Pengalaman Memandi Mengkafankan Mayat Reput


Syahril A. Kadir
Skuad Pengurusan Jenazah, Md Noor Shafie bercakap semasa temubual khas mengenai pengurusan jenazah di Restoran Taj Hadramawt, Melati Utama, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK  
KUALA LUMPUR – Menguruskan mayat reput yang berulat dan berbau merupakan tugas yang bukan mudah dan tak ramai yang sanggup melakukannya.

Apatah lagi dengan keadaan fizikal mayat yang ‘rapuh’ dan mudah ‘tertanggal’ hingga menyebabkan hanya yang cekal serta tabah sahaja yang sanggup memikul tugas berat tersebut.

Namun bagi ahli-ahli Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), tidak ada istilah gentar atau takut bila menerima mayat yang dalam keadaan sedemikian rupa.

Ini kerana bagi mereka, sama ada jenazah yang perlu dimandi dan dikafankan itu reput atau sempurna, tanggungjawab untuk menguruskannya sesempurna mungkin sebagai seorang Islam perlu diutamakan terlebih dahulu melebihi segala-galanya

Bagi salah seorang ‘orang kuat’ SPJM, Mohamad Noor Shafie, 39, disebalik segala persepsi dan stigma yang dikaitkan dengan mayat reput, tidak ramai sebenarnya yang tahu bahawa jenazah sebegini sebenarnya lebih mudah dikendalikan berbanding mayat yang sempurna.


(Salah satu jenazah yang dikendalikan oleh Mohamad Noor dan 
ahli-ahli SPJM)

” Selalunya mayat reput yang kami terima untuk dimandikan dan dikafankan ini telah selesai menjalani bedah siasat (post mortem), jadi keadaan mayat telah ‘dibersihkan’ lebih awal daripada ulat-ulat atau kekotoran yang ada ditubuhnya.

” Apa yang saya dan rakan-rakan lain di SPJM lakukan adalah dengan hanya melalukan air pada tubuh pada mayat dan mencukupkan rukunnya sahaja.

” Lagipun mayat sebegini mudah tertanggal kulit dan anggota badannya, jadi kita tak boleh menguruskannya terlalu terperinci seperti mana kita menguruskan mayat biasa,” katanya pada Malaysia Gazette ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mohamad Noor, seorang lulusan Sarjana Undang-Undang merupakan seorang penjawat awam tetapi menyertai SPJM secara sukarela kerana menyedari betapa mulianya terlibat dalam kerja-kerja ibadah seperti menguruskan jenazah ini.

Bagi beliau, yang paling sukar sekali bila mengendalikan jenazah reput adalah baunya yang terlalu kuat. Untuk itu, setiap kali beliau mengendalikan mayat reput, beliau akan mengamalkan satu petua yang diajarkan oleh seorang doktor dari Hospital Taiping kepadanya.

Menurut Mohamad Noor, caranya mudah sahaja, setiap kali bila menerima mayat sebegini, perkara pertama yang akan beliau lakukan adalah dengan ‘menghidu’ bau mayat itu sekuat yang mampu!

” Saya akan hidu kuat-kuat untuk ‘one off’. InsyaAllah selalunya masalah bau akan hilang dan kita akan selesa menguruskan jenazah tersebut,” katanya sambil tersenyum.



Mengenai mayat mereka yang menghidap penyakit berjangkit dan mempunyai virus seperti HIV/AIDS. Mohamad Noor mengakui ia memang mempunyai cabaran yang tersendiri.

Ini kerana, katanya, ada beberapa prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak hospital bagi mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan mayat yang mempunyai masalah tersebut.

Antaranya, menurut beliau, sebelum dimandikan, pihaknya perlu melalukan dulu klorox ke tubuh si mati dan jenazah juga perlu dibungkus dengan plastik.

Mereka juga, katanya, perlu memakai pakaian khas.

Pun begitu, katanya, ia lebih kepada untuk melindungi mereka yang menguruskan jenazah tadi daripada risiko yang mungkin wujud kerana menguruskan mayat yang mempunyai virus bahaya tersebut.
Skuad Pengurusan Jenazah, Md Noor Shafie bercakap semasa temubual khas mengenai pengurusan jenazah di Restoran Taj Hadramawt, Melati Utama, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK Berbalik pada mayat reput tadi, Mohamad Noor menjelaskan, beliau juga pernah mengendalikan satu mayat reput yang dibawa keluar terus daripada beg mayat polis.

Jelasnya, walaupun selalunya mayat reput yang diterimanya selepas dibuat bedah siasat, dalam kes ini, ‘post mortem’ tidak dibuat kerana si mati memang mempunyai sejarah sakit jantung.

” Si mati diserang sakit jantung di hotel penginapannya. Ketika ditemui, arwah dah empat hari meninggal dunia. Ulat dan bau busuk yang kuat menerpa ketika saya hendak memandikan jenazahnya.

” Masa tu hanya saya dan seorang lagi rakan saya di bilik mayat itu. Kebetulan ahli-ahli SPJM ada komitmen lain ketika itu, apalagi, dengan kudrat yang ada kami uruskan juga jenazahnya sebaik mungkin.

” Kesimpulan yang saya boleh katakan beginilah, sebenarnya selain pahala yang dijanjikan Allah, tugasan memandi dan mengkafankan mayat ini banyak mengajar kita tentang erti keinsafan dan ketabahan. Keinsafan bahawa suatu hari nanti kita juga akan melalui fasa kematian dan pada masa yang sama mengajar kita erti ketabahan dalam menguruskan jenazah yang datang dalam pelbagai bentuk dan rupa,” katanya. – Malaysia Gazette.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/pengalaman-memandi-mengkafankan-mayat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mayat Lelaki Tidak Dikenali Ditemukan Hampir Reput Dalam Semak

Mayat Lelaki Tidak Dikenali Ditemukan Hampir Reput Dalam Semak

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 268 hits
Dec 30 2018 0 Comments BUKIT MERTAJAM Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan terbaring dan busuk serta hampir reput di kawasan semak belakang sebuah kilang di Juru Bukit Tengah di sini hari ini Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tenga
Terkini Mayat Lelaki Ditemui Ditetak Di Pengkalan Nyireh Besut Terengganu

Terkini Mayat Lelaki Ditemui Ditetak Di Pengkalan Nyireh Besut Terengganu

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 1805 hits
Besut Seorang lelaki ditemui mati ditetak dlm kejadian di Kampung Pengkalan Nyireh dekat Kampung Raja di sini petang tadi Dalam kejadian kira kira jam 5 15 petang mangsa berusia awal 20an ditemui lengkap berpakaian dengan kesan kecederaan d...
Benarkah Organ Mayat Dicuri Selepas Dibedah Siasat

Benarkah Organ Mayat Dicuri Selepas Dibedah Siasat

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 249 hits
Terdapat spekulasi bahawa organ si mati akan dicuri untuk dijual sebaik sahaja jasad si mati dihantar ke mortuari Walau bagaimanapun tiada sebarang laporan yang sah menyatakan terdapatnya kes sebegini di Malaysia Sekiranya benar berlaku pro...
Selfie Dekat Mayat Dan Puing Tsunami Selat Sunda Demi Banyak Like

Selfie Dekat Mayat Dan Puing Tsunami Selat Sunda Demi Banyak Like

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 346 hits
Puing puing bangunan yang hancur lebur di wilayah Banten dan Lampung menjadi penanda betapa memilukannya akibat dari terjangan gelombang tsunami Selat Sunda Namun suasana pilu itu justru menjadi tempat sebagian orang berswafoto alias selfie...
Mayat Wanita Tanpa Busana Ditemukan Di Kali Baru Bogor

Mayat Wanita Tanpa Busana Ditemukan Di Kali Baru Bogor

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 186 hits
Mayat Wanita Tanpa Busana Ditemukan di Kali Baru Bogor Adapun ciri ciri mayat wanita itu berkulit sawo matang rambut lurus beruban diperkirakan berusia 56 tahun dan tinggi badan sekitar 150 sentimeter
Bomba Terkejut Jumpa Mayat Dalam Kereta Terbakar

Bomba Terkejut Jumpa Mayat Dalam Kereta Terbakar

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 295 hits
ZULKIFLI MANZOR 26 Disember 2018 11 09 PM SEREMBAN Sekumpulan anggota bomba yang ditugaskan memadam sebuah kereta terbakar di Taman Jasper Jaya di sini terkejut apa
Ibu Mangsa Lemas Dungun Pengsan Melihat Mayat Tiga Anak

Ibu Mangsa Lemas Dungun Pengsan Melihat Mayat Tiga Anak

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 818 hits
DUNGUN Suasana pilu menyelubungi Bilik Forensik Hospital Dungun di sini selepas kesemua mayat tiga beradik yang lemas dipukul ombak besar di Pantai Sura Tengah semalam ditemui pagi tadi Ahli keluarga termasuk ibu bapa mangsa Zawawi Wahab 42...
Mayat Dua Daripada Tiga Beradik Lemas Ditemui Pagi Tadi

Mayat Dua Daripada Tiga Beradik Lemas Ditemui Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 542 hits
MAYAT dua daripada tiga beradik yang lemas dipukul ombak besar di Pantai Sura Tengah Dungun semalam ditemui hari ini Mayat Nurain Sofia Zawawi 8 ditemui lima kilometer dari tempat kejadian oleh Pasukan Mencari Dan Menyelamat SAR 7 48 pagi s...
Pengalaman Menaiki Keretapi Ke Hat Yai

Pengalaman Menaiki Keretapi Ke Hat Yai

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 379 hits
Salam dears Sebelum Mama ceritakan tentang aktiviti kitorang semasa ni Mama nak kongsikan pengalaman menaiki keretapi ke Hat Yai dulu Kalau korang pun ada plan nak naik tren klasik atau special train to Hat Yai tu maka kena rancang masa bet...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke



Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi


Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Buasir Otak Tv Main Teka Bendera Negara

3 Leather Sofas For Your Mid Century Modern Entertainment Room