Pengampu Mahathir Mahu Beliau Mati Dalam Kehinaan




Selagi Majlis Presiden tidak membuat keputusan lain atau Tun Mahathir Mohamad sendiri tidak berterus-terang enggan melakukan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, perjanjian berhubung perkara itu adalah kekal sebagaimana ia telah dimuktamadkan sebelum ini.Muktamadnya perjanjian itu adalah jelas iaitu Anwar sebagai pengganti Perdana Menteri selepas Tun Mahathir, cuma tarikh bermulanya beliau mengambil alih jawatan itu saja yang belum lagi ditetapkan.Begitu pun, berdasarkan janji Tun Mahathir sendiri yang berulangkali dilafazkannya iaitu hanya mahu memegang jawatan Perdana Menteri selama dua tahun dan akan melakukan serah kuasa kepada Anwar sebelum tibanya PRU15, tidak diragui lagi peralihan kuasa tidak harus terlalu dilewat-lewatkan.Anwar harus diberi masa yang cukup memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ketibaan PRU15 yang tempoh akhir mesti diadakan adalah pada tahun 2023.Namun demikian, sementara ketiadaan tarikh serah kuasa itu terus menimbulkan pelbagai isu lain, termasuk komplot jahat untuk mengekalkan Tun Mahathir sehingga habis penggal, sama ada melalui Akuan Bersumpah atau usul percaya Pas dan dalam masa yang sama beliau enggan berterus-terang serta masih berteka-teki, keadaan itulah yang sebenarnya mencetuskan banyak spekulasi terus berkembang tanpa kawalan.Bagi yang ada kepentingan seperti Zahid Hamidi yang berdepan 87 kes mahkamah atau Pas yang takut dengan wibawa dan ketrampilan Anwar, keinginan mereka sedia mengampu Tun Mahathir agar kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal tidaklah sukar difahami.Atas kepentingan itu, mereka sanggup berbuat apa saja asalkan apa yang diingini dapat memenuhi kehendak hati.Tetapi, bagi pengampu-pengampu yang lain daripada PH, sama ada yang ada jawatan atau sebaliknya, untuk apakah sebenarnya mereka beria-ia mahu Tun Mahathir kekal sehingga habis penggal dan seterusnya memungkiri janji peralihan kuasa kepada Anwar?Apakah yang boleh bangga dan perolehi jika Anwar berjaya digagalkan jadi PM dan Tun Mahathir terus kekal sehingga habis penggal, tetapi dalam masa yang sama menjerumuskan diri Perdana Menteri kepada kemunafikan dan PH kepada perpecahan?Ataukah mereka mahu PH berpecah dan supaya dengannya UMNO kembali berkuasa selepas PRU15 nanti?Kepada pengampu dan pembodek, tidak sedarkah bahawa tindakan mereka yang boleh menyebabkan Tun Mahathir mungkir janji, jatuh ke lembah kemunafikan dan bergaduh semula dengan Anwar, yang lebih buruk ialah ia tanya akan memungkinkannya meninggal dunia dalam kehinaan?Seharusnya, jika mereka sayang kepada Tun Mahathir, dalam usianya menuju 95 tahun yang kematian bila-bila masa boleh menjemputnya, yang harus mereka lakukan ialah mendorongnya sentiasa berpegang kepada janji kerana itulah yang akan memastikan nama dan legasinya, selepas ketiadaannya nanti, terus terpelihara dan diingati.Lebih daripada itu, dalam usia menuju 95 tahun sekarang dan tiada lagi orang kanan yang setia serta kreatif disisinya seperti Megat Junid Megat Ayob, Sanusi Junid dan Aziz Shamsuddin, malah Tun Daim Zainuddin juga dikhabarkan tidak banyak campurtangan lagi, selain kedudukan Bersatu yang tidak cukup kuat, sedarkah mereka jika janji peralihan kuasa dimungkiri dan perbalahan dengan Anwar tercetus kembali, risiko kalah untuk Tun Mahathir adalah lebih tinggi lagi?Bahkan, tidak mustahil, kerana faktor usia dan jantung yang tidak lagi sekuat dahulu, Tun Mahathir juga berisiko rebah dan meninggal dunia dalam asakan ketegangan berbalah semula dengan Anwar yang slogan perjuangannya semua orang tahu adalah “Lawan Tetap Lawan” dan “Lawan Sampai Menang.”Dalam erti kata lain, jika janji peralihan kuasa dimungkiri atas desakan pengampu-pengampunya itu, sama ada Tun Mahathir menang atau kalah, kemungkinan untuk beliau mendapat penghinaan selepas kematiannya adalah cukup tinggi.Tidak mustahil, bukan saja nama dan legasinya akan dicaci, malah kuburnya juga nanti mungkin akan dikencingi.Berbeza jika beliau dipastikan memenuhi janji dan tidak berbalah dengan Anwar, namanya sebagai negarawan pasti akan kekal harum dan dikenang sepanjang zaman.Dalam hal ini, bagi yang mempertahankan janji peralihan kuasa dipenuhi, walaupun mereka dilihat tidak mengampu Tun Mahathir, mereka jelas lebih jujur dan mahu namanya terus terpelihara selepas ketiadaannya, selain sayang dan ingin PH menjadi kerajaan dalam tempoh yang lebih lama lagi.Oleh itu, kepada pengampu-pengampu tersebut, apa yang sebenarnya mereka perjuangkan untuk Tun Mahathir – kemuliaannya atau kehinaan untuknya? (ShahbudinHusin 16/02/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/pengampu-mahathir-mahu-beliau-mati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mesin Kapal Mati Lima Wna Terombang Ambing Di Selat Malaka

Mesin Kapal Mati Lima Wna Terombang Ambing Di Selat Malaka

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 347 hits
Tim Sar Pekanbaru mendapat informasi dari MRSC Johor Bahru soal kondisi kapal tersebut pada pukul 16 31 WIB Petugas yang berjaga langsung berangkat ke lokasi
Adik Tetak Kakak Sampai Mati Angkara Berebut Rumah

Adik Tetak Kakak Sampai Mati Angkara Berebut Rumah

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 623 hits
Seorang wanita maut ditetak di kepala dengan parang dan kapak oleh adik lelakinya dalam di Jalan Indah 10 Jintang Utara semalam Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata kejadian berlaku pada jam 6 30 p...
Uai Jelaskan Harta Si Mati Boleh Guna Sebelum Faraid Untuk Hal Ini Saja

Uai Jelaskan Harta Si Mati Boleh Guna Sebelum Faraid Untuk Hal Ini Saja

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 779 hits
Melalui akaun Facebook beliau menjawab persoalan tentang harta si mati yang diguna sebelum difaraidkan Adakah ia boleh dilakukan dan siapa yang berhak untuk menggunakannya GUNA HARTA SIMATI SEBELUM FARAID SOALAN Adakah harus salah seorang d...
Jom Ketahui Cara Pembahagian Harta Pusaka Faraid Selepas Mati

Jom Ketahui Cara Pembahagian Harta Pusaka Faraid Selepas Mati

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 663 hits
Jom Ketahui Cara Pembahagian Harta Pusaka Faraid Selepas Mati Yang dimaksudkan Faraid adalah ketetapan Tapi selain tu ia juga membawa maksud yang banyak seperti menentukan memastikan menghalalkan dan mewajibkan Tapi menurut istilah syara ad...
Faraid Siapa Yang Layak Mengurus Dan Mewarisi Harta Si Mati

Faraid Siapa Yang Layak Mengurus Dan Mewarisi Harta Si Mati

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 1806 hits
Faraid Siapa Yang Layak Mengurus Dan Mewarisi Harta Si Mati Amboi tajuk bukan kemain lagi CH tak pandai pun bab faraid ni tapi CH sendiri pun perlu mengurus tanah peninggalan arwah mak ayah Sampai sekarang tak settle lagi Huhu Lagipun adik ...
Ratusan Babi Di Ntt Mati Terserang Penyakit Misterius

Ratusan Babi Di Ntt Mati Terserang Penyakit Misterius

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 561 hits
Menurutnya pemerintah kabupaten Timor Tengah Utara belum memastikan penyakit misterius yang menyerang babi peliharaan warga itu Namun pihaknya berusaha untuk meminimalisir dengan memberikan obat
Ular Gigit Lelaki Lelaki Gigit Isteri Supaya Mati Bersama

Ular Gigit Lelaki Lelaki Gigit Isteri Supaya Mati Bersama

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 545 hits
Gambar Sekadar HiasanShankar Rai sedang tidur di rumahnya di wilayah Samastipur 60 batu utara Patna di negeri Bihar ketika beliau diserang dan digigit oleh ular berbisa Menjelang pagi keadaannya bertambah kritikal Menyedari beliau tidak mem...
Can Dr Mahathir Cover Rafidah Aziz S Shit This Time

Can Dr Mahathir Cover Rafidah Aziz S Shit This Time

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 416 hits
Mahathir has asked Rafidah to remain in Umno as his Trojan Horse what the Malays would call duri dalam daging or gunting dalam lipatan Her job is to attack Najib Tun Razak to give an impression that Umno itself is against the Prime Minister...
Jika Ph Pun Mahu Ditipunya Untuk Apakah Umno Mahu Bekerjasama Dengan Mahathir

Jika Ph Pun Mahu Ditipunya Untuk Apakah Umno Mahu Bekerjasama Dengan Mahathir

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 433 hits
Selain Najib Razak yang bakal menjadi halangan untuk UMNO bekerjasama dengan Tun Mahathir Mohamad membentuk sebuah kerajaan baru yang tujuan utamanya hanyalah mengekalkan situa itu lebih lama sebagai Perdana Menteri rintangan lain ialah maj...
Unnecessary Fury Over Sunway Square Mall S Pet Friendly Policy Only Gives Muslims A Bad Name

Alarm Device What It Is How It Keeps You Safe

Bagaimana Huawei Melindungi Anda Di Jaringan Wi Fi Publik

Ejen Hartanah Dedah Tanah Belakang Rembayung Dijual Dengan Harga Rm1 9 Juta Boleh Untung Jika Buat Bisnes Parkir

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

If Uec Can T Be Recognised To Preserve Bm S Dignity Then Why Every Single Course At Uitm Is Taught In English

Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia Pm Anwar

Apabila Moraliti Bertemu Undang Undang Perlembagaan Harus Diutamakan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Along Kemalangan 11 12 2025

Ultimate Beef Zharkoye Recipe

Isi Ikan Goreng Tepung Cicah Dengan Sos Lemon Putih

Kejadian Di Hadapan Rumah

Sinosis Filem Papa Zola The Movie

Meyda Rahma Asmara Kerinduan Chord