Pengalaman Perit Masa Lalu Membuatkan Ku Lebih Bersyukur





Pengalaman perit masa lalu
Alhamdulillah aku ni dah tak ada nak merungut dalam menempuh ranjau liku-liku hidup. Mungkin disebabkan pengalaman perit masa lalu membuatkan ku lebih bersyukur. Kemiskinan macam mana yang belum aku tempuh?
Ya, miskin tapi syukur Alhamdulillah belum papa kedana. Pernah bergaji harian RM30, bergaji bulanan RM500 sebulan, itu pun dah cukup bersyukur kerana ada juga kerja bergaji, boleh tanggung diri sendiri

Pernah menggangur setahun selepas tamat belajar. Alhamdulillah, ada rezeki bayar Unifi masa tu RM79 sebulan kalau tak silap. Tak ingat dah. Lama sudah berlalu. Empat bulan juga la mampu bayar. Duit yang ada buat beli pad. Makan minum ibu bapa tanggung.
Tu la kan, ada je rezeki kat mana-mana. Ulat dalam batu pun boleh hidup.
Ada lagi beberapa masalah yang bagiku terlalu peribadi untuk diceritakan secara terbuka. Biarlah ku pendam dan kunci rapat permasalahan atau pun duri ranjau yang aku lalui dalam hidupku

Berumahtangga
Apabila berumahtangga lain pula percaturan hidupku. Suamiku boros. Perbelanjaan dibahagi dua, sama-sama bayar rumah sewa, api air, makanan. Selang 2 minggu gaji, suami cakap duitnya sudah habis. Tak ke terduduk aku nak menanggung perbelanjaan semua? Susu pampers anak lagi.
Kami tiada simpanan langsung menjelang pada usia perkahwinan 3 tahun, sampailah aku ambil inisiatif untuk mula menabung sedikit demi sedikit

Bayar sewa rumah dan bil utiliti aku serahkan kepada suami manakala aku membayar makanan. Baru la aku berjaya simpan sikit demi sikit dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Alhamdulillah, beribu-ribu juga berjaya disimpan dalam masa enam bulan. Syukur sangat punya simpanan

Aku ni ditakdirkan bekerja yang tak tetap. Kontrak. Ya, aku inginkan kerja tetap. Itu impian aku yang belum makbul

Jadi, ada masa kontrak aku tamat, aku menanggur di rumah. Tapi pada masa itu, aku tetap kena tanggung bayaran bahan dapur, makanan, dan duit sekolah anak. Suami dapat bantu separuh sahaja. Pada masa aku tidak bekerja, korek ASB la

Pernah juga aku kerja yang gajinya aku rasakan tidak mencukupi. Setiap bulan wajib korek RM500, malah kadang-kadang beribu-ribu. Kau bayangkan, aku bekerja tapi tetap kena korek duit. Faham tak

Bukan tak nak cari kerja lain. Tapi tak dapat kerja.
Aku pernah la cuba niaga sikit. Tetap setiap bulan masuknya itu sahaja. Sama. Contoh, setiap bulan dapat RM50, ha setiap bulan dapat RM50 je la.
Aku dah cuba buat live banyak platform seperti Shopee, Tiktok yang dapat duit tu. Juga aku ada masuk pertandingan sastera seperti tulis cerpen, baca pantun, deklamasi sajak, penceritaan sinopsis buku, dan lain-lain. Namun, semuanya hampa. Tidak berjaya. Satu habuk pun tak dapat. Cuba macam-macam yang nak tambah duit tetap itu juga jumlah gaji yang diterima. Lama-lama aku jadi pasrah.
Orang kata kena kerja kuat kan? Work smart la. Ya, aku dah buat semua tu. Tetap tak berjaya. Bukan alasan aku

Aku sedih tapi aku kena kuatkan diri juga. Positifkan diri. Husnuzon. Mungkin Allah nak balas setiap doa-doaku dengan ganjaran yang besar di Akhirat nanti. Insya Allah. Doakan aku.

Aku dah sampai tahap redha dengan takdir yang nak bawa mana kaki melangkah (kerja kat mana-mana yang halal). Oh ya, aku pernah resign di syarikat multinasional yang gaji tebal kerana dia suruh aku buat kerja tak halal. Alhamdulillah, aku masih ada iman senipis kulit bawang

Kalau sebut nama syarikat tu pasti ramai kenal sebab famous masuk tv. Tapi tak boleh. Diorang boleh saman aku

Okay, nak berbalik kepada cakap aku redha dah dengan hidup aku, takdir yang membawa aku ke sini. Cheewah.
Jadi, aku dah tak tahu apa itu merungut. Apa yang aku tulis hanya perkongsian sahaja, bukan merungut. Kadang nada baca seseorang itu tak sama. Kita cakap manja-manja, dia ingat kita tengah marah. Kan dah lari tu.

Kisahnya,
Aku ada cakap anak aku terpaksa guna susu mahal yang harga beratus-ratus (boleh google sendiri jenama susu yang masuk iklan, baru tahu harga kan? Mesti terkejut)

Sebenarnya aku tak kisah pun nak berbelanja sebanyak mana pun demi anak-anak aku sihat. Aku pejam mata je. Sebab aku pernah rasa tak ada duit. Jadi, aku tak takut nak habiskan duit semuanya.
Rezeki anak-anak yang diturunkan melalui ibu bapa. Kita ni pemegang amanah sahaja

Lepas tu, ada orang terdekat aku tanya, susu apa yang mahal tu

Lah kau.. Aku malas nak jawab soalan dia. Sebab aku tahu dia macam mana. Konon prihatin, tapi kutuk belakang. Tak pun, paling sakit hati mengejek di depan

Aku malas cakap yang anak aku tak boleh minum susu biasa. Dia sakit. Tapi aku malas nak cerita lebih-lebih. Bukannya simpati yang dapat. Kejian ada la. Kata belagak guna susu mahal la. Tak pandai simpan duit. Tak pandai jaga anak

Ha, kau seorang je la pandai jaga anak. Untung anak kau jenis ikut cakap. Kau tak dapat anak-anak high demand. Kau tak tahu bagaimana bertempik setiap hari semata-mata nak anak jadi orang. Itu pun akan buat perangai juga

Itu belum lagi yang bagi link shopee suruh beli. Murah sikit katanya. Eh, macam la aku tak tau nak cari kat platform mana

Ada juga yang baik hati kata kalau tak ada duit, diorang boleh pinjam duit dan ada yang boleh bagi terus. Alhamdulillah, ada kawan-kawan yang baik

Kita ni hidup tak lama dalam dunia ini. Dunia tempat singgah. Akhirat la tempat kembali. Buatlah amal ibadat. Jangan jadi golongan yang paling rugi yakni muflis akhirat








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sha-myheart.blogspot.com/2025/05/pengalaman-perit-masa-lalu-membuatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenderaan Ev Semakin Popular Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau Dan Pintar

Kenderaan Ev Semakin Popular Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau Dan Pintar

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 214 hits
Penulis Azhari Bin Shamsudeen Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Penyelidikan Automotif Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia Kenderaan elektrik atau EV kini semakin menda...
Bukan Buang Masa Hobi Bantu Anak Jadi Lebih Hebat

Bukan Buang Masa Hobi Bantu Anak Jadi Lebih Hebat

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 176 hits
Hobi bukan sekadar aktiviti suka suka Ia adalah alat pembelajaran semula jadi yang penuh potensi Kajian menunjukkan bahawa kanak kanak yang aktif dengan hobi memiliki keseimbangan emosi yang lebih baik prestasi akademik yang cemerlang dan h...
Pekebun Kecil Harap Penilaian Lebih Baik Selepas Pertemuan Kpk Eu Kelak

Pekebun Kecil Harap Penilaian Lebih Baik Selepas Pertemuan Kpk Eu Kelak

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 104 hits
Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia kata lebih 500 000 pekebun kecil bergantung kepada kelapa sawit sebagai sumber pendapatan utama Kelapa sawit antara komoditi yang paling dikawal selia di negara ini kata Persatuan Kebangsaan Pekeb...
Hibah Dan Wasiat Mana Lebih Kuat Dari Sudut Undang Undang Islam

Hibah Dan Wasiat Mana Lebih Kuat Dari Sudut Undang Undang Islam

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 176 hits
Hibah dan wasiat Pengurusan harta pusaka adalah topik yang semakin diberi perhatian terutama dalam kalangan umat Islam di Malaysia The post appeared first on
Ubat Sakit Perut Pilihan Tradisional Vs Moden Mana Lebih Baik

Ubat Sakit Perut Pilihan Tradisional Vs Moden Mana Lebih Baik

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 121 hits
Ubat sakit perut merupakan antara rawatan paling biasa dicari apabila berdepan masalah sepert kembung gastrik cirit birit atau kekejangan perut Walaupun ada sesetengah situasi di mana sakit perut mermlukan pemeriksaan doktor kebanyakan kes ...
Lebih 30 Hari Saya Sengsara Elfira Loy Dedah Pernah Jadi Perhatian Anak Bunian Ketika Penggambaran

Lebih 30 Hari Saya Sengsara Elfira Loy Dedah Pernah Jadi Perhatian Anak Bunian Ketika Penggambaran

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 110 hits
Pelakon popular Elfira Loy pernah berdepan pengalaman menyeramkan ketika menjalani penggambaran drama Qalesya apabila dipercayai menjadi perhatian makhluk halus sepanjang lebih sebulan berada di lokasi Lebih 30 hari terseksa Dalam satu epis...
Uruskan Parti Sendiri Dengan Lebih Baik

Uruskan Parti Sendiri Dengan Lebih Baik

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 152 hits
25 Mei 2025 Kenyataan Ketua Pemuda UMNO jelas menyimpang daripada ucapan serta maksud sebenar yang disampaikan oleh Perdana Menteri Saya ingin mengingatkan Ketua Pemuda UMNO agar tidak cuba menyamakan kami dengan cara pemerintahan lama yang...
11 Lagu Yang Cocok Untuk Menikmati Sunset Momen Senja Jadi Lebih Syahdu Romantis

11 Lagu Yang Cocok Untuk Menikmati Sunset Momen Senja Jadi Lebih Syahdu Romantis

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 130 hits
Lagi nyari lagu yang cocok untuk menikmati sunset Kamu bisa lihat beberapa daftarnya di sini Dijamin bikin makin galau tapi juga tenang
Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Apa Sudah Jadi Madani


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet

Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Monolog Jiwa Disebalik Senyum 2

Syazwan Syahmi Luka Dalam Diam Chord