Pengalaman Menakutkan Di Tasik Kenyir


Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terletak di negeri Terenganu. Walaupun saya adalah anak jati negeri Terengganu, saya tidak pernah lagi menginap di houseboat Tasik Kenyir. Pengalaman pertama saya menginap dalam houseboat di Tasik Kenyir adalah pada 1-2 April lepas.
Menginap dalam houseboat atau rumah bot di Tasik Kenyir adalah satu pengalaman yang sangat menarik. Kalau boleh saya memang akan repeat lagi trip ke Kenyir ni.
Walaupun trip kami dipenuhi dengan aktiviti menyeronokkan namun berlaku satu peristiwa yang menakutkan kepada seorang anak saya di Tasik Kenyir.
Cari Houseboat Tasik Kenyir Plan untuk trip houseboat tasik kenyir ni tiba-tiba je menjelma dalam fikiran saya dan isteri. Lebih kurang 10 tahun lepas, kami pernah menginap di rumah peranginan persekutuan Tasik Kenyir. Namun disebabkan waktu tu media sosial agak terbatas, tak banyak buat aktiviti sebab tak tahu apa yang boleh dilakukan di Rumah Persekutuan Tasik Kenyir.
Zaman sekarang, RPP Tasik Kenyir dah banyak perubahan dan dah ramai orang menginap di sana. Jadi barulah saya tahu banyak lagi aktiviti boleh buat kat RPP Tasik Kenyir.
Bertitik tolak dari situlah plan kami berkembang ke houseboat Tasik Kenyir pula. Disebabkan kami plan 2 minggu sebelum tarikh yang kami nak, memang agak susah nak dapat houseboat yang masih available.
Kebanyakan houseboat menawarkan pakej sewaan 2 hari 1 malam dan 3 hari 2 malam. Rata-rata harga sewaan adalah RM1700-RM2700 untuk 2 hari 1 malam. Harga sekali ganda untuk 3 hari 2 malam tidak termasuk makan.
Jika nak masukkan sekali pakej makan fullboard, ada yang buat pakej per pax dan ada juga yang lump sum untuk kapasiti bot mereka. Harga lebih kurang RM3++ per pax untuk 3 hari 2 malam dan RM1000 per malam untuk lump sum.
Memilih Houseboat Tasik Kenyir Ahli trip kami adalah dari anggota keluarga belah isteri saya yang mana meliputi golongan bayi, kanak-kanak, belia, dewasa dan warga emas. Oleh itu pemilihan houseboat kami lebih pada sudut keselamatan anak-anak dan keselesaan untuk warga emas.
Dalam pencarian kami, salah seorang operator houseboat yang tak available untuk tarikh yang kami nak dengan baik hatinya share semua contact houseboat lain. Senarai tu nanti boleh tengok kat hujung artikel ni.
Selepas lebih 20 houseboat yang kami hubungi, akhirnya kami berjumpa dengan satu houseboat yang menepati ciri-ciri yang kami nak dengan harga yang masih dalam bajet kami.
Thaqiff Houseboat Tasik Kenyir Houseboat yang saya dapat adalah Thaqiff houseboat dengan harga sewaan RM2000 untuk 2 hari 1 malam. Info perkhidmatan Thaqiff:
“THAQIFF HOUSEBOUT KENYIR”
Sedia menerima tempahan…
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
DIBUKA UNTUK TEMPAHAN
Family Day/santai
Kursus
Meeting
Holiday
Kem Motivasi
Team Building
Memancing DLL Aktiviti
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
7 Bilik tidur
• 6 Bilik standard
– Katil 2 tingkat
(Bawah queen & atas single)
– Kipas
• 1 Bilik VIP (Aircond)
– 2 Katil Divan queen
– Aircond & Kipas
3 tandas
Bilik KaraOke /Tv
Dapur dan peralatan lengkap termasuk
Peralatan untuk BBQ
Peti sejuk & Peti Beku
Ruang beranda tingkat atas
hadapan Yang luas
2 biji Speed boat
PAKEJ HARGA (TANPA MAKAN)
6 Bilik standard
• 2H1M RM 2000
• 3H2M RM 3800
6 Bilik standard+1 Bilik VIP
• 2H1M RM2200
• 3H2M RM4200
PAKEJ MAKAN (FULLBOARD)
• 2H1M RM250 / pax
• 3H2M RM450 / pax
• Minimum 20 pax
PERMIT TAMAN NEGARA
• RM1.00/org + RM1.00 (Sekepala)
• Permit Joran RM10.00/2joran
• Permit Kamera RM5.00/unit
SANTUARI KELAH (Tutup NOV – FEB)
TIKET SANTUARI KELAH
• RM15 (DEWASA)
• RM8 (KANAK-KANAK)
(Perubahan harga tertakluk pada pengurusan Santuari Kelah)
MASUK AWAL (SELEPAS 9 MALAM)
• +RM50.00
Untuk Maklumat lanjut,sila hubungi no
Yang tertera di bawah (blog ni)
Tips cari Houseboat Tasik Kenyir Dengan pengalaman gigih cari houseboat Tasik Kenyir baru-baru ni, saya nak berkongsi beberapa tips untuk mencari houseboat :
Tarikh dan hari. Hari minggu di Terengganu adalah Jumaat dan Sabtu. Hari yang paling banyak kosong Isnin, Selasa, RabuTentukan tujuan trip (memancing, keluarga, jalan-jalan) sebab ada bot yang hanya sesuai untuk memancing, ada bot sesuai untuk santaiBilangan ahli trip. Setiap bot berbeza kapasiti katil dan kapasiti penumpangBajet. Ada bot bajet orang kebanyakan, ada bot bajet bangsawanKategori ahli trip. Ada yang mesra kanak-kanak ada yang tak mesra kanak-kanak dari segi keselamatan dan lain-lainKalau whatsapp tak bluetick terus call. Kadang-kadang diorang kat tengah tasik, line telefon ada tapi line internet slow sangat. Penginapan dalam houseboat lain dengan penginapan di hotel yang mana kita digalakkan untuk check in seawal yang boleh. 8 pagi tu kira dah lewat bagi jadual houseboat. Check out pulak selewat jam 5 petang di jeti.
Diorang biasanya akan elakkan perjalanan menjelang senja sebab kadang-kadang angin kuat di kawasan Tasik Kenyir.
Itinerari 2 hari 1 malam Houseboat Tasik Kenyir Thaqiff Houseboat yang kami sewa terbuka pada cadangan customer untuk itinerari dan aktiviti sewaktu trip bersama mereka. Untuk trip kami, pada awalnya kami cadangkan itinerari seperti di bawah:
Hari pertama :
Mandi di air terjun lasirMandi di Sungai Petang dan bermalam di Sungai Petang Hari Kedua :
Kelah SanctuaryTaman Herba Selepas berbincang dengan tekong dan abang ipar saya, seorang bekas pemancing tegar dan selepas kejadian menakutkan berlaku itinerari kami adalah seperti di bawah:
Hari Pertama :
Mandi di Air Terjun LasirBergerak ke tempat memancing dan tidur Hari Kedua :
Kelah sanctuaryAir Terjun Saok Perjalanan menaiki Houseboat Tasik Kenyir bermula Perjalanan ke Air terjun Lasir memakan masa lebih kurang 3 jam 30 minit dari Jeti Gawi merentasi Tasik Kenyir. Dalam perjalanan ke air terjun ni, kami manfaatkan masa dengan makan bekalan makanan yang dibawa dari rumah untuk sarapan.
Saya bangun jam 4.30 pagi untuk pack up dan isi barang dalam kereta, lepas Subuh, tunggu semua orang siap dan bertolak jam 7 pagi.
Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Jeti Gawi memakan masa hampir sejam. Di Jeti Gawi ada bebrapa jeti untuk houseboat parking. Awalnya kami tersalah jeti. Kemudian tekong houseboat guide kami ke tempat yang sepatutnya iaitu jeti mak siti belakang pejabat Ketengah. Masuk ikut signboard pejabat Ketengah lepas tu belok ke kiri tepi pagar pejabat Ketengah dan terus ke bawah.
Di jeti ada kedai jual air batu dan beberapa barangan runcit. Dari parking ke houseboat takdelah jauh sangat. Waktu bot bergerak jugak kaum ibu panaskan lauk dan masak nasi untuk makan tengah hari. Dalam houseboat Thaqiff ni semua kelengkapan dapur sudah lengkap.
Rice cooker besarPeriukKualiSeduk, sudip dan seangkatan dengannyaSudu, garfuPinggan mangkuk Tray, bekas nasiPeti sejuk, peti beku Pendek kata bawak bahan masakan je. Lain-lain semua dah disediakan.
Mandi-manda di Air Terjun Lasir Sampai di air terjun Lasir lebih kurang jam 11.30 pagi. Houseboat parking di jeti air terjun, untuk ke air terjun sama ada berjalan kaki merentasi bukit atau naik speedboat yang disediakan. Crew houseboat bawak boat dan angkut kami ke air terjun lasir.
Crew tunggu kami di air terjun lasir sampailah kami nak balik. Jadi kami tak perlu fikir nak contact crew ambik kami balik.
Air terjun Lasir ni dalam, jadi sila pakai life jacket. Airnya pulak sejuk gila, sampai biru bibir masing-masing. Amatlah digalakkan pakai life jacket walaupun korang pandai berenang sebab air sejuk salah satu penyebab orang pandai berenang lemas sebab kaki cramp.
