Dalam Satu Forum Pemimpin Umno Pkr Dap Kutuk Muhyiddin




Pemimpin daripada Umno, DAP dan PKR dilihat sebulat suara ketika program diskusi malam tadi, dalam mempersoalkan legitimasi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan nasihatnya kepada Agong untuk mengisytiharkan darurat.
Dalam program yang disiarkan secara dalam talian, Kamal Amir, seorang veteran Umno yang pernah menjadi exco Pemuda pada 1980-an, Abdul Aziz Bari dari DAP dan Abdullah Sani dari PKR bertegas Parlimen mesti bersidang semasa darurat supaya Muhyiddin dapat membuktikan beliau mempunyai sokongan sebagai perdana menteri.
“Rakyat berkeyakinan bahawa dia sewaktu menasihat Yang di-Pertuan Agong, (dia) tidak mempunyai keabsahan, tetapi keabsahan beliau itu tidak boleh dicabar, kerana tak ada (sidang Parlimen),” kata Kamal.
“Ya, saya bersetuju,” kata Aziz yang juga ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
“Agong hanya perlu mendengar nasihat daripada kerajaan yang mempunyai legitimasi,” katanya.
Aziz adalah antara tiga Adun Pakatan Harapan (PH) yang memfailkan tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan Muhyiddin menasihatkan Agong untuk mengisytiharkan darurat.
Bagaimanapun pada Oktober lepas, pensyarah undang-undang yang menjadi ahli politik itu berkata, keputusan Agong adalah muktamad selepas Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah enggan menggunakan kuasanya untuk mengisytiharkan darurat ketika mula-mula dicadangkan.
Sebelum ini, Pengerusi PH Anwar Ibrahim menggesa ahli-ahli Parlimen untuk menulis warkah kepada Agong untuk membatalkan darurat, tetapi kini menukar kenyataannya, mengatakan hanya mempersoalkan nasihat Muhyiddin termasuk mendesak supaya Parlimen bersidang.
Seorang lagi panel, Abdullah yang juga ahli Parlimen Kapar menyelar kerajaan kerana melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan aktiviti perniagaan dihadkan, sebagai usaha untuk mengekang penularan Covid-19.
“Kita sebenarnya menyekat proses ekonomi itu berkembang. Inilah yang saya lihat kerajaan hari ini gagal melaksanakan tugas mereka dan membiarkan derita rakyat terutama sekali pembuangan pekerjaan berterusan.
“Kita lihat pada hari ini, orang terpaksa mencuri untuk makan, orang tak ada makan,” dakwa Abdullah.
Kamal bersetuju dengan Abdullah mengatakan kerajaan “berselindung di sebalik undang-undang untuk melindungi ketidakmampuan mentadbir”.
Semasa forum itu moderator menyampuk, mengatakan forum itu sangat mesra dan memperlihatkan persetujuan antara Umno dan DAP.
“Dari segi idea, nampak makin selari,” katanya.
Aziz kemudiannya menuduh Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun tersilap tafsir undang-undang apabila menyekat beberapa percubaan untuk menggulingkan Muhyiddin di Parlimen.
“Di Perak, entah macam mana ada speaker yang bukan daripada kalangan undang-undang, tapi lebih tahu, lebih jujur dari segi undang-undang berbanding speaker Dewan Rakyat yang berkasutkan peguam,” kata Aziz.
Sejak mengambil alih jawatan perdana menteri pada Mac tahun lepas, Muhyiddin berjaya melepasi dua pengundian kritikal yang mampu menyebabkannya perlu meletakkan jawatan sekiranya tidak mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/01/dalam-satu-forum-pemimpin-umno-pkr-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
At Friendly Forum Umno Dap And Pkr Men In One Voice Against Muhyiddin

At Friendly Forum Umno Dap And Pkr Men In One Voice Against Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 338 hits
Leaders from Umno DAP and PKR appeared to be in agreement with each other during a discussion programme last night as they questioned the legitimacy of Prime Minister Muhyiddin Yassin and his advice to the Agong to declare a state of emerge...
Kalau Umno Pkr Dap Kerjasama

Kalau Umno Pkr Dap Kerjasama

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 253 hits
SIFIRnya mudah Kalau UMNO PKR DAP bekerjasama org mcm Annuar Musa tak akan jadi Menteri malah dia akan diketepi Jenis kaki penting diri ni nasib UMNO sbgai sebuah parti Melayu pun dia tak peduli Sama mcm AtukSAKATua juga AtukSAKATua sanggup...
Panas Pemimpin Pkr Sekolahkan Mb Keda

Panas Pemimpin Pkr Sekolahkan Mb Keda

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 173 hits
Panas Pemimpin PKR sekolahkan MB KedahNaib Presiden PKR Datuk Xavier Jayakumar mendesak Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor segera meletakkan jawatan dan mendakwa pemimpin berkenaan tidak layak menerajui pentadbiran negeri itu Xavier...
Pertahankan Umno Bukan Pemimpin

Pertahankan Umno Bukan Pemimpin

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 397 hits
MEMPERTAHANKAN parti lebih penting berbanding mempertahankan seorang pemimpin Oleh itu Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sewajarnya akur dengan gesaan ahli akar umbi agar berundur secara terhormat daripada menerajui parti Melay...
Annuar Dakwa Beberapa Pemimpin Umno Mensendirian Berhadkan Parti

Annuar Dakwa Beberapa Pemimpin Umno Mensendirian Berhadkan Parti

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 259 hits
PETALING JAYA Menteri kerajaan Perikatan Nasional Annuar Musa terus mengkritik beberapa pihak dalam Umno yang tidak dinamakan mendakwa ada beberapa pemimpin Umno mensendirian berhadkan parti Beliau juga membidas beberapa tukang penulis nara...
Beri Peluang Akar Umbi Tentukan Pemimpin Hala Tuju Umno Jangan Beri Pelbagai Alasan

Beri Peluang Akar Umbi Tentukan Pemimpin Hala Tuju Umno Jangan Beri Pelbagai Alasan

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 261 hits
KUALA LUMPUR Perbalahan antara sesama pimpinan UMNO dilihat boleh melemahkan parti itu dan jalan terbaik untuk selesikannya adalah melalui pemilihan UMNO Itu pandangan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang mahu a...
Sua Annuar Musa Kata Umno Perlu Tonjol Imej Baik Dan Beri Peluang Pada Pemimpin Muda

Sua Annuar Musa Kata Umno Perlu Tonjol Imej Baik Dan Beri Peluang Pada Pemimpin Muda

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 250 hits
KUALA LUMPUR UMNO perlu menonjolkan imej yang baik serta mempunyai sistem penggantian kepimpinan baharu untuk kekal relevan dan diterima rakyat kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz Beliau berkata pemimpin muda ...
Jika Pemilihan Sebelum Pru15 Zahid Hamidi Harus Dikekal Atau Umno Perlu Pemimpin Baru Sebagai Presiden

Jika Pemilihan Sebelum Pru15 Zahid Hamidi Harus Dikekal Atau Umno Perlu Pemimpin Baru Sebagai Presiden

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 311 hits
Siapa yang harus menerajui UMNO jika pemilihan parti diadakan sebelum tarikh PRU15 diumumkan Dengan pelbagai desakan mahukan Ahmad Zahid Hamidi berundur sebagai Presiden UMNO ia adalah gambaran yang mudah difahami bahawa beliau pasti akan d...
Tak Pernah Tengok Atau Tak Mahu Tengok Pemimpin Umno Kontraktor Dan Millionaire 99 Ketua Bahagian Pemuda Millionaire

Tak Pernah Tengok Atau Tak Mahu Tengok Pemimpin Umno Kontraktor Dan Millionaire 99 Ketua Bahagian Pemuda Millionaire

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 325 hits
Sila lihat video berikut di mana Ketua Pemuda menggelabar tak boleh menjawab soalan Dr Asri Syed Sadik pula duk senyum relaks Fitnah Fitnah kepala hotak kau The question is not kalau hang terlibat politik wang atau tidak terlibat politik wa...
15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Dododots Released Limited Edition Of The Powerpuff Girls Collection

Ringgit Weakens Against Us Dollar Amid Ongoing Trade War Concerns

Norza Leaves Bam On A High

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Beli Jam Tangan Di Twg Angsana

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dolar As Menguat Tipis Di Tengah Ketidakpastian Global Begini Dampaknya Ke Pasar Forex Hari Ini

Cancel Culture Antara Keadilan Sosial Dan Pengadilan Massa Digital

Insurance Binders A Temporary Coverage Solution

The Pros And Cons Of Different Mortgage Year Terms Choosing The Right Option For

Lebai Terus Memperbodohkan Walaun

Beto Tolak Babak Atas Katil Watak Lgbt Saya Tak Mahu Cemar Maruah Keluarga