Pengalaman Scalling Cabut Gigi Di Klinik Pergigian Swasta


AssalamualaikumBismillah
Tak sangka pula akhirnya aku akan tulis entri ini di blog. Sejujurnya aku dah lama teringin nak buat entri berkenaan scalling gigi di klinik pergigian swasta untuk pengalaman aku dulu lah tahun 2014. 
Aku memang ada merancang nak scalling gigi balik kat klinik pergigian swasta sebelum ini. Tetapi aku tak sangka pula minggu lepas aku sakit gigi di bahagian geraham dan bergoyang. Memang ada tanda-tanda mahu dicabut. 
(Actually entri ini dah lama dalam draft, cuma baru hari ni rasa nak habiskan cerita dia)
Klinik Pergigian Dr Patricia, Inanam Taipan

Hampir 3 hari juga aku tak dapat tidur. Sakit gigi nak makan pun susah, nak bercakap pun susah. Mood pun tak baik. Dan aku tak fokus langsung sepanjang aku sakit gigi. Ya Allah nikmat sihat gigi inilah yang sangat tidak dihargai. Masa gigi sihat makan manis je memanjang, bila dah sakit huhu azab sangat. Padan muka sendiri. 
Memandangkan aku dah pernah scaling aku tak risau sangat. Yang aku risau tu cabut gigi. Korang percaya ke aku tak pernah dah cabut gigi di klinik sejak umur aku 7 tahun. I mean cabut kat klinik pergigian. Trauma aku cabut gigi masa budak-budak sampai sekarang. Asal ada masalah gigi saja selagi doktor kata masih boleh tampal aku akan minta tampal gigi saja

Dan kali ini gigi aku dah betul-betul tak dapat diselamatkan lagi. Nak tak nak memang kena cabut. Perkara pertama sekali kalau sakit gigi ini yang terlintas dalam fikiran nak pergi klink pergigian swasta ke atau kerajaan?
Pengalaman aku cabut gigi di klinik pergigian kerajaan (masa aku tahun 1 lagi) tak berapa okay, jadi aku pilih untuk cabut gigi di klinik pergigian swasta. Sebelum ini aku dah pernah scaling gigi juga kat klinik pergigian swasta. Cuma aku takda pengalaman cabut gigi lagi bila dah meningkat dewasa nie. 
Lokasi Klinik Pergigian Dr Patricia, Inanam Taipan
Lokasi klinik ini terletak di Taipan Inanam bersebelahan dengan J&T Express dan Kedai Haiwan (Animal Feed Store). Berdekatan dengan Domino's Pizza juga. Lokasi klinik ni tidak kelihatan sangat, tetapi senang juga mahu mencari sebab cari ja J&T Express confirm jumpa klinik ni


Aku pilih klinik pergigian Dr Patricia sebab mama aku selalu cabut gigi di klinik ni. Dan katanya klinik ni paling murah harganya. Dan so far okay saja cabut gigi di sini. Sebab lain pula klinik ni yang paling dekat dengan rumah aku. Dan sebab terakhir aku dah tak tahan sakit gigi. Haha~

Harga Rawatan di Klinik Pergigian Swasta Dr Patricia

1. Pemeriksaan Oral - RM20
2. Cabutan LA Gigi susu anterior - RM50Gigi susu posterior - RM60Cabutan (spray) - RM35 - RM40Gigi kekal anterior insisor - RM50Gigi kekal taring - RM60Gigi kekal posterior - RM70Gigi bongsu / wisdom tooth - RM80 ke atas
+ Antibiotik dll ubat  RM20 ke atas
+ suture RM20Pembedahan gigi terimpak / minor - RM100 ke atas3. TampalanSatu permukaan - RM70Dua permukaan - RM80 ke atasKomposit kelas IV - RM150 ke atas
+Pin RM404. Rawatan PencegahanProphylaxis - RM80Scaling & polishing -RM100 ke atasPembuangan stain rokok  / banyak karang gigi -RM250 ke atas5. Rawatan KecemasanTampalan sementara / dressing -RM60 - RM70 Pendarahan selepas cabutan - RM50Dry socket - RM60
Pengalaman Scalling & Cabut Gigi di Klinik Pergigian Swasta Dr Patricia, Inanam Taipan 
Benda pertama sekali yang aku terfikir apabila nak cabut gigi ni kan,  "Sakit ke atau tak?" ..."Takut kena bius / jarum" dan banyak lagi lah. Lama kot tak cabut gigi. Dah lah cabut kat bahagian geraham mestilah takut haha~
Aku pergi klinik gigi ni dalam jam 2 petang dah masa tu. Masa tu memang ramai orang. Sampai ja kaunter aku terus tanya masih boleh tak cabut gigi. Kata pembantu doktor kat kaunter dorang dah tak terima pelanggan. Penuh dah kena datang esok lagi

Buat pengetahuan korang yang nak buat rawatan gigi di klinik pergigian Dr Patricia ni, di sini tiada booking appointment. So, kalau nak buat rawatan gigi terus (walk-in) datang ke klinik ni. Nasib korang lah kalau tak ramai pesakit. Paling bagus datang awal pagi. Boleh juga korang call dulu sebelum datang, tanya ramai pesakit atau tidak. 
So kali kedua aku datang tu dalam jam 8.30 gitu. Dan aku orang ketiga datang. Memang tak ramai orang. Sebelum tiba giliran aku tu ada seorang lelaki yang masuk dulu. Aku rasa dia just cabut gigi sebab tak lama. 

Harga Rawatan Scalling Gigi (bawah sahaja) & Cabut Gigi Geraham
Masa kat kaunter aku bagitau aku nak cabut gigi geraham dan scalling gigi tetapi di bahagian bawah sahaja sebab gigi yang aku nak cabut tu bahagian atas. Jumlah rawatan yang dibayar untuk gigi geraham dan scalling gigi di bawah sahaja sebanyak RM250. Doktor kata harga scalling gigi tu bergantung dengan berapa banyak kerak gigi kita. Makin lama dan banyak kerak gigi makin mahal. 
Sakit ke Cabut Gigi / Scalling Gigi?
Sebelum kena cabut gigi, doktor scalling dulu. Ini bukan pertama kali aku kena scalling gigi jadi aku okay ja. Scalling gigi tak sakit pun cuma aku tak suka sebab rasa ngilu. Dan paling tak best kalau terkena kerak gigi yang dah hitam tu. Memang sakit dan banyak darah yang keluar. 
Kalau korang nampak gigi dah kuning dan mengeras kerak gigi tu aku sarankan korang pergi scalling terus sebab tak sakit. Bila kerak dah mulai menghitam tu yang sakit. Aku memang suka sebenarnya scalling gigi ni, rasa gigi bersih ja sebab kadang-kala walaupun kita hari-hari berus gigi tetap ada sisa makanan yang tertinggal di celah-celah gigi yang kita susah nak berus. 
Aku belum scalling gigi bahagian atas lagi huhu. Dah lah kat atas gigi aku dah menghitam kerak gigi tu. Macam mana nak tahu gigi kita perlu scalling atau tidak? Cuba korang berus gigi, kalau semasa berus tu selalu berdarah menunjukkan korang perlu scalling gigi tau. 
Sejujurnya masa kena bius tu ada sakit macam kena gigit semut. Aku tak rasa pun gusi aku kebas masa tu. Masa kena cabut gigi tu memang masih terasa gigi aku bercerai dari gusi tu. Ada bunyi lagi hahaha~ Seram juga kalau ingat balik. Tetapi tak sakit sangat.
Dan yang bagusnya bila kat swasta ni ada pembantu doktor tu cuba tenangkan kita. Aku memang gelabah bah. Masa kena cabut gigi tu, pembantu doktor dia pegang kepala aku sambil usap-usap suruh bertenang, kalau tak banyak darah yang keluar. Dramatik betul kan aku bila kena cabut gigi haha~
Berapa Lama Masa Rawatan Cabut Gigi / Scalling Gigi?
Untuk kes aku cabut gigi rasanya tak lama pun adalah dalam 5 - 10 minit gitu dah siap. Kalau scalling gigi pula dalam 20-30 minit juga. Itupun scalling kat bahagian bawah gigi saja. Bergantung dengan kerak gigi korang lah. Setelah siap aku diberi ubat penahan sakit, antibiotik dan kapas. 
Adakah Ingin Mendapatkan Rawatan di Klinik Pergigian ini lagi ?
Untuk cabut gigi aku rasa better cabut kat klinik pergigian kerajaan. Menurut pengalaman orang lain bius kat klinik kerajaan lagi tinggi memang masa kena cabut tu tak rasa apa-apa. Kalau kat klinik ini aku masih boleh rasa gigi aku kena cabut dan selepas kena cabut tu aku masih rasa sakit. Ambil masa 2 hari juga baru okay. 
Aku tak pastilah kalau klinik pergigian swasta yang lain. Of course dari segi layanan, klinik pergigian swasta memang terbaik. Cuma kalau diberi pilihan aku cabut gigi lagi, aku nak cabut di klinik pergigian kerajaan saja. 
Manakala untuk scalling gigi pula, aku rasa klinik swasta aku pernah pergi sebelum ini lagi okay. Tambahan pula RM150 untuk scalling bahagian bawah gigi sahaja pun dah terlalu mahal. Sebelum ini aku scalling gigi RM150 untuk seluruh gigi termasuk whitening teeth. Aku dah tak ingat nama klinik tu. Tetapi kalau diberi pilihan aku nak scalling di klinik aku pernah pergi sebelum ini. 
Recommended? 
Kalau korang betul-betul tak tahan, nak cabut gigi aku cadangkan pergi ke klinik ini sebab memang bagus juga. Antara klinik pergigian swasta yang paling murah di Taipan Inanam. Feedback dari abang aku, mama dan makcik aku pun dorang suka juga kalau cabut gigi di sini. 
Dan kalau nak scalling gigi aku rasa better korang cuba cari tempat lain. Scalling kat sini memang bagus. Setakat ini doktor dan staff dia pun memang friendly. Cuma aku rasa mungkin ada tempat yang lagi murah dan rawatan scalling dia lebih baik. Ini hanya pendapat aku saja tau. 
Secara kesimpulannya, aku rasa better cabut gigi di klinik kerajaan sebab murah. At least bius tu kuat sikit. Dan scalling gigi aku tetap suka scalling kat klinik pergigian swasta. Mungkin selepas ni kalau nak pergi scalling lagi aku cuba pergi kat klinik pergigian yang aku pernah scalling dulu. 

Klinik Pergigian Dr PatriciaAlamat 8, Block A, Ground Floor Lot, A-G-8, Lorong Taipan 28/2, Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
No Untuk Dihubungi / Tel 088-435357 / 016-7715357
Waktu RawatanIsnin - Jumaat : 8AM - 4PMSabtu : 8AM - 1PMAhad / Cuti Am : Tutup

Sekian itu sahaja pengalaman aku. Semoga bermanfaat dan memberi infomasi kepada korang yang memerlukan. Apapun jaga kebersihan gigi dan kurangkan minum dan makan benda yang manis tau. Jangan lupa untuk selalu berus gigi selepas makan. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2021/05/pengalaman-scalling-cabut-gigi-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siak Tak Tahu Kena Covid 19 Meninggal Di Klinik Swasta

Siak Tak Tahu Kena Covid 19 Meninggal Di Klinik Swasta

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 314 hits
Hospital Pulau Pinang dijadikan pusat rawatan pesakit Covid 19 Seorang siak masjid meninggal dunia di sebuah klinik di Bayan Lepas Pulau Pinang akibat jangkitan Covid 19 kira kira jam 7 malam tadi Haji Ridzuan Othman yang bertugas di Masjid...
Lirik Lebih Baik Sakit Gigi Via Vallen

Lirik Lebih Baik Sakit Gigi Via Vallen

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 350 hits
Jangankan dirikuSemutpun kan marahBila terlaluSakit beginiDaripada sakit hatiLebih baik sakit gigi iniBiar tak mengapaRela relaRela aku relakanRela relaRela aku relaPutus lagi cintakuPutus lagi
Anak Mengadu Sakit Gigi Boleh Cuba 7 Rawatan Ini Di Rumah Boleh Legakan Sakit Gigi

Anak Mengadu Sakit Gigi Boleh Cuba 7 Rawatan Ini Di Rumah Boleh Legakan Sakit Gigi

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 321 hits
Setiap kali sakit gigi sudah pasti anda akan terbayang doktor gigi dan klinik gigi yang sangat menakutkan itu Jika orang dewasa pun begitu apatah lagi dengan kanak kanak Akan tetapi pernahkah anda terdengar atau terbaca mengenai ubat sakit ...
Sitrus Strawberi Kiwi Sayuran Hijau Lada Antara Makanan Yang Boleh Kuatkan Gigi Anak Amalkan Selalu

Sitrus Strawberi Kiwi Sayuran Hijau Lada Antara Makanan Yang Boleh Kuatkan Gigi Anak Amalkan Selalu

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 358 hits
Sebagai ibu bapa anda memahami pentingnya pemakanan dan diet yang sihat untuk anak anda Dengan menggalakkan anak anda mendapat makanan yang baik untuk gigi anda akan membantu gigi dan enamel mereka kekal kuat dan sihat untuk tempoh masa yan...
Resipi Superfood Untuk Anak Nak Tumbuh Gigi Boleh Kuatkan Immune System Comfort Food Anak

Resipi Superfood Untuk Anak Nak Tumbuh Gigi Boleh Kuatkan Immune System Comfort Food Anak

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 352 hits
Bila anak nak tumbuh gigi mulalah dia meragam dan kurang selera makan Tambah risau kalau anak mula demam dan tak selesa Memang risau kan Risau melihat anak yang langsung tak nak makan Apakata mama papa sediakan menu yang dikongsi oleh ibu i...
Rayu Penuntut Ipta Dapat Jalani Saringan Covid 19 Di Klinik Kesihatan

Rayu Penuntut Ipta Dapat Jalani Saringan Covid 19 Di Klinik Kesihatan

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 211 hits
Oleh JAMLIAH ABDULLAH AMIRUL SYAHIR MUSAALOR SETAR Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Kuala Kedah merayu kerajaan supaya menerima permohonan penuntut institusi pengajian tinggi awam di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan untu...
Cepatkan Vaksinasi Benarkanlah Syarikat Swasta Bawa Masuk Vaksin Doktor Pakar

Cepatkan Vaksinasi Benarkanlah Syarikat Swasta Bawa Masuk Vaksin Doktor Pakar

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 214 hits
Mungkin strategi pemberian vaksin perlu ditukar Kita sudah TIDAK ADA masa Cukup lah mesyuarat mesyuarat tiada berkeputusan Cadangan saya 1 Beri pada yang hendak buat masa ini Ramai dah orang daftar Mereka masih tertunggu tunggu Opt in dafta...
Mui Minta Kpi Setop Sementara Program Di 4 Tv Swasta Karena Langgar Asas Kepatutan

Mui Minta Kpi Setop Sementara Program Di 4 Tv Swasta Karena Langgar Asas Kepatutan

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 221 hits
Ia mengatakan sejumlah program televisi masuk dalam radar pemantauan MUI sejak awal Ramadhan
The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025