Pekebun Kecil Harap Penilaian Lebih Baik Selepas Pertemuan Kpk Eu Kelak


 Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia kata lebih 500,000 pekebun kecil bergantung kepada kelapa sawit sebagai sumber pendapatan utama.
Kelapa sawit antara komoditi yang paling dikawal selia di negara ini, kata Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia.PETALING JAYA: Pertemuan antara Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan delegasi Kesatuan Eropah (EU) kelak diharap akan membawa penilaian lebih baik di bawah peraturan penyahhutanan EU
Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia berkata pertemuan yang dirancang pada September dan Oktober depan itu akan beri ruang kepada kerajaan menjelaskan fakta berhubung kawal selia ketat dalam sektor sawit, dan memperbetulkan persepsi negatif terhadap industri sawit.
“Kita harap menteri boleh berbincang dengan EU, minta letak kita ‘risiko rendah’. Kalau ‘risiko rendah’ itu banyak peluang-peluang yang akan meningkatkan pasaran kita,” kata Presiden Adzmi Hassan kepada FMT.
Terdahulu, Menteri Johari Ghani memaklumkan bahawa pihaknya akan beri penerangan kepada EU mengenai amalan minyak sawit lestasi Malaysia, ketika mengulas penilaian oleh Suruhanjaya Eropah.
Katanya, walaupun EU mengiktiraf Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), Malaysia mahu penerimaan sepenuhnya sistem kemampanan dan kebolehkesanannya, lapor New Straits Times.
Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) berkata status ‘risiko standard’ itu tidak mengiktiraf sama sekali kemajuan dan pencapaian oleh industri minyak sawit Malaysia dalam mengurangkan penyahhutanan dan menghasilkan minyak sawit lestari.
Persatuan Minyak Sawit Malaysia pula beri amaran status itu boleh menjejaskan pekebun kecil, malah mereka yang mematuhi MSPO. Menurut Johari, 85% pekebun kecil mematuhi MSPO.
Sementara itu, Adzmi berkata Malaysia memiliki sistem pemantauan dan perundangan yang jauh lebih tersusun berbanding beberapa negara pengeluar lain, malah kelapa sawit antara komoditi yang paling dikawal selia.
“Maknanya dari benih yang kita beli dah dilesenkan, sampaikan kepada penjualan dan pengeluaran,” katanya.
Menurutnya, lebih 500,000 pekebun kecil bergantung pada kelapa sawit sebagai sumber pendapatan utama, dan percaya EU enggan iktiraf piawaian Malaysia antaranya disebabkan kekeliruan tentang pemilikan tanah dan status hutan, khususnya di Sabah dan Sarawak yang mengusahakan tanah Hak Adat Bumiputera.
EU dalam satu kenyataan semalam berkata pengelasan risiko itu melihat kepada penyahhutanan secara keseluruhan, dan bukan penyahhutanan yang dikaitkan dengan mana-mana tujuh komoditi khusus. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/05/pekebun-kecil-harap-penilaian-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadang Kadang Allah Tangguhkan Jodoh Sebab Dia Sedang Siapkan Pasangan Yang Lebih Baik Untuk Kita

Kadang Kadang Allah Tangguhkan Jodoh Sebab Dia Sedang Siapkan Pasangan Yang Lebih Baik Untuk Kita

papar berkaitan - pada 24/5/2025 - jumlah : 369 hits
Dalam masyarakat kita lambat kahwin sering dianggap pelik Bila umur mula mencecah 30 an telinga makin kerap dengar soalan seperti Bila nak kahwin atau Tak risau ke tinggal sorang Seolah olah kahwin itu satu satunya penentu bahagia atau berj...
Kopi Vs Matcha Mana Satu Lebih Baik Untuk Kesihatan Anda

Kopi Vs Matcha Mana Satu Lebih Baik Untuk Kesihatan Anda

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 271 hits
KOPI VS MATCHA MANA SATU LEBIH BAIK UNTUK KESIHATAN ANDA Ketika populariti matcha meningkat anda mungkin tertanya tanya adakah lebih baik menggantikan kopi dengan matcha sebagai minuman berkafein harian Matcha ialah minuman berasaskan serbu...
Ubat Sakit Perut Pilihan Tradisional Vs Moden Mana Lebih Baik

Ubat Sakit Perut Pilihan Tradisional Vs Moden Mana Lebih Baik

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 267 hits
Ubat sakit perut merupakan antara rawatan paling biasa dicari apabila berdepan masalah sepert kembung gastrik cirit birit atau kekejangan perut Walaupun ada sesetengah situasi di mana sakit perut mermlukan pemeriksaan doktor kebanyakan kes ...
Uruskan Parti Sendiri Dengan Lebih Baik

Uruskan Parti Sendiri Dengan Lebih Baik

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 244 hits
25 Mei 2025 Kenyataan Ketua Pemuda UMNO jelas menyimpang daripada ucapan serta maksud sebenar yang disampaikan oleh Perdana Menteri Saya ingin mengingatkan Ketua Pemuda UMNO agar tidak cuba menyamakan kami dengan cara pemerintahan lama yang...
Banyak Betul Kedai Kopi Kat Janda Baik

Banyak Betul Kedai Kopi Kat Janda Baik

papar berkaitan - pada 25/5/2025 - jumlah : 1115 hits
BANYAK BETUL KEDAI KOPI KAT JANDA BAIK Hari minggu saja bawa anak anak keluar Tapi memandangkan cuaca panas sekarang aku minta la suami bawa je kemana mana tempat sejuk Tapi aku sendiri tak tahu kemana haja tuju dan tak bertanya Tengok jala...
Satu Raket Seribu Manfaat Kenapa Tenis Baik Untuk Anak

Satu Raket Seribu Manfaat Kenapa Tenis Baik Untuk Anak

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 310 hits
Sukan tenis mungkin kelihatan seperti aktiviti eksklusif namun realitinya ia merupakan salah satu sukan yang paling bermanfaat untuk kanak kanak Dari aspek fizikal hinggalah sosial penyertaan dalam sukan tenis memberikan impak positif yang ...
Guardian Malaysia Perluas Misi Kebersihandiri Kepada Remaja Beri Harapan Dan Maruah Kepada Golongankurang Bernasib Baik

Guardian Malaysia Perluas Misi Kebersihandiri Kepada Remaja Beri Harapan Dan Maruah Kepada Golongankurang Bernasib Baik

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 443 hits
Hi Korang guardian Malaysia memenukar keperluan harian menjaditindakan prihatin yang bermakna Sebagai sebahagian daripada inisiatif serantau yang melibatkan lima negara termasuk Malaysia guardian telahmenyumbangkan lebih 40 juta mandian kep...
5 Tanda Kita Terlalu Baik

5 Tanda Kita Terlalu Baik

papar berkaitan - pada 25/5/2025 - jumlah : 626 hits
5 Tanda Kita Terlalu BaikAssalamualaikum dan salam sejahtera semua Apa khabar pembaca blog KakYa hari ini Harap semua sihat dan ceria selalu walaupun dunia kadang buat kita rasa berat Ok topik petang santai santai jer KakYa nak kupas sikit ...
Rasulullah Saw Contoh Teladan Baik Sepanjang Zaman

Rasulullah Saw Contoh Teladan Baik Sepanjang Zaman

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 315 hits
Rasulullah SAW Contoh Teladan Yang Baik Rasulullah SAW adalah contoh teladan yang terbaik dalam segala aspek kehidupan sebagai pemimpin sahabat suami dan pendidik Baginda SAW mengajarkan kasih sayang kesabaran keadilan serta akhlak yang mul...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Peminat Mengaku Pernah Baling Telur Di Kepala Tomok Kini Mohon Maaf Secara Terbuka