahan pesawat dan penumpang yang bakal berlaku, boleh dipenuhi dengan kapasiti lapangan terbang sedia ada.
Yang lebih memerlukan suntikan dana awam ialah KTM Berhad. Ini hakikatnya.
Jumlah penumpang yang menggunakan keretapi juga jauh lebih tinggi. Keutamaan harus diberikan kepada menambahbaik khidmat tren, satu usaha yang sekarang terbengkalai.
Jumlah purata penumpang keretapi komuter untuk setiap hari pada 2015 ialah 136,000 orang. Sekarang jumlahnya tidak sampai 30,000 orang.
Kemerosotan ini kerana gangguan perkhidmatan, kelambatan, dan jadual perjalanan yang tidak lagi menepati masa.
Di sinilah letaknya kegagalan selama 17 bulan itu dan berkemungkinan besar akan berlarutan dalam era kerajaan baharu sekarang.
Kita bukan sahaja tidak berjaya untuk merancang perkhidmatan pengangkutan dengan lebih baik tetapi kerajaan juga memusnahkan apa yang telah tersedia ada.
Jumlah penumpang yang merosot dengan mendadak, akibat perkhidmatan komuter yang tidak “reliable” atau diyakini berpunca daripada keputusan-keputusan yang separuh masak.
Tahniah kepada menteri berkenaan kerana masih diberi kepercayaan oleh perdana menteri yang baharu untuk meneruskan agenda pengangkutan yang ternyata gagal. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/09/pengangkutan-malaysia-di-ambang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Kno

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelas Silat Online Malaysia Yang Pertama

Kelas Silat Online Malaysia Yang Pertama

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 171 hits
Kelas Silat Online Malaysia yang pertama Seramai 1 000 ahli Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia dari serata dunia menghadiri Sambutan Maal Hijrah 1443H dan Hari Tenaga Pengajar yang julung kalinya diadakan secara maya ...
Cara Mudah Cancel Subscription Disney Hotstar Malaysia

Cara Mudah Cancel Subscription Disney Hotstar Malaysia

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 391 hits
Nampaknya anda berniat untuk cancel subscription atau membatalkan langganan Disney Hotstar Malaysia selepas 3 bulan merasai pengalaman menonton filem dan siri Marvel ye Boleh ikut langkah seperti dibawah Jika anda merupakan antara individu ...
Pemain Kacukan Malaysia Buat Part Time Di Pasaraya Sebelum Disambar Peterborough United Fc

Pemain Kacukan Malaysia Buat Part Time Di Pasaraya Sebelum Disambar Peterborough United Fc

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 208 hits
Nak berjaya memang tak senang Paling penting ialah usaha dan yakin dengan kemampuan diri sendiri Semoga FAM cepat ikat pemain ini wakili Harimau Malaya Penulis Gary Lugard di Semuanyabola com Kobe Jae Chong dianggap sebagai salah seorang pe...
Malaysia Darul Pingat Dankerajaan Sakau Duit

Malaysia Darul Pingat Dankerajaan Sakau Duit

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 328 hits
ZUWAIRI MOHD YUSOFHanya di Malaysia bawah PN BN orang gagal di naikkan pangkat dan di beri penghargaan Fakta yang tak tersangkal Ade yg di beri pingat kebesaran pun ramai bersepah Yg dapat jadi TYT Sarawak Melaka pun ade Senang citer UMNO P...
Malaysia Berisiko Diharamkan Fifa Jika Ada Campur Tangan Kerajaan

Malaysia Berisiko Diharamkan Fifa Jika Ada Campur Tangan Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 230 hits
Perkara ini bukan mainan dan Malaysia berisiko diharamkan oleh FIFA dari sebarang aktiviti bola sepak Malaysia berisiko berdepan tindakan tatatertib oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa jika terdapat campur tangan kerajaan atau individu ...
Pingat Kedua Buat Malaysia Yee Khie Sumbang Pingat Perak Di Paralimpik Tokyo

Pingat Kedua Buat Malaysia Yee Khie Sumbang Pingat Perak Di Paralimpik Tokyo

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 271 hits
Atlet powerlifting kebangsaan Jong Yee Khie berjaya merangkul perak dalam acara lelaki 107 kilogram yang juga merupakan pingat kedua negara di Sukan Paralimpik Tokyo di sini hari ini Walaupun tidak berjaya dalam percubaan pertama dengan ang...
Kuiz Kemerdekaan Jom Uji Pengetahuan Tentang Malaysia Dengan Jawab Soalan

Kuiz Kemerdekaan Jom Uji Pengetahuan Tentang Malaysia Dengan Jawab Soalan

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 893 hits
Sejauh mana pengetahuan anda tentang Malaysia dan kemerdekaan Malaysia yang mendatang ini Jom uji sendiri dengan jawab kuiz di bawah Antara soalan yang dikemukakan untuk anda menjawab Terdapat 25 soalan kesemuanya di akhir kuiz boleh nilai ...
Kajian Dakwa Malaysia Paling Teruk Didiami Semasa Covid 19

Kajian Dakwa Malaysia Paling Teruk Didiami Semasa Covid 19

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 221 hits
Sukarelawan memakai sut perlindungan diri bagi mengebumikan mayat mangsa Covid 19 di Tanah Perkuburan Muslim Raudhatul Sakinah di Kuala Lumpur pada 15 Jun lalu AFP KUALA LUMPUR Satu kajian baharu menunjukkan bahawa Malaysia adalah di antara...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada

Pmx Selamat Sampai