Isu Kuil Di Damansara Damai Bantahan Penduduk Bukan Masalah Semua Pihak Wajib Turun Padang The Merdeka Times 09 08 2022


 

Penduduk di Damansara Damai berhak suarakan bantahan terhadap pembinaan kuil di kawasan tempat tinggal mereka, tegas ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.Nadzim meminta semua pihak terbabit termasuk MBPJ, turun padang menjelaskan keadaan, khususnya mengenai status pembinaan kuil yang menimbulkan keresahan penduduk setempat itu.5,000 penduduk di Damansara Damai membantah pembinaan kuil dua tingkat itu di kawasan majoriti Islam atas beberapa faktor antaranya keadaan jalan utama sempit dan lokalitinya membabitkan kawasan majoriti orang Islam.KUALA LUMPUR – Penduduk di Damansara Damai berhak untuk membantah pembinaan kuil di kawasan terbabit memandangkan lokasi dicadangkan membabitkan kawasan tempat tinggal mereka.
Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, beliau tidak melihat bantahan penduduk terhadap pembinaan kuil di kawasan majoriti orang Islam itu sebagai satu masalah.
Sebaliknya, beliau menegaskan semua pihak terbabit, termasuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) perlu turun padang untuk menjelaskan keadaan.
“Kita nak buat masjid kena ada kelulusan. Jangan kata masjid, surau pun kena ada kelulusan. Begitu jugalah dengan kuil ini. 
“Disebabkan status kebenaran pembinaan yang tidak jelas, situasi pun sudah jadi begini, kita kena lah turun padang untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada The Merdeka Times ketika dihubungi di sini sebelum ini.
Nadzim berkata demikian ketika mengulas isu bantahan pembinaan sebuah kuil di Damansara Damai oleh penduduk setempat yang mendapat perhatian ramai sejak awal bulan ini.
Sesi penerangan khas berhubung isu pembinaan kuil di Damansara Damai itu telah diadakan pihak berwajib pada 5 Ogos lalu di Dewan Apartmen Impian, bagaimanapun kegagalan MBPJ menghantar wakilnya menimbulkan persoalan dalam kalangan penduduk setempat. 
“Tak boleh lah macam tu. MBPJ ini tugas dia menguruskan. Jadi, pihak MBPJ perlu lebih tegas dalam menguruskan urusan berkaitan isu bantahan pembinaan kuil ini,” kata Nadzim ketika mengulas ketidakhadiran wakil pihak berkuasa tempatan itu pada sesi penerangan khas dikendalikan pihak polis.
Usaha The Merdeka Times untuk mendapatkan maklum balas MBPJ sejak 3 Ogos lalu masih gagal, malah pegawai yang berjaya dihubungi semalam hanya menjawab beliau tidak tahu mengenai isu pembinaan kuil di Damansara Damai itu.
The Merdeka Times pada 3 Ogos lalu mendedahkan mengenai bantahan 5,000 penduduk Damansara Damai terhadap pembinaan kuil di kawasan majoriti penduduk beragama Islam itu. 
Ini merupakan kali ketiga bantahan dibuat penduduk sejak 2017 dan bantahan kedua pada 2019 menyebabkan pembinaan kuil itu ditangguhkan sementara. 
Pembinaan kuil itu dibantah penduduk setempat atas tiga alasan iaitu jalan keluar masuk sempit; majoriti penduduk Apartmen Impian adalah Melayu/Islam dan ketiga; kebimbangan pengunjung luar tidak sensitif bila mengunjungi kuil itu (jika dibina) sekaligus ancaman risiko ketenteraman penduduk setempat.
Pihak polis sebelum ini menasihatkan kepada semua pihak, termasuk penduduk setempat, untuk menjaga ketenteraman awam berhubung isu bantahan pembinaan kuil di Damansara Damai itu. 
Difahamkan kuil dua tingkat itu mempunyai kapasiti 2,000 orang iaitu jauh lebih rendah daripada populasi penganut Hindu di kawasan terbabit, menyebabkan perkara itu antara persoalan diajukan penduduk setempat ketika sesi penerangan 5 Ogos lalu. 
Artikel oleh: The Merdeka Times
ISU KUIL DI DAMANSARA DAMAI: BANTAHAN PENDUDUK BUKAN MASALAH, SEMUA PIHAK WAJIB TURUN PADANG

https://themerdekatimes.com/blog/2022/08/isu-kuil-di-damansara-damai-bantahan-penduduk-bukan-masalah-semua-pihak-wajib-turun-padang-ppim/?fbclid=IwAR2g_vqrsfgiJBU94nNH8xQh0NeVBgJuvZM5b3SaLqV_-MrVtVM8vubGYWs


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/08/isu-kuil-di-damansara-damai-bantahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Best Of Decoration Summer 2022

The Best Of Decoration Summer 2022

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 293 hits
The 2022 summer sale is an excellent opportunity to refresh your home linens and treat yourself to a beautiful piece that we have long envied We have selected attractive furniture with timeless lines and finishes The post appeared first on
Isu Tanah 99 Sen Peneroka Felda Lembah Klau Mohon Sultan Pahang Campur Tangan Media Variasi 27 07 2022

Isu Tanah 99 Sen Peneroka Felda Lembah Klau Mohon Sultan Pahang Campur Tangan Media Variasi 27 07 2022

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 425 hits
KUALA LUMPUR Ratusan peneroka Felda Lembah Klau di Pahang merayu dan memohon bantuan Sultan Pahang Sultan Abdullah Al Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah untuk mencemar duli melihat sendiri keperitan rakyat menuntut pembelaan...
Huawei Launches The Latest Flagship Products In Apac Smart Office Launch 2022

Huawei Launches The Latest Flagship Products In Apac Smart Office Launch 2022

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 298 hits
Huawei Consumer Business Group held its APAC Smart Office Launch 2022 today showcasing a full spectrum of Smart Office Flagship Products including HUAWEI MateBook X Pro HUAWEI MatePad Pro 11 HUAWEI MateBook 16s HUAWEI MateBook D 16 HUAWEI M...
The Celebrity Legs And Feet In Tights 2022 Pantyhose Queen Poll Quarterly Update 3

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2022 Pantyhose Queen Poll Quarterly Update 3

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 335 hits
I planned to do this next month but I realized that I d just being doing another one at the end of October Therefore I m doing the third quarterly update on who all has qualified for the Donnybrook in December a month early As always anyone...
Penjelasan Tissa Biani Dan Dul Jaelani Dan Soal Isu Rencana Nikah 8 Agustus 2022

Penjelasan Tissa Biani Dan Dul Jaelani Dan Soal Isu Rencana Nikah 8 Agustus 2022

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 173 hits
Walaupun Tissa dan Dul sudah memberikan penjelasan mengenai postingan tersebut nyatanya masih banyak netizen yang menginginkan pasangan muda ini bisa segera menikah lho
The New Alza 2022 Mantap Bro

The New Alza 2022 Mantap Bro

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 299 hits
The New Alza 2022 Mantap Bro The New Alza Versi HFuhh Tak sangka oiii tak sangka setelah sekian lama aku jejakkan kaki semula ke Centre Perodua Itupun disebabkan penangan The New Alza 2022 TERpergi pun sebab adik aku si amer tu ajak bawa te...
Purata Gaji Penduduk 10 Negara Di Asean 2022 Malaysia Di Tempat Ke Berapa

Purata Gaji Penduduk 10 Negara Di Asean 2022 Malaysia Di Tempat Ke Berapa

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 409 hits
Pernahkah anda tertanya tanya berapakah purata gaji penduduk di negara jiran kita Di Malaysia purata gaji dianggarkan sekitar RM2 673 Paling tinggi adalah Singapura dengan purata gaji sebanyak RM20 433 diikuti Brunei dengan RM1 5280 Purata ...
Puma And Manchester City Host Their First Ever Metaverse Kit Launch On Roblox To Unveil The New 2022 23 Third Kit

Puma And Manchester City Host Their First Ever Metaverse Kit Launch On Roblox To Unveil The New 2022 23 Third Kit

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 349 hits
The new Third kit was unveiled on Roblox in the PUMA and the Land of Games experience on August 3rd Global sports company PUMA has launched the 2022 23 Manchester City Third kit in their first ever Metaverse kit launch The vibrant new kit w...
Hiburan Ni Dewi Semua Out Peserta Dewi Remaja 2022 Teruk Kena Face Shaming

Hiburan Ni Dewi Semua Out Peserta Dewi Remaja 2022 Teruk Kena Face Shaming

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 241 hits
Sedia maklum program Dewi Remaja sudah sekian lama di mainkan di televisyen dan program itu boleh di kata sebagai program yang ditunggu tunggu oleh penonton untuk menontonnya Barisan peserta untuk Dewi Remaja 2022 telah pun didedahkan dan d...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice