Pengangkutan Awam Di Bangkok


Sewaktu kembara selama 5 hari 4 malam di Bangkok pada bulan Jun / Julai lalu, saya dan Encik Suami bergerak ke sana sini dengan menaiki beberapa jenis pengangkutan awam. Dalam entri ini saya cuba senaraikan semua jenis pengangkutan awam yang ada sebagai perkongsian info

Saya kongsikan juga foto-foto berkaitan pengangkutan awam yang sempat saya rakam serta catatan pengalaman berkenaannya sebagai suatu memori. Ianya juga mungkin boleh memberi sedikit gambaran awal bagi pengembara yang mahu mengunjungi Bangkok buat kali pertama


1. SISTEM PENGANGKUTAN RELTerdapat 4 jenis sistem pengangkutan rel yang boleh kita naiki di Bangkok :SRT (State Railway of Thailand) Red LinesBTS Skytrain (Bangkok Mass Transit System)MRT (Metropolitan Rapid Transit)ARL (Airport Rail Link)
⏵ SRT (State Railway of Thailand) Red LinesSaya tiada pengalaman naik SRT Red Lines dan juga tiada sebarang rakaman foto berkaitan


⏵ BTS SKYTRAIN (Bangkok Mass Transit System)BTS merupakan pengangkutan awam yang paling kerap kami naiki. Sesuai dengan namanya ‘skytrain’, rel atau landasannya terletak di atas paras jalan raya

Pembelian tiket BTS boleh dibuat di kaunter tiket atau di mesin tiket berikut :
Klik foto untuk paparan lebih jelas.Kelemahan beli di mesin tiket, mesin ini hanya menerima duit syiling saja. Pilihan lain, bayar guna kod QR (kami tak pernah cuba bayar dengan cara ini). Kalau tak ada atau tak cukup duit syiling, kita boleh tukar duit di kaunter tukar syiling

Seperkara lagi yang perlu kita tahu, mesin ini hanya mengeluarkan maksima 4 kad bagi setiap transaksi. Kalau kumpulan kita lebih 4 orang, yang lain tu boleh beli di mesin tiket lain supaya cepat urusan pembelian. Sepanjang pengalaman kami, tak pernah lagi kami perlu beratur panjang di mesin ini sebab terdapat banyak mesin tiket di stesen

Ada beberapa kali kami beli tiket di kaunter sebab tak cukup duit syiling. Juga tak perlu beratur panjang dan sekejap saja urusannya

Beginilah rupa kad BTS Skytrain bagi satu perjalanan. Sentuh kad pada mesin untuk masuk dan masukkan kad pada mesin untuk keluar

Selain pembelian ‘Single Journey Card’ seperti ini, kita ada pilihan membeli ‘One-Day Pass’ atau ‘Rabbit Card’

Nak beli yang mana satu? Ia bergantung kepada kekerapan kita menaiki BTS. Kami memilih beli tiket setiap kali nak naik BTS, iaitu ‘Single Journey Card’. Ini kerana kami sendiri tak pasti berapa kerap kami akan menaiki BTS dan ada ketika kami naik ARL dan MRT

Info penting - tiada satu jenis kad yang boleh kita beli untuk kegunaan semua jenis sistem pengangkutan rel di Bangkok.
Platform BTS Skytrain di stesen Phaya Thai

Suasana di dalam tren BTS. Masa ni kami dalam perjalanan menuju ke Jeti Sathorn untuk aktiviti menyusuri Sungai Chao Phraya. Nampak kosong je kan? Sebab tren baru berhenti di satu stesen dan tak ramai penumpang yang naik

Seperkara lagi harus kita tahu, priority seat di sini diberi kepada sami Buddha, orang tua, orang kurang upaya, wanita hamil dan kanak-kanak. Dalam foto di atas, boleh nampak tempat duduk dengan stiker mereka yang layak diberi priority seat. Sesekali akan ada pengumuman peringatan berkenaan priority seat ini

Nak info lanjut berkenaan BTS Skytrain? Boleh terus ke laman web https://www.bts.co.th

⏵ MRT (Metropolitan Rapid Transit)MRT merupakan sistem pengangkutan rel di bawah tanah. Kami berkesempatan naik MRT sebanyak dua kali. Tak banyak foto berkaitan MRT yang sempat saya rakam kerana orang terlalu ramai di stesen

Kali kedua kami naik MRT pada waktu petang, orang terlalu ramai sehinggakan beberapa kali tren tiba kami masih tak dapat masuk dalam tren. Mujur kekerapan tren tiba setiap dua minit, jadinya taklah lama menunggu

Hanya sempat merakam foto mesin tiket ini. Pembelian tiket boleh dibuat di mesin tiket atau kaunter tiket. Barisan agak panjang jika beli di kaunter, tapi sekejap saja urusannya


⏵ ARL (Airport Rail Link)ARL merupakan pengangkutan rel kedua yang kerap kami naik. Ini kerana lokasi hotel bagi dua malam terakhir kami di Bangkok terletak berhampiran stesen ARL Ratchaprarop. Jadinya nak ke mana-mana yang perlu naik tren akan bermula dari stesen Ratchaprarop

Terdapat 8 buah stesen yang menghubungkan laluan stesen Phaya Thai dengan stesen Suvarnabhumi. Penerbangan kami balik ke Malaysia berlepas dari Suvarnabhumi Airport, memang sangat mudah cuma naik ARL dari stesen Ratchaprarop dan terus menuju ke stesen di lapangan terbang

Pembelian tiket boleh dibuat di mesin tiket. ARL menggunakan token, sentuh token pada mesin untuk masuk dan masukkan token pada mesin untuk keluar

Foto platform ARL di stesen Ratchaprarop. Setiap kali tren berlepas, pengawal keselamatan akan berdiri di tren paling depan dan memberi tabik hormat (klik foto untuk paparan lebih jelas)


2. BASKami berpeluang naik bas sekali saja, iaitu semasa tiba di Don Mueang Airport untuk menuju ke stesen BTS Mo Chit. Bas yang selesa, ada pendingin hawa dan menggunakan laluan tol

Terdapat banyak bas biasa di sini, tapi saya belum berani mencuba selain nak mengelakkan kemungkinan terperangkap dalam kesesakan jalan raya

Bas A2 dari Don Mueang Airport


3. TEKSI  /  E-HAILINGTak semua tempat mudah untuk kita sampai dengan menaiki pengangkutan rel. Nak naik bas biasa, tak berani pulak. Pilihan yang ada, kita naik teksi atau e-hailing

Pengalaman kami, sekali naik teksi dan sekali lagi naik e-hailing Bolt. Terdapat dua pilihan e-hailing iaitu Grab atau Bolt. Kami naik Bolt sebab ia menawarkan tambang lebih rendah berbanding Grab

Bagi perjalanan dengan pilihan laluan bertol, kita boleh pilih nak ikut jalan biasa atau laluan bertol. Caj tol tidak termasuk tambang teksi / e-hailing. Kita boleh gunakan wang tunai kita atau pemandu boleh dahulukan wangnya untuk bayar tol


4. TUK TUK
Kami tiada pengalaman menaiki tuk tuk. Menurut pendapat saya, tuk tuk lebih sesuai dinaiki untuk tujuan pengalaman melancong di Bangkok dan bukan sebagai pilihan pengangkutan untuk bergerak ke sana sini yang bagus. Sebaiknya kita ambil tahu berkenaan jarak dan kadar tambang yang dirasakan sesuai sebelum berunding dengan pemandu tuk tuk untuk mengelakkan rasa tertipu


5. TEKSI MOTOR
Kami tiada pengalaman naik teksi motor, tapi saya selalu memerhatikan mereka menunggu pelanggan di sudut tertentu jalan raya

Berdasarkan pemerhatian saya, teksi motor merupakan antara pengangkutan awam yang banyak digunakan oleh warga Bangkok. Sebaik turun dari stesen tren, kelihatan deretan teksi motor sedia menunggu di bawah. Tak lama kemudian, satu demi satu bergerak dengan membawa penumpang. Saya lihat penumpang perempuan duduk secara sisi, macam bahaya pulak sebab jalanan di sini sesak


6. TEKSI AIR
Terdapat pelbagai pilihan jenis teksi air di Sungai Chao Phraya dengan kadar tambang berbeza mengikut destinasi dan jenis bot dinaiki

Memandangkan ini pengalaman pertama kami naik teksi air di sini, kami pilih naik tourist boat. Lebih mudah dapat info menerusi carian internet dan dapat naik feri yang selesa


Nak info lebih lanjut berkenaan pengangkutan awam di Bangkok? Itu kena buat carian sendiri ya, ada banyak laman web yang memberikan info lengkap. Saya sekadar mencatat secebis pengalaman sendiri yang baru pertama kali ke Bangkok. Maaf jika ada info yang tidak tepat









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/08/pengangkutan-awam-di-bangkok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahu Perjalanan Bercuti Smooth Ikuti Panduan Ini Sebelum Naik Pengangkutan Awam Di Korea

Mahu Perjalanan Bercuti Smooth Ikuti Panduan Ini Sebelum Naik Pengangkutan Awam Di Korea

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 309 hits
Pengangkutan awam bukanlah perkara pertama yang terlintas di kepala seseorang apabila sedang membuat persiapan untuk melancong Tahukah korang menggunakan pengangkutan awam boleh menjimatkan masa dan wang ARTIKEL BERKAITAN Lebih kurang di Ku...
Penjawat Awam Pencem Umur 50tahun Rakyat Menyambut Baik Cadangan Tersebut

Penjawat Awam Pencem Umur 50tahun Rakyat Menyambut Baik Cadangan Tersebut

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 386 hits
Kakitangan kerajaan patut besara Wajib 50 55 bagi peluang pada generasi baru yang sudah lama belajar tapi tiada peluang pekerjaan Apa kata anda Kerajaan kena kaji balik Mohon Penjawat awam pencen pada umur 50 tahun adalah satu isu yang memp...
Buat Tuntutan Lebih Rm200 000 Sprm Tahan Penjawat Awam

Buat Tuntutan Lebih Rm200 000 Sprm Tahan Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 296 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sembilan menahan seorang penjawat awam wanita disyaki menggunakan jawatannya mendapat wang tuntutan lebih RM200 000 selama tiga tahun Menurut sumber suspek yang berusi...
Cuepacs Yakin Kerajaan Tunai Janji Naik Gaji Penjawat Awam

Cuepacs Yakin Kerajaan Tunai Janji Naik Gaji Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 179 hits
KUALA TERENGGANU Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam yakin kerajaan akan menunaikan janji untuk menaikkan gaji penjawat awam biarpun keputusan pilihan raya negeri di beberapa negeri menyaksikan kekalahan teruk gabungan ...
Polis Siasat Ceramah Sanusi Didakwa Fitnah Gugat Keharmonian Awam

Polis Siasat Ceramah Sanusi Didakwa Fitnah Gugat Keharmonian Awam

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 224 hits
Muhaamad Hafis Nawawibhnews bh com myKUALA LUMPUR Polis membuka kertas siasatan membabitkan ceramah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa berunsur fitnah dan dengan niat menggugat keharmonian awam Ketua Komunika...
Afanti China Halal Food Bangkok

Afanti China Halal Food Bangkok

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 311 hits
Kembali menyambung catatan perjalanan di Bangkok Insya Allah lagi beberapa entri tamatlah siri catatan Bangkok Berbalik kepada tajuk entri kalau ikut itinerari kami akan makan di Samat Muslim Food yang terletak di seberang jalan besar Tak j...
Faiz Geng Kartel Jadikan Bersatu Macam Tandas Awam

Faiz Geng Kartel Jadikan Bersatu Macam Tandas Awam

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 253 hits
Al Abror Mohd Yusuf Haspaizi ZainSelama tujuh tahun kata Muhammad Faiz Na aman dia bertahan dan bersabar dengan pelbagai kerenah dalam Bersatu sebelum nekad meninggalkan parti berkenaan pada 7 Ogos lalu Yakin parti itu tiada masa depan jika...
Diploma Pengurusan Awam Dan Governan Di Intec Education College Pilihan Terbaik Selepas Spm

Diploma Pengurusan Awam Dan Governan Di Intec Education College Pilihan Terbaik Selepas Spm

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 315 hits
Habis peperiksaan SPM tak tahu nak sambung belajar mana Inilah dilema yang biasanya student lepasan SPM kat luar sana hadapi Masing masing memikirkan hala tuju seterusnya kerana umur masih muda dan perjalanan hidup masih panjang Program dip...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025

Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat