Pengalaman Menyelesaikan Masalah Kutu Kucing Yang Banyak Di Rumah



Lebih kurang 5 bulan dah berlalu, sejak rumah saya diserang dengan kutu kucing. 


Kutu-kutu ini pada awalnya hanya terdapat pada badan kucing sahaja. Tapi lama-kelamaan ia membiak dan jadi makin banyak, sehingga boleh nampak kelibat kutu-kutu ini semua atas lantai. 


Sewaktu kutu ini cuma berada pada badan kucing sahaja, saya akan sikat bulu-bulu kucing ini semua menggunakan sikat kutu. 


  Setiap kali sikat, bolehlah dapat dalam dua atau tiga ekor kutu. Kutu yang berjaya disikat keluar tu pula, saya akan cepat-cepat masukkan dalam bekas yang saya telah isi dengan air. 


Kalau nak bunuh kutu tersebut sambil sikat, memang tak sempat. Jadi apa yang saya boleh buat adalah lemaskan kutu-kutu tersebut dalam bekas berisi air. 


Untuk memudahkan kutu jatuh terus ke dasar bekas, letak sedikit air sabun pada permukaan air. Semasa kutu meronta-ronta cuba nak keluar dari bekas air, dia akan terus tenggelam ke dasar. 




Mop lantai rumah 2 atau 3 kali setiap hari 

Oleh sebab kita boleh nampak kutu atas lantai, jadi nak tak nak, saya terpaksa mop lantai dua atau tiga kali setiap hari. 


Sekali pada waktu awal pagi. 


Kali kedua waktu tengahari. 


Kemudian sekali lagi sebelum nak masuk tidur, kena mop sekali lagi.


Masa ini memang terasa rumah sangat bersih. Kalau mop rumah sampai 3 kali setiap hari, memang tak sempat nak lekat habuk. 


Bersih tapi berkutu. Itu yang tak berapa best. Masa ini nak ajak tetamu datang rumah pun saya tak berani. 


Setiap kali mop, boleh nampak kutu yang ada atas lantai tu macam langsung tak berkurang. Mop waktu pagi, lepas beberapa minit, datang balik kutu-kutu tu. Entah dari mana agaknya. 


Masalah kutu kucing dirumah saya ini memang bukan masalah biasa-biasa. 


Kiranya memang terpaksa panggil Pest Control untuk selesaikan masalah kutu kucing ini. 


Walaupun dah panggil Pest Control untuk selesaikan masalah kutu yang banyak atas lantai tu, masih lagi kena buat sesuatu untuk selesaikan masalah kutu yang ada pada badan kucing. 


Untuk kutu yang melekat pada badan kucing tu, saya gunakan ubat kutu khas yang saya beli dari laman web Lazada. 


Saya tak tau apa nama ubat ini, sebab ia ditulis dengan tulisan cina. Tapi gambarnya adalah macam kat bawah ni.

    
Ubat kutu kucing ini pun harganya murah sahaja. Boleh beli sekali banyak, tanpa risau akan mencederakan poket anda.


Saiznya tak besar mana. Tapi penggunaannya sangat jimat. 


Kalau kucing anda beratnya kurang dari 5kg, hanya perlu guna separuh botol sahaja. Disebabkan kucing saya kebanyakkannya bawah 5kg, jadi sebotol ini boleh pakai untuk dua ekor kucing. 


Ubat ini memang berkesan. 


Selepas letak, semua kutu pada badan kucing terus hilang. 


Sebelum letak ubat ini, saya mandikan dulu kucing-kucing saya dengan syampu yang ada ubat kutu. Bila bulunya dah betul-betul kering, baru saya letak ubat kutu kucing ini. 


Ada seekor kucing yang saya letakkan ubat tanpa mandikan terlebih dulu. Saya dapati, ubat ini tetap berkesan untuk bunuh kutu pada badannya. 


Nampak macam mandikan atau tak mandikan kesannya sama sahaja. 


Anda boleh beli ubat ini dekat sini.


Sekarang ini, bila dah selesai masalah dengan kutu kucing, saya dah tak ada lah nak mop lantai sampai 3 kali sehari. 


Tapi sebab dah pernah ada masalah macam ni, saya jadi lebih berhati-hati. Kadang-kadang risau juga, kalau masalah kutu ini berulang.    






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mohdsabree.blogspot.com/2019/03/pengalaman-menyelesaikan-masalah-kutu-kucing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiru Aksi Filem Budak 9 Tahun Bakar 13 Rumah

Tiru Aksi Filem Budak 9 Tahun Bakar 13 Rumah

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 159 hits
KOSMO Keadaan salah sebuah rumah yang terbakar Liputan6JAKARTA Sebanyak 13 buah rumah mengalami pelbagai kerosakan akibat terbakar gara gara perbuatan seorang kanak kanak yang terpengaruh dengan aksi ditonton daripada filem lapor saluran be...
Tak Salah Pun Hantar Anak Ke Taska Atau Pengasuh Walaupun Bekerja Dari Rumah

Tak Salah Pun Hantar Anak Ke Taska Atau Pengasuh Walaupun Bekerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 213 hits
Tak salah pun hantar anak ke taska atau pengasuh walaupun bekerja dari rumah Dalam era moden ini semakin ramai ibu bapa yang memilih untuk bekerja dari rumah sama ada secara sepenuh masa atau fleksibel Tak Salah Pun Hantar Anak ke Taska Ata...
Rumah Terbuka Aidilfitri 2025

Rumah Terbuka Aidilfitri 2025

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 166 hits
Assalamualaikum WBT DAH 10 Zulkaedah baru nak cerita tentang Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 anjuran syarikat yang diadakan pada 19 Syawal lepas Semua staf diwajibkan untuk clock in di kampus induk dan Sk sampai awal jugak dalam pukul 8 30 pa...
Juruteknik Mengaku Tak Salah Liwat Anak Tiri Di Balkoni Rumah

Juruteknik Mengaku Tak Salah Liwat Anak Tiri Di Balkoni Rumah

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 141 hits
BernamaKUALA LUMPUR Seorang juruteknik penyaman udara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meliwat anak tiri perempuannya di balkoni rumah mereka bulan lalu Lelaki 40 tahun itu didakwa sebagai orang yang mempuny...
Azlan Komeng Dedah Wanita Berniqab Ada Niat Tak Baik Mahu Runtuhkan Rumah Tangga

Azlan Komeng Dedah Wanita Berniqab Ada Niat Tak Baik Mahu Runtuhkan Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 148 hits
Pelakon Azlan Komeng dedah wanita berniqab yang dikatakan bakal berkahwin dengannya mempunyai niat tidak baik terhadap rumah tangganya dengan isteri Nilam Ortiz sehingga pelbagai spekulasi timbul embedded content Azlan Komeng dedah hal sebe...
Sidang Kemuncak Asean Ke 46 Tarikh Lokasi Dasar Bekerja Dari Rumah

Sidang Kemuncak Asean Ke 46 Tarikh Lokasi Dasar Bekerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 196 hits
Sidang Kemuncak ASEAN ke 46 bakal menjadi tumpuan utama rantau Asia Tenggara apabila Malaysia bertindak selaku tuan rumah kepada perhimpunan pemimpin tertinggi dari 10 negara anggota ASEAN Dijadual berlangsung hujung bulan ini sidang kemunc...
Suri Rumah Trauma Disamun Di Taman Tas Ibu Mertua Rugi Lebih Rm15 000 Termasuk Wang Tunai Rm1 500

Suri Rumah Trauma Disamun Di Taman Tas Ibu Mertua Rugi Lebih Rm15 000 Termasuk Wang Tunai Rm1 500

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 157 hits
KUANTAN Seorang suri rumah trauma disamun dua individu menaiki sebuah kereta berwarna hitam di Taman Tas di sini hari ini Menurut menantu mangsa Nurelly ketika dihubungi semasa kejadian kira kira 10 30 pagi ibu mertuanya berusia 57 tahun it...
Nak Elak Bayar Sewa Rumah Dan Hutang Wanita Sanggup Reka Cerita Amp Buat Laporan Polis Palsu Konon Disamun

Nak Elak Bayar Sewa Rumah Dan Hutang Wanita Sanggup Reka Cerita Amp Buat Laporan Polis Palsu Konon Disamun

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 136 hits
Seorang wanita dipercayai sanggup mereka cerita disamun berhampiran Taman Pandan Damai semalam semata mata untuk mengelak daripada membayar hutang dan sewa rumah Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu...
Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Nahas Terburuk Dalam Tempoh Sedekad

Apple Umum Liquid Glass Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Lembu Korban Lari Sembunyi Dalam Balai Polis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sifat Perangai Mengikut Bulan Kelahiran Tepat Ke Tak

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup

Hari Lautan Sedunia Ekspedisi Ahli Biologi Marin Umt Ke Hujung Dunia

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Buah Yang Bagus Diambil Di Waktu Pagi

Kisah Raya Aidiladha 2025