Pengalaman Sebagai Penulis Artikel Seo Ilmu Copywritng Dan Artikel Seo Berkaitan
Sejak bulan June 2023, jadual tiba-tiba boleh jadi padat. Titik permulaan dari menulis artikel SEO di salah satu syarikat yang menjual produk kesihatan. Ketika itu, saya diberikan peluang menulis 5 buah artikel sahaja. Nampak best je kan? dapat job menulis. Tapi di sebaliknya, ada kisah tersembunyi. Pengalaman menulis artikel SEO. Dalam artikel ini saya ceritakan sebagai penulis artikel SEO ( Search Engine Optimization ).
Detik pertemuan dengan klien
Klien terjumpa saya di platform Facebook ketika itu. Jika difikirkan saya, Facebook saya sukar close job. Maklumlah, personal branding tidak kuat dengan memiliki 710 pengikut di sana.
Satu hari, saya di tanya oleh klien. Artikel SEO saya ini bagaimana saya menulisnya. Selain itu, apa keyword yang saya gunakan? cara mencari keyword dan sebagainya. Paling penting, mahu lihat contoh artikel yang pernah di tulis sebelumnya.
Sewaktu di tanya bahagian Messenger, ligat otak berfikir. Mana nak cari artikel sebenarnya. Maklumlah, sebagai Ghost Writer hasil kerja adalah kerahsiaan. Hak penulisan hanya untuk klin yang lepas.
Mujurlah, saya pernah menjadi penulis tamu di salah satu website. Apabila menjadi tamu, profile penulis memang sedia ada di paparkan penghujung artikel. Ini kerana klien membenarkan penulisan saya dikenali. Ini peluang yang saya gunakan sebagai contoh penulisan yang boleh di tunjukkan kepada prospek.
Sesi meeting sebelum prospek memilih saya sebagai penulis
Wah, bayangkan. Memang prospek tiada pun mentin dalam chat messenger tu bahawa partner beliau mahu tanya saya dengan pelbagai soalan.
Bayangkan, sekali Zoom Meeting dilakukan. 1001 soalan yang di keudarakan. Ya Allah! nasib lah segala pertanyaan beliau berkaitan bidang saya dan marketing.
Selain SEO, beliau juga bertanyakan copywriting dan hal-hal Content Writer di Media sosial.
Saya seakan di temu bual seperti menghadiri interview pekerjaan tau. Kecut sekejap! darah seakan berhenti mengalir dalam badan saat soalan diajukan.
Paling kelakar lah saat interview sedang berlangsung. Saya, prospek yang chat dan partner beliau. Semuanya lelaki. Saya ni cepat menggelabah kalau macam ini tau. Haha.
Dari dalam ruangan menulis dalam bilik, sehingga ke ruangan tamu saya bercakap. Mujur lah klien sudah OFF video, memandangkan line internet asyik bermasalah. Itu yang sampai berjalan dan meniarap ketika saya bercakap. Maklumlah, nak hilangkan rasa gugup.
3 hari selepas itu, klien beritahu kata putus mahu mendapatkan 5 artikel SEO daripada saya. Klien ini juga mengadu kepada saya bahawa, sebelum ini pun mereka ada hire Ghost Writer tetapi seakan tidak berpuas hati. Maksudnya mungkin servis tersebut tidak sampai kepada mereka.
Klien kali ini memerlukan saya membaca semua bahan-bahan kajian mereka. Bahan mereka termasuk journal in english. Juling juga lah bacanya. Semuanya sebagai maklumat tambahan untuk artikel SEO.
5 artikel tersebut termasuk menulis artikel mengenai company profile. Huhuhu. Bayangkan? nasib baik dengan berbekalkan ilmu copywriting saya berkebolehan. Jadi, copywriting dan artikel SEO bersangkutan sebenarnya.
Akhir kata, sengaja saya menulis artikel ini sebagai rujukan pembaca. Artikel ini santai sahaja. Tanpa keyword dan format SEO. Masih menyiapkan 20 jenis artikel kesihatan klien berlainan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/2023/07/pengalaman-sebagai-penulis-artikel-seo.html