Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um


 
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulas perkembangan isu Syria pada Liqa' Fikri PAS Pusat di Bandar Baru Bangi, 14 Disember lalu. (Foto: HARAKAHDAILY/ZHARIF ZULKIFLEE)

1. TG Abdul Hadi kupas perkembangan isu Syria December 24, 2024
PRESIDEN PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak untuk umat mengambil sikap dan iktibar yang betul daripada perkembangan berlaku di Syria termasuk ke atas gerakan Islam.
Menurut beliau, pandangan mengenai perkembangan di Syria perlu diberikan dalam keadaan sangat berhati-hati kerana melihat kepada sejarah yang kerap kali berulang. Jelas beliau, […] (Sila rujuk HarakahDaily)


2. Balah mazhab pecah negeri, musuh buat peta baru (Nasihat oleh Presiden PAS December 20, 2024) 

MARANG: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menegur kalangan asatizah yang tidak mendalami agama tetapi menyebarkan perbalahan mengenai mazhab hingga akhirnya memecah belahkan umat Islam.

Ahli Parlimen Marang itu menasihatkan dengan peringatan bahawa pada masa lalu, umat Islam memiliki pelbagai mazhab, tetapi mereka tidak berpecah.

“Zaman dulu orang Islam banyak mazhab, tapi tak pecah. Banyak mazhab. Balah sama diri, balah cari ilmu, balah cari ilmu. Ini balah sampai perang jadi negeri,” katanya ketika menyampaikan kuliah Dhuha Jumaat di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Namun, beliau menyatakan bahawa kini musuh Islam, terutamanya kuasa Barat, sedang merancang untuk memecah negara-negara Islam, termasuk di Syria, dengan mencipta peta baru berdasarkan mazhab dan etnik. 

“Ini orang putih duk tengah buat peta baru sekarang ni. Termasuk di Syria dia nak buat peta baru di Syria, ada wilayah Syiah, ada wilayah Sunni.

“Sunni pula Sunni mazhab ni, mazhab ni, ni pula dipecah. Kerana apa? Orang Islam tak reti dah. Hok (yang) paling tak reti sekali, hok ustaz-ustaz ni. Duduk balah pasal mazhab, atas itu (belakang dia) orang putihlah.

“Hok ni orang putih beri pitih (duit), hok ni orang putih beri pitih, orang putih beri pitih mengajar masing-masing, ada pengikut masing-masing, (jadi) pecah. Akhirnya pecah-pecah-pecah (orang Islam dan negeri orang Islam). Ini dia buat,” jelasnya.

Namun menurutnya, terdapat kalangan ulama memahami perkara itu berusaha untuk menyatukan umat Islam seluruh dunia dan sama sekali berbeza dengan kalangan orang Islam yang menyebabkan berlakunya perbalahan walaupun perkara kecil.

“Balah bab sifat 20. Balah bab Wahabi, balah bab ni bab ni. Sebenarnya ini permainan musuh Islam untuk memecahkan orang Islam Jadi negeri-negeri banyak.

“Di Sudan tiga negeri. Sudan Afrika, Sudan Kristian, Sudan Arab, pecah. Di belah Morocco keturunan Barbar, keturunan Arab dipecah. Ada Mazhab Ibadi, ada Mazhab Sunni, pecah. Ini cara pecah orang Islam.

“Jadi orang Islam jadi negeri masing-masing. Ha ini. Yang tukang buat main musuh-musuh Islam. (Yang) Tak reti? Orang Islam juga. Orang Islam hak mengaji, tapi mengaji tak faham.

“Yatafaqqahu fiddin supaya mereka itu faham dalam urusan ugama. Puncanya mengaji tapi tak tafakkuh, Tidak faham dalam urusan ugama. Dia jadi masalah,” tempelaknya.

Beliau menambah bahawa perlu ada kalangan umat Islam yang memahami ajaran agama secara lebih mendalam (tafaqquh) dan bukan untuk berbalah.

“Faham urusan agama. (Surah At-Tawbah ayat 122) Liyunziru qowmahum, memberi amaran kepada kaum mereka. Jangan berpecah jangan kelahi.

“Memanglah mazhab ni ada salah, ada betul, ada salah, ada betul. Qaul daif, qaul apa. Tapi tidak jadi sebab untuk orang Islam berpecah. Ini kena faham. Ini kerana kita tak tafaqquh dalam bab agama jadi berpecah sama sendiri,” jelasnya.

Umat Islam perlu bersatu

Tuan Guru menegaskan bahawa umat Islam perlu bersatu dan memahami agama dengan mendalam untuk menghindari perpecahan yang dirancang oleh musuh Islam.

Beliau berkata, perpecahan umat Islam bermula selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyah yang menjadikan umat Islam tidak lagi menjadi kuasa besar dunia. 

Menurutnya lagi, pada zaman Saidina Umar al-Khattab, umat Islam telah berjaya mengalahkan dua kuasa besar dunia, iaitu Parsi dan Rom, menjadikan Islam sebagai kuasa besar tunggal selama lebih 1,300 tahun.

“Sehinggalah jatuhnya Uthmaniyah 1,000 tahun yang lalu habis Uthmaniyah orang Islam tak jadi kuasa besar lagi. Orang bukan Islam jadi kuasa besar. Negeri Islam jadi kecil-kecil, dipecah-pecah oleh musuh-musuh Islam dipecah-pecah oleh musuh Islam.

“Asalnya negeri Islamnya satu, daripada Nusantara sehingga Morocco, satu saja ketua negara dan satu saja pemerintah Islam ataupun pemerintah daerah-daerah di bawah khalifah yang satu sezamannya.

“Akhirnya orang putih pecah-pecah negeri Islam. Pecah-pecah ikut apa? Ikut mazhab. Ikut mazhab ikut kaum, ikut bangsa. Siapa yang buat? Orang putih supaya orang Islam pecah orang Islam tak bersatu,” katanya.

Peta baharu dunia Islam

Beliau juga menyatakan bahawa penjajah Barat telah merancang untuk memecahkan negara-negara Islam, termasuk Syria, Turkiye, Iraq, Sudan, dan Indonesia, kepada wilayah-wilayah kecil berdasarkan perbezaan etnik dan mazhab. 

Tuan Guru Abdul Hadi menegaskan bahawa musuh Islam, terutamanya Amerika Syarikat dan sekutunya, menggunakan isu mazhab untuk memecah-belahkan umat.

“la (sekarang) ni orang putih (Barat) nak buat peta baru dah. Sekarang ni Amerika dan sekutunya merancang untuk buat peta baru dunia Islam. Dia nak pecah Syria kepada empat negeri; Turkiye dua tiga negeri; Iraq dua tiga negeri; termasuklah Indonesia dua tiga negeri. Dia nak pecah,

“Sudan dua tiga negeri dia pecah, Mesir dua tiga negeri dia pecah. Pecah apa? (Pecah) mengikut kaum. Di Iraq ada kaum Turkman, ada kaum Kurdish, kaum Arab pecah, ada Sunni ada Syiah.

“Pecah Sunni suku, Syiah suku, pecah. Saudi dia pecah pula, ada Wahabi, ada asy-Syairah, ada Syiah pula, dia pecah tiga, Saudi nak pecah, ini, nak pecah sekarang ni,” katanya menyedarkan masyarakat Islam.

Syura

Selain itu beliau menegaskan pelaksanaan syura yang meluas untuk memahami makna syura dalam perkara tiada nas serta perkara sudah terdapat nas, bagi membetulkan cara beramal dengan nas.

Menurutnya, perbezaan pendapat (khilaf) di kalangan ulama perlu difahami, kerana khilaf itu berlaku disebabkan perbezaan pemahaman terhadap sesuatu masalah. 

“Contohnya mazhab Syafie, qunut subuh, sunat ab’ad. Qada qunut subuh kena sujud sahwi Mazhab Syafie. Mazhab lain kata qunut ini bila berlaku perang, berlaku huru-hara, berlaku bencana baru qunut, bukan tiap-tiap tiap-tiap itu kena.  
"Tiap-tiap masa kena qunut sokmo. Maka bila tinggal qunut tak perlu sujud Sahwi tak ada apa. Imam Syafie walaupun Imam Syafie, pendapat dia sunat ab’ad kalau tinggal sujud Sahwi Imam Syafie gi ke Iraq, dia pergi ke Iraq.

“Sembahyang di Iraq, sembahyang dia tak baca qunut. Tak baca qunut dan tak sujud sahwi. Orang tanya pasal apa? Menghormati Imam Abu Hanifah.

“Abu Hanifah kata bukan sunat Abu Hanifah kata tak kena sujud sahwi, Imam Syafie pun tak sujud sahwi, kita balah lebih pada imam syafie lagi, pandai daripada imam Syafie lagi, ni jadi jadi masalahnya. Ulama tidak khilaf,” jelasnya.

Beliau juga memberikan contoh mengenai amalan wuduk dalam mazhab Syafie yang menyatakan bahawa sapuan kepala tidak perlu meliputi seluruh kepala, hanya sedikit rambut, sebaliknya, dalam mazhab lain, seluruh kepala perlu disapu.

“Ulama-ulama kata kalau kita sembahyang tok imam tak sapu kepala semua sekalipun tak apa kita boleh ikut. Mazhab lain kata dak apa tak jadi salah. Itu sunat saja. Tak jadi wajib.

“Ada mazhab kata wajib. Dak balah tak ada apa apa tak ada balah ini kerana memahami urusan agama. Bila tak faham urusan ugama jadi kelahi, jadi pisah satu negeri dengan satu negeri. Ini kena faham,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 20/12/2024


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Insiden gangguan seksual libatkan pensyarah Universiti Malaya (UM), menteri KPT tidur lagi ke? 
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat, Thines Sreedaran menyifatkan insiden gangguan seksual melibatkan seorang pensyarah Universiti Malaya (UM) kepada pelajarnya sebagai minggu yang gelap buat institusi pengajian tinggi itu. 
Beliau meluahkan rasa dukacita terhadap isu berkenaan yang disifatkan menjijikkan dan mencemar nama baik UM sebagai salah […] (Sila rujuk HarakahDaily)
Sekian, bersambung, insya Allah!
.....


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/12/presiden-pas-kupas-isu-syria-balah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Siasat Kenyataan Presiden Pas Berkenaan Isu Batu Puteh

Polis Siasat Kenyataan Presiden Pas Berkenaan Isu Batu Puteh

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 68 hits
Malaysiakini nbsp Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan terhadap Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan beliau berkaitan isu Batu Puteh yang boleh menimbulkan kegusaran awam Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husai...
Um Pihak Berkuasa Siasat Dakwaan Pensyarah Lakukan Gangguan Seksual Kpt

Um Pihak Berkuasa Siasat Dakwaan Pensyarah Lakukan Gangguan Seksual Kpt

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 63 hits
Unit Integriti Universiti Malaya sedang menjalankan siasatan secara aktif berhubung kes gangguan seksual yang melibatkan seorang pensyarah universiti tersebut PUTRAJAYA Unit Integriti Universiti Malaya sedang menjalankan siasatan secara akt...
Pemimpin Pas Panas Isu Derma Jihad Ramai Kecam Sanggup Lindungi Pemfitnah

Pemimpin Pas Panas Isu Derma Jihad Ramai Kecam Sanggup Lindungi Pemfitnah

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 40 hits
HarapandailySeorang pemimpin Pas dilihat panas susulan tindakan parti itu memohon derma jihad bagi membiayai tuntutan saman fitnah sebanyak RM825 000 daripada tiga pemimpin DAP terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad Ah...
Profesor Terlibat Gangguan Seksual Umfc Dakwa Pelaku Berpengaruh Kebal Daripada Tindakan

Profesor Terlibat Gangguan Seksual Umfc Dakwa Pelaku Berpengaruh Kebal Daripada Tindakan

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 62 hits
Nik Nuur Azam ShahKUALA LUMPUR Seorang tenaga pengajar bertaraf profesor didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual terhadap pelajar sebuah universiti ternama di ibu negara Menurut kenyataan Kelab Feminisme institusi pengajian tinggi itu w...
Pas Munafik Sikap Munafik Pas Terserlah Dalam Isu Pulau Batu Putih

Pas Munafik Sikap Munafik Pas Terserlah Dalam Isu Pulau Batu Putih

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 168 hits
Jelas pandangan PAS dalam isu Pulau Batu Putih boleh di anggap tidak berprinsip dan ianya lebih kepada kepentingan mereka Semasa bersama Kerajaan PNkhianat 33 bulan mereka menyokong tindakan yang di ambil kepada PNkhianat sehingga hilangnya...
Fakta Kes Kes Gangguan Seksual Melibatkan Agus Buntung Yang Menarik Perhatian Awam

Fakta Kes Kes Gangguan Seksual Melibatkan Agus Buntung Yang Menarik Perhatian Awam

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 83 hits
Jakarta Kes gangguan seksual yang didakwa melibatkan I Wayan Agus Suartama atau dikenali sebagai Agus Buntung seorang individu kurang upaya dari Nusa Tenggara Barat terus mendapat perhatian awam terutama selepas fakta mengejutkan mengena
Wan Fayhsal Appeals To Pas For Patience As Samsuri Quits Pn Post

Wan Fayhsal Appeals To Pas For Patience As Samsuri Quits Pn Post

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 220 hits
Bersatu supreme council member Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal appealed to PAS not to make hasty decisions following Terengganu Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar s resignation as Perikatan Nasional treasurer general It s hard for me to ...
Tambah Keluaran Protein Negara Peranan Pas Gandum China Rusia Ubah

Tambah Keluaran Protein Negara Peranan Pas Gandum China Rusia Ubah

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 247 hits
1 Leptobarbus hoevenii diternak skala besar di Jelawat December 12 2024KOTA BHARU Kerajaan negeri berhasrat untuk meningkatkan lagi penternakan ikan jelawat dalam skala yang besar sekali gus menambah pengeluaran sumber protein negara Bahkan...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa