Meniru Berita Dari Blog Tanpa Memberi Kredit Kepada Empunya Berita Dan Penulis Adalah Perbuatan Memalukan
Kenangan sebagai penulis dan jurufoto bersama Suara Keadilan , one man show.
Salam hormat buat pembaca dan pengunjung blog ini. Sokongan anda amat dihargai. Sejak awal penulisan melalui Laman Reformasi Mahazalimtwo yang munchl awal sebelum 1998. Website Mahazalimtwo adalah inspiraai wujudnya blog ini. Wartawan Rasmi Laman Reformasi.
Menjelang 2001 bila website Mahazalimtwo dihentikan penyiaran atas sebab sebab tertentu, maka akhirnya ianya terhenti. Ini adalah kerana pada masa itu webmaster menghadapi masaalah kekangan masa dan munculnya website sealiran seperti mahafiraun dan laman marhaen.
Pun begitu ianya tidak lama dalam perjuangan alam cyber dan muncul pula blog yang lebih mudah dikendalikan berbanding website yang perlu disewa tapaknya.
Wartawan Rasmi Laman Reformasi muncul dengan berita tempatan diambil dari penulis penulis di fb atau mana mana sumber berita dan meletakkan nama penulis sebagai kredit penulisan diatas hasil penulisan kreativiti penulis mengolah menulis secara probono dan jasa mereka itulah diletakkan nama mereka sebagai penulis sama ada mereka dikenali ,atau sudah dikenali dan blog ini memperkenalkan hasil penulisan mereka.
Antara penulis prolifik aktif ramai..Liyana Marzuki, Raja Gelap,Shahbudin .com.Adrian lim, Suara Keadilan kerana pernah terlibat secara langsung bersama akhbar tersebut. Banyak nama lain..Mohd Mukhlis, Asraff Jeffery, Mukhlis Eddie,Norman Radzuan, Zusdin,Zaimuddin Omar ...mereka ini adalah penulis terkenal di fb mereka dan secara probono.Malah ramai lagi yang tidak pernah diminta untuk dikenali dan begitu aktif menulis secara probono.
Blog ini mengambil penulisan mereka dan memberi kredit di atas hasil penulisan mereka di dalam blog kerana selayaknya mereka diberikan kredit dari hasil penulisan mereka.Tahniah kerana anda pejuang hebat probono.
Namun hasil suntigan pembetulan ejaan diupdate di blog ini dicopy secara bulat bulat oleh seorang pengguna fb , bukan saja ianya tidak bertanggung jawab dengan tidak meletakkan nama penulis, malah kredit untuk blog juga tidak diberi sebagai penghargaan. Seolah olah hasil kerja orang dijadikan kerja sendiri dan penulisan sendiri.Ianya dicopy duplicate bulat bulat.
Untuk mengupdate 40 isu sehari ianya mengorbankan 3 jam bagi memberi khidmat percuma kepada penyokong di luar sana yang mahukan bacaan maklumat altenatif dari penulis,tiktokers,youtubers seperti Wan Faudzin, Harun Mohd Shah,Wan Mat Hussein dan ramai lagi yang tidak disebut sebagai pejuang probono.
Berilah kredit kepada sumber dan penulis penulis dan bukan menjadi seorang yang kerja meniru dan menganggap itu seperti kerja sendiri.
"apa nama" melalui fb KERAJAAN MADANI mengizinkan ini berlaku.
Sekian.
Blogger WRLR.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2023/07/meniru-berita-dari-blog-tanpa-memberi.html