Pengalaman Menginap Di Apartment Airbnb 3be Berhampiran Blue Mosque Di Istanbul Turki



Dalam trip Istanbul-Cappadocia di Turki pada Oktober 2022, untuk di Cappadocia, kami menginap di hotel. Manakala untuk di Istanbul, kami ambil keputusan untuk bermalam selama 7 hari di sebuah apartment untuk kesemua 9 ahli keluarga bermula 18 - 24 Oktober 2022.

Jadi kalau nak cari apartment atau rumah dimana-mana destinasi seluruh dunia, paling mudah adalah menerusi aplikasi Airbnb. Semua tempat menggunakan sistem yang sama dan pastinya bayaran boleh dibuat dengan lebih mudah.
BACA : Itinerary Trip Ke Turki (Istanbul-Cappadocia) Selama 9 Hari Untuk Tahun 2022
Jadi kami buat tempahan 3-4 bulan sebelum tarikh trip kami supaya tarikh yang dipilih tersebut masih available untuk kami. Kalau tidak pun, masih banyak masa untuk cari pilihan yang disenaraikan supaya sesuai dengan kriteria dan kemahuan kami.
Kenapa Tak Pilih Hotel Di Istanbul?Antara sebab utama kenapa kami tak pilih hotel bila bercuti di Istanbul adalah kalau sewa rumah atau apartment kami bebas untuk masak. Boleh makan sama-sama. Sebab setiap malam, juadah dinner kami adalah masak sendiri, jadi dah boleh jimat berbanding makan di luar. Kat hotel tak boleh masak, takda dapur.
Selain itu, kalau sewa apartment boleh spent time dengan semua ahli keluarga bersama-sama di ruang tamu. Masa ni la nak transfer gambar bagai lepas dah ambil masa berjalan pada siang hari kan. Kalau di hotel, mesti susah nak datang bilik ke bilik kan.
Menginap Di Apartment Airbnb 3Be Di Sultanahmet, IstanbulDi Istanbul ni banyak je pilihan lokasi menarik antaranya di Balat, Sultanahmet, kawasan Galata dan Istiklal Avenue dan banyak lagi. Tapi kami pilih untuk menginap berdekat dengan kawasan Blue Mosque dan Hagia Sophia atau di kawasan Sultanahmet di jalan Akbiyik Caddesi.

Di Sultanahmet sendiri pun banyak pilihan. Ini mungkin antara kekurangan Airbnb dimana lokasi rumah yang mereka kongsikan di aplikasi Airbnb tu tidak tepat. Nak dapat exact location, kena tempah dulu dan barulah owner rumah akan bagi lokasi tersebut.
Jadi kriteria untuk pemilihan sewa apartment di Istanbul ini adalah berdekatan dengan Blue Mosque, mempunyai 3 bilik yang mampu menampung untuk 9 ahli, ada microwave dan mesti ada dapur untuk memasak.
Jadi dalam banyak-banyak pilihan aku pilih apartment 3Be host by Fernando. Review ok, bilik cukup, lokasi yang disenaraikan pun katanya dekat dengan Blue Mosque dan boleh nampak pun dari tingkap apartment. Ciri yang aku nak pun, semua ada. Jadi aku pilih terus apartment ni. Lokasi sebenar apartment ni, boleh tengok sini.
Selama 7 hari 6 malam dengan 3 bilik dan 1 ruang tamu, sewa apartment ini ketika itu berharga RM4,450. Sehari lebih kurang RM635. Dia boleh bayar 2 kali, ketika buat tempahan dan juga seminggu sebelum anda tiba di rumah tersebut.

Jadi 2 hari sebelum aku sampai Istanbul, owner dah whatsapp aku tanyakan waktu ketibaan dan sebagainya. Disebabkan dia tiada di Istanbul, kena check-in sendiri dimana kunci ditinggalkan di keybox. Senang kerja.
Sebenarnya aku tak sangka apartment ni 5 minit je jalan kaki dah sampai kawasan Hagia Sophia/Blue Mosque/Topkapi Palace tu. Dekat sangat, azan pun pun boleh dengar. Waktu Subuh pun kami boleh pergi jalan kaki je Hagia Sophia. Boleh solat dalam tu dan bergambar sekali.
Selain itu, kawasan tersebut memang kawasan tourist dan banyak gila cafe dan kedai makan kat bawah. Bawah rumah pula ada kedai runcit. Memang sangat memudahkan urusan. Masalah makan for sure no problem kalau tak masak sendiri sekali pun.
Tetapi ada 1 je benda kurang best dimana apartment aku tu terletak di tingkat 2 dan tiada lif. Jadi kena naik turun tangga setiap hari. Tak best pun, sebenarnya benda tu kena hadap sekali je sehari. Lokasi yang paling best tu, tak kisah pun tangga tu. Not a big deal actually.

Dalam rumah tu ada 2 bilik tidur dengan katil queen dan 1 bilik tidur dengan katil single+queen. Sangat cukup untuk 9 ahli keluarga. Family akak aku 1 bilik dengan baby, family adik aku dan aku berempat dengan parents. Selain tu ada living room dengan 2 sofa dan 1 meja mekan. Ada 1.5 tandas, ada dapur, lengkap semuanya, ada microwave, ada peti ais, ada mesin basuh tapi tiada dryer. Penting heater semua cukup. Takda la kesejukan.
Wifi ada, tuala pun semua cukup, pinggan mangkuk dan periuk kuali. Cuma takda sabun mandi je. Tapi kiteorang dah siap-siap beli dari Malaysia. Kami beli jenis Good Virtue Co. dalam botol kecil. Senang bawa.


Review Apartment Airbnb 3Be Host By FernandoSecara jujur, mula-mula sampai penat la sebab kena angkat 9 luggage naik ke tingkat 2 guna tangga sahaja, nasib baik ada 3 lelaki. Tapi bila dah setel semua tu, ok je. Selesa nak rehat sama ada dalam bilik tidur atau ruang tamu.
Masa sampai, rumah bersih, tiada bau pelik, lantai tandas kering, singki kering, tiada sampah yang tetinggal, katil semua rapi dan tidak bersepah. Walaupun tempat ramai orang penuh dengan pelancong, tapi tak sampai ke atas pun. Tak bising pun malam. Tenang je tidur.
Ada tv, tapi tak reti nak guna jadi ianya terpadam sepanjang kami di Istanbul. Not a big deal. Di ruang tamu ada heater dan aircond. Cantik susunan dan 2 sofa yang disediakan pun best nak duduk atau lepak-lepak. Di situ juga ada 1 meja makan tapi cukup untuk 4 orang je. Boleh la letak semua megi, brahim dan makanan-makanan lain.

Dalam aplikasi Airbnb ada beberapa preview gambar dan kesemua adalah sama 90%. Kalau beza pun deko je. Gambar nampak Blue Mosque tu pun betul. Memang boleh nampak kubah Blue Mosque dari rumah sewa ni. 
Istanbul dah masuk musim luruh dan sejuk sepanjang hari. Jadi selain cuaca, air pun sejuk tau. Tapi alhamdulillah rumah ni ada boiler dan memanaskan semua air. Jadi air paip mandi, basuh pinggan semua ada pilihan air panas. Takda la mandi air sejuk.
Semua lantai menggunakan laminate atau karpet. Jadi kaki tak sejuk kecuali di dalam tandas dan di dapur sahaja. Sekali lagi bukan masalah besar pun. Bukan la sejuk sangat dan tambahan selipar tandas pun kami dah sediakan siap-siap beli dari Malaysia.
Mangkuk, pinggan, sudu, periuk, kettle, microwave, peti ais semua cukup dan berfungsi dengan baik. Periuk nasi je takda, tapi kami bawa yang kecil dari Malaysia. Jadi semua cukup alatan untuk masak dan makan.
Kekurangan
Sepanjang duduk di apartment ni ada la berlaku kurang menyenangkan sikit. Pernah boiler tu tidak berfungsi pada pagi hari. Jadi terus whatsapp owner untuk guide cara nak betulkan. Unlucky, owner macam lewat sikit reply, jadi sebahagian dari kami kena la mandi air sejuk pagi tu. Sebab takut lambat nak bersiap. Last-last ada instruction tertinggal then betulkan baru la jadi semula. Dapat la air panas balik. Mungkin dalam tempoh 2-3 jam je. Lepas tu dah ok sampai balik.
Selain itu, nasib baik berlaku pada hari terakhir bila salah satu lampu tidur pecah dalam salah satu bilik. Tak tahu kenapa. Nasib baik juga takda berlaku kecederaan. Bukan itu sahaja, lepas tu ada juga lampu di ruang tamu terpadam dan terus tidak berfungsi. Dalam itu juga, suis masa trip tapi di bahagian ruang tamu je la.
Dah cuba naikkan fius dia tapi lepas beberapa minit, berlaku lagi. Jadi taknak lagi kejadian pelik berlaku, kami biarkan je. Nasib baiklah berlaku memang hari terakhir nak balik je ni. Patutlah banyak lampu yang tidak berfungsi kat rumah tu.
Yang bahaya kaca lampu pecah tu je la. Harap owner boleh la check balik wiring rumah tu. Takut dah lama tak buat inspection kan. Kesian pula orang lain yang duduk lepas ni. Kami ok je.
Kalau tanya review aku untuk Apartment 3Be host by Fernando di Sultanahmet, Istanbul adalah seperti dibawah:
Lokasi - 5/5
Ketepatan - 4.8/5
Komunikasi - 4.5/5
Check-In - 4.9/5
Kebersihan - 4.8/5
Di apartment ini kami berteduh selama 7 hari daripada panas, hujan dan cuaca sejuk sehari semalam. Masak sini, makan sini, tidur pun kat sini. Setiap pagi juga, kami bergerak daripada tempat ini. Balik penat bukan sebab berjalan, tapi naik tangga. Akhirnya rehat.
Secara keseluruhannya Sangat Memuaskan!!!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2022/10/pengalaman-menginap-di-apartment-airbnb-istanbul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menginap Di Dorsett Putrajaya View Cantik

Pengalaman Menginap Di Dorsett Putrajaya View Cantik

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 315 hits
Assalamualaikum Pantang ada cuti mesti nak cari hotel best nak stay Sempena Hari Keputeraan YDP Agong yang jatuh pada 5 Jun 2022 Isnin pula cuti kami pun ambil keputusan untuk bercuti Kebetulan hari Ahad juga kami ada jemputan kenduri di Ka...
Bercuti Dan Menginap 3 Hari 2 Malam Di Gbw Hotel Johor Bahru

Bercuti Dan Menginap 3 Hari 2 Malam Di Gbw Hotel Johor Bahru

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 252 hits
Bercuti Dan Menginap 3 Hari 2 Malam Di GBW Hotel Johor Bahru Assalamualaikum semua Weehuuuu ke Johor lagi bulan ni Tengok tajuk kemain bercuti kannnn tapi sebenarnya idok la bercuti sangat pun Ada misi yang perlu diselesaikan tapi dalam mas...
Pengalaman Tampal Gigi Klinik Pergigian Izzah Di Pontian Johor

Pengalaman Tampal Gigi Klinik Pergigian Izzah Di Pontian Johor

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 309 hits
AssalamualaikumBismillahIni kali ketiga aku ke klinik pergigian swasta Izzah Kali ini aku pergi bersama suami Suami dah lama sakit gigi cuma tiada kesempatan masa untuk pergi klinik pergigian lagi Alhamdulillah hari Jumaat lalu kami dapat p...
Saya Rasakan Tekanan So Jisub Kongsi Pengalaman Berlakon Filem Triller Confession

Saya Rasakan Tekanan So Jisub Kongsi Pengalaman Berlakon Filem Triller Confession

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 195 hits
Baru baru ini satu sidang media bagi filem Confession diadakan dan dihadiri oleh teraju teraju utama ARTIKEL BERKAITAN Sidang media bagi filem Confession yang diadakan di Lotte Cinema Konkuk University Entrance bertempat di Jayang dong Seou...
Bersantai Di Balkoni Apartment Sambil Mendengar The Haven Musical Extravaganza

Bersantai Di Balkoni Apartment Sambil Mendengar The Haven Musical Extravaganza

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 207 hits
Bersantai Di Balkoni Apartment Sambil Mendengar THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA Sesiapa yang berminat dengan muzik akan tetap memainkan muzik di tempat penginapan semasa bercuti kan Sebabnya muzik adalah secret recipe tambahan untuk lebih re...
Penerbangan 13 Jam Anis Dato Rosyam Kongsi Momen Bawa Anak Kecil Ke Istanbul

Penerbangan 13 Jam Anis Dato Rosyam Kongsi Momen Bawa Anak Kecil Ke Istanbul

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 165 hits
Selebriti media sosial Nur Anis Dato Rosyam Nor berkongsi momen percutian ke Istanbul bersama cahaya mata sulungnya Muhammad Raees Mikael yang kini berusia 11 bulan Anak kedua kepada pengarah dan pelakon terkenal Dato Rosyam Nor ini turut b...
Kuil Kuno Berusia 13 000 Tahun Lebih Tua Dan Luas Dari Piramida Mesir Ada Di Turki

Kuil Kuno Berusia 13 000 Tahun Lebih Tua Dan Luas Dari Piramida Mesir Ada Di Turki

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 173 hits
iramida Giza dianggap sebagai satu satunya peninggalan kuno terpenting di dunia Namun ada yang lebih tua dari Piramida situs neolitikum yang ditemukan di Turki
Itinerary Trip Ke Turki Selama 9 Hari Untuk Tahun 2022

Itinerary Trip Ke Turki Selama 9 Hari Untuk Tahun 2022

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 290 hits
Tahun 2022 orang ramai dah mula mencari destinasi percutian baik dalam dan luar negara selepas post covid yang sepertinya sedikit reda Jadi ramai yang ingin kembali travel selepas lebih 2 tahun terkurung Jadi dalam ramai ramai tu termasukla...
Bilal Dah Mula Belajar Bertatih Neelofa Turut Kongsi Pengalaman Kendali Next To Neelofa 2

Bilal Dah Mula Belajar Bertatih Neelofa Turut Kongsi Pengalaman Kendali Next To Neelofa 2

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 143 hits
Dah make fews steps tapi kena pegang pegang Demikian kata selebriti dan usahawan popular Noor Neelofa selepas ditanya Sherry Alhadad dan Nabil Ahmad mengenai perkembangan anak sulung Muhammad Bilal sembilan bulan Hos program Next To Neelofa...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense