Najib Balas Pua Ajar Mengenai Pelaburan


Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan perbezaan pelaburan asing yang berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) kepada Ahli Parlimen Damansara daripada DAP, Tony Pua yang bangga dengan pencapaian partinya.
Pua menerusi kenyataan hari ini teruja dengan kemampuan kerajaan PH merekodkan pelaburan langsung asing (FDI) yang direalisasikan sebanyak RM21.7 bilion bagi suku pertama 2019, yang disifatkan tertinggi dalam sejarah negara untuk tempoh satu suku.
Ketika menghuraikan kejayaan tersebut, beliau mempertahankan keputusan syarikat gergasi Jepun, Mitsui & Co. Ltd. apabila membeli kepentingan pengendali hospital milik Khazanah Nasional, IHH Healthcare Bhd. pada tahun lalu sehingga dilihat membantu Malaysia mencatatkan aliran FDI yang tinggi.
Beliau turut mempersendakan Najib kononnya bekas Perdana Menteri itu tidak memahami kepentingan pelaburan tersebut selain membandingkan pelaburan syarikat minyak Arab Saudi, Saudi Aramco di dalam Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia di Pengerang, Johor yang berlaku pada tahun 2017.
Najib dalam kenyataan balas menganggap Pua sebenarnya mengesahkan bahawa kebanyakan daripada pelaburan RM21.7 bilion itu merupakan penjualan aset negara.
“Terutamanya, dia puji penjualan syarikat IHH yang dibina masa saya Perdana Menteri kepada Jepun dan menyebabkan syarikat Malaysia itu menjadi syarikat milik Jepun. Dia kata penjualan ini merupakan pelaburan yang berkualiti tinggi,” kata Najib dalam akaun Facebook beliau.
Kata Najib, keadaan menjadi lebih parah apabila Pua cuba membandingkan penjualan saham IHH dengan pelaburan AS$7 bilion (RM30 bilion) oleh Saudi Aramco.
“Macam ini pun boleh? Biar saya jelaskan perbezaan. Syarikat IHH merupakan satu syarikat yang sudah lama beroperasi dan untungnya semakin bertambah.
“Projek yang dilabur oleh Saudi Aramco itu pula masih dalam pembinaan semasa pelaburan dibuat. Belum beroperasi lagi. Untung atau rugi pun belum tahu lagi. Wang yang diterima oleh Petronas daripada Saudi Aramco pula digunakan untuk membina projek-projek lain dalam projek kompleks Pengerang,” katanya.
Najib juga menjelaskan prospek pelaburan oleh Saudi Aramco yang menjamin akan membekal sekurang-kurangnya minyak mentah yang diperoleh dan membeli 50 peratus daripada hasil keluaran projek itu.
“Apa yang kita dapat dari penjualan saham IHH kepada Jepun? Hanya wang RM8.4 bilion masuk ke kerajaan PH untuk diguna entah di mana. Syarikat yang merupakan kumpulan pusat perubatan kedua besar dalam dunia yang duhulunya Malaysia menjadi syarikat Jepun.
“Satu peluang pekerjaan baru pun tidak dijanakan. Cuma jual saham sahaja. Nampak perbezaan tak? Atau masih mahu menegakkan benang yang basah?” soal Najib. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/05/20/najib-balas-pua-ajar-mengenai-pelaburan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Ke 14 Kes Najib Peguam Dijangka Soal Balas Pengurus Bank

Hari Ke 14 Kes Najib Peguam Dijangka Soal Balas Pengurus Bank

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 312 hits
KES NAJIB Ketika perbicaraan mahkamah Najib Razak berhubung dakwaan penyelewengan sebanyak RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke 14 hari ini pasukan peguam bela bekas perdana menteri itu dijangka menyoal saksi ke 30 peng...
Agc Fail Usul Saman Pelucutan Hak Ke Atas Najib Rosmah Tiga Anak Mereka

Agc Fail Usul Saman Pelucutan Hak Ke Atas Najib Rosmah Tiga Anak Mereka

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 257 hits
Jabatan Peguam Negara telah menfailkan notis usul berhubung pelucutan hak terhadap ratusan beg tangan pelbagai jenama wang tunai pelbagai mata wang asing jam tangan dan 27 buah buah kereta yang dirampas dari bekas perdana menteri Najib Raza...
Bnm Ambank Gagal Lapor Transaksi Meragukan Dalam Akaun Najib

Bnm Ambank Gagal Lapor Transaksi Meragukan Dalam Akaun Najib

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 227 hits
KUALA LUMPUR 8 Mei Pengurus Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan Bank Negara Malaysia Ahmad Farhan Sharifuddin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini Ambank didenda kerana gagal melaporkan aktiviti transaksi meragukan dalam a...
Ph Kenakan Lucut Hak Sivil Untuk Simpan Harta Sitaan Kata Najib Razak

Ph Kenakan Lucut Hak Sivil Untuk Simpan Harta Sitaan Kata Najib Razak

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 240 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata mustahil kerajaan Pakatan Harapan memulangkan harta yang disita kerana ia akan membuktikan beliau tidak bersalah Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR 8 Mei Bekas Perdana Menteri Datuk Seri...
Najib Trial Day 15 Permai Binaraya Instructs Maybank To Transfer Rm27m To Najib

Najib Trial Day 15 Permai Binaraya Instructs Maybank To Transfer Rm27m To Najib

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 299 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged misappropriation of funds from SRC International Sdn Bhd enters its 15th day today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of...
Saksi Tiada Obligasi Untuk Beritahu Najib Hal Meragukan

Saksi Tiada Obligasi Untuk Beritahu Najib Hal Meragukan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 313 hits
KES NAJIB Saksi keempat perbicaraan Najib Razak berkenaan SRC International hari ini berkata dia tiada komen berkenaan sama ada bekas perdana menteri itu akan diberitahu jika Bank Negara diberi amaran berkenaan transaksi mencurigakan meliba...
Mana Bukti Penting Laporan Akhir Siasatan Bnm Terhadap Akaun Najib

Mana Bukti Penting Laporan Akhir Siasatan Bnm Terhadap Akaun Najib

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 675 hits
Perbicaraan hari ke 15 kes SRC Internatinal melibatkan bekas Perdana Menteri Najib Razak membangkitkan dua persoalan penting apabila saksi keempat Ahmad Farhan Sharifuddin dipanggil semula untuk memberi keterangan Ahmad Farhan merupakan peg...
Ambank Pernah Kena Denda Rm53 7 Juta Sebab Tak Lapor Akaun Najib

Ambank Pernah Kena Denda Rm53 7 Juta Sebab Tak Lapor Akaun Najib

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 329 hits
MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu bahawa Bank Negara Malaysia BNM sebelum ini telah mengenakan denda terhadap AmBank kerana gagal melaporkan transaksi mencurigakan di dalam akaun peribadi milik Datuk Seri Najib Razak sejak ia dibuka hingg...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Penerima Zakat Untuk Fii Sabilillah Apakah Terbatas Hanya Pada Jihad

Salam Nuzul Alquran Kuiz Menguji Pengetahuan Tentang Al Quran

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah