Pengalaman Pertama Dayyan Danish Dan Airaa Ke Zoo Negara


Kali terakhir aku ke Zoo Negara ialah masa lawatan sekolah rendah, lebih 20 tahun lepas. Selepas tu, dah tak jejak kaki ke sana lagi. Seingat aku la. Mungkin aku tak berapa minat sangat kot nak ke tempat kurungan haiwan ni. Kesian tengok singa kena kurung.
Aku lagi prefer tengok National Geographic kot..Hmm..tapi ke Zoo Melaka aku suka. Mana taknya, sampai 2 kali kot pergi sana..pertama kali sebelum kelahiran Dayyan dan Danish. Kali kedua, selepas Dayyan & Danish dah tahu beza mana satu lembu, mana satu kambing..haha..
Zoo Negara?
Bulan lepas adalah kali ke-2 aku ke sana. Kebetulan sepupu Dayyan Danish, Airaa ada datang bercuti di KL. Since budak-budak ni makin membesar, elok benarlah bagi diorang merasai sendiri pengalaman ke Zoo Negara. Sekurang-kurangnya, dah sekolah esok lusa, dah boleh bayangkankan keadaan Zoo Negara. Jadi senanglah bila diorang nak siapkan karangan Bahasa Melayu bertajuk “Pengalaman Menyeronokan Ke Zoo Negara”

Apa Yang Menarik di Zoo Negara? Selepas membaca review pengunjung yang berkunjung ke Zoo Negara sebelum ini, serius, aku tak letak harapan yang tinggi untuk terlalu ‘enjoy’ ke sini. Asalkan Dayyan, Danish & Airaa happy pun dah memadai.
Trip kali ini, sebagai abang sulung, aku kenalah hulurkan duit untuk beli tiket kan? Aku lak tak kira total yang perlu aku bayar terlebih dahulu. Ingatkan 20 hengget je, sekali hambek, boleh tahan gak total untuk 4 dewasa, 3 budak (eh Airaa dikecualikan sebab bawah umur). Mujurlah aku ada bawa duit lebih sikit dalam wallet..
Bayaran Masuk Zoo Negara Kami sampai lebih kurang jam 10.30pagi. Cuaca agak panas. Tak perlu risau sebab kat dalam zoo tu memang ada pokok-pokok yang merimbun. Jadi, takdelah kena direct sunlight kan. Proses pembelian tiket di kaunter bersebelah dengan pintu masuk utama Zoo Negara sangat efisien. Tak sampai 10 minit, kami dah siap pakai tag di lengan.
Kami terus menuju ke Show Amphitheatre untuk Animal Show yang dijadualkan pada jam 11 pagi. Kalau terlepas show pada masa tu, terpaksalah menunggu untuk show jam 3 petang. Pada aku, datang ke Zoo ni, perkara utama nak kena tengok ialah Animal Show inilah.

Jika dibandingkan dengan Crocodile Show di Taman Buaya Melaka, Animal Show di Zoo Negara ini jauh lebih menarik..hehe..walaupun aku tahu perbandingan ini tidal adil. Dayyan & Danish memang tak berganjak dari tempat duduk menonto aksi singa laut,, burung kakak tua dan ayam jantan.
Teruja betul diorang melihat aksi bijak binatang-binatang tu. Ah, bukan diorang je, aku pun teruja  gak. Kagum lak aku dengan trainer yang berjaya melatih mereka sampai sebijak itu.
Animal Show berlangsung lebih kurang sejam. Tamat je persembahan ini, kami terus menuju ke Akuarium sebelum bergerak ke kurungan-kurungan haiwan lain lagi.
Seperti yang pernah aku baca review tentang Zoo Negara, ternyata komen-komen mereka yang menyatakan Zoo Negara seperti tidak dijaga dan dimenten dengan baik, selain binatang yang kurus seperti tidak makan, adalah 90% benar..maaf cakap..tapi aku rasa pihak Zoo Negara boleh jadikan tempat ini lebih baik.

Antara tarikan utama di Zoo Negara adalah Pusat Konservasi Giant Panda. Aku tak pasti binatang lain jeles ke tak dengan si panda kat sini. Dah la datang menumpang di negara orang, then diorangnya kurungan jauh lagi best daripada binatang lain. Bersih, sunyi dan sejuk. Manusia yang melawat diorang pun dilarang membuat bising ok.

Pertama kali melihat Giant Panda, memang nampak keterujaan diorang ni. Penat gak aku nak instruct supaya diorang tak bising dalam pusat konservasi ni.

Panda tengah tidur. Nampak macam kurang nyenyak tidur mereka ni. Nak buat macam mana, walaupun signboard “Jangan Bising” terpampang di mana-mana, tetapi memandangkan ramai anak kecil ketika ini, sikit sebanyak memang ada ‘bising’nya di situ. Mohon Panda bersabar dengan anak-anak kecil ye.

Dayyan dan ayah Chik berselfie dengan rusa jinak. Pandai lak rusa fokus di skrin fon tu..ke sebab dah selalu pengunjung berselfie dengan mereka kot. Dah terbiasa.

Wow kangaroo pun ada gak di Zoo Negara ni. Tak perlu terbang jauh-jauh ke Australia dah pasni. Dah sini dah boleh tengok kangaroo dengan mata kepala sendiri. Tapi tak boleh pegang la. Kat sana, boleh pegang peluk cium bagai kan.
Selamat ke tidak kawasan Zoo Negara ni, terutama kepada kanak-kanak? Selamat sekiranya korang sentiasa mengambil langkah waspada. Sedia maklum, tempat terbuka seperti ini dan melibatkan bintang-binatang buas, memang ada hazadnya yang tersendiri. Yang penting, sentiasa ikut setiap peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan zoo Negara.
Tip Keselamatan Di Zoo Negara;
Jangan membuang sampah di merata tempat. Dilarang mengusik atau memberi makanan kepada haiwan. Sentiasa perihatin terhadap pergerakan anak-anak. Jangan menceroboh kawasan larangan. Pastikan anak sentiasa duduk ketika menaiki tram.
Elok lak pakai baju warna tema sama. Oh ye, since cuaca agak panas, kena pastikan anak-anak minum air masak cukup-cukup. Berpeluh sakan gak nak habis pusing satu zoo Negara ni. 3 jam lebih gak kami habiskan masa di sana.

Famili aku & adik ke-3 aku. Seronok? Semestinya seronok sebab dapat luangkan masa berharga bersama keluarga!
The post Pengalaman Pertama Dayyan, Danish Dan Airaa Ke Zoo Negara. appeared first on JMR .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://jmr23.com/2018/10/pengalaman-pertama-dayyan-danish-dan-airaa-ke-zoo-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Join Program Volunteer Work Di Zoo Negara

Pengalaman Join Program Volunteer Work Di Zoo Negara

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 421 hits
09 April 2017 Sekali lagi cerita yang dah berbulan basi tapi Ainaa nak juga update di blog sebagai kenangan untuk Ainaa baca semula nanti Bulan empat yang lepas adalah bulan yang paling Ainaa busy tapi bulan tu juga la banyak program progra...
Alibaba Punya Program Sdm Indonesia Jadi Negara Pertama

Alibaba Punya Program Sdm Indonesia Jadi Negara Pertama

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 318 hits
International Financial Corporation anggota dari Grup Bank Dunia dan Ant Financial Services Group perusahaan teknologi terdepan dunia dan operator dari Alipay bersama sama mengumumkan program 10x1 000 Tech for Inclusion pada Pertemuan Tahun...
Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Dihalau Oleh Pegawai Imigresen Korea Pada Hari Sama Dia Tiba Di Negara Tersebut

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Dihalau Oleh Pegawai Imigresen Korea Pada Hari Sama Dia Tiba Di Negara Tersebut

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 460 hits
Harapan seorang lelaki dari Malaysia yang ingin melancong ke Korea Selatan bersama rakan rakannya hancur musnah apabila dia diarahkan untuk patah semula ke Malaysia pada hari yang sama dia tiba di Lapangan Terbang Incheon Lelaki berkenaan y...
Pengalaman Bersalin Kali Pertama

Pengalaman Bersalin Kali Pertama

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 427 hits
Salam Alhamdulillah zai dapat merasai menjadi seorang anak isteri dan kini menjadi seorang ibu dan insyaAllah akan menjadi seorang isteri n ibu yang cemerlang gemilang n terbilang hehe Setelah melalui liku2 ranjau onak yg sangat berduri ket...
Yang Dipertuan Agong Perkenan Tommy Thomas Dilantik Peguam Negara

Yang Dipertuan Agong Perkenan Tommy Thomas Dilantik Peguam Negara

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 250 hits
YANG di Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ...
Layakkah Penasihat Khas Menteri Mengetuai Delegasi Kementerian Ke Luar Negara

Layakkah Penasihat Khas Menteri Mengetuai Delegasi Kementerian Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 367 hits
Melalui catatan di laman Twitternya semalam Wan Saiful Wan Jan memuatkan gambar gambarnya mengetuai delegasi Kementerian Pendidikan melawat London untuk memahami sistem sekolah di England Bagaimanapun tidak disebut tarikh lawatan berapa lam...
Yakin Je Hanna Delisha Cakap Sarawak Sebuah Negara

Yakin Je Hanna Delisha Cakap Sarawak Sebuah Negara

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 999 hits
Mungkin tidak ramai tahu bakat seni pelakon muda kelahiran Singapura Hannah Delisha diwarisi daripada ibunya penyanyi era 80 an Noor Ashikin Ibu kepada pelakon yang mula menyerlah menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer itu pernah bernau...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi