Pengambilalihan Tol Tidak Membantu Melonjakkan Saham Syarikat Saham Gamuda Susut 7


PASARAN SAHAM JATUHTawaran kerajaan untuk mengambil alih konsesi tol daripada Gamuda Berhad (Gamuda) tidak membantu melonjakkan saham syarikat itu apabila susut hampir tujuh peratus atau 26 sen kepada RM3.57 sesaham pada sesi penutupan dagangan petang.
Bagaimanapun, situasi berbeza bagi Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) apabila saham syarikat itu naik 70 sen kepada RM4.91 sesaham.
Kebanyakan penganalisis berpendapat tawaran yang dibuat oleh kerajaan itu adalah adil, tetapi ada juga yang merasakan ia lebih rendah berbanding unjuran dalaman.
Keputusan untuk menjual konsesi itu bermakna Gamuda akan kehilangan pendapatan untuk segmen tol pada tahun kewangan berikutnya.
Para pelabur bimbang bagaimana Gamuda akan mencari peluang-peluang baharu bagi menutup jurang pendapatan akibat penjualan konsesi tersebut.
Dari aspek positif, kedudukan tunai Gamuda akan me­ningkat dengan ketara selain berupaya menyediakan mudah tunai yang besar dalam profil aset-asetnya apabila pengambilalihan empat tol dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan.
MIDF Research dalam nota penyelidikan berkata, potensi keuntungan tunai itu akan digunakan untuk membiayai projek lain termasuk projek infrastruktur mega di Pulau Pinang.
“Buat masa ini, kami tidak menolak prospek dividen khas bagi menggantikan kerugian sumber pendapatan stabil pada masa depan. Kami berpendapat harga tawaran adalah munasabah dan tidak terlalu sedikit berbanding anggaran kami terdahulu pada RM2.5 bilion,” katanya di sini hari ini.
Kepentingan Gamuda dalam keempat-empat konsesi lebuh raya itu membabitkan anggaran nilai RM2.4 bilion. Syarikat itu kini memiliki 43.6 peratus kepentingan dalam Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak), Lebuhraya Shah Alam (Kesas; 70 peratus), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint; 51.8 peratus) dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMART; 50 peratus).
Dalam makluman Bursa Malaysia hari ini, syarikat sekutu 20 peratus milik Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn. Bhd. (Sprint) menerima tawaran pengambilalihan bagi pembe­lian kesemua saham termasuk saham biasa, saham keutamaan dan saham pinjaman Sprint bernilai RM1.98 juta.
Sementara itu, Affin Hwang Investment Capital berkata, harga yang ditawarkan oleh Kementerian Kewangan itu 16 peratus lebih rendah berbanding unjuran penilaian aliran tunai diskaun (DCF) sebanyak RM2.8 bilion.
“Perkara ini agak mengejutkan, tetapi kami percaya pendekatan berasaskan pasaran yang dibuat oleh MoF mampu mengurangkan risiko dasar kerajaan untuk syarikat-syarikat konsesi dan manfaat kepada Gamuda untuk terlibat sama dalam projek Kerjasama Sektor Awam dan swasta (PPP) pada masa depan,” katanya.
Katanya, pihaknya mengurangkan unjuran pendapatan sesaham (EPS) Gamuda antara 16 hingga 28 peratus bagi tahun kewangan 2020 dan 2021 sekiranya syarikat tersebut menerima tawaran berkenaan.
Katanya, ia disebabkan oleh kehilangan pendapatan daripada segmen lebuh raya, namun sebahagiannya dapat diimbangi oleh pendapat hasil faedah atas tunai RM2.36 bilion.
AmBank Research turut menurunkan unjuran keuntungan bersih tahun kewangan 2020 dan 2021, masing-masing sebanyak 20 dan 34 peratus memandangkan sumbangan daripada aset jalan bertol dijangka berkurangan kepada separuh pada tahun kewangan 2020 dan sifar sepenuhnya pada tahun kewangan 2021.
“Ia akan diimbangi menerusi penjimatan faedah daripada keuntungan pelupusan. Secara realistik, Gamuda akan mengambil masa untuk me­ngenal pasti perniagaan baharu bagi mengisi pelupusan berkenaan,” katanya.
Mengenai tawaran, AmBank Research berkata, Gamuda berkemungkinan besar akan menerima tawaran MoF untuk mengambil alih lebuh raya berkenaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/06/25/pengambilalihan-tol-tidak-membantu-melonjakkan-saham-syarikat-saham-gamuda-susut-7/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tol Gamuda Terima Cadangan Kementerian Kewangan

Tol Gamuda Terima Cadangan Kementerian Kewangan

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 251 hits
Tol Gamuda terima cadangan Kementerian KewanganPosted By on June 28 2019GAMUDA Bhd telah menerima cadangan yang dikemukakan oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan membabitkan pengambilalihan kesemua kepentingan ekuiti kumpulan dalam empat ...
Ambil Alih Konsesi Tol Gamuda Terima Cadangan Mof Inc

Ambil Alih Konsesi Tol Gamuda Terima Cadangan Mof Inc

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 267 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
5011 Ppim Sambut Baik Pengambilalihan Tol Kurangkan Beban Pengguna Sinar Harian 23 06 2019

5011 Ppim Sambut Baik Pengambilalihan Tol Kurangkan Beban Pengguna Sinar Harian 23 06 2019

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 383 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyambut baik usaha kerajaan untuk mengambil alih empat konsesi lebuh raya bertol yang akan memberikan kesan positif kepada pengguna terutama dalam meringankan beban kos sara hidup Ketua Aktivisn...
4 Syarikat Yang Di Boikot Dunia Kerana Membantu Yahudi Tetapi Bebas Di Malaysia

4 Syarikat Yang Di Boikot Dunia Kerana Membantu Yahudi Tetapi Bebas Di Malaysia

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 544 hits
Pembedilan oleh Israel ke bumi Palestin sejak sekian lama sentiasa mendapat liputan meluas dunia Ribuan bedilan roket sudah dilancarkan ke bumi Gaza sejak berpuluh tahun Banyak bangunan rosak termasuk yang dibiayai hasil sumbangan rakyat Ma...
Ratusan Ribu Perkahwinan Bawah Umur Dicatatkan Di Amerika Syarikat Dalam Tempoh 15 Tahun

Ratusan Ribu Perkahwinan Bawah Umur Dicatatkan Di Amerika Syarikat Dalam Tempoh 15 Tahun

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 315 hits
Sebelum ini kita menyangkakan rakyat negara maju seperti Amerika Syarikat tidak mengamalkan perkahwinan dengan golongan bawah umur Namun statistik sejak tahun 2000 sehingga 2015 seramai lebih 250 000 kanak kanak dikahwinkan di Amerika Syari...
Ketua Reka Bentuk Apple Letak Jawatan Mahu Tubuh Syarikat Baru

Ketua Reka Bentuk Apple Letak Jawatan Mahu Tubuh Syarikat Baru

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 254 hits
Pegawai reka bentuk Apple Sir Jony Ive dilaporkan akan menamatkan perkhidmatannya dalam syarikat itu pada akhir tahun ini Tindakan tersebut berikutan rancangannya yang akan membuka syarikat reka bentuk bebas yang baharu dan akan menjadikan ...
Musim Menuai Northwest Cherries Dari Amerika Syarikat Telah Tiba

Musim Menuai Northwest Cherries Dari Amerika Syarikat Telah Tiba

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 355 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Sebut jer buah ceri memang kita akan bayang akan harga yang boleh tahan juga tapi tahukan kita bahawa buah ini ada banyak kebaikan dalam kesihatan ...
3 Syarikat Isp Bekal Perkhidmatan Talian Internet Ke Sekolah Mulai 1 Julai 2019

3 Syarikat Isp Bekal Perkhidmatan Talian Internet Ke Sekolah Mulai 1 Julai 2019

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 332 hits
PUTRAJAYA Perkhidmatan talian Internet ke sekolah seluruh negara akan dibekalkan tiga syarikat penyedia perkhidmatan Internet iaitu Telekom Malaysia Berhad Celcom Axiata Berhad dan Maxis Broadband Sdn Bhd mulai 1 Julai depan Kementerian Pen...
San Fransisco Jadi Bandar Pertama Haramkan Rokok Elektronik Di Amerika Syarikat

San Fransisco Jadi Bandar Pertama Haramkan Rokok Elektronik Di Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 261 hits
San Francisco bakal menjadi bandar raya pertama di Amerika Syarikat yang mengharamkan jualan e rokok Ia berikutan undian yang dilakukan oleh Lembaga Penyelia Bandar sebulat suara pemihak kepada keputusan berkenaan Ordinan tersebut menjelask...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan

Sixth Sense Kembali Dengan Spin Off Yoo Jaesuk Disertai Ahli Baru Seperti Go Kyungpyo Mimi

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

Cerdik Pusing

Rakyat Cerdik Harus Berfikir