Waktu di air terjun Lasir nilah berlaku satu peristiwa menakutkan bagi kami sekeluarga.
Anak saya disengat pemingat(wasp). Awalnya serangga tu hinggap atas lengan isteri saya. Saya nak kutip buang serangga tu, tapi ia terbang ke tangan anak saya. Dia pulak kelam kabut tepis-tepis tangan tiba-tiba ia sengat atas mata anak saya.
Saya macam sedikit terkilan sebab tak pegang je binatang tu biar ia sengat saya, tak sengat anak saya. Lepas tu terus takde mood nak bersuka-ria. Kawasan jeti tu banyak sangat lebah dan pemingat.
Mungkin sebab musim bunga. Mungkin juga sebab kami pakai sunscreen yang ada kandungan daun-daun dan bahan herba.
Nasib baiklah isteri saya bawak bekalan ubat paracetamol dan loratadine. Terus bagi anak saya makan loratadine untuk kurangkan kesan alahan. Lepas tu habis bengkak-bengkak dan gatal-gatal satu badan. Menjelang malam barulah dia okey sikit lepas ibu bapa mertua saya buatkan air tawar.
Memancing atas Houseboat Tasik Kenyir Asalnya crew Thaqiff Houseboat bagi kami mandi dan boleh main kayak(ada 2 bijik kayak) atau flamingo besar sampai jam 3 petang. Disebabkan kejadian yang menakutkan tadi, lebih kurang jam 12.45 tengah hari kami terus bergerak ke tempat tidur di tempat dinamakan Sungai Bayan atau Sungai Pisang(diorang pun tak pasti). Tempat ni kata mereka banyak ikan tapi belah malam.
Kami sampai kat sini lebih kurang jam 2 petang. Sampai saja kat sini, isteri saya tanya kat crew boleh tak nak mandi atau main kayak kat situ. Dorang jawab tak boleh. Mungkin sebab kawasan tu banyak tunggul-tunggul dan pokok-pokok lama di dasar tasik.
Abang ipar saya terus campak umpan kelapa sawit campur dengan bahan-bahan lain dalam air untuk tarik ikan.
Kat belah tepi houseboat belah tebing bukit nampak banyak anak-anak ikan lampan bermain-main. Menjelang senja barulah nampak kelibat ikan lampan yang saiz agak besar di tepi bot tapi ikan-ikan tu macam boleh bezakan umpan di mata kail dengan umpan yang dilepaskan.
Lepas maghib kami buat solat maghrib berjemaah dan bacaan yaasin. Kemudian kami adakan aktviti bbq dengan anak-anak menjadi reporter tak bertauliah menggunakan set karaoke yang disediakan.
Hasil memancing atas Houseboat Tasik Kenyir Lebih kurang kurang jam 12 tengah malam barulah lekat ikan baung saiz remaja, lepas tu lekat lagi sekor sampailah jam 2.30 pagi kami dapat 4 ekor ikan baung semuanya.
Keesokan paginya, anak saudara isteri saya yang tidur di bilik tv tingkat bawah bagitau waktu kami tidur lekat lagi 3 ekor ikan baung sekor saiz besar.
Bilik lain semua kat atas. Tandas/bilik ada 2, bilik air saja 1 semuanya kat bawah. Alhamdulillah kami dapat 7 ekor semua sekali ikan baung.
Crew bot pulak bawak balik ikan lampan sebesen hasil tangkapan mereka di lokasi yang dirahsiakan. Diorang keluar dari jam 11 malam, balik-balik subuh. Semua ikan-ikan tu dah selamat masuk dalam perut jadi lauk makan tengah hari masak tempoyak ikan baung dan goreng kunyit ikan lampan.
Kelah Sanctuary Tasik Kenyir
Di Tasik Kenyir terdapat sebuah tempat pemeliharaan kelah atau Kelah Sanctuary yang terletak di Sungai Petang. Tiket masuk waktu saya ke sana adalah RM10 untuk seorang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak (warganegara).
Houseboat akan parking di kawasan jeti ketengah lepas tu kena ambik khidmat boat transfer ke hentian 1 atau hentian 2 (kalau air pasang). Harga boat transfer pula RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.
Kami bertolak ke Kelah Sanctuary seawal jam 6.45 pagi dan sampai di sana jam 8.45 pagi. Diorang bukak jam 9 pagi. Oleh kerana group kami hanya 6 orang je, crew Thaqiff Houseboat Kenyir pujuk sorang pakcik boat transfer untuk bawak terus kami ke Kelah Sanctuary walaupun jam belum 9 pagi.
Crew houseboat akan uruskan untuk transfer boat pickup kita dari houseboat. Yang bestnya dengan Thaqiff Houseboat Kenyir ni, crew diorang ikut sekali kami naik transfer boat ke Kelah Sanctuary dan balik ke houseboat. Jadi kami tak perlu fikir nak balik macam mana.
Perjalanan ke Kelah Sanctuary Perjalanan dari hentian 1 ke tempat ikan ni mengambil masa lebih kurang 20-30 minit sejauh 1.45KM. Manakala dari hentian 2 pula dalam lebih kurang 15 minit dengan jarak 750 meter. Kami bernasib baik sebab air pasang jadi bot boleh hantar sampai ke hentian 2 terus.
Kalau air surut, bot boleh hantar sampai hentian 1 je. Lepas tu ada platform untuk gantikan jambatan gantung tu.
Di hentian dua ni ada dijual makanan ikan harganya RM2 seplastik air saiz kecik. Ada juga dijual face mask dengan harga RM1. Waktu ni PKPP di Terengganu. Lepas tu wakil dari pengurusan Kelah Sanctuary Tasik Kenyir akan bagi taklimat dalam lebih kurang 5 minit.
Antara point penting dalam taklimat tu jangan merokok, jangan pegang ikan kuat-kuat dan yang paling penting jangan bawak balik apa-apa dari hutan.
Perjalanan ke tempat ikan akan melalui walkway dan sedikit tangga naik dan turun. Ada beberapa tempat rehat di tengah perjalanan bagi yang mengah. Sampai je kat tempat ikan, seorang ahli JPAM akan bagi taklimat keselamatan dan bagi tempat kat group kita untuk main dengan ikan.
Masa yang diberikan untuk setiap group adalah 30 minit sahaja. 20 minit pertama hanya dibenarkan hulur kaki dalam air. 10 minit terakhir barulah dibenarkan untuk masuk dalam air.
Sedikit tips, nak bagi makan ikan tu genggam makanan ikan dalam tangan lepas tu masukkan dalam air. Biar je ikan-ikan tu hisap makanan ikan dari dalam tangan kita. Syok wuu. Anak-anak sampai tak nak balik. Menangis-nangis nak datang balik.
Singgah Air Terjun Saok Kami sampai balik kat Thaqiff Housbeoat lebih kurang jam 11.30 pagi. Disebabkan kejadian menakutkan semalam dan anak saya tak sempat nak main air lama-lama kat Lasir, kami berbincang dengan crew bot untuk singgah kat mana-mana tempat yang boleh main air. Diorang setuju dan bagitau nak singgah di Saok.
Sampai kat Saok lebih kurang jam 2 petang, Thaqiff Houseboat parking berhampiran jeti lepas tu kami naik kayak ke tempat yang agak tohor dan berpasir. Rupanya ada satu tempat yang level sama dengan level tasik yang memang tohor.
Kawasan tu berpasir. Seingat saya, waktu ke RPP Kenyir zaman dulu, tempat ni macam tak wujud lagi. Sama ada saya tak perasan atau tempat tu tak terbentuk lagi.
Lepas sejam main air kat air terjun Saok, kami bergerak ke houseboat untuk makan, solat dan bersiap-siap untuk check out. Houseboat bergerak pulang lebih kurang jam 5 petang. Ada pemeriksaan mengejut oleh Polis Marin. Diorang check peralatan keselamatan dan pematuhan SOP dalam houseboat.
Sampai di jeti jam 6.30 petang, bergambar ramai dan bersurai ke rumah masing-masing.
Kalau berminat nak menyewa dengan Thaqiff Houseboat Tasik Kenyir, boleh contact diorang :
www.wasap.my/60189854464
www.wasap.my/60124848544
https://www.facebook.com/ThaQiff-Houseboat-kenyir-107726547648741
CALL : 0189854464 / 0124848544
Klik link bawah ni untuk senarai houseboat Tasik Kenyir [Kredit to Kelisa Houseboat]
Senarai houseboat Tasik Kenyir
The post Pengalaman menakutkan di Tasik Kenyir appeared first on Radio Senyap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.radiosenyap.com/2021/04/pengalaman-menakutkan-di-tasik-kenyir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Timbullah Sayang Inai Masih Merah Di Jari Baru Nikah Seminggu Suami Dipercayai Lemas Di Tasik Kenyir

Timbullah Sayang Inai Masih Merah Di Jari Baru Nikah Seminggu Suami Dipercayai Lemas Di Tasik Kenyir

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 513 hits
Baru sahaja melangsungkan perkahwinan seminggu yang lepas seorang lelaki dikenali sebagai Ami Azzizol Abu Bakri 22 dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Petuang Tasik Kenyir dua hari yang lalu Menurut abang sulongnya Amir Amizi 33 adik le...
Senarai Houseboat Tasik Kenyir

Senarai Houseboat Tasik Kenyir

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 990 hits
Senarai ni saya dapat dari salah seorang operator Houseboat Tasik Kenyir Tarikh yang kami nak takde kosong tapi dia dengan senang hati share list Houseboat Tasik Kenyir yang dia ada KREDIT TO Senarai ni adalah ekstrak dari FB note Senarai R...
Lelaki Mandi Sungai Di Tasik Kenyir Dikhuatiri Lemas

Lelaki Mandi Sungai Di Tasik Kenyir Dikhuatiri Lemas

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 333 hits
Operasi menyelamat dijalankan namun belum ada petunjuk HULU TERENGGANU Seorang lelaki dikhuatiri lemas semasa mandi di Sungai Petuang Tasik Kenyir petang semalam Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud ber...
Diduga Pada Usia Muda Gadis Kongsi Pengalaman Hidup Bersama Kanser Limfoma

Diduga Pada Usia Muda Gadis Kongsi Pengalaman Hidup Bersama Kanser Limfoma

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 284 hits
Oleh Nur Nishabella ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu Mengetahui diri menghidapi kanser pada usia muda bukan satu perkara yang mudah untuk diterima tambahan pula diri tinggal sebatang kara tanpa mak d...
Ibu Kongsi Pengalaman Ngeri 7 Jam Terkurung Dalam Tandas Sampai Biru Kaki Dan Tangan

Ibu Kongsi Pengalaman Ngeri 7 Jam Terkurung Dalam Tandas Sampai Biru Kaki Dan Tangan

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 257 hits
Pengalaman terkurung dalam tandas merupakan insiden yang biasa berlaku Namun bayangkan sekiranya anda terkurung di dalam tandas dan tiada sesiapa di rumah yang boleh membantu menyelamatkan anda Lebih mengharukan keadaan apabila telefon bimb...
Pengalaman Sendiri Guna Pokok Duri Tambun Tahi Halau Hantu

Pengalaman Sendiri Guna Pokok Duri Tambun Tahi Halau Hantu

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 2190 hits
Pengalaman Sendiri Guna Pokok Duri Tambun Tahi Halau Hantu Kita sudah biasa dengar nama bunga tahi ayam yang dikatakan berguna untuk menghalau serangga seperti nyamuk dan sebagainya Tapi tahukah kalian selain pokok bunga tahi ayam ada sejen...
Pengalaman Membela Cendawan Kukur Dan Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api Dengan Telur Itik Dan Pucuk Ubi

Pengalaman Membela Cendawan Kukur Dan Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api Dengan Telur Itik Dan Pucuk Ubi

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 474 hits
Bulan lepas aku mendapat pengalaman membela bongkah cendawan kukur yang di beli dari laman shopee Seronok jugalah merasa melihat pertumbuhan cendawan kukur di bongkah yang berisi habuk kayu dan benih cendawan ini Aku beli 3 bongkah bahan pe...
Kapok Roasting Artis Karena Pengalaman Tak Mengenakkan Kiky Saputri Akunya Yang Jadi Jelek

Kapok Roasting Artis Karena Pengalaman Tak Mengenakkan Kiky Saputri Akunya Yang Jadi Jelek

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 192 hits
Sama sekali nggak nyebut nama artis dan juga acaranya warganet kompak sebut satu nama Siapa
Pengalaman Menginap Di Akar Beach Resort Port Dickson

Pengalaman Menginap Di Akar Beach Resort Port Dickson

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 593 hits
Pengalaman menginap di Akar Beach Resort Port DicksonLamanya dah tak menulis blog Sejak musim PKP ni takde mood dah nak menulis walaupun banyak je bahan untuk dikongsikan Saya nak kongsi pengalaman menginap di Akar Beach Resort Port Dickson...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa