Antara para peserta untuk edisi kali ini.
Program yang dianjurkan oleh Alam Flora ini disertai oleh barisan KOL, Influencer dan juga blogger di Malaysia. Penglibatan ini secara tidak langsung dapat memberikan pengalaman baharu kepada mereka dan juga para pengikut mereka di media sosial. Saya juga tidak terkecuali. Pelbagai ilmu baharu dapat saya kutip sepanjang mengikuti program ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora
Bermula di DRB-HICOM Glenmarie Shah Alam, acara pembukaan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora . Di sini juga kami diberi tugasan untuk menggunakan alatan yang biasa digunakan oleh pihak DHES dalam aktiviti pembersihan yang dijalankan oleh pihak mereka.
Aktiviti pertama.
Agak sukar sebenarnya namun itulah rutin harian yang para pekerja Alam Flora ini lakukan bagi memastikan kawasan dalam jagaan mereka bersih dari sampah.
Seterusnya kami bertolak ke kawasan River of Live di Masjid Jamek Kuala Lumpur. River of Live ini merupakan antara kawasan yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan juga luar negara. Dengan lanskap dan juga binaan yang menarik disepanjang kawasan ini menjadikan kawasan ini tumpuan pelancong dan juga senang tercemar dengan plastik dan juga bahan buangan oleh pengunjung.
Menjadi satu tugasan penting bagi pihak mereka untuk memastikan kawasan ini sentiasa bersih. Di sini kami diberi tugasan untuk menjayakan kempen agar para pengunjung dapat membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. Kita sedia maklum bahawasanya terdapat banyak tong sampah di kawasan ini, namun sikap tidak acuh menjadikan pengunjung suka membuang sampah merata-rata.
Bergambar sebelum makan
Amalan pemakanan yang baik dapat memastikan kita utnuk mengelakkan pembaziran. Ambil sahaja makanan yang kita mahu dan elakkan dari berlebihan. Gunakan bekas makanan yang mampu digunakan semula supaya penggunaan plastik dapat dikurangkan. Selain itu juga, kita dikehendaki untuk tidak menggunakan straw bagi mengelakkan kesan jangka panjang yang tidak terduga.
Bersama Cik Sara, penghuni di sini
Penduduk bersama minyak masak yang telah digunakan untuk dijual
Seterusnya kami ke Alam Flora Buy Back Centre di Presint 9 Putrajaya. Di sini salah satu tempat di mana para penduduk boleh datang bersama bahan kitar semuala mereka untuk dijual kepada pihak Alam Flora. Apa yang menariknya, di sini juga anda boleh menjual minyak masak yang telah anda gunakan pada harga RM1.10 sekilo! Wah ini merupakan pertama kali saya mengetahui mengenai pembelian balik minyak masak yang telah digunakan ini.
Asingkan mengikut jenis
Jika sebelum ini, kita hanya membuat cara senang iaitu menuang ke dalam sinki seterusya minyak tersebut mengalir ke dalam longkang. Sebenarnya salah! Itu akan membahayakan kesekitaran dan juga hidupan lain. Mengotorkan kawasan dan juga menganggu ekosistem di kawasan berkenaan. Jadi, simpan sahaja minyak yang telah anda gunakan dan jual sahaja di sini. Terbaik!
Seterusnya kami ke salah satu tempat mengasingkan bahan sebelum proses terakhir kitar semula. Mana tidaknya disnilah bahan-bahan kitar semula diasingkan dan dikelaskan mengikut jenis bahan tersebut. Bahan ini juga akan dipek dan sedia untuk melalui proses terakhir.
Antara kertas/kotak yang diasingkan daripada bahan-bahan yang lain
Akhir sekali, kami semua berkunjung ke Marina Putrajaya untuk majlis penutup. Satu pengalaman yang indah dapat saya kutip sepanjang program ini berlangsung. Disamping pengalaman, ilmu pengetahuan yang baharu dapat saya timba seterusnya dapat dikongsikan bersama pembaca dan juga sahabat handai terdekat saya.
Semoga program sebegini dapat dilaksanakan lagi dan dapat memberikan kesedaran kepada semua untuk memastikan budaya kitar semula dan juga menjaga kebersihan dapat disemai dalam diri masing-masing bagi memastikan Malaysia sentiasa bersih. Bertepatan dengan tema hari kebangsaan tahun ini, Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |