Harga Beras Sudah Naik 10 15 Sejak Seminggu Lalu
Harga beras super spesial tempatan (SST) dan super spesial import naik 10-15 %harga (SST) RM2,250/tan berbanding RM1,200 (2021)meningkatkan belanja bulanan isi rumah beras pelbagai jenama termasuk beras import naik 10-15% daripada sebelum iniberas SST dan import 5 kg naik RM15.90-RM16.00 berbanding RM11.99-RM13.99kampit 10kg naik RM32-RM35, harga sebelum ini RM28harga baharu itu dikesan meningkat sejak minggu laluharga beras sudah naik sejak minggu laluberas 10kg super spesial RM32 sekarang harga naik jadi RM35STOK beras tempatan berkurangan di pasaran hampir 50%buat tempahan 1,000 kampit, tetapi sampai 200 kampit sahajabelanja barang dapur cecah RM1,200 kini boleh cecah RM1,500belum dikira belanja anak sekolah, bil elektrik pun naiksurat Kementerian 16 Jun 2023 harga borong SST RM2,250
My Comments :
Sejak sebulan sudah bayaran bulanan pinjaman bank telah naik 13.5% - akibat Bank Negara naikkan OPR. Maksudnya kadar inflasi sebanyak 13.5% bagi bayaran bulanan kepada bank.
Minggu sudah pula harga jualan beras naik 10-15%. Maksudnya kadar inflasi sebanyak 10-15% bagi harga jualan beras.
Antara empat hingga lima kali ganda 'kadar inflasi negara sekitar 3%'.
Ringgit pula makin menurun.
Beras tempatan hanya memenuhi 40% daripada keperluan negara. Baki 60% terpaksa diimpot.
Impot beras pula dipegang monopoli oleh orang kaya, adik kepada si abang.
Lagi tinggi harga impot beras lagi kayalah monopoli orang kaya. Tahniah dan syabas.
Apakah penyelesaian bagi masalah padi dan beras ini?
No. 1 Kawasan Sekinchan di Selangor mempunyai penanam padi yang menjadi pengeluar padi antara yang paling tinggi bagi setiap ekar DI SELURUH DUNIA.
Penanam padi di Sekinchan berjaya menghasilkan 10-12 tan padi bagi sehektar tanah.
Kedah pula menghasilkan 4-5 tan padi bagi sehektar tanah, kurang separuh daripada produktiviti penanam padi Sekinchan.
Penanam padi Sekinchan pula sangat kekurangan tanah sawah.
Bagi saya solution-nya sangat mudah dan tidak perlukan Kerajaan keluarkan satu sen duit rakyat pun untuk tambahkan pengeluaran padi negara.
Kerajaan perlu bantu penanam padi Sekinchan itu mencari tanah sawah yang baru yang mereka boleh sewa atau Joint-Venture untuk menanam padi.
Cuba fikirkan jika penanam padi Sekinchan boleh Joint-Venture dengan pesawah padi Kedah maka pengeluaran padi sehektar di Kedah boleh melompat daripada 4-5 tan sehektar menjadi 10-12 tan sehektar. Dua kali ganda.
Pengeluaran padi kawasan MUDA di Kedah boleh berganda daripada 500,000 tan setahun (kurang lebih) menjadi SATU JUTA TAN.
Pengeluaran padi negara boleh memenuhi 70% - 80% daripada keperluan tempatan.
No. 2 Hapuskan segala jenis sekatan, monopoli, lesen, permit, kuota atau apa jenis halangan pun terhadap penanaman, pengeluaran, pengilangan, pengangkutan, pemasaran, impot dan ekspot padi dan beras dalam negara kita. Biar siapa pun tanam padi, jalankan kilang padi, mengangkut padi dan beras ke mana pun, meneroka pasaran padi dan beras dan biarkan siapa pun impot serta ekspot apa jenis padi dan beras tempatan atau impot.
Biarlah negara kita kembali menjadi pusat impot-ekspot padi dan beras bagi seluruh kawasan Asia Tenggara seperti dahulu. Pulau Pinang dulu pernah terlibat impot dan ekspot padi keluaran daripada Myanmar (Burma ketika itu) dan Thailand. Itulah kehebatan kedudukan negara kita di tengah kawasan Asia Tenggara.
Saya telah sebut banyak kali dan berbanyak-banyak kali bahawa penyelesaian bagi kebanyakkan masalah ekonomi dan sosial negara kita adalah paling mudah. Terlalu simple.
Yang menjadi masalah adalah pelakon dan pelawak politik yang tak tahu apa pun berkenaan apa pun. They have no ideas, no solutions.
Apakah akibatnya? What is the end product of their incompetence?
Jawapannya : Harga beras naik 10% - 15%.
Tuan-Tuan bayar sajalah.
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.
By Syed Akbar Ali
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/07/harga-beras-sudah-naik-10-15-sejak.html