Pengambilalihan 4 Lebuh Raya Bertol Untungkan Rakyat Itu Pun Najib Tak Faham



Pada 14 Julai 2019oleh Tony Pua
Pada zaman Barisan Nasional, pihak konsesi tol untung besar manakala dengan cadangan pengambilalihan 4 lebuhraya bertol oleh kerajaan Pakatan Harapan, pihak kerajaan, pembayar cukai dan pengguna lebuhraya yang beruntung
Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah menjelaskan di dalam Parlimen bahawa pengambilalihan 4 lebuh raya bertol – LDP, SPRINT, SMART dan KESAS akan memberikan manfaat besar kepada kerajaan dan rakyat Malaysia.
Pihak Kerajaan dan pembayar cukai akan jimat lebih daripada RM5.3 bilion dalam bentuk pembayaran pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi akibat pembekuan kadar tol.  Pihak pengguna lebuh raya pula akan menikmati penjimatan sehingga RM180 juta setahun atau lebih kurang RM2 bilion sepanjang hayat konsesi tol.
Tambahan lagi, model pengambilalihan ini tidak akan melibatkan sebarang perbelanjaan kerajaan kerana kos pengambilalihan sebanyak RM6.2 bilion serta kos operasi dan penyelenggaraan akan ditanggung sepenuhnya oleh kutipan caj kesesakan yang lebih rendah daripada kadar tol sekarang.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuba mempertikaikan jawapan Menteri Kewangan dengan hujah dalam Facebook bahawa ‘rakyat yang tanggung penuh bayaran balik hutang serta faedah kos RM6.2 bilion untuk beli 4 tol itu.  Kerajaan tak bayar satu sen pun.’
Nampaknya, Datuk Seri Najib sudah hilang keupayaan untuk mengira.  
Takkan Datuk Seri Najib tak tahu bahawa sekiranya konsesi lebuh raya ini tidak diambil alih oleh pihak kerajaan, pengguna lebuh raya akan tetap membayar kutipan tol yang lebih tinggi kepada pihak konsesi yang membolehkan syarikat lebuhraya ini terus menikmati keuntungan yang besar?
Tambahan pula, kerajaan masih perlu membayar sekurang-kurangnya RM5.3 bilion sebagai pampasan kepada syarikat konsesi untuk membekukan kadar tol semasa sehingga akhir hayat konsesi. Jumlah ini juga akan menyumbang kepada keuntungan besar syarikat konsesi.
Sebaliknya, dengan cadangan pengambilalihan kerajaan Pakatan Harapan, walaupun pengguna membayar caj kesesakan yang lebih rendah daripada kadar semasa, kutipannya adalah sudah mencukupi untuk membiayai kos pengambilalihan.
Datuk Seri Najib juga cuba mengelirukan rakyat dengan kata bahawa “caj tol, yang dijenamakan semula menjadi caj kesesakan, terus dikutip selepas konsesi tamat.  Maksudnya plaza tol tak akan roboh. Kekal di sana untuk selama-lamanya.”
Untuk makluman rakyat Malaysia, apabila kerajaan BN dulu ‘merobohkan’ plaza tol, beliau telah meluluskan bayaran pampasan berbilion-bilion ringgit kepada pihak konsesi lebuh raya. Ini bermaksud hanya keuntungan pihak konsesi diutamakan. Yang rugi adalah pihak pembayar cukai yang terpaksa menanggung pampasan yang begitu tinggi. Itulah antara sebabnya kerajaan BN perlu menyeksa rakyat dengan kutipan cukai GST yang begitu tinggi, untuk menampung kos operasi kerajaan yang melampau.
Jika pampasan tidak dibayar pun, tempoh konsesi lebuh raya dilanjutkan berpuluh-puluh tahun, seperti lebuh raya PLUS dari tahun 2018 sehingga 2038 supaya pihak pengguna lebuh raya akan terus membayar tol kepada pihak syarikat konsesi.
Di bawah cadangan yang baru, selepas tempoh konsesi lebuh raya asal tamat, caj kesesakan akan dikurangkan sekali lagi dengan signifikan bagi menampung kos operasi dan penyelenggaraan lebuh raya. Caj ini tidak akan mengandungi sebarang unsur keuntungan. Sekiranya caj kesesakan tidak dikutip, kos tersebut masih perlu ditanggung oleh pihak kerajaan dan pembayar cukai secara amnya.
Semasa kerajaan Barisan Nasional berkuasa, terutamanya semasa pentadbiran Datuk Seri Najib, beliau telah berkali-kali menegaskan bahawa ‘kerajaan tidak mampu mengambil alih lebuh raya’, ‘kerajaan akan mengalami kerugian besar’, ‘kadar tol tidak boleh dikurangkan’ dan ‘kos pengambilalihan adalah berpuluh-puluh atau beratus-ratus bilion ringgit’.
Tapi sekarang, kerajaan Pakatan Harapan telah membuktikan secara jelas bahawa kerajaan mampu mengambil alih lebuh raya bertol dengan tawaran RM6.2 bilion ini; kerajaan tidak akan mengalami sebarang kerugian, malah akan menerima penjimatan melebihi RM5.3 bilion; dan kadar tol atau caj kesesakan dapat dikurangkan dengan signifikan.
Dengan jelas, kerajaan Barisan Nasional dulu hanya mementingkan keuntungan konsesi lebuh raya swasta, manakala kerajaan Pakatan Harapan mementingkan kepentingan rakyat dan pembayar cukai.
Usaha pengambilalihan ini merupakan langkah pertama merealisasikan janji Pakatan Harapan untuk mengurangkan kadar tol secara berperingkat. Sehingga kedudukan kewangan negara membaik pulih pada masa depan, kerajaan akan terus meneroka cara penyelesaian untuk meringankan kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat Malaysia.
*Kenyataan media oleh Ahli Parlimen Damansara dan Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/07/pengambilalihan-4-lebuh-raya-bertol.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cap Gesa Putrajaya Tarik Balik Tawaran Ambil Alih Lebuh Raya Bertol

Cap Gesa Putrajaya Tarik Balik Tawaran Ambil Alih Lebuh Raya Bertol

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 242 hits
Persatuan Pengguna Pulau Pinang memberi amaran pengambilalihan 4 syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang akan membebankan kerajaan dengan hutang lebih banyak PETALING JAYA Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa kerajaan menarik balik ...
Najib Dibenarkan Hadir Ke Persidangan Dewan Rakyat Esok

Najib Dibenarkan Hadir Ke Persidangan Dewan Rakyat Esok

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 180 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat esok bagi menyertai perbahasan dan mengundi dalam pembentangan Rang Undang Undan...
Najib Kata Semua Tuduhan Itu Fitnah Jawablah Di Mahkamah Bukan Jawab Di Jalanan Nazri

Najib Kata Semua Tuduhan Itu Fitnah Jawablah Di Mahkamah Bukan Jawab Di Jalanan Nazri

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 288 hits
Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencabar UMNO untuk memecat beliau jika tidak senang dengan tindakannya mengkritik pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional Na...
Orang Atas Itu Adalah Najib Saksi Kes Dana Src International Beritahu Mahkamah

Orang Atas Itu Adalah Najib Saksi Kes Dana Src International Beritahu Mahkamah

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 327 hits
Bekas pengarah bukan eksekutif SRC International Sdn Bhd Datuk Suboh Md Yassin menyambung memberi keterangan terhadap perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berdepan tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC Inte...
Patriot Takkan Masa Itu Ianya Kerajaan Dap Yang Melawan Komunis Soal Najib

Patriot Takkan Masa Itu Ianya Kerajaan Dap Yang Melawan Komunis Soal Najib

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 448 hits
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menempelak sebuah pertubuhan bukan kerajaan Patriot yang memutar belit ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli pada hujung minggu lalu Bidas Najib dalam Facebook Patriot meng...
Sarawak Tidak Sebodoh Itu Untuk Terima Najib Kembali Sebagai Pm Kata Pembantu Km

Sarawak Tidak Sebodoh Itu Untuk Terima Najib Kembali Sebagai Pm Kata Pembantu Km

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 351 hits
PENGGUNA Internet patut mendengar ucapan Datuk Seri Nancy Syukri secara keseluruhan dan bukan sekadar bahagian ucapannya yang mengatakan Rakyat Sarawak mahu Datuk Seri Najib Razak kembali sebagai Perdana Menteri kata seorang pembantu kepada...
Rakyat Ingin Tahu Adakah Video Itu Sahih Anwar Ibrahim

Rakyat Ingin Tahu Adakah Video Itu Sahih Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 388 hits
Selain daripada menanti dan mengetahui siapakah individu yang menyebarkan video terbabit rakyat juga ingin mengetahui kesahihan video intim Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan bersama Datuk Seri Mohamad Azmin Ali kata Datuk Seri Anwar ...
Bertahun Tahun Hidap Kencing Manis Jangan Sampai Kaki Bertompok Itu Petanda Serius Dr Ni Dedahkan Agar Ramai Faham

Bertahun Tahun Hidap Kencing Manis Jangan Sampai Kaki Bertompok Itu Petanda Serius Dr Ni Dedahkan Agar Ramai Faham

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 392 hits
Bertahun tahun Hidap Kencing Manis Jangan Sampai Kaki Bertompok Itu Petanda Serius Dr Ni Dedahkan Agar Ramai Faham
Pelantikan Najib Bertentang Dengan Kehendak Rakyat

Pelantikan Najib Bertentang Dengan Kehendak Rakyat

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 312 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pelantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional mungkin bertentangan dengan kehendak rakyat Perdana Menteri berkata keputusan BN menerima kembali Najib adal...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut