Pelantikan Najib Bertentang Dengan Kehendak Rakyat



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pelantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) mungkin bertentangan dengan kehendak rakyat.

Perdana Menteri berkata, keputusan BN menerima kembali Najib adalah berbeza dengan kemahuan rakyat yang sudah menghukum kerajaan pimpinannya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Dalam pembangkang, mereka mahukan Najib semula. Itu terpulanglah pada mereka.

“Tetapi, sama ada rakyat mahu terima (Najib) atau tidak, itu perkara yang lain,” kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan berkata, Dewan Tertinggi BN sebulat suara bersetuju melantik Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

Beliau berkata, tugas Najib adalah untuk membantu BN dalam usaha mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti itu.

Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir pelantikan berkenaan, dengan menyifatkan bekas Perdana Menteri itu mungkin dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN kerana beliau ada terlalu banyak masa terluang.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, berkata Najib mungkin sibuk pada sebelah pagi untuk menghadiri mahkamah kerana berdepan pelbagai tuduhan rasuah dan salah guna kuasa, namun memiliki banyak masa pada sebelah petang.

“Apa lagi yang boleh mereka buat. Saya rasa mereka mahu memberikannya sedikit kerja kerana dia (Najib) terlalu banyak masa terluang.

“Kecuali pada waktu siang kerana dia perlu hadir ke mahkamah, dia agak bebas pada sebelah petang,” katanya sinis.

Najib mengumumkan meletak jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi BN pada 12 Mei tahun lalu, iaitu tiga hari selepas kerajaan pimpinannya tumbang pada PRU-14.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pula berkata beliau tidak gembira dengan pelantikan itu.

“Secara tiba-tiba, saya tidak lagi gembira berada di mana saya berada sekarang,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen.

Isnin lalu, Khairy membayangkan akan kekal dalam UMNO apabila berkata beliau ketika ini masih gembira berada di mana dirinya berada ketika mengulas pelawaan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Veteran UMNO yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, pula berkata pelantikan Najib itu tidak membantu usaha memulihkan parti itu dan BN.

Katanya, tiada sebarang nasihat yang sesuai diberikan Najib kerana UMNO dan BN tumbang di bawah pentadbirannya.

“Saya tak rasa begitu (sama ada pelantikan Najib mampu bantu pulihkan UMNO dan BN).

“Kita kalah di bawah siapa? Nasihat apa yang boleh dia (Najib) berikan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai pelawaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ahli parti Melayu termasuk UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Mohamed Nazri berkata ia sudah terlewat kerana UMNO sudah menjalin kerjasama dengan PAS.-BERITA HARIANSelamat datang, semuga bermenfaat, yang elok jangan ditolak, yang buruk tinggalkan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediashahalam.blogspot.com/2019/07/pelantikan-najib-bertentang-dengan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+SuaraBiru+%28SUARA+BIRU%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelantikan Najib Keputusan Parti Bukan Kemahuan Rakyat Kata Dr Mahathir

Pelantikan Najib Keputusan Parti Bukan Kemahuan Rakyat Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 336 hits
By 10 Julai 2019 Reaksi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa bercakap kepada media pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur foto SYAFIQ AMBAK 10 JULAI 2019KUALA LUMPUR Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mo...
Pelantikan Najib Pengerusi Lembaga Penasihat Bn Langkah Tepat Shamsul Anuar

Pelantikan Najib Pengerusi Lembaga Penasihat Bn Langkah Tepat Shamsul Anuar

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 291 hits
Keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN merupakan suatu langkah yang sangat tepat Ketua Penerangan UMNO Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata berdasarkan pengaruh d...
Kit Siang Bukan Sahaja Bacul Berdebat Dengan Najib Dengan Rakyat Pun Sama

Kit Siang Bukan Sahaja Bacul Berdebat Dengan Najib Dengan Rakyat Pun Sama

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 337 hits
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyindir Penasihat Dap Lim Kit Siang yang bukan sahaja bacul untuk berdebat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak malah kini juga bacul untuk berdebat deng...
Najib Dibenarkan Hadir Ke Persidangan Dewan Rakyat Esok

Najib Dibenarkan Hadir Ke Persidangan Dewan Rakyat Esok

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 202 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat esok bagi menyertai perbahasan dan mengundi dalam pembentangan Rang Undang Undan...
Najib Sambutan Bossku Bukti Rakyat Rindu Zaman Saya

Najib Sambutan Bossku Bukti Rakyat Rindu Zaman Saya

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 301 hits
News Diterbitkan Hari ini 10 00 pagiSelepas sekian lama berkempen dengan gelaran bossku bekas perdana menteri Najib Razak menyimpulkan bahawa sambutan hangat yang diterimanya membuktikan rakyat merindui era pentadbirannya Jelas Najib kempen...
Pengambilalihan 4 Lebuh Raya Bertol Untungkan Rakyat Itu Pun Najib Tak Faham

Pengambilalihan 4 Lebuh Raya Bertol Untungkan Rakyat Itu Pun Najib Tak Faham

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 344 hits
Pada 14 Julai 2019Pada zaman Barisan Nasional pihak konsesi tol untung besar manakala dengan cadangan pengambilalihan 4 lebuhraya bertol oleh kerajaan Pakatan Harapan pihak kerajaan pembayar cukai dan pengguna lebuhraya yang beruntungSemala...
Rakyat Sarawak Mahu Najib Kembali Sebagai Perdana Menteri Nancy

Rakyat Sarawak Mahu Najib Kembali Sebagai Perdana Menteri Nancy

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 340 hits
The ReporterAhli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri menggesa Kerajaan Pakatan Harapan tidak mengenepikan Sarawak dalam rancangan pembangunan Ini kerana katanya bekas perdana menteri Najib Razak banyak meluangkan masa memahami keperluan rak...
Pelantikan Najib Langkah Ke Belakang Kata Nazri Aziz

Pelantikan Najib Langkah Ke Belakang Kata Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 392 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini menyifatkan pelantikan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional sebagai langkah ke belakang Ki...
Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

Tidak Dedah Aib Pasangan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Larangan Semasa Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia 2024 2025

Tanda Luka Jahitan Bersalin Sudah Sembuh Barulah Tenang Nak Keluar Rumah

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Jalan Jalan Ke Muzium Shah Alam Baru Serius Best

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Buat Sampai Fajar Konsep Menarik Yang Tak Terduga