Panduan perjalanan oleh Google Maps. Klik screenshot di atas untuk paparan lebih jelas.Kami perlu naik BTS Skytrain Sukhumvit Line kemudian turun di stesen pertukaran untuk menaiki tren laluan Silom Line. Selepas itu turun di stesen Saphan Taksin dan berjalan kaki ke Jeti Sathorn. Dekat je stesen tren dengan bangunan jeti. Kos naik tren sebanyak 48 Baht/sehala/seorang
Kaunter tiket di Jeti Sathorn.Tiket bot kami dah beli secara online menerusi Klook, harganya RM15.79 seorang. Sampai di jeti, kami ke kaunter tiket sebelah kanan (khas untuk tiket hop-on hop-off), tukar e-tiket kepada tiket fizikal. Boleh juga kalau nak terus beli tiket di sini, harganya 180 Baht. Ikutlah kadar tambang dan tukaran wang semasa, pilih mana yang berbaloi (beli di Klook atau terus di kaunter)
Lebih kurang macam masuk boarding room di lapangan terbang, kita kena menunggu di ruangan yang ditetapkan berdasarkan jenis bot yang akan kita naiki. Tunjuk saja tiket kita kepada staf bertugas, nanti akan ditunjukkan di mana kita perlu duduk menunggu
Boarding pass & Chao Phraya Tourist Boat - Hop Guide.Tadi semasa menukar e-tiket di kaunter, kami diberi sekali sebuah buku panduan. Dalamnya ada peta lokasi jeti, tarikan pelancongan di sepanjang sungai dan penerangan berkenaan tempat-tempat tersebut. Jadi kita boleh memilih nak turun di jeti mana bergantung kepada tempat tarikan yang kita suka, pergi jalan-jalan sendiri dan lepas tu kembali ke jeti untuk naik bot ke lokasi seterusnya. Bot akan tiba di jeti setiap 30 minit. Kita bebas bergerak sendiri di sepanjang hari dari pagi sehingga ke petang. Perkhidmatan bot hop-on hop-off ini beroperasi mulai pukul 9 pagi sehingga 6.30 petang sahaja. Kalau nak naik bot waktu malam pula, itu kena naik bot lain. Saya tak naik, jadi tak ada info lanjut
Inilah peta lokasi jeti dan tempat tarikan pelancongan yang ada di sepanjang Sungai Chao Phraya
Pukul 2.24 petang - suasana di dalam tourist boat.Hampir 30 minit duduk menunggu, bot kami sampai dan kami dipanggil untuk menaiki bot. Luas selesa lebih sesuai dipanggil feri. Ada dua tingkat, kami pilih duduk bawah je sebab masa ni cuaca panas terik dengan suhu sekitar 35℃. Tak taulah ada ke tidak orang yang memilih duduk bahagian atas. Kalau duduk atas pandangan lebih luaslah kan
ICONSIAM - pusat membeli-belah terbesar dan paling mewah di Thailand.Lokasi pertama feri berhenti iaitu di ICONSIAM. Ada penumpang yang turun dan ada yang baru naik. Kami tak turun sebab nak ikut feri ni lalu/berhenti di semua lokasi. Bolehlah bersantai menikmati pemandangan di sepanjang sungai dan memerhatikan pelbagai jenis kenderaan air di sungai yang sangat lebar ini. Nanti pada pusingan kedua, barulah kami akan turun di lokasi pilihan
Eh, ada masjid! Teruja saya tengok ada sebuah masjid di persisiran Sungai Chao Phraya
Jambatan Phra Pokklao.Sungai Chao Phraya ni panjang dan lebar, jadinya terdapat banyak jambatan di sini. Ini salah satu jambatan yang kami lalu di bawahnya
Feri berhenti di jeti untuk ke Wat Arun
Jualan barangan pakaian dan cenderahati di Jeti Phra Arthit.Setelah melalui perjalanan menyusuri sungai selama 30 minit, feri yang kami naiki tiba di jeti terakhir iaitu di Jeti Phra Arthit. Semua penumpang wajib turun di jeti ini, feri akan datang kembali dalam masa 30 minit
Jalan Phra Arthit.Keluar dari kawasan jeti, kami menuju ke sebelah kiri. Lepas tu berpatah balik menuju ke sebelah kanan jalan pulak. Jalan-jalan memerhati kawasan sekitar. Antara yang saya perasan, Khaosan Art Hotel dan bangunan pejabat Food and Agriculture Organization of The United Nations|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |