Panduan Tips Menulis Seo Content Blog Sebarkan Ilmu Walaupun Satu Ayat


Mari kita belajar cara tulis seo content blog dengan betul. Ala, sama ajelah maksudnya anda menulis di Facebook personal ke kan, bezanya di blog anda boleh menulis beserta gambar dan video dengan lebih tersusun. Boleh disimpan dan dikongsikan berkali-kali sebagai panduan buat orang ramai. 
Penulisan yang bagus ialah penulisan yang mampu menyelesaikan masalah orang lain. Menulis bukan untuk syok sendiri tetapi mempunyai isi dan kepetingan buat pembaca. Maka dari situlah datangnya trafik organik. 
Ramai di kalangan kita suka menulis di ruangan Facebook, hebat sungguh rakan-rakan saya menulis tahu. Kagum! Tetapi di blog kita nak fokus kepada menulis ber SEO. 
Apa Itu Penulisan SEO?
Saya tidak akan mengulas panjang dengan maksud SEO di sini, cukup sekadar kita tahu cara penggunaan SEO di blog masing-masing dan mendapat trafik pengunjung berdasarkan faktor ini. Trafik organik tidak datang sejuta view sekaligus, mengambil masa namun ini ialah permainan long term. Nak cepat dapat trafik

Nak viral cepat? - medium soc medNak long term planning dan sentiasa berterusan mendapat trafik - blogging
SEO (Pengoptimuman Enjin Carian) ialah satu set strategi dan amalan yang digunakan untuk menjadikan tapak web anda lebih mudah dicari di enjin carian seperti Google. Matlamat utama SEO adalah untuk tapak web anda muncul pada halaman pertama hasil carian, supaya lebih ramai orang boleh menemuinya


Perhatikan Nota di Gambar:
Apabila saya buat carian "cara hilangkan kurap kucing di telinga", tiga entri teratas adalah siraplimau, miszrockers dan FB page: Geli Geli Kucing - Taiping. 
Anda lihat saya gariskan dengan warna kuning dan purple, menunjukkan kata kunci itu terdapat pada bahagian carian google yang mengandungi kata kunci tersebut

Inilah yang dimaksudkan seo content blog secara mudahnya ya

Apa yang kita sasarkan pada setiap content ialah muncul di carian pertama Google. 
Tips Menulis Content BlogMenulis dalam bahasa penuh Melayu atau EnglishMenulis menggunakan dialek yang betul (jika anda nak gunakan dialek negeri ya tetapi bukan sepenuhnya)Membuat carian terlebih dahulu mengenai tajuk tersebut dan barulah mula menulisMenulis dengan menggunakan kata kunciMenulis dengan fakta yang betul dan elakkan penipuan dan plagiatGunakan heading, subheading pada tajuk besar dan tajuk kecil supaya pembaca dapat membaca lebih tenang dan tidak tercari-cari (pendek kata, memudahkan pembacaan dan carian di content anda)Masukkan table of content (TOC) - kaedah ini sangat penting untuk Google buat crawl ke entri anda Menggunakan saiz image yang kecil disarankan bawah 50kb per imageCara Menulis SEO Content Blog Pertama AndaSaya sudah kongsikan tips menulis content blog di atas. Sila scroll semula ya. Pergi ke sebelah kiri pilihan menu dan tekan NEW POST

Anda perlu letakkan Tajuk yang mengandungi keyword dan ayat yang mengundang klik. Terangkan apa maksud kandungan entri anda secara ringkas dan padat pada tajuk tersebut. Wajib masukkan sekurang-kurangnya satu gambar atau minima tiga gambar. Jangan lupa kecilkan saiz image sebelum anda upload gambar



Label bertindak sebagai tag, juga mengandungi nilai SEO buat posting anda. Masukkan kata kunci berkaitan dan relevan dengan tajuk dan isi kandungan
Anda boleh biarkan kosong atau isikan informasi ringkas, padat dan mempunyai kata kunci sekali lagi di sini. Jika anda biarkan kosong, Google akan memilih 16 patah perkataan pada awal posting anda sebagai text carian apabila carian dibuat
URL PERMALINK adalah sangat penting bagi hidup sebuah penulisan ber SEO. Pendek, ringkas dan maksima 5 patah perkataan sahaja. Contohnya, tempat-menarik-kuala-lumpur dan bukannya tempat-menarik-di-kuala-lumpur-yang. Dan sebenarnya jika anda membuat tajuk url yang panjang, Blogger secara automatik akan potong tajuk anda menjadi URL yang tidak sempurna, ini tidak bagus sama sekali. Adakalanya pemotongan tajuk menjadi URL permalink ini terkeluar dari kata kunci yang anda cuba nak sampaikan kepada pembaca. Tidak bagus kan

Contoh
Tajuk : Tempat-Tempat Menarik Yang Boleh Anda Kunjungi Semasa Di Kuala LumpurKata Kunci SEO: Tempat Menarik Kuala LumpurAutomatik URL Permalink : Tempat-Tempat Menarik Yang Boleh
Apa terjadi di sini? 
Anda kehilangan kata kunci nama tempat iaitu Kuala Lumpur. 
Hal ini akan menyebabkan apabila orang buat carian berkaitan tempat menarik di kuala lumpur, anda kehilangan tempat di page pertama, kerana URL permalink ini salah satu sumber utama crawl google berkaitan kata kunci sesuatu carian. Faham ye.
Jadi apa perlu kita lakukan

Paling mudah semasa buat tajuk nanti, dan anda nak publish, gunakan kata kunci sebagai tajuk. Selepas publish, barulah anda edit tajuk tersebut supaya nampak lebih menarik untuk pembaca klik content anda. 


Dah pun siap blog dan publish posting pertama anda. Tahniah

Berapa Panjang Content Yang Disukai Google?
Minima 300 patah perkataan hingga 1500 atau lebih. Anda boleh gunakan wordcounter untuk mengira karangan anda dan juga melihat kekerapan ayat yang sama. 
Berapa Kali Kata Kunci Boleh Diulang Dalam Satu Content Blog?
Untuk 300 - 700 patah perkataan, sekurang-kurangnya tujuh kali keyword diulang pada tajuk dan isi kandungan. Elakkan meletakkan terlalu banyak keyword, nanti google recognise u ols as spamming pulak, tak mahu la yer. 
Di Mana Nak Letak Keyword Selain Tajuk dan Content?Anda wajib letak keyword pada alt gambar, label atau tag entrisearch descriptionurl permalinkheading H2 dan subheading H3internal dan external (backlink) dengan menggunakan anchor word sebagai kata kunciKesimpulanMenulis SEO content blog tidak semudah menulis di social media, saya faham. Di blog anda perlu setting dan tanamkan kata kunci seberapa banyak yang boleh hanya untuk dapatkan pembaca organik. Namun, jika anda buat dengan niat yang betul dan bukan buat kerja laju mengejar sesuatu saya pasti ianya akan mendatangkan hasil. Adakalanya dengan cara penulisan yang betul dan menjawab soalan pembaca, tidak mustahil content anda bakal muncul di carian pertama walau hanya dalam tempoh seminggu. 
Insya Allah, ada banyak lagi entri berkaitan seo yang akan saya tuliskan buat anda semua. Stay tune dan jangan mengalah untuk terus menulis content yang bermanfaat



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2023/07/cara-tulis-seo-content-blog.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Sebagai Penulis Artikel Seo Ilmu Copywritng Dan Artikel Seo Berkaitan

Pengalaman Sebagai Penulis Artikel Seo Ilmu Copywritng Dan Artikel Seo Berkaitan

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 191 hits
Sejak bulan June 2023 jadual tiba tiba boleh jadi padat Titik permulaan dari menulis artikel SEO di salah satu syarikat yang menjual produk kesihatan Ketika itu saya diberikan peluang menulis 5 buah artikel sahaja Nampak best je kan dapat j...
Tips Business Online Guna Blog

Tips Business Online Guna Blog

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 172 hits
zaman sekarang semua business sudah mula beroperasi secara offline atau online dan secara online sekarang ni wajib ada kan Ada yang guna IG FB Tiktok blog dan apa apa sahaja medium online untuk mempromosikan business mereka mediuam business...
6 Tips Memilih Jasa Artikel Pilar Seo Murah Terpercaya

6 Tips Memilih Jasa Artikel Pilar Seo Murah Terpercaya

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 166 hits
Blog Orang IT Agar tidak salah memilih pahami bagaimana cara dan tips terbaik dalam memilih jasa artikel pilar SEO paling murah dan terpercaya Pilar artikel merupakan bagian paling penting dari SEO Layaknya sebuah bangunan artikel pilar aka...
Latihan Menulis Abc Tips Dan Muat Turun Lembaran Kerja

Latihan Menulis Abc Tips Dan Muat Turun Lembaran Kerja

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 337 hits
Setelah anak anak kecil diperkenalkan dengan huruf maka guru atau ibu bapa bolehlah mula mendedahkan mereka latihan menulis huruf ABC sehingga Z Paling penting ibu bapa bapa atau guru perlulah mengetahui langkah mendedahkan anak anak dengan...
Kombinasi Warna Yang Sesuai Buat Blog Mesra Seo

Kombinasi Warna Yang Sesuai Buat Blog Mesra Seo

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 161 hits
Bagaimanakah warna boleh memainkan peranan dalam menentukan sesuatu blog mesra SEO Adakah warna warna garang seperti merah hitam ungu dan hijau boleh buat blog mesra SEO Atau warna warna lembut lebih bagus Itu yang akan admin lihat dan kong...
Seo Tips That Will Boost Your Website Traffic

Seo Tips That Will Boost Your Website Traffic

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 224 hits
It is more crucial than ever for businesses to have a well known reliable brand in the present highly competitive market In a technological world which is constantly evolving and fast paced small businesses must to stand out from the crowd ...
Almond Cluster Crunchy Satu Tak Cukup

Almond Cluster Crunchy Satu Tak Cukup

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 251 hits
Almond cluster sejenis kuih raya atau biskut raya yang pernah viral satu masa dulu Cara membuat almond cluster ni mudah je Mengikut resipi almond cluster ringkas hanya menggunakan 2 3 bahan je mengikut resipi masing masing Mudah memang muda...
Is Dap Mis Painted Or Deserving Of Its Image

Sarawak Now Affin Bank S Largest Shareholder Promises No Interference

Warga Emas Skim Pelaburan Emas Palsu Elak Jadi Mangsa

Pengundi Dun Mahkota Pilih Wakil Rakyat Hari Ini

Resepi Ikan Singgang

Mahkota Poll A Test For Dap To Ensure Chinese Voters Back Bn

Lirik Lagu Adiwira Firdaus Rahmat Faizal Tahir

Saturday Jokes 231


echo '';
Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria


Gejala Kekurangan Vitamin D

Selalulah Istighfar Walau Apa Keadaanmu

Hariz Danial Materialistik Chord

Murshid Nazri Angan Chord

Makanan Sedap Di Penang Dari Nasi Kandar Ke Cendol Semua Ada

Rasmi Hizbulloh Umum Hassan Nasrullah Pergi Menghadap Ilahi Al Fatihah