Pengalaman Trip Naik Sampan Di Sungai Mekong Vietnam



Banyak tempat dan aktiviti menarik yang anda boleh rasainya sendiri apabila datang ke Vietnam dan salah satu daripadanya adalah menaiki sampan di Sungai Mekong yang mana boleh katakan aktiviti wajib kalau datang Ho Chi Minh.

Bandar-bandar utama banyak di Vietnam dan kebiasaanya bagi yang fokus ke Ho Chi Minh, mereka akan jejak di Sungai Mekong ini kerana ianya adalah yang terdekat iaitu terletak di Selatan Vietnam. Kalau Hanoi, Dalat atau Da Nang, ianya berada di lebih atas ke Utara, agak jauh sebenarnya.
Sebelum ini, aku ada kongsikan itinerari penuh selama 4 hari ketika berada di Ho Chi Minh City, Vietnam. Jadi untuk kali ini, lebih fokus kepada salah satu tempat aku pergi iaitu di Delta Sungai Mekong dan antara aktiviti paling best adalah menaiki sampan disana.
Sebenarnya selain daripada aktiviti menaiki sampan di sana, terdapat banyak lagi aktiviti yang aku lalui dan semuanya disediakan oleh Amin Tour & Travel. Antaranya, menjelajah dari pulau ke pulau menaiki bot sambil nikmati air kelapa, tengok persembahan orang tempatan, tengok tempat buat coconut candy dan beberapa lagi.
Jadi aku kongsikan kesemua aktiviti yang aku lalui sehingga menaiki di sampan tersebut selama berada di Sungai Mekong Delta selama seharian disana.
Tempahan Tour Sungai Mekon Secara OnlineSelain daripada tempahan manual yang dibuat menerusi mana-mana travel & tour, untuk aktiviti di Sungai Mekong Delta ini juga, anda boleh buat tempahan secara online menerusi klook seperti dibawah:

Mekong River Day Tour (RM91.59) - Tempah SiniMekong Delta Day Tour (RM88.89) - Tempah SiniMekong Delta VIP Tour (RM237.75) - Tempah SiniMekong Delta Premium Speedbout Tour (RM482) - Tempah Sini
Untuk yang masih yang tiada akaun Klook, anda boleh daftar menerusi pautan ini untuk dapatkan kupon RM15.00
Pengalaman Berada Di Sungai Mekong Delta di Vietnam Dan Menaiki SampanDari Malaysia lagi, aku kena decide sama ada nak ikut tour ke Chi Chi Tunnel atau ke Sungai Mekong. Kedua-duanya adalah antara lokasi wajib yang anda kena datang kalau pergi ke Ho Chi Minh City. Tapi aku pilih ke Sungai Mekong.
Untuk ke sana, ianya mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan daripada bandar Ho Chi Minh. Pada mulanya aku cuba cari cara untuk datang sendiri ke Mekong tersebut. Yela, semuanya nak dibuat DIY kan. Sebab aku datang Vietnam pun, semua buat sendiri.
Tetapi aku tak jumpa dan kebanyakkannya memang melalui travel & tour. Yes, bila aku sampai sana pun, macam susah je nak order bot, makan semua tu. Memang semua telah disediakan jika anda ikut tour. Jadi nasihat aku, ikut je tour ni. Boleh je pilih yang mana-mana anda percaya.
Untuk travel aku, memang aku deal dari Malaysia lagi untuk ikut Amin Travel & Tour. Lagi pun lokasi dieorang memang ada dalam Malaysia Street tu pun. Senang berurusan dan dekat dengan hotel kami. Nak pickup pun senang.
Melalui pakej yang kami ambil hanya berharga RM75 sahaja. Dengan harga tersebut, pelbagai aktiviti yang anda dapat, antaranya adalah :

Naik bot besar pusing pulauNaik kudaNaik sampanLawati kilang buat gula-gula kelapaShopping maduMakan buah-buahanMinum teh maduMakanan tengah hari disediakanShopping telekung, tudung, kain cotton, baju dan sebagainya
Daripada kesemua aktiviti ini, naik kuda je tak sempat. Sebab nak cepat, terus naik buggy je. Terus sampai ke destinasi.
Trip ke Sungai Mekong ini ambil masa sehari iaitu daripada pukul 7.45 pagi hingga pukul 4 petang. Sebab jarak perjalanan ke kawasan tersebut lebih kurang 2 jam. Jadi pergi balik sudah ambil masa 4 jam. Lokasi Delta Sungai Mekong DISINI.
Aku dan kawan bergerak menaiki sebuah van dengan group lain juga berjumlah 8 orang kesemuanya. Bagi aku jumlah yang cukup baik, tidak sikit dan tidak banyak. Ada seorang foreigner dari Australia. Nice la kenal ramai orang.
Sebelum sampai ke Sungai Mekong, kami berhenti dahulu di kedai untuk shopping. Disini banyak jual tudung, telekung, baju tulisan vietnam dan ada juga jual barangan berasaskan kulit buaya yang betul. Siap ada sijil lagi tau.
Dah siap semua, terus bergerak ke Sungai Mekong. Sampai disana, kami menaiki sebuah bot besar dan diberikan air kelapa fresh untuk dinikmati sepanjang perjalanan. Anda boleh la baca sejarah Sungai Mekong ni yang mana sebenarnya sangat panjang sehingga menghubungkan Kemboja dan China. Tapi kami pergi pada satu spot sahaja.


Destinasi pertama, singgah di kilang buat gula-gula kelapa. Adalah diberikan demonstrasi ringkas macam mana gula-gula tersebut dibuat dari sebuah kelapa sehingga jadi gula-gula. Akhir sekali, dapat rasa sikit. Selebihnya, ada dijual kalau berminat. Sedap juga la.


Selesai disana, barulah lakukan aktiviti utama iaitu menaiki sampan menyelusuri laluan kecil sebahagian Sungai Mekong. Inilah antara tarikan utama Vietnam. Datang sini, memang kena rasai sendiri la.
Satu sampai muat 4 orang dan akan ada 2 orang pendayung iaitu depan dan belakang. Dapat sekali topi vietnam tu, boleh pakai. Tapi pinjam je la. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk satu hala. Kami hanya menaiki satu hala sahaja.
Bahagian ini sungai tak besar dan cukup-cukup sahaja untuk perjalanan dua hala sampan. Tidak ada enjin, semuanya kena tenaga untuk mendayung. Laju juga la dieorang ni dayung. Mungkin sebab dah biasa kan.
Tempat lebih menarik, kalau banyak sampan yang berselisih. Nampak lebih meriah. Dengan orang ramai, sampan banyak, cuaca baik. Bagi aku aktiviti tersebut berlaku dengan baik dari mula hingga habis.
Dah selesai tersebut, digalakkan untuk anda bagi tips kepada pendayung tersebut. Boleh bagi 10,000 dong setiap sorang. Baru RM2 kan. Itu sahajalah pendapatan dieorang. Sambail bercuti, sambil menolong kan.



Selesai aktiviti menaiki sampan, masih di kawasan yang sama, pergi ke satu kawasan untuk shopping madu jika berminat. Disini kami dihidangkan dengan teh madu secara percuma.
Kemudian pergi ke satu lagi kawasan untuk makan buah-buahan, sambil nikmati persembahan daripada masyarakat tempatan. Dieorang pandai tengok pelancong. Sebab kami ni dari Malaysia, mereka start dengan lagu melayu. Not bad.


Dah selesai semua, bergerak ke restoren untuk santapan makan tengah hari. Sedikit jauh, dan sebab itulah kena naik buggy. Lebih cepat. Tak dapat dapat kereta kuda kat sini. Tapi ok je. Sebab perut dah lapar kan.
Betullah apa yang ramai bagi tahu, makanan yang disediakan ni sedap gila. Kari ikan. telur dadar, udang masang merah, sayur dan sup. Kena pula dengan kopi vietnam. Memang bertambah juga la. Berbaloi la bayar sekali disediakan lunch kan.

