Meriah Bufet Makanan Dari Pagi Sampai Ke Malam Di Park Inn By Radisson Putrajaya


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Masih belum habis lagi mood staycation kat Park Inn by Radisson Putrajaya. Sebelum ini Maha cerita pasal kemudahan dan juga keisitmewaan bilik yang ada kat hotel tu. Bagi yang tak sempat dan hadam bahagian satu hari tu boleh pergi klik kat sini Bilik di Park Inn by Radisson Putrajaya. Lepas tu baru baca part dua ini pula sambungan kepada yang sebelum ini



Kali ini Maha nak kongsi dengan korang sepanjang semalaman menginap kat hotel korang tak akan lapar. Juga korang tak perlu keluar jauh untuk cari makanan yang sedap-sedap dan banyak pilihan. Ini kerana kat kafe yang ada di Lobby Level tu menyediakan makanan dari pagi untuk sarapan pagi, kemudian Buffet Hi-Tea untuk makan tengahari dan juga Buffet Steamboat Dinner untuk makan malam hujung minggu.





Nama kafe ini adalah RBG Bar & Grill berada di aras lobby hotel ini dan ia mendapat persijilan Halal daripada JAKIM. Juga telah dapat pengiktirafan kebersihan kafe tahap A iaitu sangat bersih. So boleh sangat makan tanpa was-was kat sini. Maha sangat suka akan dekorasi dalam kafe ini ringkas dan juga teratur tidak terlalu padat. Juga hiasa yang minimalis sangat memberi ruang yang selesa untuk makan. Ada ruang makan luar yang terbuka bagi yang nak hirup udara sejuk pagi hari juga ada ruangan dalam yang berhawa dingin untuk mencari keselesaan waktu makan

Sarapan Pagi Bufet Masakan Melayu
Maha mulakan dulu dengan makanan sarapan pagi. Kat RBG Bar & Grill ini memang menyediakan sarapan pagi. Sebab pakej penginapan akan ada sarapan pagi untuk dua orang kalau satu bilik lah. So pagi-pagi masih lemau nak cari makan kat luar agak kemalasan Maha makan sahaja kat kafe ini kerana tidak kurang juga pilihan makanan yang ada kat sini




Sarapan pagi sini macam biasa dihidangankan bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 11.00 pagi. Ada hidangan bufet seperti Nasi Lemak bersama dengan telur rebus, kacang, timun dan sambal yang sedap. Maha hari tu tambah lagi dengan telur mata yang chef tu masakan korang boleh request jangan malu. Juga ada Kari Ayam, Mee Goreng, Sayur Goreng, Kacang paggang, sosej dan juga bubur nasi. 







Kalau anak-anak nak makan cornflake bersama susu ada juga kat sini. Kalau yang biasa sarapan English Breakfast boleh juga kerana ada sosej, ada Hashbrown goreng, dan juga omelet yang boleh diminta untuk chef masakkan. Juga terdapatnya roti bakar dengan pilihan topping yang pelbagai kat sini. So pagi memang Alhamdulillah cukup kenyang makan kat hotel ni tak perlu keluar jauh-jauh

Bufet Hi-Tea Hujung Minggu Yang Berpatutan
Macam Maha yang duduk hujung minggu hari tu kat Park Inn by Radisson ini juga ada pakej untuk Weekend Hi-Tea. Ia ada pada setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja dari pukul 12.00 tengahari hingga pukul 4.00 petang. Makanan hi-tea ini disediakan dalam bentuk buffet jadi banyak pilihan makanan. 
Harga pula dari :-Seorang Dewasa RM49.90+
Seorang Kanak-kanak RM29.90+ (5-12 tahun)







Menu hidangan bufet untuk hig-tea ini lebih kepada masakan barat seperti ada pasta, ada chicken roasted, ada mee goreng, ada nasi goreng, ada juga sosej dan juga piza. Bagi makanan tambahan lain yang ada kat sini seperti salad bersama dressing, mee sup dan juga ada pencuci mulut seperti kek dan kuih muih. Kalau minuman ada ABC dan Cendol yang korang boleh buat sendiri nak isi banyak mana bahan pun ikut sukalah








Korang boleh makan sampai kenyang mana yang korang nak dan juga tak perlu nak risau boleh tambah bila habis konsep bufetkan. Tapi cuma jangan membazir rugi tau. Jadi makan tengahari pun dah ada kat sini memang boleh sangat bagi yang sibuk datang atas urusan kerja atau tidak sempat nak keluar makan

Steamboat Buffet Dinner Paling Istimewa 
Ini paling istimewa yang disediakan di kafe RBG kat Park Inn by Radisson ini. Ini yang Maha tunggu-tunggu sangat sebeb jarang ada hotel sediakan bufet untuk steamboat dan ada juga yang ada grill untuk makan malam. Ia juga disediakan untuk hujung minggu sahaja iaitu Sabtu dan Ahad bermula dari pukul 6.30petang hingga 10.00malam. Memang puaslah korang makan kat sini best giler steamboat mereka

Harga pula dari :-Seorang Dewasa RM49.90+
Seorang Kanak-kanak RM29.90+ (5-12 tahun)
Bufet steamboat ni memang banyak pilihan makanan laut yang segar-segar. Kalau korang memang kaki makanan laut macam Maha ni boleh lah hadap macam-macam yang ada seperti Sotong, Udang, Lala dan Siput Buluh. Itu untuk yang boleh steam dalam pilihan sup iaitu sup Tomyam atau juga Sup Ayam. Kalau untuk panggan pula ada pilihan daging istimewa yang telah diperap dengan rempah ratus seperti daging lembu, daging kambing, ayam, udang dan banyak lagi. Sambil steam boleh juga grill kat tepi hehehe







Kalau untuk yang bawa keluarga ada anak-anak kecil ada juga pilihan seperti bebola ikan, sotong, crab stick dan banyak lagi. Tambah pula dalam steam korang tu dengan sayur-sayur segar atau cendawan lagi heaven bila makan panas-panas. Nak lagi nikmat korang masuk sekali dengan pilihan mee yang ada kat situ seperti mee segera, mee kuning, kueh teow baru sedap makan steamboat. Pecah pula telur dalam kuah tu memang Maha suka buat macam tu hehehe. Dah macam makan mee rebus dengan semua bahan ada lengkap








Juga kat sini disediakan pelbagai pilihan sos yang paling Maha suka adalah sos macam Thai sos tapi yang mereka homemade sendiri sangat sedap makan dengan yang grill atau yang steamboat. Makan lain pun ada jugalah seperti Nasi Goreng, Ayam Goreng, Nuggets, dan juga pilihan buah-buahan serta pencuci mulut macam kuih dan kek. Kalua nak minum air sejuk ada pilihan seperti Air Bandung atau Air Anggur dan Teh O Ais. Tapi bagi yang suka kopi kat dalam kafe ini ada sediakan mesin buat kopi sendiri tekan jer nanti siap kopi tu





Apa lagi yang korang nak makan kat Park Inn by Radisson Putrajaya ini. Memang puas hati dari pagi sampai ke malam semua ada. Kalau kata tengah malam lapar pulak nak cari makanan semua kedai dah tutup tapi kat Lobby hotel ini ada sediakan Hungry Grab & Go. Iaitu ruang rack menjual makanan segera seperti mee segera, snack dan minuman. Hanya ambil dan bayar kat receptionis. Jadi tengah-tengah malam pun tak akan lapar kalau menginap kat hotel ini. Sebab itu Maha suka duduk hotel ni bab makan tak perlu risau ada sahaja. 


Pada korang yang tak pernah lagi menginap atau masih mencari hotel yang berhampiran dengan Putrajaya dan Kuala Lumpur sini adalah tempat yang Maha rekemenkan pada korang. Bukan sahaja tempat tidur yang selesa dan best tapi makanan pun ada juga. Pada yang pernah duduk sini boleh lah kongsikan pengalaman korang kat ruang komen bolehlah buat tambah rujukan kepada orang lain. Mungkin korang ada pengalaman yang lebih menarik bila bermalam kat hotel ni. Jadi selamat bercuti dalam negara dan selamat beristirehat.  
Pertanyaan berkaitan kafe atau booking untuk makanan boleh hubungi :-Tel : 603-89111999Whatsapp : 010-2114681Email : [email protected] : Park Inn by Radisson PutrajayaJalan Universiti,Taman Unipark Suria,43000 Kajang,Selangor Malaysia.









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2022/05/meriah-bufet-makanan-dari-pagi-sampai-malam-park-inn-by-radisson-putrajaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menginap Di Park Inn By Radisson Putrajaya Satu Yang Luar Biasa

Pengalaman Menginap Di Park Inn By Radisson Putrajaya Satu Yang Luar Biasa

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 421 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Setelah dua tahun kita dilanda pandemik dan juga dikurung tidak banyak aktiviti yang boleh dibuat tahun 2022 semua telah kemba...
Ppkm Level 1 Dki Tempat Hiburan Malam Kapasitas 100 Persen Tutup Pukul 2 Pagi

Ppkm Level 1 Dki Tempat Hiburan Malam Kapasitas 100 Persen Tutup Pukul 2 Pagi

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 137 hits
Diizinkan buka dan menerima makan di tempat sampai pukul 22 00 Wib dengan kapasitas 100 persen dengan ketentuan sebagai berikut
Rindu Nak Keluar Sendiri Pagi Malam Menangis Wanita Luah Menyesal Ada Anak Sebab Penat

Rindu Nak Keluar Sendiri Pagi Malam Menangis Wanita Luah Menyesal Ada Anak Sebab Penat

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 162 hits
Mempunyai cahaya mata sendiri sememangnya satu idaman buat pasangan yang mendirikan rumah tangga bersama sama tetapi untuk menjaga anak bukanlah satu perkara yang mudah seperti yang dibayangkan Malah ada juga ibu dan ayah yang berasa 8216 p...
Tak Pernah Beli Makanan Baby Maryam Masak Sendiri Untuk Anak Gigih Masak Malam

Tak Pernah Beli Makanan Baby Maryam Masak Sendiri Untuk Anak Gigih Masak Malam

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 265 hits
Jerit perih membesarkan anak sememangnya tidak mudah Boleh dikatakan sebaik mata celik hingga ke malam hari semuanya diperuntukkan waktu untuk si kecil Ini juga yang dilalui oleh Maryam You Narae anak kelahiran Korea Selatan yang ini meneta...
Kisah Janda Muda Yang Kehausan Di Waktu Malam

Kisah Janda Muda Yang Kehausan Di Waktu Malam

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 2467 hits
Nurul Idayu adalah seorang wanita cantik berusia 26 tahun yg tinggal di sebuah kampung di negeri Pahang Mungkin sudah jodoh dia Nurul Idayu tlah dikahwinkan dgn seorang lelaki kaya berusia 74 tahun semasa usianya baru 22 tahun Malah agak ma...
Lapar Tengah Malam Nikmati 4 Jajan Sihat Ini

Lapar Tengah Malam Nikmati 4 Jajan Sihat Ini

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 159 hits
Nampaknya lepas raya nie ramai yang mengeluh sebab berat badan semakin naik Selera makan begitu membuak buak seakan tak dapat dikawal Pergh memang haru Sis sendiripun dapat rasakan keadaan ini Selera makan memang menjadi sangat sangat lagi ...
Baru Bian Sarawak Must Take Putrajaya To Court To Challenge Constitutionality Of Three Acts Related To State Boundaries

Baru Bian Sarawak Must Take Putrajaya To Court To Challenge Constitutionality Of Three Acts Related To State Boundaries

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 168 hits
File picture of Baru Bian delivering a speech at Menara TM in Kuala Lumpur December 3 2019 Picture by Ahmad ZamzahuriBy Sulok TawieFriday 20 May 2022 7 44 PM MYTKUCHING May 20 Ba Kelalan State Assemblyman Baru Bian today urged the state gov...
Dea Ananda Alami Pengentalan Darah Saat Hamil Harus Suntik Tiap Malam

Dea Ananda Alami Pengentalan Darah Saat Hamil Harus Suntik Tiap Malam

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 131 hits
Meskipun harus mengalami berbagai kondisi Dea Ananda tetap bahagia menjalani kehamilan pertamanya usai penantian 12 tahun
Video Fakta Fakta Tni Tewas Ditusuk Usai Cekcok Di Tempat Hiburan Malam Lampung

Video Fakta Fakta Tni Tewas Ditusuk Usai Cekcok Di Tempat Hiburan Malam Lampung

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 144 hits
Seorang anggota TNI tewas ditusuk usai ribut dengan pengunjung tempat hiburan malam di Tokyo Space Bandar Lampung
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Skill Up Steam Curator


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation