Pengalaman Sertai Program Explorace Sabak Bernam 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini iaitu pada 13 Ogos 2022, aku ada menyertai Program Explorace Sabak Bernam 2022. Sebenarnya selepas menyertai Travel Hunt dan Sustainability Hunt, aku sebenarnya teringin lagi utnuk sertai acara atau pertandingan sebegini dan alhamdulillah dapat juga sertai program Explorace Sabak Bernam 2022 ini
Untuk makluman, program ini merupakan kerjasama antara pihak Tourism Selangor dan Homestay-homestay di daerah Sabak Bernam ini telah disertai oleh 68 orang dari seluruh Malaysia dan pelbagai latar belakang. Selain itu, program ini bertujuan untuk memperkenalkan daerah Sabak Bernam sebagai salah satu destinasi pelancongan di Negeri Selangor.
EXPLORACE SABAK BERNAM 2022
Kumpulan kami diberi nama Buddies dan disertai oleh aku, Along Murni, Zayani dan DboyStudio. 18 kumpulan yang menyertai Explorace Sabak Bernam ini berkumpul di Homestay Sg Haji Dorani dan cara bermula seawal jam 8.00 pagi, bersarapan sambil menunggu ketibaan semua peserta.
8.45 pagi taklimat pertandingan Explorace Sabak Bernam 2022 diberikan dan tepat jam 9.00 pagi pertandingan pun bermula dimana semua peserta dilepaskan. Terdapat lima lokasi atau checkpoint yang perlu diterjah oleh setiap kumpulan dan melakukan tugasan yang diberikan
LOKASI #1: HOMESTAY BATU 4 SEPINTAS
Lokasi pertama ini kami perlu membungkus kuih loyang dalam 4 bungkusan berasingan dengan baik dan rapi. Kalau time perayaan Aidilfitri kuih loyang ni antara kuih yang wajib ada dalam rumah sama ada untuk tetamu atau sendiri makan
LOKASI #2: HOMESTAY BATU 23 SG NIBONG
Di lokasi homestay seterusnya iaitu Homestay Batu 23 Sg Nibong, tugasan disini adalah kami perlu belajar dan main lagu untuk gamelan. Teringat pula sewaktu belajar diploma dulu, kena belajar main gamelan & main macam-macam lagu untuk satu semester
LOKASI #3: MUZIUM WAK SURGI
Di Muzium Wak Surgi pula terdapat beberapa checkpoint disini dimana setiap satunya terdapat tugasan tersendiri. Antaranya adalah membuat senarai barangan yang terdapat dalam muzium itu, senaraikan lagu dan penyanyi lama, tiga soalan pada Wak Surgi, mengecat muzium dan akhir sekali nyanyian bersama alat muzik
LOKASI #4: HOMESTAY PAPITUSELUM
Di lokasi ke empat iaitu Homestay Papitusulem (Parit Tujuh Sungai Leman) tugasan disini agak berbeza. Kami diberikan bungkusan nasi ambeng dan perlu menghias dengan cantik. Kemudian kami diberikan masa 15 minit untuk makan dan menghabiskannya
LOKASI #5: HOMESTAY SG HAJI DORANI
Sekitar jam 2 petang pula di lokasi terakhir iaitu lokasi sama flag off iaitu Homestay Sg Haji Dorani adalah tugasan terakhir iaitu mencari iklan keli. Setiap kumpulan perlu mencari ikan keli di dalam kolam ini dan markah dikira mengikut jumlah ikan keli yang dijumpai dan kerjasama dalam kumpulan
MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAHSelesai sahaja semua tugasan, tibalah waktu yang dinanti-nantikan pada peserta iaitu pengumuman pemenang. Acara pada petang itu turut dihadiri oleh Encik Azman bin Dahlan, Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam, Wakil dari Tourism Selangor dan Ahli Majlis Daerah Sabak Bernam.
Berikut adalah senarai hadiah untuk Program Explorace Sabak Bernam 2022Johan : RM 1,500.00 + sijil penyertaanNaib Johan: RM 1,000.00 + sijil penyertaanKetiga: RM 800.00 + sijil penyertaanKeempat : RM 700.00 + sijil penyertaanKelima: RM 600.00 + sijil penyertaanTempat keenam - sepuluh : Wang Saguhati + sijil penyertaan
Alhamdulillah, kumpulan kami iaitu Buddies mendapat tempat ke 10 daripdaa 18 pasukan yang bertanding. Sebenarnya ada harapan untuk dapat tempat lagi tinggi tetapi di satu lokasi kami tidak dapat sebarang markah.
Alhamdulillah syukur kerana tak pulang tanpa tangan kosong. Selain itu, aku sendiri juga dapat melawat homestay-homestay di Sabak Bernam ini dan melihat aktiviti-aktiviti di sini
Akhir kata, terima kasih diucapkan buat Tourism Selangor, Majlis Daerah Sabak Bernam dan homestay-homestay di Sabak Bernam yang menganjurkan explorace ini. Semoga program ini dijadikan acara tahunan dan in shaa Allah aku dan rakan-rakan akan sertai lagi untuk edisi berikutnya
#PusingSelangorDulu #TourismSelangor #SabakBernam #Exploracesabakbernam #MDSB
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2022/08/pengalaman-sertai-program-explorace.html