Dap Perlu Gugurkan Agenda Negara Sekular Slogan Malaysian Malaysia Nur Jazlan


bharian.com.my
Oleh Mohamed Farid Noh 
[email protected] Ogos 30, 2023 @ 2:03pm
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (kanan), Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed (kiri) dan Calon Pakatan Harapan Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat (tengah) ketika melawat PDM Sungai Danga di Balairaya Kampung Sungai Danga, Johor. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
JOHOR BAHRU: Semua pihak dalam gabungan Kerajaan Perpaduan terutama DAP, mesti berubah menjadi parti yang lebih sederhana, jika mahu diterima orang Melayu negara ini.

Sehubungan itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed, menyarankan supaya DAP menggugurkan agenda Negara Sekular dan slogan Malaysian Malaysia dalam perlembagaan parti berkenaan.

Katanya, tiada cara lain untuk meyakinkan orang Melayu bahawa DAP hari ini sudah berbeza dari sebelumnya, selain daripada parti itu meminda Perlembagaan parti berkenaan sekali gus menggugurkan dua elemen berkenaan.

Beliau berkata, dua agenda itulah yang terus menjadi trauma kepada orang Melayu dan membuatkan mereka tidak boleh menerima perjuangan DAP.

"Orang Melayu sejak puluhan tahun lalu masih trauma dan tidak noleh menerima sentimen Negara Sekular dan Malaysia Malaysian yang diperjuangkan oleh DAP.

"Bila saya bersembang dengan pengundi Melayu di Selangor (ketika PRN lepas) dan Johor (ketika berkempen), majoriti mereka cakap masih tak boleh nak terima dengan mudah cara politik DAP yang bagi mereka masih terikat dengan tanggapan parti itu adalah parti totok orang Cina.

"Bila saya tanya kenapa selama ini orang Melayu boleh terima MCA dalam BN, mereka (orang Melayu) kata MCA tak ekstrim dan UMNO jadi parti dominan dalam gabungan itu.

"Berbeza dengan DAP, mereka kata tak boleh terima agenda sekular dalam parti itu sebab memang bertentangan sama sekali dengan syariat Islam dan Melayu. Jadi sebab itulah orang Melayu macam letak batu sempadan besar nak terima atau sokong DAP walaupun sudah bekerjasama dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai menimbulkan persoalan sama ada DAP berani membuat pengorbanan besar itu demi kelangsungan politik mereka.

"Jika DAP masih was-was untuk lakukan perubahan besar seperti mana pengorbanan yang UMNO sanggup buat hari ini dengan menyertai kerajaan Perpaduan, saya jangkakan DAP akan terus dipulau oleh pengundi Melayu.

"UMNO juga akan terus ditolak orang Melayu selagi kami bekerjasama dengan DAP. Satu lagi situasi besar yang perlu DAP hadapi ialah gelombang sokongan orang Melayu terhadap Pas akan jadi lebih kuat pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan masa depan.

"Jadi kita akan lihat keadaan politik yang ekstrim di mana orang Cina akan terus sokong DAP sebagai parti mereka dan orang Melayu akan beralih kepada Perikatan Nasional (PN) dan PAS sebagai parti mereka," katanya.

Beliau berkata, ketika ini orang Melayu hanya mempunyai dua pilihan sama ada beralih sokongan secara total kepada PN dan PAS atau menerima kembali UMNO sebagai wadah perjuangan mereka.

"Sebab itulah semua pihak termasuk DAP juga perlu bantu untuk pulihkan UMNO semula dan kembali menjadi parti utama di negara seperti sebelum tahun 2018," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/08/dap-perlu-gugurkan-agenda-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gesa Dap Gugur Slogan Malaysian Malaysia Hanya Pandangan Peribadi Nur Jazlan Kata Zahid

Gesa Dap Gugur Slogan Malaysian Malaysia Hanya Pandangan Peribadi Nur Jazlan Kata Zahid

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 143 hits
freemalaysiatoday com02 Sep 2023 3 30pmPresiden Umno itu berkata sekalipun timbul permintaan seperti itu ia perlu mengikut saluran yang betul atas dasar hormat pada rakan gabungan kerajaan perpaduan Presiden Umno Zahid Hamidi berkata pihakn...
Mca Sokong Gesaan Pemimpin Umno Supaya Tarik Balik Slogan Malaysian Malaysia Ala Dap

Mca Sokong Gesaan Pemimpin Umno Supaya Tarik Balik Slogan Malaysian Malaysia Ala Dap

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 141 hits
Parti komponen BN itu berkata ini adalah perkara paling mudah untuk DAP lakukan ke arah merealisasikan impian Malaysian Malaysia yang lebih bersatu untuk semua MCA menyokong gesaan seorang pemimpin Umno agar DAP menggugurkan tuntutan Malays...
Umno Sudah Terima Agenda Malaysian Malaysia Dap

Umno Sudah Terima Agenda Malaysian Malaysia Dap

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 214 hits
harakahdailycomSeptember 3 2023KEBERADAAN Umno dalam pakatan campuran PH BN sebenarnya mempamerkan kegagalan untuk melunakkan agenda besar DAP untuk mewujudkan Malaysian Malaysia dan pembentukan Negara Sekular di Malaysia Ironinya kenyataan...
Dap Needn T Drop Malaysian Malaysia Secular Nation Agenda Loke

Dap Needn T Drop Malaysian Malaysia Secular Nation Agenda Loke

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 194 hits
JOHOR BY ELECTIONS Despite every party in the country having their own respective aims and views this does not pose a problem for any party coming together in a coalition said Anthony Loke Therefore the DAP secretary general said his party ...
Dap S Malaysian Malaysia Confusing

Dap S Malaysian Malaysia Confusing

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 191 hits
Dear Anthony Loke I feel saddened when I read your response to the concerns by Malaysians on the allegation that DAP s concept of Malaysian Malaysia which originated from Lee Kuan Yew in the mid 1960s is the cause of the present racial divi...
Nur Jazlan Not Just Umno But Dap Too Has To Change By Amending Its Constitution To Court Malay Voters

Nur Jazlan Not Just Umno But Dap Too Has To Change By Amending Its Constitution To Court Malay Voters

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 240 hits
There s no other way to convince the Malays that the current DAP is different from what it was previously than to drop the agenda of secular state and the slogan of Malaysian Malaysia from its party constitution Because those two agendas ar...
Malaysian Malaysia Tak Langgar Prinsip Perlembagaan Kata Pemimpin Dap

Malaysian Malaysia Tak Langgar Prinsip Perlembagaan Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 124 hits
Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Sheikh Omar Ali berkata isu membabitkan slogan Malaysian Malaysia lebih berbentuk serangan politik untuk beri imej dan gambaran buruk terhadap DAP dan juga PH dan kerajaan perpaduan PETALING JAYA Seorang pemimpin...
Dap Mahu Perlembagaan Negara Sekular Sama Seperti Kerangka Awal Sebelum 1957

Dap Mahu Perlembagaan Negara Sekular Sama Seperti Kerangka Awal Sebelum 1957

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 147 hits
bharian com myOleh September 2 2023Peguam Datuk Shamsuddin Nawawi ketika ditemui di Kota Damansara Foto NSTP MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALIKUALA LUMPUR Matlamat DAP untuk memulihkan Perlembagaan negara supaya menjadi sekular sama seperti draf ...
Dap Mesti Tinggalkan Malaysian Malaysia Jika Benar Junjung Perlembagaan

Dap Mesti Tinggalkan Malaysian Malaysia Jika Benar Junjung Perlembagaan

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 200 hits
ismaweb net03 09 2023Pejuang kemerdekaan dulu tolak asimilasi pilih integrasi kaum bina negaraBANGI 17 Safar 1445H Ahad DAP perlu meninggalkan perjuangan Malaysian Malaysia sekiranya parti itu benar benar menjunjung Perlembagaan Ahli Majlis...
Malaysia In Tough Spot On Blackrock Investment

15 Things To Eat In Bangsar

Warga Emas Kayuh Basikal Maut Kemalangan

Names That Adapt To Change

Isu Saham Mahb Tak Sama Dengan Kilang Berkaitan Blackrock Di Kedah Kelantan

Pelajar Uitm Jengka Maut Motosikal Langgar Kereta Keluar Simpang Depan Balora Mastika

Bila Maknya Tak Sihat

55 000 Pengguna Di Kuantan Alami Gangguan Air Bermula Jam 9 00 Pagi Hingga 5 00 Petang Esok



Info Dan Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut 2024 Kini Di Pawagam Malaysia

Kahwin Beristerikan Bella Hanna Bella Luna Ini 10 Fakta Biodata Pelakon Redza Rosli Yang Ramai Tak Tahu

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Terjerat iQIYI Malaysia Gandingan Aliff Aziz Dan Ruhainies

8 Fakta Biodata Aisyah Hijanah Azhari Penulis Buku Isteri Kepada Alif Teega

5 Kes Jenayah Melibatkan Kanak Kanak di Malaysia Yang Tak Boleh Kita Lupakan


Cari Stoking Tapi Sangkut Kasut Skechers Sepasang

Cara Efektif Mengelola Stres Untuk Kesehatan Tubuh

Inilah Israel Bom Sumbangan M Sia Tapi Nak Hubungan

Modal Bisnes

Zaid Hits Out At Ministry S Muslim Friendly Tourism Idea For Langkawi

Time To End The Political Gravy Train