Ratusan Ribu Perkahwinan Bawah Umur Dicatatkan Di Amerika Syarikat Dalam Tempoh 15 Tahun


Sebelum ini, kita menyangkakan rakyat negara maju seperti Amerika Syarikat tidak mengamalkan perkahwinan dengan golongan bawah umur.
Namun, statistik sejak tahun 2000 sehingga 2015, seramai lebih 250,000 kanak-kanak dikahwinkan di Amerika Syarikat (AS) di mana 87 peratus merupakan kanak-kanak perempuan mengahwini lelaki yang lebih tua daripada mereka. Sebahagian daripada kanak-kanak ini masih belajar di peringkat sekolah rendah.
Antara kes perkahwinan bawah umur yang berlaku ialah di Tennessee, di mana 3 kanak-kanak perempuan berusia sepuluh tahun mengahwini lelaki berusia 24, 25 dan 31 tahun manakala seorang wanita berusia 27 tahun berkahwin dengan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.
Di Alabama, seorang remaja perempuan berumur 14 tahun berkahwin lelaki berusia 74 tahun manakala di Idaho, seorang remaja berusia 17 tahun berkahwin dengan lelaki berumur 65 tahun.
Di beberapa negeri di Amerika, pasangan pengantin mestilah berusia minimum 18 tahun, tetapi beberapa negeri lain membenarkan perkahwinan di bawah umur dengan syarat pengantin perempuan hamil dan mempunyai keizinan daripada ibu bapa dan hakim. Berdasarkan undang-undang ini, tiada had umur minimum bagi perkahwinan.
Bukan sahaja di AS, Kanada, Britain dan Norway turut membenarkan perkahwinan di bawah umur. Gambar hiasan. (Gambar: The Monastery) Antara mereka yang berkahwin di bawah umur merupakan mangsa pemerkosaan yang dipaksa keluarga untuk berkahwin dengan pelaku itu sendiri bagi menutupi aib.
“Berbanding menggari dan menghantar dia (pelaku) ke penjara, mereka ‘menggari’ dan ‘memenjarakan’ saya dalam perkahwinan,” kata Sheryl Johnson, salah seorang kanak-kanak yang dipaksa berkahwin pada usia 11 tahun.
Freidy Reiss, pengarah Unchained at Last, organisasi yang menentang perkahwinan bawah umur berkata,
“Dalam banyak kes, kehamilan berlaku akibat penderaan seksual dan ibubapa memaksa remaja perempuan untuk berkahwin bagi menutupi skandal tersebut. Undang-undang langsung tidak melindungi anak tersebut. Apabila pelaku berkahwin dengan mangsa, dia secara sah boleh terus melakukan penderaan ke atas mangsa.”
Dalam kes berasingan, Donna Pollard, 34 dari Kentucky dikahwinkan pada umur 16 tahun dengan seorang lelaki berusia 30 tahun. Donna yang kehilangan bapa pada usia 14 tahun bertemu dengan lelaki itu yang kemudian menekannya untuk berkahwin apabila berusia 16 tahun. Ibu Donna membenarkan perkahwinan itu.
Setelah berkahwin, si suami mendera Donna dan pernah cuba mencekik mangsa di hadapan anak mereka.
“Saya cuba berkali-kali untuk pergi dari situ, tetapi disebabkan saya belum berusia 18 tahun, saya tidak diterima untuk menyewa kerana belum mencapai usia yang dibenarkan untuk menandatangani kontrak. Saya terperangkap,” kata Donna.
Situasi yang serupa turut berlaku pada Sheryl Johnson.
Gambar hiasan. (Gambar: Q Costa Rica) “Perkahwinan mengakhiri masa kanak-kanak saya. Saya dibuang sekolah dan pada usia 17 tahun, saya mempunyai enam anak. Disebabkan tidak dibenarkan untuk menandatangani kontrak pada usia di bawah 18 tahun, saya tidak boleh memfailkan penceraian,” tambah Sheryl.
Walaupun Sheryl, kini berusia 58 dipaksa berkahwin pada 1971 di Florida, kelompongan undang-undang membenarkan perkahwinan bawah umur masih berterusan sehingga hampir 50 tahun. Di Florida sahaja, seramai 16,000 kanak-kanak bawah umur berkahwin antara tahun 2000 hingga 2015.
Sumber: Ravishly.com, The Nation, BBC, The Guardian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/06/26/ratusan-ribu-perkahwinan-bawah-umur-dicatatkan-di-amerika-syarikat-dalam-tempoh-15-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebenarnya Fasa 5 Tahun Pertama Perkahwinan Adalah Tempoh Mengenali Pasangan

Sebenarnya Fasa 5 Tahun Pertama Perkahwinan Adalah Tempoh Mengenali Pasangan

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 544 hits
SEBENARNYA FASA 5 TAHUN PERTAMA PERKAHWINAN ADALAH TEMPOH MENGENALI PASANGAN Jika kita lihat hari ini ramai yang seakan akan mempermainkan tujuan sebenar perkahwinan Mereka seolah olah tidak faham maksud berkahwin kerana memutuskan untuk be...
Samsung Melancarkan Bixby Marketplace Di Amerika Syarikat Dan Korea Selatan

Samsung Melancarkan Bixby Marketplace Di Amerika Syarikat Dan Korea Selatan

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 368 hits
Bixby masih cuba memberikan saingan kepada pembantu maya lain seperti Assistant Alexa dan Siri Sejak diperkenalkan dua tahun lalu secara perlahan lahan pelbagai fungsi baharu diperkenalkan kepada pembantu maya yang digunakan oleh Samsung un...
Taruh Daging Babi Di Dalam Masjid Pria Amerika Dipenjara 15 Tahun

Taruh Daging Babi Di Dalam Masjid Pria Amerika Dipenjara 15 Tahun

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 284 hits
Pria asal kota Titusville Florida AS dipenjara 15 tahun setelah mengaku bersalah meletakkan potongan daging babi di sebuah masjid kota itu Michael Wolfe selain menjalani masa hukuman 15 tahun penjara dia juga harus melalui masa percobaan se...
China Dan Amerika Syarikat Membuat Perjanjian Dagangan

China Dan Amerika Syarikat Membuat Perjanjian Dagangan

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 356 hits
Ramalan pasaran untuk acara utama di G 20 telah disahkan Amerika Syarikat dan China kini telah menyimpulkan perjanjian sekiranya tidak dalam perdamaian penuh dalam perdagangan sekurang kurangnya pada gencatan senjata Amerika Syarikat dan Ch...
95 Peratus Negara Laksana Had Umur 18 Tahun Mengundi

95 Peratus Negara Laksana Had Umur 18 Tahun Mengundi

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 425 hits
KUALA LUMPUR Cadangan Kerajaan Pakatan Harapan untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun kerana 95 peratus negara demokrasi di dunia telah melaksanakannya Perkara itu dinyatakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman...
Risiko Turunkan Umur Mengundi Ke 18 Tahun

Risiko Turunkan Umur Mengundi Ke 18 Tahun

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 691 hits
Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq berkata Putrajaya akan mendefinasi semula belia untuk tahap umur 30 ke bawah Satu tindakan yang bijak dan patut lama telah diperbetulkan Mana nak tunjuk muka kita di luar negara suatu ketika di mana pe...
19 Tahun Usia Perkahwinan Amy Mastura Tak Minta Lebih Cukup Dengan Bersyukur

19 Tahun Usia Perkahwinan Amy Mastura Tak Minta Lebih Cukup Dengan Bersyukur

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 1394 hits
Dalam pada kita mendengar banyak isu keretakan rumah tangga dalam kalangan selebriti Malaysia namun sebenarnya masih ramai lagi pasangan selebriti yang hubungan mereka tetap utuh sehingga kini Seperti penyanyi awet muda ini Amy Mastura baru...
Hampir 12 Tahun Berkhidmat Aaron Aziz Ucap Tahniah Untuk Perkahwinan Pembantu Rumah

Hampir 12 Tahun Berkhidmat Aaron Aziz Ucap Tahniah Untuk Perkahwinan Pembantu Rumah

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 665 hits
Hiburan Pelakon Aaron Aziz mengucapkan tahniah kepada pembantu rumahnya Nopikah Kardi yang baru berkahwin dengan pilihan hatinya Menurut Aaron Nopikah merupakan seorang yang bertanggungjawab dan setia berkhidmat kepada keluarganya selama ha...
Cara Perbaharui Sijil Beranak Tulisan Tangan

Komando Serang Masjid Rusila

Kings Of The Road Joey Dunlop S Honda V4 Race Bikes Sell At Stafford

Laut Yang Kita Lukai Dengan Tangan Sendiri

Rizab Antarabangsa Malaysia Tetap Kukuh Pada Usd12 Bilion Menunjukkan Kestabilan Ekonomi Negara

Pengiktirafan Amerika Syarikat Terhadap Kepimpinan Kuat Malaysia Dalam Menangani Cabaran Global

Makluman Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 23 Oktober Hingga 29 Oktober 2025

Bos Adakami Dan Tiga Pilar Yang Bikin Indonesia Jadi Magnet Investasi Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Viral Video Shows What A Newspaper Delivery Boy Can Do With 17 Years Of Experience

Pas Plays Dirty Game By Linking Non Malays To Zionist Oppressors Never Ending Ploy To Sow Hatred

Embarrassing Fam Scandal Reflect Deep Rooted Accountability Crisis In Malaysia S Major Institutions

Report Malaysians Demonstrate Cautious Optimism Amid Economic Uncertainty

Free Entry For Nyonya Kebaya Clad Visitors A Masterstroke

Preserving Our Past Voices In Lembah Kinta