Pengalaman Menginap Di Bertam Resort Memang Puas Hati


 Salam to all my readers,


| Pengalaman Menginap di Bertam Resort Memang Puas Hati! | Guys, kerja ke tu? Today Selangor cuti. Disebabkan harini cuti, aku nak share another story tahun ini. Ikutkan banyak story aku nak share, tapi kekangan masa nak update dalam blog, tambah-tambah sekarang lagi banyak platform sampai tak terkejar. Aku aktif dekat TikTok & Lemon8 untuk vlog journey aku. Korang rasa masih relevan lagi ke tulis blog ini? Ramai juga kenalan aku yang dah bersara dari dunia blogging. So sad, but yalah kan masing-masing ada komitmen lain. Nak update blog ini kena tunggu mood datang. Tak ada mood, macam mana nak update story kan.


Ayuh mulakan mengimbau kenangan bercuti di Penang. Bulan 7 tahun ini, aku dengan family aku ada pergi bercuti ke Penang. Ini semua plan moksu aku, dia kaki jalan. Kita follow je, kalini yang pergi Moksu, Mak, Aireen, adik aku dan juga bibik, sekali akulah. Abang aku tak join. Sebab kiteorang pergi weekdays rasanya ni. Before this, kalau pergi Penang mesti stay dekat area Pulau. Kali ini kiteorang tak masuk pulau, kiteorang lepak area Bertam, Penang. Tengah-tengah untuk masuk penjuru Kulim, Kedah sana hah. Ini boleh dikira percuti melawat saudara. Kami sempat menyinggah rumah saudara yang duduk di Kedah. Raya memang payahlah nak kemari, bila bercuti baru dann pergi. Dekat Bertam ini kiteorang stay dekat Bertam Resort, Penang. Perghh hotel dia besar gila baq hang. Ayuh tengok, mana tahu ada plan nak datang ke sini cuti sekolah nanti.


Bersar & Selesa Menginap di Hotel Bertam Resort, Penang


Inilah dia Bertam Resort, cantik ya. Kalau ikutkan depan bertam Resort ini, ada waterpark besar macam Sunway Lagoon tu, masuk pun murah. Tapi kiteorang tak pergilah Waterpark tu, mandi manda dalam hotel pun banyak syok. Jom tengok bilik hotel. Macam biasa, aku sebilik dengan moksu, bibik and Aireen, ada 2 katil king dalam tu, toilet siap ada bath tub lagi kot-kot nak berendam. Tak sempatlah nak berendam lama-lama sebab kiteorang keluar memanjang. 



Besar kan, bilik pun luas, ada lagi ruang nak solat. Harus snap gambar lelaju, masing-masing tak sabar nak lenjan atas katil. Tilam bilik hotel mana mampu lawan tilam kat rumah. Hotel gak best, empuk, nyenyak tidur. Bilik ini siap ada balkoni dekat luar, boleh tengok swimming pool lagi. Belah malam memang lawa sebab banyak lampu-lampu. Ramai turun mandi belah malam, siang panas ya.



Ini keadaan bilik air, jangan risau, cermin tu boleh tutup dengan tirai. Bibik punyalah risau, bilik air boleh nampak dari luar. hahaha.. Dah tutup tirai, baru dia lega nak masuk bilik air. Selain bilik hotel best, ada juga kemudahan lain dekat sini, ada playground kanak-kanak, gym, makan breakfast dekat hotel pun sedap, siap ada roti canai lagi tu.
 
Wajib mirror selfie 1 kali. Penginapan 3 hari 2 malam dekat sini memang best. Resort ini memang sesuai sangat bawa family yang anak kecil, atau nak bawa pak & mak (warga emas) datang kesini pun boleh, banyak laluan untuk kerusi roda, staff pun banyak membantu. Pool dia tak boleh nak cakaplah memang besar, feeling dekat oversea gitu.





Inilah dia budak Aireen pantang masuk pool, memang susahlah nak keluar. Nak masuk gembira, nak keluar meraung-raung taknak keluar. Waktu kiteorang pergi tu ramai juga parent bawa keluarga datang bercuti dekat sini. Budak-budak paling happy main dalam pool. Aku pun main gak sekali, rendam-rendam kaki gitu. Bolehlah consider hotel ini lagi, kalau ke Bertam, Penang. 


Sebelum kiteorang check ini hotel, kiteorang sempat singgah ke Kampung Agong, Penang. Hidden gem di Penang juga. Jarak Bertam Report dengan Kampung Agong ini lebih kurang 15 min macam tu, memang dekat. Jom tengok apa menarik di Kampung Agong.


Keindahan Pokok Kelapa di Kampung Agong, Penang

Ada yang pernah datang ke Kampung Agong, Penang? Ini merupakan kali pertama aku jejakkan kaki ke Kampung Agong. Ia meruapakan kampung yang sangat unik dan cantik dengan keindahan Pokok Kelapa yang tinggi-tinggi dan juga sawah padi pun ada. Aku ada terbaca dimana tanah ini mula dibangukan dengan penanaman pokok kelapa dan juga sawah padi pada tahun 1942 oleh penduduk kampung yang bernama Agong, justeru dinamakan Kampung Agong.


Dekat dalam tu memang suasana kampung siap ada rumah kampung lagi. If korang takde kampung, nak feeling-feeling balik kampung boleh datang ke Kampung Agong ni hah. Aku nasihatkan korang datang belah petang or pagi, kiteorang datang nak dekat masuk tengahari, memang panas la ceritanya. Datang petang dapatlah round naik basikal.




Kampung Agong ini beroperasi setiap hari bermula jam 9.00am sehingga 6.00pm. Tiket masuk untuk warganegara akan dikenakan RM10 untuk orang dewasa manakala RM5 untuk kanak-kanak & PERCUMA bagi bawah umur 3 tahun. Bolehlah bawa anak-anak datang berjalan.



Kawasan Kampung Agong ini sangat luas, kiteorang explore mana yang dan je, sebab masing-masing dah kepanasan. Bolehlah masuk list korang kalau datang ke Seberang Perai. Nak-nak cuti sekolah dah nak dekat ini, bolehlah plan bawa family jalan-jalan ke sini pula. 


Kiteorang sangat jaranglah nak berjalan jauh, tapi sekali pergi memang pulun berjalan. Minggu ini family aku berjalan lagi, tapi aku tak ikut disebabkan baru masuk kerja baru. Taknaklah aku ambil cuti. Disebabkan aku tak ikut, kenalah tunggu ole-ole yang dibawanya. Now, kena kerja kuat lagi, next year plan nak berjalan tu banyak, pulus plak kurang.Ayuhlah kerja dan kerja.


Thank you for reading guys!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.missazwarsyuhada.com/2024/12/pengalaman-menginap-di-bertam-resort.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Uyaina Arshad Puas Hati Anak Pandai Makan Sendiri Tumpah Sana Sini Pun Tak Apa

Uyaina Arshad Puas Hati Anak Pandai Makan Sendiri Tumpah Sana Sini Pun Tak Apa

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 90 hits
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad rupanya sudah mendidik anak sulungnya Raja Urhan untuk makan sendiri biarpun terpaksa reda bila anak makan bersepah Tambah Uyaina lagi menerusi perkongsiannya di Instagram dia bahagia apabila dapat member...
Pulau Pinang Mencari Taman Tema Air Jom Ke Bertam Resort Waterpark Penang

Pulau Pinang Mencari Taman Tema Air Jom Ke Bertam Resort Waterpark Penang

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 129 hits
Pulau Pinang Mencari Taman Tema Air Jom ke Bertam Resort Waterpark Penang Aku rasa dah lama sangat tak ke hotel dan resort berbintang lima Biasanya bila ke Pulau Pinang kami akan menginap di dua tempat hari sampai di Tanjung Bungah atau Bat...
Cedera Buku Lali Peminat Tak Puas Hati Lee Zii Jia Terpaksa Lupakan Jelajah Dunia Akhir

Cedera Buku Lali Peminat Tak Puas Hati Lee Zii Jia Terpaksa Lupakan Jelajah Dunia Akhir

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 97 hits
Peminat tak puas hati apabila pemain perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia terpaksa menarik diri dan melupakan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 kerana mengalami kecederaan buku lali kanan semasa aksi terakhir Kumpulan A sebentar ta...
Arief Hancurnya Hati Ini Chord

Arief Hancurnya Hati Ini Chord

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 93 hits
E E F F B D G m G m C m C m F F B B B B B tak perlu ku sesali F semua yang telah terjadi E tak perlu ku sesali B perbuatan ku ini E kini engkau telah pergi B meninggalkan diriku F air mata ku jatuh B tak satu pun yang peduli B E E B B C m F...
Saya Tawar Hati Dengan Suami Saya Tak Mampu Nak Jaga Dia Lagi 3 Tahun Sakit Kronik Apakah Saya Patut Minta Cerai

Saya Tawar Hati Dengan Suami Saya Tak Mampu Nak Jaga Dia Lagi 3 Tahun Sakit Kronik Apakah Saya Patut Minta Cerai

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 106 hits
Pasang surut dalam perkahwinan adalah perkara biasa yang dilalui oleh setiap pasangan Namun seorang wanita berusia 45 tahun telah tular di media sosial selepas berkongsi pengalamannya yang mula tawar hati dan berfikir untuk bercerai dengan ...
Panduan Hidup Harmoni Lapan Tips Untuk Kedamaian Hati

Panduan Hidup Harmoni Lapan Tips Untuk Kedamaian Hati

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 86 hits
Hidup kadang kala penuh dengan cabaran dan ujian tetapi ketenangan sebenarnya ada dalam genggaman kita sendiri Dengan melatih diri untuk berdamai dengan masa lalu menjaga fikiran daripada terlalu memikirkan perkara kecil dan menghargai mome...
Empat Tahun Kenal Hati Budi Pasya Mentor Sah Bergelar Suami Ahli Perniagaan

Empat Tahun Kenal Hati Budi Pasya Mentor Sah Bergelar Suami Ahli Perniagaan

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 106 hits
EMPAT tahun mengenal hati budi penyanyi Pasya Mentor selamat bergelar suami kepada ahli perniagaan Aidil Syazwani Sardon dengan sekali lafaz pada malam Khamis Majlis pernikahan pasangan tersebut diadakan di The Urban Heritage Ballroom Kuala...
Hati Hati Dengan Gambar Anda Lihat Di Dalam Talian Ketua Instagram

Hati Hati Dengan Gambar Anda Lihat Di Dalam Talian Ketua Instagram

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 106 hits
Adam Mosseri ketua Instagram baru baru ini memberi peringatan kepada pengguna media sosial tentang bahaya kandungan palsu buatan AI mempercayai kandungan dalam talian tanpa menyemak sumbernya terlebih dahulu Dalam siri hantaran di Threads M...
Gambar Tular Lelaki Mengaku Tidur Atas Kubur Ibunya Ya Itu Memang Saya

Gambar Tular Lelaki Mengaku Tidur Atas Kubur Ibunya Ya Itu Memang Saya

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 97 hits
Gambar tular lelaki mengaku tidur atas kubur ibunya Ya Itu Memang Saya Baru baru ini tular gambar seorang lelaki tidur di atas kubur Berikutan itu seorang penghantar makanan Abdul Azim Hasmandi 28 mengaku itu dirinya Gambar Tular Lelaki Men...
Mural By The One Academy

Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Lelaki Itu Bukan Kiriman Tuhan

Pulanglah Wahai Sahabat

Things To Ponder Self Reflection 7

Food Hunting Di Penang 20 Pilihan Tempat Makan Terbaik

In Los Angeles Hotels Become A Refuge For Fire Evacuees


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Mengandung Di Usia 40 An Bahaya Ke Tak

Hongkong456 Hongkong456 Co 30 2568 Pgslot Casino Online Hongkong456 Top 39 By Georgetta

Mangsa Banjir Johor Melonjak Lagi 5 Daerah Terjejas

Letupan Misteri Di Seri Kembangan Polis Tak Terima Laporan

Najib S Addendum Sent Back To Istana After Change Of Agong Says Pm

The System Is Rigged And Other Truths We D Rather Ignore