Itinerary Trip Ke Turki Selama 9 Hari Untuk Tahun 2022



Tahun 2022 orang ramai dah mula mencari destinasi percutian baik dalam dan luar negara selepas post-covid yang sepertinya sedikit reda. Jadi ramai yang ingin kembali travel selepas lebih 2 tahun 'terkurung'.

Jadi dalam ramai-ramai tu termasuklah aku dah keluarga yang juga mencari destinasi pelancongan terutamanya ke luar negara. Kali terakhir, kami sekeluarga bercuti di Phuket dan Perth, Australia iaitu sekitar tahun 2019.
BACA : Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia Tahun 2019
Disebabkan teringin lagi nak naik kapal terbang dan mencari tempat sejuk dan destinasi yang tengah hangat dibincangkan ketika itu adalah di negara Turki atau sekarang dah digelar Turkiye. Tanpa fikir tempat lain, terus 'lock' Istanbul, Turkiye.
Destinasi tersebut sepertinya kena dengan ciri yang kami mahu iaitu cuaca sejuk dan tidak terlalu mahal. Tambahan pula, mata wang mereka jatuh teruk berbanding Ringgit. Jadi ada sedikit kelebihan la untuk rakyat Malaysia sebenarnya.
Selepas beberapa hari berbincang, tanpa berfikir panjang dan kebetulan ketika itu berlangsungnya Matta Fair sekitar bulan Mei 2022, terus cari tiket ke Istanbul. Susulan daripada itu, kami 9 keluarga bersama baby 1 tahun dapatlah beli tiket flight ke Istanbul untuk bulan Oktober 2022.
Disini aku kongsikan itinerary lengkap untuk trip kami di 2 bandar di Turki iaitu Istanbul dan Cappadocia selama 9 hari bermula 16 hingga 24 Oktober 2022 beserta dengan kos yang dikeluarkan sepanjang percutian yang kami sediakan sendiri. Mungkin ada tips sikit dikongsikan.

Cappadocia = 16 - 18 OktoberIstanbul = 18 - 24 Oktober
Kalau dulu parents aku pergi Istanbul TA bawa, kali ini dieorang pergi Istanbul aku pula bawa. Nak gerak bila-bila terserah.
Tukaran Mata WangUntuk bulan Oktober 2022, tukaran mata wang Turkish Lira (TL) kepada Malaysia Ringgit (MYR) adalah 100 TL = RM25. Lebih kurang la ni, jadi kos semua dalam ni, aku guna rujukan tu lah.
BACA : Cara Daftar Dan Gunakan Wise Ketika Travel
Selain daripada aku bawa cash sikit di Malaysia, aku juga standby kad kredit dan juga Kad Wise sahaja. Siap-siap dah beli duit Lira simpan dalam kad Wise dan boleh guna terus di Turki. Easy mat! BigPay pun ramai yang recommend untuk guna di Turki.
BACA : Cara Daftar Dan Gunakan BigPay
Kos PenerbanganIni adalah perkara paling penting sekali kalau nak bercuti ke luar negara, beli dahulu tiket kapal terbang dan kemudian baru bincang nak jalan kemana, kos yang perlu dikeluarkan dan sebagainya. Kalau tidak, trip anda tersebut takkan terjadi sampai bila-bila.

Orang cakap, lebih baik menyesal beli daripada menyesal tak beli.
Untuk kos penerbangan, kami menaiki Malaysia Airlines dan transit di Doha selama 2 jam, kemudian tukar ke Qatar Airways ke Istanbul. Sama sahaja untuk pergi dan pulang. Kos adalah RM2400/seorang.
Daripada Istanbul Airport (IST) pula terbang ke Cappadocia menaiki Turkish Airlines 1352 TL = RM338/seorang. Jadi untuk kos penerbangan seorang untuk trip Turki ni lebih kurang RM2738/seorang.
Kos PengangkutanUntuk pengangkutan sepenuhnya kami gunakan public transport sahaja kecuali untuk pergerakan dari airport dan ke airport dimana kami gunakan Airport Transfer sahaja. Sebenarnya ada je bas. Tapi macam jauh dan sesak, guna mana mudah je kan.
Kos untuk Aiport Transfer Cappadocia RM100/seorang/return dan kos untuk Airport Transfer Istanbul adalah RM90/seorang/return.
Di Cappadocia kami hanya berada di dalam Goreme Town sahaja, tak pergi jauh. Jadi tiada kos pengangkutan untuk public transport. Manakala di Istanbul kami menggunakan sepenuhnya public transport iaitu Tramvay, metrobus, marmaray train dan ferry dengan mendapatkan Istanbulkart sahaja.
Kami dapat 4 keping sahaja untuk dikongsikan dengan 8 orang (baby free). Kos Istanbulkart adalah 50 TL dan kami topup 350 TL, jadi total untuk 4 keping adalah 1600 TL. Jadi jumlahnya 200 TL = RM50/seorang. (Sebenarnya banyak je lebih lagi tinggal dalam kart tu)
Kos pengangkutan kesemuanya adalah RM240/seorang untuk di Istanbul dan Cappadocia.
Kos PenginapanKami hanya menginap di 2 tempat sahaja iaitu 1 di Cappadocia dan 1 di Istanbul. Di pekan Goreme, kami menginap di Hanzade Hotel dan di Istanbul kami ambil apartment Airbnb.
Hanzade Hotel yang terletak berhampiran dengan town dan boleh jalan-jalan anytime. Tapi ianya bukanlah 'hotel gua' sebenar tetapi masih mengekalkan vibe cave hotel. Kos RM295.50/seorang untuk 3 hari 2 malam.

Manakala di Istanbul kami menginap di apartment 3Be di Sultanahmet yang jaraknya 5 minit sahaja dengan Blue Mosque/Hagia Sophia dengan harga RM400/seorang untuk 6 hari 5 malam. Dari tingkap, boleh nampak Blue Mosque dan boleh juga dengar azan.
Jadi jumlah kos penginapan kesemuanya adalah RM695.50/seorang.
Kos Aktiviti, Lawasan & WifiDi Cappadocia, kami membuat keputusan untuk tidak naik Hot Air Ballon (HAB) kerana harga ketika itu adalah sekitar USD250. Takda seribu ringgit masa tu, tak payah berangan nak naik belon.
Sebab nak juga rasa vibe ballon dari dekat, kami ambil Jeep Safari Tour 2 biji dengan harga €180 = RM840. Kos sebenar RM105/seorang. Tak cukup dengan itu, aku dan adik aku sahaja pergi lakukan aktiviti Horse Riding dengan harga €25 = RM114/seorang. Ada la juga kos sunset/sunrise viewpoint iaitu 5 TL = RM1.25/seorang.
Di Istanbul kami hanya melawat 1 muzium sahaja iaitu Topkapi Palace dengan harga 320 TL = RM81/seorang. Manakala tempat-tempat lain, semuanya percuma atau free.
Sebab 8 orang guna smartphone, susah kalau beli kad sim dan nak hotspot bagaikan. Jadi sewa je terus modem wifi daripada Soo Wifi dengan harga €40.5 = RM275.50. Jadi seorang RM34/seorang
Jadi jumlah kos aktiviti, lawatan dan wifi bagi Istanbul dan Cappadocia adalah RM335/seorang. Mana tak naik kuda tu, boleh la tolak RM114 kan.
Kos MakananMakanan ni pada awalnya kami plan untuk memaksimakan masak sendiri bersama bekalan yang dibawa dari Malaysia. Biasanya untuk dinner memang masak apa yang dibawa. Tapi beras beli sana lah. Murah je.
Antara yang sempat bawa; Kari Ayam Brahim, Maggi Kari, maggi tomyam, ikan bilis goreng, sambal garing, sardin pek, kicap, sos cili life, sos nancho cheese dan beberapa lagi. Benda selamat bawa je semua. 
Untuk breakfast dan lunch cuba juga masak dan kalau tidak, makan sahaja di mana-mana kedai mampu milik. Banyak sangat pilihan. Jadi untuk kos makanan, aku angkap duit poket masing-masing la deh.
Jangan lupa untuk singgah di Hafiz Mustafa rasa kunefe, baklava dan paling penting caramel trilece; sedap gila. Selain itu, boleh juga beli di Karaköy Güllüoğlu. Restoren lain, 7 Hills Restaurant, Viyana Kahvesi makan cheesecake dan Karakoy Fish House. Jagung bakar jalanan di Istanbul best sebab cuaca sejuk. Minta garam. Pergh. Roti simit coklat pun kadang best juga. Boleh cuba.

Secara total lebih kurang RM4000/seorang perbelanjaan trip aku kali ini tidak termasuk makan dan perbelanjaan shopping. Mungkin maksimum pun RM4500/seorang. Itulah lebih kurang perbelanjaan di Istanbul-Cappadocia
Itinerary Trip di Cappadocia, TurkiyeTrip Cappadocia adalah bermula pada 16 hingga 18 Oktober 2022. Kami tiba di Istanbul Airport (IST) pada tengah hari waktu Istanbul dan pada petangnya terbang lagi terus ke Kayseri Airport (ASR). Jadi sampai di Goreme Town, Cappadocia pada malam.
Aku pickup Wifi Dongle daripada Soo Wifi setibanya di Istanbul Airport. Setel semuanya. Sekejab je.
Day 1 (16 Okt 22 - Sabtu)
Jadi hari pertama adalah pada malam tersebut, jadi lepas check-in di Hanzade Hotel semua, bersihkan badan dan kemas-kemas terus dinner. Lepas tu sempat la pusing-pusing pekan sekejab sebelum semuanya tutup pada jam 12.00 tengah malam
Day 2 (17 Ok 22 - Ahad)
Selepas subuh sebelum terbit matahari, kami semua sudah berada di rooftop hotel untuk menyaksikan Hot Air Ballon dari jauh. Walaupun dari jauh, langit Cappadocia tetap indah dengan ratusan ballon terbang. FYI, setiap hotel di sana ada rooftop sendiri. Jadi percuma je la.
Jadi aktivitinya adalah bergambar dengan berlatarbelakangkan HAB di langit la pada pagi tersebut. HAB terbang sehinggalah sekitar jam 8 pagi sahaja dan seawal 6.30 pagi. Lepas tu boleh la breakfast di hotel.

Next activity pusing di pekan Goreme je la. Cari souvenir sambil nikmati pemandangan batuan dan gua disana. Sangat unik tempatnya. Tapi sedikit berhabuk.
Untuk petang, semua bergerak ke sunset view dimana perlu berjalan dan memanjat sikit untuk tempo 10 minit sahaja. Boleh tengok matahari tenggelam dengan indah kat situ. Tapi aku terpaksa teman adik aku untuk aktiviti Horse Ridding.
Anda akan menunggang kuda selama 2 jam berjalan mengelilingi Goreme National Park yang sangat luas. Lalu antara batu, bawah batu, panjat bukit, turun bukit, lalu tepi gaung dan akan berehat sebentar di check-point Church Cave dimana terletak tinggi di atas bukit. Pemandangan luas dan cantik gile la.
Dan kemudian turun ke bawah ikut jalan lain sehinggalah ke tempat asal. Jadi boleh la juga nikmati sunset kat situ. Tapi aku cakap, itulah kali pertama dan kali terakhir aku Horse Ridding. Bapak menakutkan.
Day 3 (18 Okt 22 - Isnin)
Hari terakhir, kami decide nak tengok Hot Air Ballon dari dekat jadi ambil Jeep Safari Tour. Pukul 6 pagi dah gerak ke tapak pelepasan HAB. Jadi boleh tengok dari dekat dia naikkan belon secara live banyak-banyak. Cantik terukk.
Boleh tengkap gambar dengan belon, dengan jeep dan kemudian dibawa ke beberapa check-point lain juga seperti Love Valley untuk bergambar. Memang berbaloi la bayar walaupun tak naik belon. Sebenarnya belon naik lewat sikit, sebab pagi tu macam cuaca tak elok sikit. Asal naik pun ok bagi kami.
Kemudian tengah hari terus flight semula ke Istanbul. Sampai petang dan bergerak ke Airbnb yang terletak di Sultanamet dengan menaiki Airport Transfer. Sampai, check-in sendiri dan macam biasa sepahkan rumah la hahaha.


Trip Istanbul bermula 18 hingga 24 Oktober 2022
Day 4 (19 Okt 22 - Selasa)
[Topkapi Palace > Blue Mosque > Hagia Sophia > Gulhane Park]
Inilah betul-betul permulaan pengembaraan di Istanbul. Permulaan ni ikut itinerari yang telah dibuat memang berada di sekitar Sultanahmet sahaja dimana disinilah terletak tarikan utama Istanbul iaitu Blue Mosque, Hagia Sophia dan Topkapi Palace. Disekitarnya juga terdapat benda menarik seperti Hippdrome, German Fountain dan Basilica Cistern.
Disebabkan Hagia Sophia sekarang dah jadi masjid, masuk adalah percuma dan beratur untuk giliran sangat luar biasa. Tapi ada jumpa bagi tahu, dalam 30 minit dah tiba giliran walaupun panjang gila. Tips nak masuk tanpa beratur adalah pada waktu subuh; tiada orang langsung dan juga waktu selepas isyak sebelum ianya tutup. Masuk dan boleh solat sekali dalam tu macam biasa. Dalaman yang sangat indah dan cantik. Wajib datang kalau bercuti di Istanbul.
Sekarang pula Blue Mosque tengah renovation lagi. Jadi dalaman hampir 90% memang tak nampak rupa langsung. Boleh solat tapi nak bergambar memang tak nampak apa pun. Tangkap gambar luar je la. Berbeza dengan Hagia Sophia, waktu solat di Blue Mosque hanya dibenarkan masuk untuk solat sahaja dan tiada visit. Nak visit waktu selainya. Hagia Sophia waktu solat pun boleh visit. Tapi jangan kacau orang solat la.


Inilah sebab buat andaian sendiri yang merasakan tempat-tempat menarik ni tak pernah tutup. Tetapi hakikatnya Topkapi Palace tutup setiap hari Selesa. Jadi sebab hari first dah gelabah nak ganti dengan lokasi mana sebab Topkapi Palace kena pergi hari lain.
Jadi pergilah shopping sikit di Oriental Shop dan singgah kejab di Gulhane Park. Takda dah bunga tulip sebab dah masuk autumn. Daun berguguran la pula.
Day 5 (20 Okt 22 - Rabu)
[Galata Tower > Istiklal Avenue > Taksim Square]
Hari ni barulah mula menggunakan Tramv. Jadi pergi cari mesin warna kuning di stesen tram dan beli Istanbulkart warna merah (Fungsi mcm kad Touch n' Go). Kad boleh kongsi sampai 5 orang tau, jadi kena swipe 5 kali la. Tapi aku share 2 orang sahaja. Harga 5,65 TL yang pertama dan 7,67 TL untuk yang kedua. Swipe naik sahaja, keluar dah bebas lalu je pagar tu. Harga sama sahaja semua untuk setiap stesen.

Untuk bergerak ke Galata Tower, naik di Sultanahmet dan stop di Karakoy. Kemudian mendaki sikit untuk ke Galata Tower. Ianya sebuah bangunan paling lama dan mempunyai banyak sejarah disebaliknya. Cantiknya kalau tengok dari jauh. Disini boleh naik, tapi kena beli tiket. Jadi datang bergambar sahaja dan jangan lupa singgah di Viyana Kahvesi untuk nikmati cheesecake Belgium bersama limpahan coklat. Perghh sedap amat.
Selesai disini, jalan sikit untuk terus ke Istiklal Avenue dimana terdapatnya train entik merah yang sangat nostalgia. Anda boleh naik guna istanbulkart tu je. Tapi aku taknaik, datang bergambar je la. Orang ramai gila sepanjang jalan. Selesai disini, naik metrotrain terus ke Taksim Square iaitu sebuah dataran luas sesuai untuk lepak-lepak. Dah selesai sini dah malam. Jadi terus balik.

Untuk tips disini, kalau anda tak larat memanjat, anda boleh pergi ke Taksim Square dulu dan kemudian ke Istiklal Avenue dan akhir sekali Galata Tower. Jadi dia tak memanjat sangat. Akhir sekali, boleh turun je.
Day 6 (21 Okt 22 - Khamis)
[Balat > Süleymaniye Mosque > Spice Bazar > Grand Bazar]
Ini kali pertama baru nak cuba naik metrobus dia warna kuning. Boleh juga guna Istanbulkart dan swipe masa naik sahaja. Harga sama macam Tramv. Terus bergerak ke daerah Balat pada pagi tersebut. Disini merupakan perkampungan Jewish atau yahudi tetapi terkenal disebabkan bangunan lama unik dan berwarna-warnia. Disini anda kena berjalan banyak cari spot yang cantik untuk bergambar. Perkampungan biasa tapi jadi tempat tarikan. Hebat

View this post on Instagram A post shared by Aiman Abdullah (@aimanabdullah)

Kemudian naik bas semula untuk solat di Masjid Sultan Sulaiman yang berada di third hill. Ini bermakna kena panjat bukit lagi la. Tapi sekali dah sampai, cantik gila pemandangan sebab masjid ni berhadapan dengan laut Golden Horn. Dengan view cantik boleh tengok seberang Galata Tower dan boleh juga nampak benua Asia. Angin pun kuat, jadi makin sejuk dibuatnya. Senibina jangan cakap la. Gah gila.
Kemudian turun susur banyak kedai-kedai tepi jalan sebelum sampai di Spice Bazar. Sini banyak jual rempah, teh, kopi, turkish delight dan macam-macam jenis makanan la. Datang nak kan suasano jah.
Kemudian jalan lagi terus ke Grand Bazar pula dimana bazar paling besar di Turkiye dikatakan terdapat beribu kedai di dalamnya. Pusing la kejab sini, cuci mata.
Disini kalau anda berhajat nak cuba menu Saltbae boleh singgah di Nusr-et Grand Bazar. Adik aku je try dengan suami dia. Berbaloi katanya. Rugi pula tak pergi hari tu. Kalau order steak, dia present potong-potong la depan kita sambil tabur macam saltbae tu. Tapi dia takda la.

Day 7 (22 Okt 22 - Jumaat)
[Benua Asia : Camlica Camii > Camlica Hill]
Inilah keunikan negara Turkiye apabila satu-satunya negara yang berada di dalam 2 benua iaitu benua Eropah dan Asia yang mana ianya terletak di Istanbul. Jadi pada hari ketujuh inilah, kami menyeberangi selat Bosphorus untuk pergi ke bahagian benua Asia pula.
Disini banyak cara untuk menyeberangi dan kami ambil keputusan untuk naik feri sahaja untuk perjalanan 20 minit. Best pula, masih lagi boleh guna Istanbulkart. Walaupun tak naik Bosphorus Cruise, tapi perjalanan guna feri ini juga sepertinya sudah memadai apabila disajikan dengan view dan pengalaman menarik sepanjang perjalanan. Selesai atas laut, naik la metrobas dan terus ke masjid terbesar di Turkiye iaitu Camlica Mosque
Dikatakan disini mampu menampung 63 ribu jemaah dalam satu-satu masa. Tapi serius besar gila. Lagi pula hari tu first time solat jumaat di negara orang. Dengar la khutbah dalam bahasa turki kan. Lepas habis solat berjalan sikit ke Camlica Hill. Sepatutnya disini juga ada bunga tulip, tapi dah musim luruh, tiada bunga tersebut.
Di Istanbul sekarang suhu semua bawa 20°C jadi kena la juga bawa sweater atau jaket. Tak perlu tebal-tebal pun, nipis pun dah ok. Aku beli bundle je di Jalan Jalan Japan. Tapi tempat paling sejuk aku rasa adalah di Camlica Hill ni. Mungkin sebab tempat paling tinggi kot dan tambah berangin.
BACA : Shopping Jaket Ke Istanbul Di Jalan Jalan Japan
Balik ke penginapan kali ini buat keputusan untuk naik marmaray train sahaja iaitu train yang melalui bawah laut terus. Cepat sikit sampai. Singgah cari turkish delight sikit, nak bawa pulang.

Day 8 (23 Okt 22 - Sabtu)
[Topkapi Palace > Dolmabahce Palace > Galata Bridge > 7 Hills Restaurant]
Hari ni barulah buat keputusan untuk pergi Topkapi Palace seawal 9.00 pagi. Tempat ni buka pukul 10.00 pagi tau. Nasihat aku, masuklah seawal 9.00 pagi tu, kalau tidak beratur panjang la jawabnya. Tapi Topkapi Palace ni sedikit kecewa la. Daripada 11 tempat pertunjukkan, rasanya 4-5 je yang buka, yang lain sedang renovation. Harga sama juga 320 TL. Bukan nak bagi diskaun ke apa. Nasib baik lah bahagian pedang nabi tu buka. Tapi bahagian Sultan Al-Fateh tutup.
Selepas tu, bergerak ke Dolmabahce Palace. Tak masuk pun, jadi bergambar diluar sahaja. Ianya merupakan istana moden dan lebih mewah daripada Topkapi. Nak masuk sini pun berbaloi sebenarnya kalau tiada renovation la. Korang kena masuk tau.
Dah otw pulang tu, stop kejab di Kayakoy Balik Evi untuk nikmati kebab ikan atau dipanggil Balik Ekmek. Ikan segar yang digunakan. Peminat ikan boleh cuba disini. Recommended. Yang best lepas makan ni, boleh jalan atas Galata Bridge pula tengok orang memancing sepanjang tu.
Dah nak dekat senja, singgah dinner ringan pula di 7 Hills Restaurant. Disini anda boleh nikmati juadah makanan sambil bagi makan seagull dengan berlatarbelakangkan Hagia Sophia. Serius aku rasa ending trip Istanbul memang ngam bila sampai atas ni. Boleh tengok keseluruhan Hagia Sophia dari atas. Lawa gila dan bergambar la apa lagi


Day 9 (24 Okt 22 - Ahad)
[Little Hagia Sophia > Balik Malaysia]
Hari terakhir flight tengah hari, jadi pagi tu masih sempat lagi, berjalan sikit la area Sultanahmet untuk singgah di Little Hagia Sophia. Bentuk luarnya sama seakan Hagia Sophia tetapi dalamnya seperti sebuah masjid lain je. Ianya masjid sebenarnya.
Dah setel sini, sebelum lagi pekena la Starbuks dulu. Beli sebab nak kan suasano dan juga habiskan duit yang tinggal terutamanya duit syiling dia kan.
Untuk penerbangan pulang, kami bergerak dari airport la iaitu Istanbul Sabiha Gökçen Airport iaitu terletak di bahagian Asia. Sesak sangat jalan, driver airport transfer bawa naik feri terus. Setel masalah. Memang macam pelisik la dia bawa. Sampai on time. Alhamdulillah
Pengalaman Bercuti Di Turkiye: Istanbul- CappadociaSerius mudah sangat je kalau anda bercadang untuk bercuti di Istanbul terutamanya. Tak perlu sewa kereta, pengangkutan awam semua ada. Tapi mungkin ada kawasan yang memerlukan anda berjalan sikit. Aku rasa kalau warga tua yang tak larat sangat, mungkin tak sesuai lagi.
Parents aku masih ok untuk berjalan dan stroller baby pun boleh lagi. Tapi kena kuat sikit la. Semua perjalanan boleh guna Google Maps. Sebab tu jadi mudah. Tapi tolong set kan 'Walking Less' yang mana aku terlupa buat dan ada satu kawasan terpaksa jalan kaki jauh. Adeh.
Sebenarnya ini kali kedua aku datang Istanbul yang mana kali pertama adalah pada tahun 2014. Ketika itu, aku pergi dengan Shaklee bersama ibu dan adik aku sahaja. Itulah pergi dengan travel agency ni tak merasa best sangat, jalan masa tu pun tak tahu sangat. Tahun 2022 ni, aku dan kakak aku yang set kan semua perjalanan dan aku tahu setiap lokasi tu berada. Dah boleh hafal la kalau nak tramv ke bas ke ferry semua.
BACA : Pertama Kali Ziarah Dan Datang Istanbul Tahun 2014
Tapi serius walaupun penat tapi sangat enjoy dan berbaloi di Istanbul. Tempat yang tidak terlalu mahal, makanan mudah dapat, mesra muslim, tempat solat mudah, mana lagi tempat lain nak cari kan. Makanan Malaysia pun ada jual kat sini, tapi rasa macam tak best la kan.
Jadi kalau anda bercadang nak datang, pergi je la cari tiket flight, tak perlu ragu-ragu. Dapat yang murah sikit, grab je. Menyesal beli, jangan menyesal tak beli.
Diharapkan perkongsikan itinerary trip ke Turkiye; Istanbul-Cappadocia selama 8 hari ini bermanfaat untuk anda yang bercadang untuk bercuti disini. Kalau rasa ada pertanyaan, boleh drop komen, nanti aku cuba la reply mana yang aku tahu.
Hope enjoy semua!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2022/10/itinerari-trip-ke-turki-istanbul-cappadocia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Ini Sanggup Menjaga Makcik Oku Selama 15 Tahun Walapun Tiada Pertalian Darah Buatkan Ramai Kagum

Wanita Ini Sanggup Menjaga Makcik Oku Selama 15 Tahun Walapun Tiada Pertalian Darah Buatkan Ramai Kagum

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 239 hits
Pada masa kini pelbagai cerita yang dapat kita dengar di media sosial kes pembunuhan penculikan penderaan dan aniaya serta banyak lagi sekaligus membuatkan kita terfikir sama ada masih wujudkan orang baik di atas muka bumi ini Namun masih t...
Kim Jieun Kongsi Terima Hadiah Hari Jadi 2 Tahun Berturut Dari Namgoong Min

Kim Jieun Kongsi Terima Hadiah Hari Jadi 2 Tahun Berturut Dari Namgoong Min

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 148 hits
Mesti ramai yang tengah seronok tonton gandingan Namgoong Min bersama Kim Ji eun dalam drama One Dollar Lawyer sekarang kan ARTIKEL BERKAITAN Bagi yang belum tahu One Dollar Lawyer ialah kerjasama ketiga Kim Ji eun bersama Namgoong Min untu...
Masa Penahanan Rektor Unila Nonaktif Diperpanjang Selama 30 Hari

Masa Penahanan Rektor Unila Nonaktif Diperpanjang Selama 30 Hari

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 139 hits
KRM saat ini ditahan di Rutan KPK pada Gedung Merah Putih KPK Jakarta serta HY dan MB ditahan di Rutan KPK pada Pomdam Jaya Guntur Jakarta
Langsung Sambutan Ulang Tahun Ke 32 Dasar Membangun Bersama Islam 21 Okt 2022

Langsung Sambutan Ulang Tahun Ke 32 Dasar Membangun Bersama Islam 21 Okt 2022

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 200 hits
Pengerusi Perikanan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Hadir Himpunan Penyatuan Ummah sambutan 32 tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu Kelantan AWANInews MalaysiaMemilih undi100peratus SUBSCRIBE ...
Hari Dialog Kemenjadian Kualiti Murid Siri 1 2022

Hari Dialog Kemenjadian Kualiti Murid Siri 1 2022

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 342 hits
Berkesempatan menghadiri hari Dialog Kemenjadian Kualiti Murid di sekolah anak anak mingu lepas Kalau ikut zaman aku menjadi pelajar hari DKKM ni merupakan hari Ibu bapa hadir ke sekolah untuk menandatangani report card Hari yang paling dit...
Hari Ulang Tahun Ke Xi Negara Federal Republik Papua Barat

Hari Ulang Tahun Ke Xi Negara Federal Republik Papua Barat

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 190 hits
PERAYAAN HUT NFRPB KE XI 19 Oktober 2011 19 Oktober 2022Memasuki 124 Tahun bangsa Papua diasah diasuh dibina dan dibimbing oleh 2 Negara Bangsa dan 11 Tahun Perayaan HUT NFRPB pada hari Rabu 19 Oktober 2022 masyarakat Papua Merayakan Hari U...
Terkini Jawatan Kosong Di Maybank Tahun 2022 Peluang Terbaik Kepada Graduan Permohonan Kini Dibuka

Terkini Jawatan Kosong Di Maybank Tahun 2022 Peluang Terbaik Kepada Graduan Permohonan Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 181 hits
Terkini Jawatan Kosong Di Maybank Tahun 2022 Peluang Terbaik Kepada Graduan Permohonan Kini Dibuka Peluang kerjaya dibuka kepada rakyat Malaysia permohonan boleh dibuat dengan kadar segera sebelum tarikh tutup Jawatan kosong di Maybank bagi...
Poster Cuti Sempena Hari Deepavali 2022

Poster Cuti Sempena Hari Deepavali 2022

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 702 hits
Untuk makluman ibu bapa dan pelajar Kementerian Pendidikan Malaysia telah peruntukkan tambahan cuti perayaan Bagi sambutan Deepavali tahun 2022 tambahan cuti oleh KPM diberi selama 2 hari dan sekolah akan bercuti selama 5 hari termasuk cuti...
Dengar Alunan Orkestra The Haven Musical Extravaganza Symphony Orchestra Selama 3 Hari Pada Penghujung Oktober Ini

Dengar Alunan Orkestra The Haven Musical Extravaganza Symphony Orchestra Selama 3 Hari Pada Penghujung Oktober Ini

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 149 hits
Assalamualaikum semua hari ni kinah nak kongsi dengan korang pada hujung bulan ni akan berlangsungnya The Haven Musical Extravaganza di The Haven Resort iaitu yang mana ianya adalah hasil kerjasama Selangor Symphony Orchestra dan disokongi ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya