Pengalaman Menaiki River Cruise Di Masjid Kristal Dan Taman Tamadun Islam Di Kuala Terengganu


Tidak lengkap kiranya sebagai anak jati Terengganu tidak berkunjung ke Masjid Kristal yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Aku dan isteri beserta anak dibawah umur 6 tahun telah berkunjung ke sana pada awal tahun 2017 tempoh hari.

Untuk makluman anda semua, aku mungkin boleh kategorikan kepada 3 bahagian di tempat ini:
1. Masjid Kristal - Tidak Berbayar
2. River Cruise - Berbayar
3. Taman Monumen - Berbayar

Jika ingin singgah untuk solat, masuk di kawasan ini adalah percuma dan boleh pusing-pusing atau lepak-lepak di taman luar ini.

Seterusnya elok kiranya untuk aku berkongsi beberapa info yang menarik berkenaan Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam ini.

1. Info dan Sejarah Pembinaan Taman Tamadun Islam, Terengganu

Pada 2005, Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mengumumkan kan penubuhan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Hasil ilham perdana menteri ini telah dimajukan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu.

Projek ini mengambil masa selama 3 tahun untuk dibina dan dibuka pada 3 Feb 2008 dengan keluasan 22.3 hektar.

Jumlah pembelanjaan untuk pembinaan Taman Tamadun Islam ini adalah RM 249.3 Juta.

Ciri utama taman ini adalah ingin bercirikan Islam yang pertama di dunia dimana kesenian dan reka bentuk replika monumen Islam.

Terdapat 22 buah replika (masjid, monumen dan tugu) yang ada dalam Taman Tamadun Islam ini. Replika ini dibina pada nisbah skala 1:4 hingga 1:22 berbanding saiz asal.
Masjid Abu Nasr Parsa - AfghanistanMasjid an-Nabawi - Arab SaudiMasjidil Haram -  Arab SaudiMasjid Sultan Omar Ali Saifudin - BruneiMasjid Xian - ChinaTaj Mahal - IndiaMasjid Kudus Al-Minar - IndonesiaMasjid Sheikh Lutfallah - IranMasjid Besar Samarra - IraqMasjid Negara - MalaysiaMasjid Mohammad Ali - MesirMasjid Besar Agadez - NigeriaMasjid Badshahi - PakistanKubah As Sakhrah - PalestinMasjid Kul Shariff - RusiaMasjid Al-Hambra - SepanyolMasjid Aleppo Citadel - SyriaMasjid Pattani - ThailandMasjid Qairawan - TunisiaMasjid Suleyman - TurkiMenara Kalyan - UzbekistanMasjid Sultan - Singapore



2. Info River Cruise di Taman Tamadun Islam/Masjid Kristal

River Cruise adalah perkhidmatan yang disediakan kepada pengunjung untuk mengelilingi kawasan sekitar Masjid Kristal di Pulau Wan Man ini. Berikut adalah kawasan-kawasan yang akan dibawa ketika menaiki bot berkenaan:

TTI Jeti To’ Ku Paloh Muzium NegeriPulau Sekati (Sekati Island)Bukit DatuKampung Seberang Tuan Chik HajiJambatan Sultan MahmudPulau Haji Siah (Haji Siah Island )Kampung Bukit TumbuhPulau Api (Api Island)Seberang Takir Pulau Duyung (Mermaid Island)Bazar Warisan Central Market (Pasar Payang) Warisan IslandPelabuhan IkanPengkalan Keropok Crsytal Mosque Kembali ke Jeti To’ Ku Paloh
Lebih kurang 45 minit masa untuk mengelilingi kawasan sekitar dan pemandu pelancong akan menerangkan info-info berkenaan kawasan yang disebut di atas.

Satu pendekatan yang baik kerana selama di atas bot tidaklah anda terasa "krik-krik" dengan sekadar tengok pemandangan sahaja.

Melawat Terengganu #visitterengganu #visitterengganu2017A post shared by Mazuki Mustaffa (@mazukiblog) on Feb 11, 2017 at 12:38am PST
3. Harga Tiket Taman Tamadun Islam dan River Cruise

Harga Tiket Taman Monumen
Harga Tiket River CruisePakej Taman Monumen dan River CruiseKalau berminat untuk ke dua-dua tempat berkenaan boleh diatas adalah pakej yang ditawarkan. Dewasa jimat lebih kurang RM8 dan kanak-kanak penjimatan dalam RM 6 untuk setiap seorang.

4. Waktu Operasi

Berikut adalah waktu operasi untuk Taman Tamadun Islam:

Pejabat Urusan
Dibuka Setiap Hari (Kecuali Jumaat)
Waktu: 8.30am - 4.30pm

Taman Monumen
900am - 7.00pm (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
10.00am - 7.00pm (Hari-hari lain)
*Tiket terakhir dan kemasukan adalah pada jam 1815H setiap hari.

TTI River Cruise
9.00am - 7.00pm (Jumaat, Sabtu dan Ahad)

10.00am - 7.00pm (Hari-hari lain)
*Tiket terakhir dan kemasukan adalah pada jam 1745H setiap hari.

Restoren B'Beteng
10.00am - 11.45pm (Setiap Hari)

Taman Awam
7.00am - 12.00pm (Setiap Hari)

Ditutup pada setiap hari Selasa kecuali pada cuti sekolah dan cuti umum tertentuTaman Monumen, River Cruise dan Restoren B'Beteng ditutup pada hari Selasa kecuali pada cuti sekolah dan cuti umum yang jatuh pada hari Selasa.

5. Lokasi dan GPS Taman Tamadun Islam




Masjid Kristal - GPS Direction Taman Monumen - GPS Direction 6. Pengalaman Kami di Masjid Kristal dan River Cruise
Ketika aku dan keluarga berkunjung ke sana, kami tidak berkesempatan untuk ke Taman Monumen dan kami sempat ke Masjid Kristal dan River Cruise.

Disebabkan 2 anak kami masih dibawah usia 7 tahun, jadi tiada cas kemasukan dikenakan.

Keadaan bot juga agak selesa untuk kanak-kanak bawah umur seperti anak kami dibawah ini.


Walaupun jaket tak berapa nak muat, tapi pakaikan ajelah....
7. Gambar di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam

Boleh tonton video diatas juga sebelum ke Masjid Kristal, Taman Monumen dan River Cruise.

8. Ringkasan
Dalam situasi aku, dengan anak masih dibawah usia 4 tahun - berkunjung ke Taman Tamadun Islam dan menikmati pengalaman menaiki bot di River Cruiser antara perkara yang mengujakan kepada anak-anak aku.

Kami tidak masuk ke Taman Monumen sebab kesuntukan masa dan dengan usia dibawah 4 tahun, apalah sangat yang mampu aku ceritakan kepada mereka untuk mereka faham.

Pastinya akan bawa kembali suatu hari nanti bila mereka bersekolah agar mereka memahami lebih tentang monumen-monumen sejarah dunia ini.

Selepas menaiki River Cruise kami ke Masjid Kristal dan membiarkan anak-anak berlari-lari di sekitar taman Masjid Kristal.

Disebab aku hanya tinggal di Dungun jadi kami tidak perlukan penginapan - terus pulang ke Dungun.

Jumlah Bajet
Minyak Kereta - RM50
River Cruise - RM 42.20 (Untuk 2 dewasa - anak bawah 7 tahun tidak perlu bayar)
Makan/dll - RM 100

TOTAL: RM200

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mazukiblog.blogspot.com/2017/09/pengalaman-masjid-kristal-taman-tamadun-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mandi Manda Di Pantai Batu Pelanduk Kuala Abang Dungun Terengganu Video

Mandi Manda Di Pantai Batu Pelanduk Kuala Abang Dungun Terengganu Video

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 865 hits
Pantai ini hanya terletak disebelah jalan utama ke Kuala Terengganu jika anda memilih jalan pantai Pantai disini sesuai untuk membawa anak anak mandi manda kerana terdapat kawasan berbatu membentuk seolah kolam Dengan itu anak anak kecil se...
Album Sepetang Di Masjid Kristal Feb 2017

Album Sepetang Di Masjid Kristal Feb 2017

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 258 hits
Pengalaman pertama kali menaiki River Cruise yang disediakan di sekitar Masjid Kristal Kuala Terengganu Pastinya suatu pengalaman yang mengujakan kepada anak anak kami yang pertama kali menaikinya Boleh ikuti perkongsian cerita kami berkena...
Madu Kelulut Kuala Terengganu

Madu Kelulut Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 657 hits
Madu Kelulut Kuala Terengganu Madu Lebah Kelulut Asli Di Kuala Terengganu dan Seluruh Malaysia Anda mahu mendapatkan madu kelulut yang asli di Kuala Terengganu dan di seluruh Malaysia Saya Paksu Cuckoo 012 7092198 merupakan pembekal dan pen...
15 Gambar Percutian Menyusuri Sungai Melaka Dengan Malacca River Cruise

15 Gambar Percutian Menyusuri Sungai Melaka Dengan Malacca River Cruise

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 401 hits
Percutian di Melaka Melaka memang destinasi yang seronok untuk bercuti bersama keluarga Ada banyak tempat menarik yang boleh dilawati samada yang percuma mahupun yang berbayar Setiap tempat menarik ini pula ada keunikannya sendiri yang mung...
Mandi Manda Di Pantai Lagun Kuala Ibai Kuala Terengganu

Mandi Manda Di Pantai Lagun Kuala Ibai Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 687 hits
Pantai yang terletak di Kawasan Masjid Terapung atau mungkin lebih tepat berada di Taman Awam Lagun Kuala Ibai antara tempat yang sesuai untuk membawa anak anak mandi manda Airnya yang cetek dan kawasan yang luas untuk orang ramai Boleh ton...
Sri Lanka Perintah Berkurung Perniagaan Orang Islam Masjid Diserang

Sri Lanka Perintah Berkurung Perniagaan Orang Islam Masjid Diserang

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 292 hits
KERAJAAN keluarkan arahan perintah berkurung seluruh negara AGENSICOLOMBO 13 Mei Kerajaan Sri Lanka mengeluarkan arahan perintah berkurung selama enam jam pada waktu malam seluruh negara susulan rusuhan anti Islam turut berlaku di beberapa ...
Islam Terancam Ini Di Tengah Bandaraya Kalau Masjid Lain Boleh Ke Penang

Islam Terancam Ini Di Tengah Bandaraya Kalau Masjid Lain Boleh Ke Penang

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 415 hits
TERAWIH MALAM PERTAMA MASJID NEGERI PULAU PINANG menyaksikan A JEMAAH MUSLIMIN12 Shaf B JEMAAH MUSLIMATTingkat Bawah14 Shaf Tingkat AtasHampir C JUMLAH KESELURUHAN3160 JEMAAH SOLATSepanjang Bulan Ramadan Masjid Negeri Menyediakan 1 Pusat As...
Masjid Bengeli Sunni Mercutanda Islam Di Yangon

Masjid Bengeli Sunni Mercutanda Islam Di Yangon

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 386 hits
CATATAN PERJALANANMasjid Bengali Sunni terletak di Jalan Sulejadi merdutanda Islam di Yangon MYANMAR merupakan negara penganut Buddha terbesar yang diwarisi dari kerajaan Pagan Ini tertonjol dengan wujudnya bukan ratusan tetapi ribuan Pagod...
Rm60 000 Untuk Program Imarah Masjid Surau Islam Terancam Kata Umpas

Rm60 000 Untuk Program Imarah Masjid Surau Islam Terancam Kata Umpas

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 382 hits
Pada 14 Mei 2019oleh PENTADBIRKeprihatinan wakil rakyat DAP Parlimen Bentong terhadap pembangunan masjid dan surau diteruskan sempena Ramadan ini menerusi program penyampaian sumbangan kepada rumah ibadat terbabit sekitar daerah Bentong Dal...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian