
Penerbangan kami ke Korea sekitar pukul 11 lebih (waktu malam) kalau tak silap aku. Waktu malam nampak lampu sahaja.Biasanya pengumuam dalam kapal terbang kita selalu dengar orang cakap English sahaja, naik pesawat Korean Air dapat dengar bahasa Korea. Setiap penumpang akan dibekalkan selipar, selimut dan juga earphone
Sekitar pukul 4.00 pagi kami dibekalkan pula dengan makanan. Lepas makan sambung balik tidur. Majoriti dalam fly ini adalah orang Korea. Riuh sekampung dalam fly. Nasib baik kapal terbang dah jalan senyap. 
 Sempat juga layan movie korea. Ada juga movie English, muzik-muzik. Tengok sekeratnya, sudahnya aku sambung buat tahi mata sampailah ke Korean Airport
 Ini gambar pemandangan sekitar pukul 5 pagi. Cantik kan, sempat rakam buat kenangan.
Selagi kita masih bernyawa, ada rezeki lebih pergilah melihat pemandangan tempat orang, melihat keindahan ciptaan Tuhan. Nikmatnya tak tahu nak cakap macam mana. Apa-apa pun, Korean Air memang best. Boleh bagi 5/5 bintang!| 
		Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini  |