Pengalaman Melancong Ke Singapura Bahagian 1


Sebagai rakyat Malaysia, melancong ke Singapura adalah aktiviti percutian yang anda perlu lakukan sekurangnya sekali seumur hidup. Manakan tidaknya, negara ini cuma terletak bersebelahan sahaja dengan Malaysia.
Walaupun kita berkongsi demografi dan suasana yang hampir sama memandangkan Singapura pernah menjadi sebahagian daripada Malaysia, namun kelainannya masih lagi ada. Jadi tidaklah rugi untuk bercuti ke sana.
Kongsi pengalaman bercuti di Singapura Asalnya tujuan mengapa saya ke Singapura adalah demi menghadiri majlis perkahwinan sahabat baik saya. Sambil berpakat dengan sahabat yang lain, saya berfikir apa kata kita jadikan kunjungan kita ini sebagai satu percutian.
Disebabkan masing-masing nak lepaskan geram disebabkan stress kesibukan bekerja, maka tanpa sebarang bantahan semuanya setuju. Maka bermulalah episod percutian ke Singapura.
Objektif percutian kali ini adalah kami tak mau percutian bajet. Nak percutian yang selesa namun dimasa yang sama tidaklah membuang masa untuk benda yang tidak perlu. Kita mulakan dengan tiket penerbangan.
Persediaan nak ke Singapura Perkara pertama yang kami buat adalah dengan membeli tiket penerbangan terlebih dahulu. Memandangkan sewaktu saya membuat tempahan ini, Air Asia sangat terkenal sebagai penerbangan yang sangat tidak tepati masa dan asyik delay, maka itulah juga syarikat pertama yang kami cuba elakkan untuk percutian kali ini.
Penerbangan yang lebih selesa Pada percutian kali ini, saya memilih Singapore Airlines sebagai syarikat penerbangan pilihan. Harga yang ditawarkan juga agak berpatutan berbanding pesaingnya yang lain (pada ketika tempahan dibuat).
Harga tiket pada ketika ini ialah RM459. Tidaklah begitu murah. Tapi memandangkan kami pergi ke sana pada bulan December,  saya kira berpatutanlah dengan harga. Tempat duduk juga boleh dipilih dengan tawaran 25kg baggage, boleh la. Tempat duduk pun punyai ruangan kaki yang selesa. Asalkan bukan Air Asia.
Dokumen yang perlu disediakan Tiada apa yang menyulitkan pun, anda hanya perlu mengisi SG Arrival Card secara online atau biasa orang gelar kad putih tu. Kalau boleh isilah seawal yang mungkin. Pastikan anda mengisi selewatnya 3 hari sebelum tarikh melancong. Jangan lupa simpan fail tersebut dalam bentuk pdf atau screenshot dan tunjukkannya jika diminta.
Bermulalah pengalaman pelancongan Sampai di Singapura Pengalaman menaiki laluan udara ke Singapura, ia mengambil masa 1 jam sahaja untuk ke sana. Jadi kami sampai di sana sekitar jam 10 pagi. Proses semuanya terlampau lancar, dalam pukul 10.15pagi kami dah selesai ambil baggage.
Jewel Changi Airport Memandangkan ketibaan kami terlalu awal untuk check-in hotel, jadi kami memilih untuk jalan-jalan sebentar ke Jewel Changi Airport. Nak tengok juga suasana air terjun buatan yang digembar-gemburkan berada di taman dalam bangunan yang terbesar di Singapura.
Air terjun di Jewel Bergambar kenangan di sana Sambil-sambil itu nikmatilah juga pemandangan buatan sambil melihat gelagat para pelancong yang sakan mengambil gambar di sana. Lebih kurang satu jam, kami rasa elok kami bergerak ke tentatif yang selanjutnya. Malas nak fikir panjang, naik Grab je dulu.
Kami memilih Hotel Grand Pacific sebagai penginapan pilihan memandangkan ia juga berdekatan dengan pengangkutan awam dan lokasi majlis perkahwinan sahabat saya. Disebabkan jam masih lagi belum menunjukkan waktu check-in, maka kami singgah ke hotel untuk letak beg kami dahulu. Hotel ini agak lama, tetapi masih lagi selesa.
Hari pertama ini, kami fikir nak habiskan masa dengan aktiviti outdoor di Skyline Luge Singapore. Tapi memandangkan tempahan dibuat pada jam 3 petang, jadi elok kiranya kami singgah makan dahulu.
Restoran Hjh Maimunah Restoran Hjh Maimunah Bagi restoran pilihan makanan tengah hari kami, kami memilih restoran Hajah Maimunah yang terletak Arab Street. Walking distance je daripada hotel kami iaitu kira-kira 15-20 minit berjalan kaki.
Ketika tibanya kami di lokasi, orang agak ramai tetapi tidaklah terlalu sesak. Jadi masa beratur untuk mengambil makanan agak singkat.
Pilihan lauk makanan tengah hari Hidangan nasi campur yang menjadi pilihan saya Tauhu telur yang dihidangkan bersama sambal kicap Biasalah, makan tengah hari. Jadi hidangan yang disediakan adalah nasi campur. Pilihan lauk yang tersedia juga agak banyak. Saya memilih nasi putih, asam pedas ikan pari, sayur taugeh bersama teh ais. Harga makanan saya ini adalah SGD8.80 bersamaan RM29. Bagi saya murahlah (dengan nilai SGD).
Bersama dengan hidangan itu, kami kongsi 3 orang tauhu telur yang dihidangkan bersama sambal kicap. Sedap dan menyelerakan. Cuma yang ni mahal sikit dalam SGD7.50 (RM24.72). Tapi kalau dah sedap, apa ada hal.
Perut dah kenyang, hati pun dah senang, tanpa membuang masa kami terus bergegas ke destinasi selanjutnya iaitu Skyline Luge Sentosa untuk aktiviti outdoor. Kali ini kami malas nak naik Grab sebab membazir, kami naik bas terus menuju ke HarbourFront/EvoCity.
Perlukah kad ez-link untuk menaiki pengangkutan awam? Kami faham ada diantara anda yang berfikir mana nak dapat kad pelancong ez-link yang digunakan untuk memudahkan anda menggunakan pengangkutan awam di Singapura. Bagi saya, pakai kad debit atau kredit sahaja la.
Ini kerana di Singapura, mereka menyediakan kemudahan pembayaran tanpa tunai di semua jenis pengangkutan awam. Jadi anda tidak perlu risaulah kerana hal pembayaran ini tidak sesulit di Malaysia. Nak Touch n go bagai.
Saya menggunakan Bigpay Bagi saya pula, saya lebih gemar menggunakan Bigpay kerana ia memudahkan saya untuk track balik perbelanjaan saya ketika berada di sini. Malahan saya menggunakan Bigpay untuk kesemua jenis pembayaran. Cash saya tidak luwak pun.
Bagi sistem pengangkutan, caj akan dikenakan secara lamsum. Jadi korang gunalah dulu segala jenis pengangkutan awam (bas atau MRT), anda akan dicaj secara total pada penghujung hari. Secara purata saya dicaj serendah SGD3-SGD6 sahaja sehari (bergantung juga kepada perjalanan anda).
Baiklah, sambung cerita balik tentang perjalanan saya nak ke Skyline Luge Sentosa.
Skyline Luge Sentosa Pintu masuk ke Sentosa Express Berbalik kepada The Luge itu tadi, saya menaiki bas berhenti di HarbourFront station untuk ke Vivocity. Daripada Vivocity ini saya menaiki Sentosa Express terus ke Imbiah Station. Kat sini kena jalan kaki sikit la sebab nak kena naik bukit. Sebab ini aktiviti outdoor, kena ready la, pakai pakaian yang selesa.
Kena berjalan kaki menaiki bukit Pintu masuk ke Madame Tussauds Sebelum anda sampai ke Skyline Luge, anda akan melalui Madame Tussauds, iaitu muzium lilin yang memaparkan patung selebriti terkenal dari serata pelusuk dunia. Difahamkan patung ikon sukan terkenal tanah air Datuk Lee Chong Wei juga turut dipaparkan disini.
Tiket masuk pula dalam SGD24.65 (RM81.22). Memandangkan saya tak ada niat nak masuk, saya teruskan perjalanan ke Skyline Luge. Jauh lagi ni.
Akhirnya sampai juga ke sini Akhirnya selepas tambahan beberapa minit berjalan, akhirnya kami sampai juga tempat permainan ini. Kami kira sebenarnya selain daripada menghadiri majlis perkahwinan, ini adalah aktiviti utama yang kami perlu buat ketika berkunjung ke Singapura.
Lagipun geng saya ni memang dah pesan awal-awal nak cuba permainan Luge ini. Jadi tanpa berfikir panjang saya buat tempahan awal menggunakan aplikasi Klook. Memang mudah sangatlah. Saya ambil pakej yang 3 kali pusingan tu. Maksudnya 3 kali la kena naik bukit. Hahaha.
Harga yang dikenakan adalah RM96 seorang untuk 3 kali pusingan. Mungkin nampak macam sikit, tapi sebenarnya agak memenatkan juga. Dengan keadaan panasnya lagi. Lagipun Singapura bukan ada musim sejuk pun. Jadi ketika bermain permainan ini, terasalah juga macam bersokan.
Gelagat memakai topi keledar Sebelum anda memulakan aktiviti, keselamatan adalah amat dititikberatkan. Kita akan diminta untuk memakai topi keledar terlebih dahulu. Setiap topi keledar pula disertakan dengan cip yang akan tag anda ketika penganjur mengambil gambar secara automatik di beberapa spot penting dalam track.
Peraturan ketika menaiki Luge Suasana ketika menuruni bukit Ketika berada di garisan penamat Jika anda seorang yang tinggi macam saya, anda tidak perlu risau dengan kesukaran untuk mengawal luge anda ini. Minta je kepada urusetia untuk memberikan luge yang mempunyai brek pendek. Pandai la diaorang nak adjust. Brek pendek itu membantu anda untuk mengawal luge dengan lebih mudah.
Dimasa yang sama, korang mesti terfikir kan, bila dah menuruni bukit ni, tak kan kena naik tangga lagi nak ke atas semula?
Jangan risau, kalau anda dah masuk kawasan Skyline Luge, mereka ada menyediakan kemudahan kerusi lif (chairlift) untuk memudahkan anda menaiki bukit. Jadi sambil-sambil tu bolehlah berehat di atas kerusi lif sambil menikmati pemandangan di atas Pulau Sentosa.
Kerusi lif yang disediakan Ketenangan yang dinikmati ketika berada di atas Sebenarnya seronok bermain luge dan dimasa yang sama menaiki kerusi lif ini. Lagi seronok korang tersangkut kira-kira 15 meter daripada aras tanah untuk hampir 10 minit disebabkan oleh masalah teknikal. Hahaha.
Mujur tak ada yang gayat. Jadi kami ambil kesempatan ini untuk berborak sahaja sambil menikmati angin yang sepoi-sepoi bahasa. Pemandangan pun cantik.
Selepas menghabiskan 3 pusingan permainan, kami pun saje-saje la scan topi keledar kami untuk check ada ke gambar lawa yang mereka ambil di track. Ternyata ada. Bayaran yang dikenakan adalah SGD7 (RM23.06) sahaja untuk sekeping gambar.
Mahal, tapi sebab cantik kami relakan juga beli untuk dibuat kenangan. Nak tengok gambar mana? Sudah tentulah gambar di bawah ini.
Happy tak muka kitaorang? Haha Selesai bermain, kami jalan-jalan sebenar ke Siloso Beach, pantai yang berdekatan dengan trek Skyline Luge bahagian bawah. Disini sekadar menikmati pemandangan sahaja memandangkan pandai pun bersih dan terjaga.
Pemandangan di Pantai Siloso Ada je yang buat family day,  lepak-lepak dan ada beberapa tempat aktiviti lasak Bungee Jumping yang berdekatan dengan tempat ni. Tak tau kenapa tak terfikir pula nak tangkap gambar atau rakam, mungkin sebab penat sangat kot.
Dah jom balik.
Kitaorang plan macam nak bergegas balik ke hotel pada hari ini sebab terasa barai sangat dah ni. Malam nanti nak cari makan pula.

Balik ke hotel naik MRT je. Lega bila dapat check-in dan dapat baring di tilam yang empuk dan selesa. Rasa macam tak nak bangun je. Tapi apakan daya, kitaorang ada itenary yang perlu diikuti. Jadi rehat sebenar, bersihkan diri sebelum cari makan.
Rekaan klasik tapi masih lagi selesa Kalau hendak diikutkan, terdapat beberapa pilihan tempat yang bakal menjadi tempat untuk kami makan malam. Antaranya ialah Lau Pa Sat, Rasa Rasa Singapore atau 89.7 Super Club. Setelah buat beberapa pertimbangan, akhirnya kami memilih untuk ke Lau Pa Sat dengan menaiki bas.
Lau Pa Sat Ramai juga pelancong ke sini Sampai sahaja kami di sini, kami dapati tempat ini meriah dengan pengunjung yang cuba untuk menikmati hidangan tempatan. Tak sangka pula disini hidangan satey sangat terkenal dan menjadi pilihan utama pengunjung.
Tapi itulah, saya tak adalah kemaruk sangat nak rasa satey Singapore sebab saya ni orang Muar kot. Orang Muar ni sate tu buat breakfast je.
Suasana di dalam food court Antara gerai yang menyediakan makanan laut Jangan risau, banyak je pilihan makanan halal di sini. Cuma ketika kunjungan kami ke sini, ada banyak pula makanan halal yang tutup. Jadi macam kurang sikit la pilihan makanan. Harga makanan pun agak mahal sedikit.
Saya rasa mungkin disebabkan oleh Lau Pa Sat ini merupakan destinasi pelancongan dan kawasan tumpuan, jadi tak pelik la ada kenaikan harga. Agaknya apa menu pilihan saya disini ya?
Ikan pari bakar Saya memang suka ikan pari sebenarnya. Hehehe. Jadi menu saya malam ini adalah ikan pari bakar sambal. Kos hangus adalah SGD17(RM56.01) dan air dalam SGD4.7(RM15.48).
Tapi itulah, rasa tak lengkap pula tak ada sayur. Tapi bila tengok sayur bodoh-bodoh dah SGD10(RM32.95), buang duit je la.
Bila semua dah dapat hidangan, kami pun makan dan lepak-lepak la disini sambil menikmati sisa-sisa hari pertama sesi melancong ke Singapura ini. Barai juga rasanya hari ini. Esok pula merupakan acara penting majlis perkahwinan sahabat saya.
Jadi dalam satu jam lebih kami disitu, kami pun bergegas pulang ke hotel. Recharge balik dan dapatkan rehat yang secukupnya. Jadi saya sambung aktiviti esok pula. Nanti kita sambung bahagian 2 pula.
Siri Singapura
Pengalaman melancong ke Singapura – Bahagian 1
Hadir acara penting di Singapura – Bahagian 2 (diterbitkan esok)
Bercuti di Universal Studio Singapura – Bahagian 3 (diterbitkan lusa)

Saya sekarang dalam mood menulis, jadi pun menulis agak sedikit terperinci tentang perjalanan trip saya melancong ke Singapura ini. Nak tak nak terpaksa pecahkan kepada beberapa bahagian. Harap anda semua enjoy.
The post Pengalaman melancong ke Singapura – Bahagian 1 appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/pengalaman-melancong-ke-singapura/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadiri Acara Penting Di Singapura Bahagian 2

Hadiri Acara Penting Di Singapura Bahagian 2

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 151 hits
Di hari kedua ini saya perlu beri tumpuan kepada acara penting perkahwinan sahabat saya bersama pasangannya Jadi cerita trip percutian kami di Singapura akan bersambung selepas tamat majlisnya disebelah petang Hehehe Kalau korang nak baca b...
Tetapi Di Singapura Had Umur Bersara Adalah 65 Tahun

Tetapi Di Singapura Had Umur Bersara Adalah 65 Tahun

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 139 hits
ZAINUDDIN OMARDi Perancis 1 juta rakyat berdemo menolak cadangan Kerajaan untuk naikkkan umur persaraan dari 62 kepada 64 Kalau sini ramai berusaha agar mereka dapat bekerja sehingga 70 dan tidak mahu bersara LEBIH 1 juta rakyat Perancis me...
6 Momen Keseruan Momo Geisha Dan Keluarga Tamasya Di Singapura

6 Momen Keseruan Momo Geisha Dan Keluarga Tamasya Di Singapura

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 142 hits
Narova Morina Sinaga atau yang lebih dikenal dengan nama Momo Geisha sedang menikmati momen liburan bersama keluarga tercinta Kali ini Momo Geisha sedang berlibur di Singapura Dalam perjalanan ini Momo turut membawa kedua buah hatinya Briel...
Fakhruddin Secara Rasmi Kekal Ketua Umno Bahagian Pekan Sesi 2023 2026

Fakhruddin Secara Rasmi Kekal Ketua Umno Bahagian Pekan Sesi 2023 2026

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 229 hits
KUANTAN Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bersidang pada 7 April 2023 memutuskan bahawa tiada sebarang unsur ketidakaturan yang berlaku dalam mesyuarat dan pemilihan tersebut Ini bermakna keputusan pemilihan bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian ...
Pilih Baby Car Seat Untuk Anak Kena Ikut Usia Tak Boleh Letak Di Tempat Duduk Bahagian Depan

Pilih Baby Car Seat Untuk Anak Kena Ikut Usia Tak Boleh Letak Di Tempat Duduk Bahagian Depan

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 210 hits
Pemilihan baby car seat mesti disesuaikan dengan badan bayi dan kanak kanak supaya mereka selesa dan paling penting posisi car seat mestilah selamat untuk si manja Tips Pemilihan Car Seat Posisi Car Seat yang Selamat Untuk Si Manja Baca Jug...
Bagusnya Ardell Cium Urwa Penuh Kasih Sayang Tapi Ajarkan Anak Tidak Sentuh Bahagian Bibir

Bagusnya Ardell Cium Urwa Penuh Kasih Sayang Tapi Ajarkan Anak Tidak Sentuh Bahagian Bibir

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 182 hits
Kalau nak didik anak dari kecillah sepatutnya kita mulakan Ajarkan pada anak perkara perkara penting supaya kelak pandai dia membawa diri Salah satunya ajarkanlah cara untuk menjaga kehormatan diri Tak kiralah berapa pun umur anak dan sama ...
Pelajar Berperang Lawan Makhluk Aneh Bahagian Pertama Duty After School Dibanjiri Pujian Penonton

Pelajar Berperang Lawan Makhluk Aneh Bahagian Pertama Duty After School Dibanjiri Pujian Penonton

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 444 hits
Kadang kadang cerita yang sukar mendapat akses dan hanya boleh didapati di platform penstriman Korea merupakan drama yang sepatutnya dapat ditonton dengan mudah oleh penonton luar negara ARTIKEL BERKAITAN Salah satu daripadanya ialah Duty A...
Bercuti Di Universal Studio Singapore Bahagian 3

Bercuti Di Universal Studio Singapore Bahagian 3

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 572 hits
Akhirnya tibalah bab dimana saya kongsikan pengalaman saya bercuti di Universal Studio Singapore destinasi wajib yang anda perlu kunjungi jika ke Singapura Ini adalah bahagian terakhir rangkuman 3 bahagian percutian saya ke Singapura Pada h...
Melancong Ke Utara Thailand Itinerari 4 Hari Ke Chiang Mai Thailand

Melancong Ke Utara Thailand Itinerari 4 Hari Ke Chiang Mai Thailand

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 194 hits
Bila kita sebut Thailand pasti ramai yang akan teringat akan kehebatan bandaraya Bangkok sebagai destinasi pelancongan Tidak dinafikan Bangkok adalah bandaraya yang paling popular di seluruh dunia dengan jumlah pelancong antarabangsa melebi...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life