Ubat Sakit Perut Pilihan Tradisional Vs Moden Mana Lebih Baik


Ubat sakit perut merupakan antara rawatan paling biasa dicari apabila berdepan masalah sepert kembung, gastrik, cirit birit atau kekejangan perut.
Walaupun ada sesetengah situasi di mana sakit perut mermlukan pemeriksaan doktor, kebanyakan kes ringan boleh dirawat sendiri di rumah menggunakan ubat yang sesuai.
Namun, persoalannya, patutkah anda memilih ubat moden yang tersedia di farmasi atau mencuba ubat tradisional yang telah diamalkan sejak dahulu?
Baca juga: Sering Rasa Sakit Perut Sebelah Kiri? Usah Biarkan, Bahaya!
Ubat Sakit Perut di Farmasi Ubat moden seperti antasid, omeprazole, atau simethicone memberi kelegaan cepat dan disasarkan mengikut simptom 1. Sodium Bicarbonate Merupakan antasid pantas yang meneutralkan asid perut dan melegakan sakit perut, pedih ulu hati serta gastrik.
Cara guna: larutkan ½ sudu teh dalam segelas air dan minum. Tidak melebihi 3 sudu teh sehari dan hanya digunakan maksimum 2 minggu. Tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 2 tahun, ibu mengandung atau mereka yang ada masalah usus tersumbat atau muntah berlebihan.
2. Aluminum Hydroxide Bertindak cepat merawat rasa kenyang, pedih ulu hati dan gastrik. Boleh didapati dalam bentuk tablet atau cecair, kadangkala digabungkan dengan magnesium atau kalsium.
Dos biasa: 10 mL suspensi oral untuk dewasa. Tidak sesuai untuk pesakit buah pinggang kronik, buasir, atau wanita hamil.
3. Milk of Magnesia (Magnesium Hydroxide) Mengurangkan asid perut dan membantu melegakan sakit serta pedih perut akibat gangguan penghadaman.
Dos: 1 hingga 3 sudu kecil sehari untuk dewasa. Elak guna pada kanak-kanak bawah 2 tahun atau mereka dengan masalah buah pinggang.
4. Simethicone Simethicone adalah ubat sakit perut yang berfungsi merawat sakit perut akibat angin berlebihan dalam usus. Ia memecahkan gelembung gas dan membantu pengeluaran angin.
Dos: 40 mg tablet selepas makan, sehingga 3 kali sehari. Tidak sesuai untuk mereka dengan usus tersumbat atau semasa kehamilan tanpa nasihat doktor.
5. Omeprazole Ubat sakit perut kategori proton pump inhibitor (PPI) yang mengurangkan penghasilan asid perut, berkesan untuk gastrik, ulser dan refluks.
Dos biasa: 20 mg sekali sehari sebelum sarapan. Tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 1 tahun atau pesakit hati serius.
6. Cimetidine Merencat pengeluaran asid perut dengan menghalang tindakan histamin. Sesuai untuk pesakit ulser atau esofagitis.
Dos: 800 mg sekali sehari atau 400 mg dua kali sehari. Tidak sesuai untuk penghidap penyakit jantung, asma atau wanita hamil.
7. Domperidone Merangsang pergerakan otot dalam perut dan usus, membantu kes-kes seperti penghadaman perlahan atau refluks.
Dos dewasa: 10 mg tiga kali sehari sebelum makan. Hanya digunakan kurang daripada seminggu, elakkan jika ada pendarahan atau halangan dalam sistem penghadaman.
8. Sucralfate Pelindung perut yang membentuk lapisan pelindung pada dinding perut, sesuai untuk gastrik kronik dan ulser.
Dos: Diambil ketika perut kosong, sekurang-kurangnya satu jam sebelum makan. Tidak sesuai untuk wanita hamil, menyusu atau pesakit yang alah kepada kandungan ubat.
9. Clarithromycin (dengan Amoxicillin & Omeprazole) Merupakan antibiotik yang digunakan untuk merawat gastrik atau ulser akibat jangkitan H. pylori. Rawatan biasanya selama seminggu.
Dos: Hanya diambil selepas pemeriksaan doktor dan diagnosis jangkitan disahkan. Kesan sampingan termasuk cirit-birit, sakit perut, loya dan perubahan rasa.
Ubat Sakit Perut Tradisional Minuman seperti air suam, jus aloe vera atau susu suam juga boleh menjadi penawar semula jadi yang ringan Selain ubat sakit perut moden dari farmasi, ramai juga mengamalkan ubat sakit perut tradisional di rumah yang mudah didapati dan berkesan untuk mengatasi masalah sakit perut.
Berikut ialah 12 kaedah semulajadi yang boleh membantu melegakan ketidakselesaan perut:
1. Minum Air Secukupnya Air sangat penting untuk membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik. Apabila tubuh kekurangan air, proses penyerapan nutrien menjadi perlahan dan boleh menyebabkan perut terasa tidak selesa.
Menurut Academy of Nutrition and Dietetics, minum air secukupnya membantu melembutkan najis, melancarkan pembuangan, dan mengelakkan dehidrasi antara punca utama perut memulas dan sembelit.
Selain itu, air juga boleh membantu mengurangkan masalah pedih ulu hati.
2. Elakkan Baring Selepas Makan Selepas makan, tubuh memerlukan masa untuk mencerna makanan. Jika anda terus baring, asid perut boleh naik ke bahagian esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati atau rasa terbakar di dada.
Ini berlaku kerana graviti tidak lagi membantu mengekalkan asid di dalam perut. Sebaiknya, duduk atau berdiri sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam selepas makan.
3. Halia Menurut National Center for Complementary and Integrative Health, halia terkenal sebagai bahan semula jadi untuk merawat rasa loya, muntah, dan kembung. Ia membantu menenangkan perut dan melancarkan penghadaman.
Anda boleh hiris halia segar dan rebus untuk dijadikan teh, atau tambah ke dalam masakan harian. Halia juga bagus untuk wanita hamil yang mengalami morning sickness, serta mereka yang menjalani rawatan kemoterapi.
4. Diet BRAT Diet BRAT sesuai untuk mereka yang mengalami cirit-birit. Pisang, nasi, sos epal, dan roti bakar adalah makanan lembut yang tidak merangsang sistem pencernaan.
Ia membantu mengurangkan keradangan pada perut dan usus, serta menggantikan nutrien seperti kalium dan magnesium yang hilang akibat muntah atau cirit-birit.
5. Berhenti Merokok dan Elakkan Alkohol Merokok dan pengambilan alkohol boleh memburukkan simptom gangguan penghadaman seperti gastrik dan GERD.
Bahan kimia dalam rokok melemahkan otot sfinkter yang menghalang asid perut dari naik, manakala alkohol pula merangsang penghasilan asid.
Mengurangkan dua tabiat ini bukan sahaja membantu kesihatan perut, malah mengurangkan risiko penyakit serius seperti kanser dan ulser perut.
6. Elakkan Makanan Sukar Dihadam Berdasarkan kajian dari World Journal of Gastroenterology, makanan berminyak, pedas, tinggi lemak dan asid boleh memburukkan sakit perut, menyebabkan kembung, atau mencetuskan cirit-birit.
Contohnya, makanan segera, makanan bergoreng, atau produk tenusu (bagi mereka yang tidak toleran laktosa) boleh memberi tekanan pada sistem penghadaman.
Pilih makanan ringan, rebus atau stim yang mudah dicerna seperti bubur nasi atau sup jernih.
7. Soda Bikarbonat Soda bikarbonat boleh membantu meneutralkan asid dalam perut dan melegakan rasa pedih ulu hati. Campurkan satu sudu kecil baking soda ke dalam segelas air dan minum perlahan-lahan.
Namun, menurut Experimental and Therapeutic Medicine, pengambilan berlebihan boleh membawa kesan sampingan seperti loya, kekejangan otot, dan ketidakseimbangan elektrolit, jadi ia perlu diamalkan secara terkawal.
8. Buah Tin Buah tin mengandungi serat semula jadi yang membantu melegakan sembelit dan melancarkan pergerakan usus. Ia juga membantu mengurangkan ketidakselesaan perut yang berkaitan dengan penghadaman.
Namun, jika anda sedang mengalami cirit-birit, elakkan makan buah ini kerana ia mempunyai kesan pelawas yang kuat dan boleh memburukkan keadaan.
9. Aloe Vera Jus aloe vera dipercayai boleh membantu mengurangkan simptom seperti kembung, sendawa, rasa panas dalam perut dan loya terutama bagi mereka yang mengalami sindrom iritasi usus (IBS) atau GERD.
Walaupun jus aloe vera boleh didapati dengan mudah, pengambilannya perlu berpada-pada kerana boleh menyebabkan kekejangan atau cirit-birit kepada sesetengah individu.
10. Daun Selasih Daun selasih mempunyai sifat anti-radang dan mengandungi minyak pati yang boleh membantu mengurangkan gas dalam perut.
Ia juga membantu melegakan kembung dan rasa tidak selesa selepas makan. Daun ini boleh direbus dan diminum sebagai teh atau dicampurkan ke dalam masakan.
11. Akar Licorice Ubat sakit perut yang seterusnya adalah teh akar licorice. Akar licorice boleh melegakan sakit perut dan simptom penghadaman lain.
Ia juga membantu melindungi lapisan mukosa perut daripada keradangan.
Namun, licorice perlu diambil dengan berhati-hati kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah dan mengurangkan kadar kalium dalam darah jika diambil berlebihan.
12. Nasi Putih Nasi putih mudah dihadam dan sesuai untuk individu yang mengalami cirit-birit atau masalah usus. Ia menyerap cecair dalam usus, menjadikan najis lebih padat dan kurang kerap.
Nasi juga tidak mengandungi bahan yang merangsang asid perut, menjadikannya pilihan selamat bagi mereka yang mempunyai perut sensitif.
Baca juga: Sakit Perut Sebelah Kanan, Punca #8 Paling Bahaya!
Bila Perlu Jumpa Doktor Anda perlu segera mendapatkan rawatan perubatan jika mengalami sakit perut bersama gejala berikut:
Sakit yang kuat atau datang secara tiba-tiba Berpeluh-peluh Perut terasa sangat sakit atau sensitif bila disentuh Muntah darah atau muntah berwarna gelap seperti serbuk kopi Najis berwarna hitam, berdarah atau melekit Sukar buang air kecil, buang air besar atau kentut Sukar bernafas Sakit dada Hilang berat badan atau tiada selera makan Kulit atau mata menjadi kekuningan (jaundis) Rujukan doktor penting jika sakit berlarutan atau disertai tanda serius seperti muntah berdarah atau najis hitam Kesimpulan Kesimpulannya, ubat sakit perut sama ada tradisional atau moden, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri bergantung kepada punca dan tahap kesakitan.
Rawaran tradisional menggunakan bahan semula jadi yang mudah didapati di rumah, manakala ubat moden menawarkan kelegaan pantas dan dos yang lebih terkawal.
Pilihlah rawatan yang sesuai dengan keadaan anda, dan jika sakit berpanjangan atau semakin teruk, dapatkan nasihat doktor untuk rawatan yang tepat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ubat-sakit-perut/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ubat-sakit-perut

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kopi Vs Matcha Mana Satu Lebih Baik Untuk Kesihatan Anda

Kopi Vs Matcha Mana Satu Lebih Baik Untuk Kesihatan Anda

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 147 hits
KOPI VS MATCHA MANA SATU LEBIH BAIK UNTUK KESIHATAN ANDA Ketika populariti matcha meningkat anda mungkin tertanya tanya adakah lebih baik menggantikan kopi dengan matcha sebagai minuman berkafein harian Matcha ialah minuman berasaskan serbu...
Petua Merawat Kencing Kotor Atasi Dengan Rawatan Moden 5 Petua Tradisional Berkesan

Petua Merawat Kencing Kotor Atasi Dengan Rawatan Moden 5 Petua Tradisional Berkesan

papar berkaitan - pada 2/6/2025 - jumlah : 192 hits
Kencing Kotor Atasi Dengan Rawatan Moden 5 Petua Tradisional Berkesan Pernahkah anda rasa pedih sakit atau kerap kencing Itu mungkin tanda jangkitan saluran kencing atau lebih dikenali sebagai kencing kotor Masalah ini sangat biasa berlaku ...
Pekebun Kecil Harap Penilaian Lebih Baik Selepas Pertemuan Kpk Eu Kelak

Pekebun Kecil Harap Penilaian Lebih Baik Selepas Pertemuan Kpk Eu Kelak

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 101 hits
Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia kata lebih 500 000 pekebun kecil bergantung kepada kelapa sawit sebagai sumber pendapatan utama Kelapa sawit antara komoditi yang paling dikawal selia di negara ini kata Persatuan Kebangsaan Pekeb...
Kadang Kadang Allah Tangguhkan Jodoh Sebab Dia Sedang Siapkan Pasangan Yang Lebih Baik Untuk Kita

Kadang Kadang Allah Tangguhkan Jodoh Sebab Dia Sedang Siapkan Pasangan Yang Lebih Baik Untuk Kita

papar berkaitan - pada 24/5/2025 - jumlah : 164 hits
Dalam masyarakat kita lambat kahwin sering dianggap pelik Bila umur mula mencecah 30 an telinga makin kerap dengar soalan seperti Bila nak kahwin atau Tak risau ke tinggal sorang Seolah olah kahwin itu satu satunya penentu bahagia atau berj...
Hibah Dan Wasiat Mana Lebih Kuat Dari Sudut Undang Undang Islam

Hibah Dan Wasiat Mana Lebih Kuat Dari Sudut Undang Undang Islam

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 160 hits
Hibah dan wasiat Pengurusan harta pusaka adalah topik yang semakin diberi perhatian terutama dalam kalangan umat Islam di Malaysia The post appeared first on
Sudah Bertunang Dengan Bella Syed Saddiq Respon Isu Peribadi Lebih Baik Kekal Privasi

Sudah Bertunang Dengan Bella Syed Saddiq Respon Isu Peribadi Lebih Baik Kekal Privasi

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 96 hits
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah enggan untuk menjawab dakwaan sudah mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Menurut laporan mStar Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah hanya mampu mengucap...
Uruskan Parti Sendiri Dengan Lebih Baik

Uruskan Parti Sendiri Dengan Lebih Baik

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 146 hits
25 Mei 2025 Kenyataan Ketua Pemuda UMNO jelas menyimpang daripada ucapan serta maksud sebenar yang disampaikan oleh Perdana Menteri Saya ingin mengingatkan Ketua Pemuda UMNO agar tidak cuba menyamakan kami dengan cara pemerintahan lama yang...
Kenderaan Ev Semakin Popular Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau Dan Pintar

Kenderaan Ev Semakin Popular Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau Dan Pintar

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 208 hits
Penulis Azhari Bin Shamsudeen Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Penyelidikan Automotif Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia Kenderaan elektrik atau EV kini semakin menda...
Mommy Is A Singa Anis Kiss Tegas Suami Manjakan Anak Gaya Parenting Lebih Balance

Mommy Is A Singa Anis Kiss Tegas Suami Manjakan Anak Gaya Parenting Lebih Balance

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 116 hits
Sebagai pempengaruh media sosial yang aktif berkongsi kisah dirinya dan anak anak Anis Kiss bukan nama asing dalam dunia digital Anak kepada pasangan terkenal Datuk Rosyam Nor dan Datin Runika Mohd Yusof ini punya karakter tersendiri dalam ...
Lirik Lagu Aku Ikhlas Melepaskanmu Shandy Pagalla

Rafizi Rajuk Naratif Dicipta Lawan

Awie Riez Luka Chord

Mca Baffled By Pmx S Claim Of Rm20b National Debt Cut When It Has Surged 11 4 Under Madani Rule

Iran President S Plane Lands In Oman Along With Three More

Empat Tahun Selepas Angkara Keji Finalis Masterchef Dihukum Penjara 34 Tahun

Senarai Iphone Murah Di Malaysia Kedai Online Dipercayai Tawaran Terkini 2025

Revealed The Hyper Exclusive Mv Agusta Superveloce 1000 Ago


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jet Hawk Fly Dari Ktu Kepala Batas Ke Base Tudm

Bahrain Kuwait Prepare For Possible Iran Conflict Spread

Umdap A Figment Of Opposition S Imagination Says Umno S Asyraf

Japan S Shinmoedake Volcano Erupts Alert Level Remains At Two

Fih Hockey Nations Cup 2025

4 Hari Guna Servis E Hailing Pengalaman Biasa Terbaik Dan Terburuk