Penganalisis Ph Masih Tidak Ada Rancangan Ekonomi Tersusun Konsisten



Oh Ei Sun/FMT
Seorang penganalisis berkata, kenyataan menteri yang tidak tetap dan saling bercanggah mengenai isu berkaitan projek utama memberi kesan ke atas keyakinan pelabur, sekali gus mencadangkan supaya Putrajaya mewujudkan sistem jurucakap kerajaan.
Bercakap kepada FMT, felo kanan Institut Hal ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berkata, jurucakap itu hendaklah merupakan seorang diplomat profesional atau sekurang-kurangnya seorang yang mahir dalam bidang terbabit, bukannya pihak kementerian secara berasingan.
Terbaru, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Hal-ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikritik keras oleh pembangkang berikutan kenyataan mereka yang saling bercanggah berhubung status projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL).
Oh juga berkata, sehingga kini kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) belum mengetengahkan rancangan yang tersusun dan konsisten untuk memulihkan keadaan ekonomi yang merosot.
Berhubung kejatuhan besar nilai Ringgit berbanding Baht Thailand serta pencapaian ekonomi negara Thai walaupun berada di bawah pemerintahan tentera, Oh berkata, perbandingan mata wang antara 2 ekonomi yang serupa tidaklah terlalu bermakna kerana akan berlaku “turun-naik yang kerap” antara kedua-duanya.
“Semalam Ringgit mencecah rekod terendah berbanding Baht pada kadar tukaran RM13.15 bagi 100 Baht (RM1 bersamaan 7.60 Baht).
“Saya tidak begitu pasti sama ada kita perlu segera memperkukuhkan Ringgit kerana ia akan membayangkan bahawa kita akan terus bergantung kuat pada import.
“Sebaliknya kita harus mengambil kesempatan ke atas nilai Ringgit yang relatif lebih lemah itu dengan memperkukuhkan eksport dan memperkuat faktor bukan benda kita seperti kerajaan yang bersih dan cekap.”
Bagi mencapai tujuan itu kata Oh, “mesej selamat datang” Malaysia kepada pelabur dan komuniti perniagaan haruslah positif dan konsisten.
Berkaitan Thailand, Oh berkata, negara itu mengekalkan pemisahan jelas antara tindak-tanduk politik dengan dasar ekonomi.
“Sama ada ia merupakan kerajaan awam atau tentera, dasar pro-perniagaan dan pro-pelaburan tetap diteruskan.
“Malah dalam keadaan krisis yang paling buruk pun, rakyat Thai tidak akan merosakkan kemampuan produktiviti ekonomi mereka.”
Beliau berkata, kerajaan Malaysia boleh belajar daripada keadaan itu dengan memisahkan politik daripada pengurusan sebenar kerajaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/02/01/penganalisis-ph-masih-tidak-ada-rancangan-ekonomi-tersusun-konsisten/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Indef Ungkap Penyebab Terhambatnya Pertumbuhan Ekonomi Ri

Indef Ungkap Penyebab Terhambatnya Pertumbuhan Ekonomi Ri

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 295 hits
Ekonom Senior Institute for Development of Economics and Finance Nawir Messi mengatakan salah satu penyebab perlambatan investasi di Indonesia disebabkan ekonomi masih belum efisien Ekonomi yang tidak efisien tersebut dapat dilihat dari rat...
Strategi Jokowi Capai Pertumbuhan Ekonomi 5 3 Persen Di 2019

Strategi Jokowi Capai Pertumbuhan Ekonomi 5 3 Persen Di 2019

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 284 hits
Untuk mencapai hal tersebut Presiden Jokowi telah memiliki strategi Selain meningkatkan ketahanan faktor domestik terhadap sentimen internasional Jokowi kembali memiliki misi menggenjot ekspor dan mengurangi impor
Undang Undang Kontroversi Ekonomi Buruk Dorong Belia Sudan Protes

Undang Undang Kontroversi Ekonomi Buruk Dorong Belia Sudan Protes

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 236 hits
Undang undang kontroversi ekonomi buruk dorong belia Sudan protes Dikemas kini 4 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 7 F
Kompaun Ekonomi Meleset Kerajaan Patutnya Beri Diskaun

Kompaun Ekonomi Meleset Kerajaan Patutnya Beri Diskaun

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 322 hits
KUANTAN Ketika situasi ekonomi yang tidak menentu kerajaan sepatutnya kerajaan memberi diskaun kompaun kepada pesalah lalu lintas bukan bertegas dengan dasar tiada diskaun ADUN Chenor Mujibur Rahman Ishak berkata kompaun adalah salah satu c...
Mendag Bilang Capaian Pertumbuhan Ekonomi 2018 Indonesia Dapat Apresiasi Dunia

Mendag Bilang Capaian Pertumbuhan Ekonomi 2018 Indonesia Dapat Apresiasi Dunia

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 315 hits
Menteri Perdagangan Enggartiasto Lukita menyatakan pertumbuhan ekonomi Indonesia mendapatkan apresiasi dari banyak negara Sebab Indonesia dinilai menjadi salah satu negara yang mampu mempertahankan pertumbuhan ekonomi di atas 5 persen di te...
Langkah Demi Langkah Cara Menulis Kertas Kerja Rancangan Perniagaan Dengan Format Yang Betul

Langkah Demi Langkah Cara Menulis Kertas Kerja Rancangan Perniagaan Dengan Format Yang Betul

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 1941 hits
Adakah anda memerlukan kertas kerja rancangan perniagaan untuk bisnes yang anda sedang jalankan Bagaimana kalau saya kongsikan kepada anda langkah demi langkah apa yang perlu anda lakukan untuk menghasilkan sebuah kertas kerja rancangan per...
14 Sebab Kenapa Anda Perlu Ada Kertas Kerja Rancangan Perniagaan

14 Sebab Kenapa Anda Perlu Ada Kertas Kerja Rancangan Perniagaan

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 590 hits
Dalam posting sebelum ini saya telahpun bercerita tentang cara cara untuk menulis kertas kerja perniagaan Mungkin ada terlintas dalam fikiran pembaca sekalian adakah kertas kerja rancangan perniagaan ini begitu penting Bagaimana kalau bisne...
Tiket Percuma Di Aquaria Klcc Sempena Hari Jadi

Jangan Harap Pada Manusia Haraplah Hanya Pada Allah

Laluan Jalan Dan Jambatan Baharu Jerantut Lipis

Kekecohan Bersatu Tunjuk Ada Yang Tak Beres Antara Muhyiddin Hamzah

Pelawak Terkenal Indonesia Sule Dilaporkan Sakit

Kita Bertanggungjawab Dengan Apa Yang Kita Kata

Cara Kaifiyat Solat Sunat Gerhana Bulan

Solat Sunat Gerhana Bulan Panduan Jakim Jabatan Mufti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Growing And When To Pause

Kenduri Kahwin

Rupa Rupanya Ada 120 Ketua Bahagian Telah Menandatangani Akuan Bersumpah Mahu Muhyiddin Berundur

Beberapa Perkhidmatan Maybank Dipercayai Tergendala

Gempa Bumi Segamat 15 Bangunan Kerajaan Rosak Baik Pulih Setengah Juta

Samsol Selagi Aku Ada Chord