Covid 19 Mimpi Ngeri Semakin Hampir


 BH ONLINE

Petugas menguruskan jenazah yang maut akibat jangkitan COVID-19, di Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan. - Foto NSTP/Farizul Hafiz Awang KUALA LUMPUR: Malaysia semakin diasak mimpi ngeri lonjakan 10,000 kes harian baharu COVID-19, selepas tiga hari berturut-turut mencatat kes melepasi angka 7,000 pada Selasa, Rabu dan semalam.
Ini ditambah penularan varian baharu pandemik COVID-19 yang lebih ganas serta kluster baharu yang masih terus dilaporkan berlaku, terutama di tempat kerja yang semakin membimbangkan.
Di sebalik penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 12 Mei lalu, sebanyak 115 kluster tempat kerja dengan 5,392 kes dilaporkan sehingga 26 Mei 2021 dan lebih separuh (62 kluster) membabitkan sektor pengilangan.
Semalam, sebanyak 20 kluster baharu dilaporkan dan tujuh daripadanya kluster tempat kerja yang kebanyakannya kilang.
Sementara itu, setakat 23 Mei lalu, negara mencatat 12 kes baharu varian Afrika Selatan B.1.351 di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Johor, menjadikan jumlahnya 78 kes.
Satu kes baharu varian India B.1.617 dikesan di Wilayah Persekutuan Labuan, menjadikan jumlah enam (6) kes.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat varian membimbangkan (VOC) sebagai kerisauan global iaitu United Kingdom, Afrika Selatan, Brazil dan India.
WHO baru-baru ini menyatakan Varian B1617 (India) setakat ini ditemui di 60 wilayah dan negara, sementara Varian B117 ditemui di 149 negara dan wilayah, B1351 pula dikesan di 102 negara dan wilayah, manakala varian dari Brazil dikenal pasti di 59 negara dan wilayah.

Petugas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyembur cecair sanitasi selepas mengebumi mangsa COVID-19 berusia 69 tahun, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelaboran, Tumpat. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik OmarSehingga pukul 12 tengah hari semalam, Malaysia menambah sebanyak 7,857 lagi kes harian baharu COVID-19, yang tertinggi sejak kes positif pertama COVID-19 dikesan di negara ini pada 25 Januari 2020.
Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar, sebanyak 2,675 kes, diikuti Sarawak 772 kes dan Kelantan 754 kes.
Pada Selasa (25 Mei), kes harian baharu COVID-19 direkod sebanyak 7,289 kes sementara pada Rabu (26 Mei), meningkat kepada 7,478 kes.
Pada kedua-dua hari ini, Selangor menyumbang kes harian baharu terbanyak iaitu 2,642 kes (Selasa) dan 2,455 kes (Rabu).
Kes kumulatif yang direkod semalam sebanyak 541,224 kes sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 menghampiri 70,000 iaitu 69,408 kes.
Berikut rekod kes harian baharu yang dicatat sepanjang tempoh rangkuman mingguan 22 Mei hingga 27 Mei 2021:-
22 Mei 6,320 kes
23 Mei 6,976 kes
24 Mei 6,509 kes
25 Mei 7,289 kes
26 Mei 7,478 kes
27 Mei 7,857 kes

Bilangan pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) terus meningkat. Begitu juga bilangan pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan. Setakat semalam, sebanyak 771 kes direkod di ICU dan 392 daripada memerlukan bantuan pernafasan.
Sebagai langkah siap siaga, Kementerian Kesihatan (KKM) terpaksa meminta hospital swasta untuk menambah katil ICU, selain turut menggunakan Ordinan Darurat Seksyen 3 iaitu mengambil alih hospital baharu yang belum digunakan seperti Hospital Cyberjaya dan Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk merawat pesakit COVID-19.
Dengan 541,224 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga ke-41 dalam senarai 216 negara yang dilanda pandemik COVID-19.
Di hadapan Malaysia ialah Nepal dengan 542,256 kes dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 563,215 kes.

Ahli keluarga hanya dibenarkan untuk melihat dari jauh proses pengebumian jenazah yang maut akibat jangkitan COVID-19, ketika di Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan. - Foto NSTP/Farizul Hafiz Awang Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Khamis, melaporkan 59 lagi kes kematian, menjadikan kes kumulatif sebanyak 2,491 kes. Semua kes melibatkan warganegara.
Daripada 59 kes, sebanyak 19 kes di Selangor, sembilan (9) kes di Sarawak, tujuh (7) kes di Johor, enam (6) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima (5) kes di Kelantan, empat (4) kes di Negeri Sembilan, tiga (3) kes di Pulau Pinang, dua (2) kes di Kedah, serta masingmasing satu (1) kes di Sabah, Melaka, Perak, dan Terengganu.
Kes tertinggi kematian direkod pada Rabu 26 iaitu 63 kes terdiri daripada 57 orang warganegara dan enam (6) orang bukan warganegara.
Daripada jumlah itu, kes mayat dibawa ke hospital (Brought in Dead/BID) sebanyak 12 kes.
Menurut KKM, kes BID merujuk kepada kes kematian di luar hospital dan kematian ini disahkan disebabkan COVID-19, selepas proses bedah siasat.
Pada 25 Mei, pesakit COVID-19 paling muda yang dilaporkan meninggal dunia pada hari berkenaan berusia tiga tahun dari Sabah yang juga menghidap leukemia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/covid-19-mimpi-ngeri-semakin-hampir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Ngeri Bekas Pesakit Covid 19 Bertarung Nyawa Di Icu

Pengalaman Ngeri Bekas Pesakit Covid 19 Bertarung Nyawa Di Icu

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 176 hits
Mei 24 2021KKM menjangkakan berlaku lonjakan bilangan kes harian COVID 19 seperti yang berlaku di banyak negara lain Facebook Noor Hisham AbdullahMALANG TIDAK BERBAUKetika Toh sedang menunggu giliran untuk dipindahkan ke pusat kuarantin di ...
Hiburan Kalau Company Tu Bapak Kita Punya Boleh La Self Lockdown Janna Nick Risau Kes Covid 19 Semakin Meningkat

Hiburan Kalau Company Tu Bapak Kita Punya Boleh La Self Lockdown Janna Nick Risau Kes Covid 19 Semakin Meningkat

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 220 hits
Pelakon dan juga pengacara Janna Nick menzahirkan perasaan marah dan tidak puas hati apabila kerajaan enggan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan secara penuh bagi mengekang penularan COVID 19 yang semakin membimbangkan kala ini Janna ata...
Situasi Covid 19 Di Sabah Semakin Serius Kata Masidi

Situasi Covid 19 Di Sabah Semakin Serius Kata Masidi

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 148 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Desa Tanggu di Tawau yang tercetus sempena perayaan Aidilfitri membabitkan individu yang telah lengkap vaksinasi KOTA KINABA...
Zionis Mengaku Kalah Isyarat Langkah Bebaskan Palestin Semakin Hampir

Zionis Mengaku Kalah Isyarat Langkah Bebaskan Palestin Semakin Hampir

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 230 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Kehadiran Hamas buat negara haram fikir beribu kali untuk serang semula Semenanjung Gaza BANGI Tindakan pengganas Israel yang akur untuk mengenakan gencatan senjata tanpa syarat awal hari ini memberikan isyarat jelas...
Wna Di Ri Positif Covid 19 Hampir Tembus 2 000 Orang 18 Meninggal

Wna Di Ri Positif Covid 19 Hampir Tembus 2 000 Orang 18 Meninggal

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 242 hits
Sementara itu 180 WNA sedang menjalani perawatan maupun isolasi akibat terinfeksi Covid 19 Bertambah enam dari data sebelumnya masih 174 WNA dirawat atau diisolasi
Musim Covid Hantar Berpantang Ke Kampung Susah Suami Kongsi Caranya Jaga Isteri

Musim Covid Hantar Berpantang Ke Kampung Susah Suami Kongsi Caranya Jaga Isteri

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 331 hits
Suami yang hebat di mata isteri adalah yang sentiasa ringan tulang membantu tak berkira dan sentiasa memahami Begitu juga dalam bab menguruskan anak suami tahu apa yang nak dilakukannya Bukan itu je dalam bab isteri berpantang pula suami te...
Bapa Mentua Marsha Milan Meninggal Dunia Akibat Covid 19

Bapa Mentua Marsha Milan Meninggal Dunia Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 260 hits
Oleh Najiy JefriMOHAMED Ismail meninggal dunia Covid 19 FOTO IG sharnaazahmadKuala Lumpur Bapa mentua kepada penyanyi dan pelakon Marsha Milan Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman meninggal dunia pagi hari ini selepas dimasukkan ke hosp...
Harapan Proposes Delaying Second Dose Of Covid 19 Vaccine

Harapan Proposes Delaying Second Dose Of Covid 19 Vaccine

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 263 hits
The Pakatan Harapan presidential council has proposed the government delay administering the second dose of the Covid 19 vaccine to allow more people to at least receive their first jab The priority should be to protect the maximum number o...
Who Really Profits From Covid 19

Who Really Profits From Covid 19

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 173 hits
Restaurants have been told to stop the dining in option but it beggars belief when we hear that casinos are open for members and high rollers Shankar R Santhiram Free Malaysia Today It s our second year of this absurdity with Covid 19 I say...
Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Mahalini Dah Peluk Islam

Fiersa Besari April Chord

Repressive Laws Killing Press Freedom Say Activists

Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit Otot Dan Tulang Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Nak Beriadah Tapi Malas Hadap Jammed Ini 5 Taman Rekreasi Terletak Di Kl Selangor Boleh Diakses Guna Lrt Amp Mrt

Anniversary 4 Tahun Sebagai Ghostwriter



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


918kiss 7 2567 918kiss 918kiss Top 61 By Autumn 918kissauto Io

Sbdj Siri 197 Rahsia 4 Peti Hitam

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Khasiat Dan Potensi Ikan Toman Untuk Kesihatan

Zicha Anesha Bukan Cinta Terlarang Chord