Pengalaman Minum Air Gula Masa Mengandung




Mengandung dan minum air gula sekarang memang sesuatu yang tak dapat dipisahkan. Aku pun tak tau samada perkara ni dah dijadikan satu rutin yang wajib dilalui ketika mengandung atau tidak. Dulu masa aku mengandung anak pertama tahun 2017 takdelah pulak merasa minum air gula ni.
Tapi masuk anak kedua tahun 2019 kena minum air gula sebab berat badan naik mendadak. Apa taknya, masa tu musim durian. Aku pulak hantu durian. Haa dah elok sangatlah kejadiannya membantai durian. Alhamdulillah kandungan takde apa sebab dah besar dabak pun anak aku tu sekarang. Cuma tu lah hasil dia berat badan naik mendadak. Durian kan manis

Cek air gula, nohhhh sangkut GDM nokkk. Tanjat mak sebab kitonya badan halus kurus mulus tapi sangkut lak GDM. Adan uke. Masa ni aku memang tak boleh lupa sebab 3 kali ye kena minum air gula. Meh aku cerita dan korang jangan buat benda yang sama macam aku buat

First tu, lepas dah minum air gula kan kena tunggu 2 jam untuk cucuk semula dapatkan keputusan bacaan selepas minum air gula. Aku pun baliklah ke rumah. Tapi terlajak masa lebih kurang setengah jam rasanya. Nurse apalagi, bisinglah jawabnya. Tak memasal aku kena ulang semula minum air gula. Nurse bagi tarikh baru

Kali kedua ni mental aku dah tak berapa nak okey. Lepas habis minum air gula tu, boleh pulak aku muntahkan balik. Masa ni aku dah nangis tau. Rasa teruk sangatttt. Tapi nak buat macamana. Kena repeat lagi minum. Nurse pun bagi tarikh lain

Untuk kali ketiga aku dah sedia mental aku, cari kekuatan sendiri. Nak tau tak nak aku kena hadapi juga. Dengan semangat luar biasa, aku telan habis air gula, tenangkan diri kejap. Rasa dah okey, barulah gerak. Masa ni takde dah balik rumah sebab kena jumpa doktor terus

Dan untuk kali ketiga ni lah mak sangkut bacaan gula. Nurse kata, GDM on diet. Kena jaga makanlah. Masa ni bermulalah rutin cek bacaan gula setiap hari tanpa gagal. Kalau ada mesin sendiri boleh cek sendiri dekat rumah. Kalau takde, kena gagahkan diri turun ke klinik untuk cek

Lepas bersalin, GDM tu pun auto hilang. Anak pun alhamdulillah sihat. Kiranya tu pembawaan masa mengandunglah. Tapi tak pelik sebab masa mengandung tu aku memang kuat manis sikit. Padanlah sangkut GDM

Masuk kandungan ke-3 tahun 2023 berat aku takde masalah. Normal. Tapi kena juga minum air gula. Rasanya masa ni memang setiap ibu yang mengandung kena minum air gula. Alhamdulillah bacaan sebelum dan selepas minum air gula normal

Sempat ye minum air gula sebelum aku keguguran. Al Fatihah untuk anak ibu, Muhammad Aryan yang tewas diusia kandungan 22 minggu. InsyaAllah yang ni nanti bila dah ada kekuatan, akan aku coretkan untuk tatapan abang dan kakaknya suatu hari nanti

Untuk tahun 2024 ni, alhamdulillah Allah bagi lagi peluang untuk merasakan nikmat mengandung. Lepas 7 bulan, ada penghuni baru yang menghuni di rahim ni. Alhamdulillah

Tadi baru juga minum air gula terus jumpa doktor untuk scan. Awal betul kalini kena suruh minum air gula ya. Dahlah masih dalam fasa morning sickness. Mual setiap masa. Kena pula minum air gula. Bertabahlah ibu ye. 😂
Sebenarnya plan awal aku nak minum dekat klinik swasta. Dah tanya nurse dan nurse kata boleh. Bawa je result bacaan tu jumpa doktor. Tapi sayang, klinik swasta tu kata result keluar sebelah petang sebab dorang kena hantar makmal lagi. Aku pulak pagi lepas minum air gula kena terus jumpa doktor

Nak tak nak kenalah minum juga air gula dekat klinik biasa. Kali ni sebelum minum air gula memang aku banyak zikir. Dapat je air gula, tarik nafas dan terus minum laju-laju tak cium bau pun. Habis je minum air gula aku bernafas guna mulut sebab takut terbau air gula kang meloya pulak

Hasilnya alhamdulillah. Normal. Hoorayyy! Scan baby pun alhamdulillah semuanya baik. Doktor kata harini kandungan dah cecah 13 minggu. Doakan aku dan kandungan ni ye. ❤️

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://inikisahtia.blogspot.com/2024/06/pengalaman-minum-air-gula-masa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Perlu Minum Air Pangsa Selepas Makan Durian

Kenapa Perlu Minum Air Pangsa Selepas Makan Durian

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 228 hits
Antara Petua dan Realiti Saintifik Biasanya sebahagian kita akan meminum air pangsa durian selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa Mungkin ada benarnya Ini kerana kajian yang dilakukan oleh ramai saintis dan saya sendiri...
10 Filem Sains Fiksyen Terbaik Sepanjang Masa Menurut Ai

10 Filem Sains Fiksyen Terbaik Sepanjang Masa Menurut Ai

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 347 hits
Penggunaan A I pada masakini telah memudahkan orang ramai dalam mencapai informasi pantas serta menyiapkan tugasan Dari pelajar sehinggalah pekerja profesional teknologi A I banyak membantu menyelesaikan segala permasalahan dan serta member...
Alasan Syl Beri Posisi Tenaga Ahli Kementan Untuk Kakaknya Masa Saya Punya Saudara Tercecer Cecer

Alasan Syl Beri Posisi Tenaga Ahli Kementan Untuk Kakaknya Masa Saya Punya Saudara Tercecer Cecer

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 149 hits
Kakak kandung Syahrul Yasin Limpo Tenri Olle Yasin Limpo sempat dipekerjakan di Kementerian Pertanian
Banyaknya Gula Dalam Minuman Favourite Anak Jangan Beli Selalu

Banyaknya Gula Dalam Minuman Favourite Anak Jangan Beli Selalu

papar berkaitan - pada 8/6/2024 - jumlah : 277 hits
Nak sihat tak boleh minum banyak air manis Itu yang sepatutnya kita beritahu pada anak anak kita Berapa banyak kandungan gula dalam air kesukaan anak kita itu yang kita perlu tahu Jom ikuti perkongsian Dr Mazliana Mazlan mengenai jenis jeni...
Cipta Naratif Buruk Kerajaan Pada Hal Zaman Mereka Isu Ini Tak Dicungkil Sebab Pembang Masa Tu Cerdik

Cipta Naratif Buruk Kerajaan Pada Hal Zaman Mereka Isu Ini Tak Dicungkil Sebab Pembang Masa Tu Cerdik

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 195 hits
ZusdinDah kata dah puak KHAWARIJ sengaja cipta Naratif jahat PEMBANGANG dok main isu Blackrock ni sebab depa nak ekonomi Malaysia tergugat Situ duduk https www facebook com share fgbLyRhTsVf8riAK mibextid oFDknk
Jadual Euro 2024 Masa Dan Tarikh Dalam Waktu Malaysia

Jadual Euro 2024 Masa Dan Tarikh Dalam Waktu Malaysia

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 265 hits
Kejohanan bola sepak EURO 2024 sedang berlangsung dengan peminat bola sepak jangan ketinggalan menyaksikan perlawanan perlawanan penting pasukan kegemaran anda dengan mengikuti jadual rasmi perlawanan EURO 2024 Penganjuran kali ini merupaka...
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat

Milosuam Dah Kenapa Nepotisme Bukan Salah Kalau Ada Merit Teruk Kena Kecam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lindungi Anak Anda 5 Penyakit Yang Boleh Jadi Mimpi Ngeri

Mee Rebus Johor

Pkr Ke Mana Hilangnya 60 Peratus Undi Di Persimpangan Jalan Atau Parti Yang Kehilangan Haluan

Usaha Bersama Asean Dalam Membangun Ekosistem Digital Yang Selamat

The Mysterious Yonaguni Monument Japan S Underwater Enigma

Manhunt Launched After 4 Abduct Goldsmith In Tumpat