Pengalaman Merasa Makanan Western Di Kongkong
Jom ngeteh dekat kong – kong, ada satu kedai western punya lah sedap . Tak sama dengan kedai – kedai western yang aku pernah rasa. Kebanyakan nya macam gah dia punya iklan tapi , sekali cuba , hmmm biasa jer.
Rasa serupa jer makan western dekat ford court hyper – hyper market sekitar Bandaraya. Takdelah power sangat. Kiranya boleh lah. Jenis selektif yang berkira ok maa. Ada harga ada rasa. Jangan sampai terkena ada harga tapi rasa tak memuaskan.
Kalau nak kata , ada juga kedai western yang sedap tapi, Menu yang sedap tu hanya berberapa kerat jer, yang sedap yang lain rasa macam agak kecewa sikit lah. Dengan kadan yang tukang layan pun buat kerja sambil lewa . Tak sepenuh hati nak buat kerja , janji dapat gaji itu yang kita rasa macam nak bom jer dekat page fb mereka.
Tapi oleh kerana kita dah makan, so tak boleh lah nak kata apa. Yang boleh kita lakukan .. sekali jer lah singah kedai yang ini.
Harga dia pun bukan budget sangat , standard harga pasaran hihi. Jadi untuk anda pemilik cafe western sila sediakan SOP supaya makanan yang disediakan akan sama kualiti rasanya, Walaupun tukang masak anda sudah berhijrah menjadi pesaing kedai anda.
Okeh kali ini kawan nak sugest satu kedai, Di penghujung jalan lama masai dan Cahaya Baharu. Kira nya jalan nak pergi TOl cahaya bahru. Highway Senai Desaru. . Dah jumpa simpang trafik light terus lagi. Sampai habis jalan , Nampak sungai belok kiri simpang kedua masuk. Dekat situ ada lah deretan kedai yang menghadap sungai.
KIta akan nampak restoran yang di buat atas kelong. Memang suasana agak best , cuma dari trafik light nak masuk higway ke tol jalan agak sunyi sikit, Biasala jalan kampung yang ber tar. Tapi kalau dah sampai nampak meriah beb. Ramai orang di sekitar pasir gudang pepagi ahad cari ikan segar dekat sana.
Kedai makan yang saya rekomen bernama “Roti Rentung” dekat FB ada page dia, Buka FB cari sendiri insha allah jumpa. Makanan yang di sediakan semuanya ala cart. Tukang masak, merangkap tuan kedai akan masak dengan penuh kasih sayang supaya setiap hidangan yang anda pesan akan terasa berbaloi ketika anda mengunyah dan menelanya.
Walaupun baru pertama kali datang , memang akan rasa nak repeat datang lagi disebabkan keenakan masakan yang disediakan mengikut menu yang kita minta.
Menu yang saya rasa untuk kali pertama adalah seperti berikut hihi:-
1) Nasi Ayam sambal hijau – 4
2) Sup & Roti (3kpg) – 4
3) Chicken Grill – 5
4) Sirlion Stik – 5
5) Roti Leleh – 2
6) Sirap Limau Ice Jug
7) Cikong panas – 3
8) Kopi O panas – 2
9) Otak- Otak
Air Cikong sedap
Sup cendawan sesedap Pizza Hut
Ayam bakar lah ni
Nasi goreng mak kau hijau hihi
Kesukaan ambo , Stik daging ada umph
Roti rentung leleh , fui yo ..
Best ooo semuanya saya kata sedap, Lagi sedap kalau ada yang nak belanja saya repeat hihihi
So untuk anda yang mahu mencuba boleh lah try cuti hujung minggu nanti. Boleh rujuk google map dibawah ini.
IKLAN: Senarai Homestay Murah
Muslim Homestay Cameron HighlandsKAK YONG HOMESTAY SERI ISKANDARPak Ya Homestay Seri Iskandar PerakPak Ya Homestay Di Batu Gajah Perak 2 (Rumah Corner Lot)Pak Ya Homestay Di Batu Gajah Perak 1 (Rumah Teres 1 Tingkat)SAMUDERA RESIDENCE APARTMENT 10 TINGKAT, BANDAR SERI MANJUNGTAMAN DESA HARMONI, BOTA KANAN, SERI ISKANDAR, PERAK D’AMAN RESIDENSI MERU JAYA, IPOH PERAK (BERHAMPIRAN DENGAN MAPS THEME PARK)TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2, TERES 5R/3B DAN 4R/3BMuat turun senarai homestay DiMalaysia
The post Pengalaman merasa makanan Western di kongkong appeared first on Onlajer.com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://onlajer.com/blog/pengalaman-merasa-makanan-western-di-kongkong/