Pengalaman Naik Atv Adventure Park Kl Kemensah Syokkk Weyhh


 Salam to all readers,


| Pengalaman Naik ATV Adventure Park KL, Kemensah! Syokkk Weyhh | Gara-gara Sue Whatsapp aku raya ke-2, pishang duduk rumah katanya, kau takde plan nak hiking ke Azwar. Raya ke-2 dia dah tanya aku plan masuk hutan weyh? Sungguhpun aku pun tak ada benda buat raya haritu. Hanya bersantai-santai dekat rumah. So, naik KL semula, baru aku atur semula rencana dengan group hiking aku. Macamlah ramai sangat, walhal 3 ketul orang je pun. Punyalah happy aku nak ajak naik ATV, macam aku ajak naik aeroplane katanya. Aku plan boleh, tukang drive aku bagi orang lain. 
Muka excited nak main ATV do. Pukul 8.00am dah sampai depan pintu masuk

Perkarangan dalam kawasan atv, area tempat register dan tempat training sebelum dilepaskan naik ke trak.
Aku text dalam group random sangat, macam minggu ni nak pergi. Isnin tu baru aku text dengan dorang ON tak ON. Tup-tup Elly yang dah lama hilang dari radar tak masuk hutan tu pun tetiba nak come back, siap ajak husband lagi. Husband dia excited nak join sekaki. Aku dahlah tak biasa nak kenal orang baru. Si Elly ini dah pesan awal-awal, jangan malu-malu, jangan fake katanya. Dia tak jealous katanya. Yelahh tuu. Dah alang-alang masing-masing on, aku pun buatlah carian mana pakej okay, yang best, paling penting dekat dengan area KL. Aku survey via Instagram, guna hashtag pun boleh nanti bersepah keluar. Aku prefer yang ada perhentian waterfall. Tup-tup jumpa juga, atvadventureparkkl punya pakej. Time tu juga terus whatsapp tanya ada kekosongan tak. Bila dia kata ya masih ada kekosongan slot pagi. Terus on.


Ada baik korang whatsapp dulu untuk booking, jangan pakat walk-in karang tak pasal-pasal kena balik sebab full. Masa aku datang ada juga yang datang walk-in, dorang tak terima sebab slot dah penuh. 1 group dah makan masa 1-2jam juga. Nak train lagi pun ambil masa nak sesuaikan. Mula-mula aku ingat atv ini dekat area aku naik paragliding tu, rupanya ini dekat lorong zoo negara masuk dalam. Masuk sini, abang Shaiful dah pesan awal-awal jangan salah masuk atv pula, sini memang banyak group atv. ATV Adventure Park KL ini paling atas sekali, atas bukit sana. Nak naik ke atas mencabar jugalah, makin lama makin kecik lorongnya, tambah jalan banyak lopak air, belum naik atv lagi nak pergi pun mencabar. 


Kiteorang gerak sama seperti nak pergi hiking. Biasa malam sebelum tu aku akan bising dalam group. Jangan lupa bangun awal, even aku paling last dorang fetch dekat rumah. Tapi, aku bantai tidur awal malam tu, penat balik kerja, mandi terus tidur. Esoknya dorang duk pakat gelak kat aku. Mana aku menghilang. Aduhaii.. Paling excited kakak Elly kitalah, 10 kali tanya, nak pakai baju apa. Nak je aku cakap pakai baju kurung. hahaha..


Buat aktiviti lasak begini, pakai jerlah sport attire, bawa air, boleh bawa spare baju kalau nak mandi. Kiteorang takdan nak mandi pun, memandangkan perhentian dekat waterfall tu hanya 15 minit je pun. Lepas tu ramai pula orang nak naik. Jadi, turun celup-celup kaki jerlah. Even tak dapat mandi, kiteorang rasa puas hati gilalah main atv ini, tambah dapat guide yang ramah. Awal-awal sampai, check nama, dan isi form, lepas tu tunggu nama di panggil. Kemudian, kami diberi training terlebih dahulu, macam mana nak kendalikan atv ini. Benda tu berat dan besar okay. Abang tu siap pesan, jangan turunkan kaki dari atv nanti kaki boleh terseliuh. Elakkan turunkan kaki, tapi kiteorang tetap turunkan masa dekat track, sebab rasa nak jatuh. Walhal tak jatuh lagi.


Pengalaman Naik ATV Adventure Park KL, Kemensah!



Ini abang yang guide team kami, memang sempoi habis. Kebetulan haritu abang Shaiful yang text aku tu dia tak masuk. So abang ini yang ganti, aku tak ingat pula nama dia. hahaha..Tapi memang sempoilah dari awal sampai sehinggalah perjalanan balik. 

Trails dekat sini agak mencabar jugalah, dengan lumpurnya, kawasan mencerun, mendatar, bebatu semua kami redah. Elly yang konon penakut, bapak laju dia bawa depan sekali. Mujur laki dia belakang aku, makan lumpur. Kesian gila!! hahaha...Aku pula ada masa berani, ada masa cuak juga takut jatuh. Abang yang guide kami tu jugalah paling sempoi, dengan tak pakai helmet, sebelah tangan record video kami, bawa pun sebelah tangan. Dah itu kerja dia hari-hari, memang tabiklah. Berbaloilah bayar mahal-mahal, dapat pengalaman yang mengasyikkan. 




Perjalanan jauh, dan dapat menyaksikan panorama hutan yang mendamaikan. Nak balik tu pula, kami lalu jalan tar, laluan kereta. Waktu tu, masing-masing pulas laju je ke depan. Abang tu layankan sahaja kami. 

Harga Naik ATV Adventure Park KL
RM105/per pax
Dekat sini tiada gopro, so kalau korang nak bergambar atau rekod video, request je pada abang yang guide korang tu. Semua abang-abang dekat sana ramah dan saling membantu. So, kalau korang nak merasa naik atv, aku syorkan korang ambil pakej atvadventureparkkl ini. Betul-betul puas hati! Lepas main boleh pulun makan aiskrim pula, kebetulan ada abang aiskrim motor masuk situ. Sedaplah makan waktu cuaca tengah mencanak panas. Sini, pun ada ruang untuk solat juga kalau korang nak sembahyang. Pendek cerita, semua serbi lengkaplah dekat sini.


Dah puas main, masing-masing kelaparan. Terus gerak ke mamak pekena Nasi Kandar. Sue pula tak berapa sihat nak balik tu, aku lepas sampai rumah, kemas diri, sambung tidur jap lepas asar dah cabut ke rumah moksu aku. Lagi tak boleh duduk diam, ada je tempat nak merayap. Weekend je boleh merayap, hari kerja, pergi office balik office. So nikmatilah cuti anda, dengan kehidupan yang menyeronokkan. 

Nah video short video kami main atv last week. Banyak gambar tak boleh masuk pula. Apa-apa pun memang best. Now, tengah kering kena saving and main benda free pula. Maybe akan datang sambung hiking semula. Banyak lagi bukit area KL tu tak naik lagi.


Thank you for reading and watching my video!


Happy weekend korang!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.missazwarsyuhada.com/2022/05/pengalaman-naik-atv-adventure-park-kl.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menginap Di Park Inn By Radisson Putrajaya Satu Yang Luar Biasa

Pengalaman Menginap Di Park Inn By Radisson Putrajaya Satu Yang Luar Biasa

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 440 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Setelah dua tahun kita dilanda pandemik dan juga dikurung tidak banyak aktiviti yang boleh dibuat tahun 2022 semua telah kemba...
Kerana Inflasi Nasi Lemak Seringgit Bakal Naik Harga

Kerana Inflasi Nasi Lemak Seringgit Bakal Naik Harga

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 372 hits
Kakak aku kerja kerajaan keluar pukul 6 pagi balik pukul 6 petang 12 jam kerja Gaji cecah rm2 8k sebulan Balik kampung bercakap megah ayat berapi dan takabbur dengan adik beradik Tambah pulak dengan aku yang kerja berniaga tepi jalan ni Tap...
Naik Tocang Masa Ada Kuasa Masa Kalah Dulu Cari Para Lebaiyun

Naik Tocang Masa Ada Kuasa Masa Kalah Dulu Cari Para Lebaiyun

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 209 hits
SHAHBUDIN HUSINBila dah dapat kuasa mulalah nak sombong dan mahu orang ikut telunjuk dia Dulu masa hilang kuasa kenapa cari Pas
Aturan Terbaru Naik Pesawat Dan Kereta Tak Perlu Tes Covid Asal Sudah Vaksin Lengkap

Aturan Terbaru Naik Pesawat Dan Kereta Tak Perlu Tes Covid Asal Sudah Vaksin Lengkap

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 235 hits
Selain itu Jokowi juga mengumumkan bahwa masyarakat kini sudah bebas beraktivitas di luar ruangan tanpa mengenakan masker
Semua Naik Semua Mahal

Semua Naik Semua Mahal

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 205 hits
freemalaysiatoday com May 15 2022 9 30 AMNampaknya tiba lagi masa untuk berjenaka sinis Di Malaysia hujan je yang turun lain semua naik Disambut dengan kata kata ini bikin darah naik Ini merujuk harga barangan yang sekarang naik Amat terasa...
Adakah Harga Roti Canai Kita Akan Naik Lagi

Adakah Harga Roti Canai Kita Akan Naik Lagi

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 398 hits
India Henti Eksport GandumNEW DELHI Kerajaan India menghentikan eksport gandum dalam usaha menangani ancaman keselamatan bekalan makanan negara itu susulan kenaikan mendadak dalam harga bijirin global India yang merupakan pengeluar gandum k...
Sandiaga Ingin Sineas Muda Naik Kelas Dan Buka Lapangan Kerja

Sandiaga Ingin Sineas Muda Naik Kelas Dan Buka Lapangan Kerja

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 191 hits
Dengan adanya forum Mukidi diharapkan para sineas muda mampu menggali potensi unik setiap daerah dan mengangkatnya dalam sebuah karya film pendek yang berkualitas serta berdaya saing
Hasil Berkurang Dan Kos Baja Meningkat Harga Durian Dijangka Naik Sekali Ganda Kata Timbalan Menteri

Hasil Berkurang Dan Kos Baja Meningkat Harga Durian Dijangka Naik Sekali Ganda Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 200 hits
nbsp Harga jualan durian pada musim kali ini dijangka meningkat sekali ganda disebabkan hasil berkurangan berbanding tahun sebelum ini namun permintaan tinggi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata...
Hiburan Tak Sedar Diri Pemandu Lori Nahas 5 Sahabat Didakwa Drive Sambil Bertiktok Netizen Naik Hantu

Hiburan Tak Sedar Diri Pemandu Lori Nahas 5 Sahabat Didakwa Drive Sambil Bertiktok Netizen Naik Hantu

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 296 hits
Kemalangan tragis melibatkan dua buah lori treler bersama sebuah kenderaan sehingga melibatkan 5 orang yang menaiki kereta jenis Honda City maut masih diperkatakan sehingga ke hari ini Ini berikutan pendedahan sorang warga maya mengenai sal...
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Raya Aidilfitri 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey

The Evolution Of The Personal Computer From Innovation To Everyday Essential

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Pilot In Kapar Crash Was Under Influence Of Alcohol Says Report

Major Brain Drain As Researchers Eye Exit From Trump S America

Cara Kira Kuantiti Berapa Banyak Open House Jamuan Raya