Dah selesai semua makan tengah hari, terus naik bot besar semula untuk kembali ke tanah besar dan pulang ke bandar. Juga mengambil masa yang sama untuk sampai ke tempat penginapan di Lorong Malaysia.
Sangat Berpuas HatiUntuk aku personally, bayaran RM75 tu ok lah. All-in termasuk makan tengah hari. Air pun disediakan, jangan risau. Memang bawa diri sahaja pada hari tersebut.
Alhamdulillah juga, hari nampak macam nak hujan, tapi tak hujan dari pagi sampai ke petang. Jadi cuaca mendung sikit dan tidak terlalu panas. Katanya hari-hari sebelumnya, hujan. Tapi untuk kami, tak hujan.
Terima kasih untuk tour dan merasai pengalaman yang mungkin tiada ditempat lain. Untuk anda yang bercadang untuk ke Ho Chi Minh, Vietnam dan tak tahu nak pergi mana, boleh join tour ke Sungai Mekong ni. Memang tidak menyesal dan rasai pengalaman sendiri.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2023/07/pengalaman-trip-naik-sampan-sungai-mekong-vietnam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahagian 1 Naik Hop On Hop Off Tourist Boat Di Sungai Chao Phraya

Bahagian 1 Naik Hop On Hop Off Tourist Boat Di Sungai Chao Phraya

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 319 hits
Catatan Trip ke Bangkok Hari Kedua Khamis 29 Jun 2023 Cara paling mudah untuk kita ke tempat tempat tarikan pelancongan utama yang ada di kota Bangkok adalah dengan menyusuri Sungai Chao Phraya Kami memilih untuk menaiki Hop On Hop Off Tour...
Naik Lrt Waktu Tempuh Jakarta Tambun Hanya 39 Menit

Naik Lrt Waktu Tempuh Jakarta Tambun Hanya 39 Menit

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 306 hits
Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi menyampaikan waktu tempuh LRT Jabodebek dari Stasiun Dukuh Atas Jakarta menuju Stasiun Jatimulya di Kabupaten Bekasi hanya 39 menit Sementara itu waktu tempuh menuju wilayah yang sama dengan menggunakan...
Keluarga Saya Suami Sokong Penggambaran Lee Boyoung Muat Naik Foto Bersama Jisung

Keluarga Saya Suami Sokong Penggambaran Lee Boyoung Muat Naik Foto Bersama Jisung

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 124 hits
Seronok lah lihat kasih sayang antara pasangan Lee Bo young dan Jisung ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pelakon wanita itu memuat naik foto di Instagram miliknya ketika di set penggambaran filem Hyde Apa yang membuatkan penonton gembira ialah apab...
Jadi Perhatian Erick Thohir Bocah Ini Naik Kereta Api Sendirian Dari Solo Ke Jakarta

Jadi Perhatian Erick Thohir Bocah Ini Naik Kereta Api Sendirian Dari Solo Ke Jakarta

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 305 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Erick Thohir membagikan cerita pengalaman seorang anak yang menumpang kereta api jarak jauh sendirian dari Solo ke Jakarta
Icloud Dan Youtube Premium Naik Harga Tp Pengguna Masih Steady Berbanding Android

Icloud Dan Youtube Premium Naik Harga Tp Pengguna Masih Steady Berbanding Android

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 290 hits
ICloud adalah layanan berbasis awan yang disediakan oleh Apple untuk pengguna perangkatnya seperti iPhone iPad Mac dan lainnya ICloud memungkinkan Anda untuk menyimpan dan mengakses data seperti foto video dokumen kontak email dan lainnya d...
Harga Beras Sudah Naik 10 15 Sejak Seminggu Lalu

Harga Beras Sudah Naik 10 15 Sejak Seminggu Lalu

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 309 hits
Harga beras super spe sial tempatan dan super spe sial import naik 10 15 harga RM2 250 tan berbanding RM1 200 meningkatkan belanja bulanan isi rumah beras pelbagai jenama termasuk beras import naik 10 15 daripada sebelum iniberas SST dan im...
Sekampit Beras Naik Hingga Rm5

Sekampit Beras Naik Hingga Rm5

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 256 hits
JOHOR BAHRU Harga makanan ruji harian beras super spe sial tempatan dan super spe sial import rakyat di negara ini naik antara 10 hingga 15 peratus Desas desus kenaikan harga beras itu berikutan dakwaan pemborong pemborong beras mendakwa ha...
Libur Panjang Hari Raya Idul Adha Harga Bawang Putih Hingga Cabai Naik

Libur Panjang Hari Raya Idul Adha Harga Bawang Putih Hingga Cabai Naik

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 160 hits
Beberapa hari ini masyarakat Indonesia tengah menikmati hari libur panjang yakni sejak tanggal 28 Juni 2023 hingga 2 Juli 2023 di mana hari tersebut terdapat cuti bersama hari raya Idul Adha 1444 Hijriyah dan libur weekend
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri