Peringatan Tak Boleh Lakukan Senaman Berat Selepas Vaksin Covid 19 Ini Sebabnya



 Tidak boleh bersenam selepas vaksin Covid-19? | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini merupakan hari ke 6 Sha telah disuntik vaksin dose kedua. Hari ke-3 mengambil vaksin baru Sha rasa tidak sedap badan iaitu rasa nak muntah. Bila balik rumah, suami suruh rehat sahaja. Jika korang follow instagram Sha, korang boleh nampak Sha mula amalkan senaman fast walk. Tapi sejak Sha tak berapa sihat suami suruh berhenti dulu daripada bersenam, katanya orang lepas cucuk vaksin tak boleh terlalu aktif. Sha pun ikutkan sahajalah tambah pula memang tak larat nak bergerak banyak. Sampailah Sha terjumpa artikel dari Hellodoktor.
 Tahukah anda, penerima vaksin COVID-19 tidak digalakkan untuk melakukan senaman berat selepas suntikan? Ini kerana terdapatnya risiko untuk mengalami radang otot jantung atau miokarditis, salah satu kesan sampingan yang amat jarang berlaku kepada individu yang mengambil vaksin COVID-19 jenis MRNA. Risiko ini juga lebih tinggi dalam kalangan orang muda yang berusia 30 tahun ke bawah. Golongan ini juga tidak digalakkan untuk melakukan senaman berat seperti berenang, berbasikal, angkat berat dan sebagainya seminggu selepas menerima vaksinasi.
Tetapi, mengapa kita ditegah untuk melakukan senaman berat selepas mengambil vaksin? Mari ikuti kupasannya di bawah.
Mengapa tidak boleh bersenam selepas menerima suntikan? Pada 3 Julai lalu, negara jiran kita, Singapura, digemparkan dengan berita kematian seorang remaja berusia 16 tahun hanya beberapa hari selepas menerima vaksin Pfizer-BioNTech.
Menurut laporan tersebut, jantung remaja berkenaan terhenti ketika sedang melakukan senaman mengangkat berat.
Kementerian Kesihatan Singapura masih menyiasat sama ada ia berlaku disebabkan miokarditis iaitu penyakit radang otot jantung. Namun, punca sebenar kejadian ini masih dalam siasatan.
Menurut CDC, sejak April 2021, banyak kesan sampingan vaksin yang telah dilaporkan.
Salah satunya ialah risiko untuk mengalami radang otot jantung (miokarditis dan perikarditis) setelah menerima vaksin COVID-19 seperti Pfizer-BioNTech dan Moderna.
Walau bagaimanapun, miokarditis dan perikarditis selepas suntikan COVID-19 amat jarang berlaku. Setakat 12 Julai 2021, sebanyak 1,047 laporan miokarditis atau perikarditis dalam kalangan orang dewasa berusia 30 tahun ke bawah telah diterima.
Kebanyakan kes ini dilaporkan selepas pesakit menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis mRNA.
Setakat ini, CDC dan FDA telah mengesahkan 633 laporan miokarditis dan perikarditis selepas suntikan vaksin. Namun, kaitan antara dua kondisi ini dengan vaksin COVID-19 masih berada dalam siasatan.
Kes radang otot jantung didapati lebih banyak berlaku kepada lelaki yang berusia 16 tahun ke atas. Selain itu, ia juga lebih kerap terjadi kepada mereka yang menerima dos kedua vaksin COVID-19.
Miokarditis atau perikarditis juga akan dikesan beberapa hari selepas pesakit menerima vaksin. Walau bagaimanapun, pesakit yang menerima rawatan akan sembuh dengan cepat selepas rehat yang mencukupi.
Malah, mereka juga boleh melakukan aktiviti harian dengan normal selepas simptom yang dialami berkurangan.
Apakah simptom radang otot jantung? Jika anda risau mengenai miokarditis atau perikarditis, pastikan anda sentiasa berjaga-jaga dengan simptom seperti:
Sakit dada.Sesak nafas.Degupan jantung yang kuat.Rasa letih dan penat.Rasa hendak pitam.Bengkak pada kawasan tangan, kaki dan buku lali.Pengsan. Jika anda mengalami simptom di atas, jumpa doktor dengan kadar yang segera.
Miokarditis atau perikarditis merupakan satu kondisi yang sukar untuk dikesan kerana ketiadaan simptom. Selalunya, simptom yang pesakit alami merupakan tanda penyakit lain seperti serangan jantung.
Di Malaysia, masih belum ada sebarang kes radang otot jantung selepas vaksinasi yang dicatatkan.
Malah, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan tiada kes miokarditis dan perikarditis yang diterima oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan melakukan senaman berat selepas menerima vaksinasi. Jika boleh, berehatlah sehingga anda benar-benar sihat.
Vaksin COVID-19 telah disahkan selamat dan efektif. Malah, jutaan manusia di seluruh dunia telah menerima vaksin ini tanpa sebarang kesan sampingan. Pada waktu artikel ini ditulis, hampir 9,570,974 rakyat Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19.
Adakah saya masih perlu mengambil vaksin? Jawapannya adalah ya. Vaksinasi merupakan satu komponen yang penting untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan, hospitalisasi dan kematian disebabkan wabak COVID-19.
Jika anda telah menerima vaksin dos pertama, anda perlu mengambil dos kedua kecuali mendapat arahan khas daripada doktor.
Untuk pengetahuan anda, vaksin mempunyai kebaikan yang lebih besar berbanding risikonya, termasuklah risiko radang otot jantung.
Malah, kesan sampingan vaksin bukanlah perkara baharu. Vaksin AstraZeneca juga dikatakan boleh menyebabkan pembentukan darah beku. Namun, kesan sampingan ini juga amat jarang berlaku.
Ingatlah, jutaan vaksin yang telah diberikan kepada rakyat Malaysia terbukti berkesan dan boleh menyelamatkan nyawa.
Oleh sebab itu, jangan sesekali memilih vaksin dan ambil imunisasi secepat mungkin mengikut jadual yang ditetapkan.
Ubah rutin senaman selepas vaksinasi


Jika anda suka bersenam, cuba ubah rutin anda kepada senaman yang lebih ringan. Tunggu sekurang-kurangnya seminggu sebelum menyambung rutin seperti sediakala.
Walau bagaimanapun, jika anda alami kesan sampingan vaksinasi seperti demam, batuk, selesema dan sebagainya, rehatlah sebentar dan beri masa untuk badan anda pulih sepenuhnya.
Mungkin anda akan rasa sedih kerana terlepas sesi senaman anda setiap hari, namun tidak ada gunanya untuk terus memaksa diri ketika sakit.
Seperti ubat-ubatan yang lain, vaksin juga mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri. Namun, itu bukanlah alasan untuk tidak mengambil vaksin.
Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita haruslah mengambil vaksinasi untuk melawan virus COVID-19. Jika bukan kita, siapa lagi?
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2021/08/sebab-tidak-boleh-bersenam-selepas-vaksin-covid19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksin Covid 19 Terlarut Terurai Dalam Darah Selepas Jalankan Tugas Dr Suhazeli Abdullah

Vaksin Covid 19 Terlarut Terurai Dalam Darah Selepas Jalankan Tugas Dr Suhazeli Abdullah

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 206 hits
Dr Suhazeli Abdullah Gambar hiasanTimbul keraguan adakah selepas vaksin swab test PCR secara automatik akan positif Sebab secara teorinya vaksin itu mengandungi virus yang dimatikan atau antibodi Covid 19 jadi swab test akan jadi positif Ra...
Catat Ini Persyaratan Ibu Hamil Boleh Disuntik Vaksin Covid 19

Catat Ini Persyaratan Ibu Hamil Boleh Disuntik Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 311 hits
Tentu untuk vaksin akan dilakukan skrining dengan hati hati dan untuk vaksinasi bisa dilakukan pada kehamilan 13 minggu sampai dengan cukup bulan memang dianjurkan 33 minggu kata dr Ari
Rentasan 933 Gempar Kini Vaksin Covid 19 Boleh Dibeli Di Pasaran Ge

Rentasan 933 Gempar Kini Vaksin Covid 19 Boleh Dibeli Di Pasaran Ge

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 270 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9331 VAKSIN ANGIN KELETIHAN ATAU SENGAJA 2 PENDIDIKAN BAGAIMANA MEMBANTU GENERASI YANG KEHILANGAN 3 PENJENAYAH BEBAS JIKA RAPAT DENGAN POLITIKUS BERKUASA 4 BERSIDANG SAHAJA BUKAN SURUH BERPERANG
Najib Persoal Parlimen Di Tangguh Selepas Kes Covid 19 Di Kesan Sedangkan Ppv Terus Buka

Najib Persoal Parlimen Di Tangguh Selepas Kes Covid 19 Di Kesan Sedangkan Ppv Terus Buka

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 212 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak mempersoalkan penangguhan sidang Parlimen sehingga tarikh yang belum diumumkan kerana Covid 19 apabila cetusan jangkitan di sebuah pusat pemberian vaksin di Shah Alam mengakibatka...
Tiada Antibodi Dikesan Selepas Terima Dua Dos Vaksin

Tiada Antibodi Dikesan Selepas Terima Dua Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 228 hits
Tiada antibodi dikesan selepas terima dua dos vaksin dakwa tiga individu Tiga individu termasuk seorang peguam mendakwa bahawa antibodi terhadap Covid 19 tidak dikesan dalam badan mereka setelah menerima dua dos vaksin Sinovac Peguam Varpal...
Selepas Baju Hitam Pembangkang Kayangan Kebal Covid 19 Juga Turun Berhimpun

Selepas Baju Hitam Pembangkang Kayangan Kebal Covid 19 Juga Turun Berhimpun

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 307 hits
agendadaily comOgos 2 2021Ahli Ahli Parlimen pembangkang berhimpun di Dataran Merdeka pagi ini Jika pada Sabtu kumpulan baju hitam berhimpun di ibu kota Kuala Lumpur tanpa menghiraukan bahaya Covid 19 hari ini Ahli Parlimen kayangan pembang...
Rizky Pejuang Covid Hari Pertama Lahir Positif Syukur Selepas 8 Hari Ibu Dapat Peluk

Rizky Pejuang Covid Hari Pertama Lahir Positif Syukur Selepas 8 Hari Ibu Dapat Peluk

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 223 hits
Penantian dan doa yang tak putus seorang ibu untuk memeluk dan menyusukan bayi akhirnya dimakbulkan juga oleh Allah selepas 8 hari berpisah Ini kerana ibu disahkan positif Covid dan selepas swab test dilakukan pada bayi turut juga positif P...
Tinggalkan 6 Anak Masih Kecil Ibu Tunggal Dijemput Ilahi Selepas Dijangkiti Covid

Tinggalkan 6 Anak Masih Kecil Ibu Tunggal Dijemput Ilahi Selepas Dijangkiti Covid

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 277 hits
Jika di awal kes penularan wabak Covid 19 tahun lalu kita risaukan kesihatan golongan yang mempunyai penyakit kronik dan warga emas Namun sekarang ia sangat berbeza sekali kerana ramai golongan muda yang mendapat jangkitan Covid sehingga di...
Kerap Bersin Tanpa Sebab Selepas Divaksin Mungkin Gejala Covid 19 Kajian

Kerap Bersin Tanpa Sebab Selepas Divaksin Mungkin Gejala Covid 19 Kajian

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 140 hits
Kerap bersin tanpa sebab selepas divaksin mungkin gejala COVID 19 Kajian SEPERTI yang diketahui mereka yang sudah divaksinasi sepenuhnya masih boleh dijangkiti COVID 19 Perbezaannya mereka yang sudah lengkap divaksin kebiasaannya mengalami ...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau