Hadiri Acara Penting Di Singapura Bahagian 2


Di hari kedua ini, saya perlu beri tumpuan kepada acara penting perkahwinan sahabat saya bersama pasangannya. Jadi cerita trip percutian kami di Singapura akan bersambung selepas tamat majlisnya disebelah petang. Hehehe.
Kalau korang nak baca, boleh teruskan membaca. Jika tidak berminat, boleh scroll dan baca selepas perenggan yang ditandakan dengan warna merah.

Di sebelah pagi, kami buat persiapan rapi untuk menghadiri acara perkahwinan sahabat kami. Sahabat yang kami kenali sejak berada di Indonesia lagi. ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) antara penghubung yang mewujudkan ukhwah dikalangan rakan negara ASEAN.
Acara perkahwinan ini juga telah dimasukkan dalam kalendar planner saya sejak awal lagi. Maklumlah, sahabat saya ni dah pesan sejak setahun yang lepas, “aku nak kawin tahun depan bulan 12 ni, korang wajib datang”. Dah pesan macam tu, tak kan tak datang pula kan. Haha. Baik sambung cerita.
Pintu masuk gereja Wedding Mass ini diadakan Cathedral of The Good Shepherd. Lokasinya hanya sekangkang kera sahaja daripada hotel kami. Memandangkan lokasi gereja ini tidak jauh, jadi kami tidaklah terkejar-kejar sangat untuk bersiap. Perjalanan pun ambil masa 10 minit sahaja berjalan kaki.
Majlis agak meriah dengan kehadiran sanak saudara daripada kedua mempelai. Ini juga pengalaman kali pertama saya menghadiri majlis perkahwinan bukan Islam, jadi dapat dilihat kegembiraan mereka apabila disatukan. Tahniah!
Pasangan mempelai disatukan Selepas hampir 2 jam majlis berlangsung, maka sahlah mereka sebagai suami isteri. Kami pun berada bersama mereka dalam sesi bergambar. Seterusnya pula adalah majlis resepsi yang akan dilangsungkan di Marina Bay Sands di sebelah tengah hari.
Cantik sangatlah tu. Boleh kita terus bersiar-siar selepas majlis selesai nanti. Hahaha
*Anda boleh ke Marina Bay Sands dengan menaiki MRT ke stesen Bayfront.
Gambar kenangan bersama kawan baru di majlis resepsi Saya malas nak muat naik gambar banyak-banyak memandangkan majlis ini majlis tertutup.

Mula Baca bahagian ini
Dipendekkan cerita, selesailah kami menghadiri majlis resepsi sahabat kami ini. Memandangkan majlis tamat pada lewat petang, maka pelan asal untuk membuat eksplorasi di kawasan setempat tidak kesampaian. Jadi saya melawat apa yang sempat je.
Buat pengetahuan anda semua, ada beberapa lokasi yang menarik sekitar kawasan berdekatan, antaranya adalah Skypark Observation Deck, ArtScience Muzium, Cloud Forest, Merlion, Flower Dome, dan banyak lagi.
Tapi seperti mana yang saya kata tadi, tidak sempat. Jadi saya singgah mana yang sempat sahaja. Lokasi pertama adalah kawasan riadah sekitar Marina Bay Sands. Tengok-tengok apa yang anda. Sambil-sambil tu singgah ke Apple Marina Bay Sands sebab nampak cantik je tempat tu.
Perkarangan kawasan riadah Apple Marina Bay Sands Sebahagian daripada Garden by the bay Sambil-sambil Selepas singgah berjalan, saya terfikir untuk singgah ke Super Tree untuk melihat apa yang ada di sana. Cuma sayangnya saya pergi semasa Krismas, jadi bahagian bawah Super Tree yang sepatutnya percuma tu ditutup dan dibuat acara.
Memandangkan dah singgah sana, saya naik sahajalah OCBC Super Tree Skywalk. Bayaran yang dikenakan adalah SGD10 (RM32.95) sahaja. Jika anda singgah Super Tree dan melihat pemandangan kawasan sekitar daripada atas, maka ini adalah tempatnya.
Pemandangan Supertree daripada bawah Suasana OCBC Skywalk Pemandangan malam Marina Bay Sands Kalau korang nak menunggu, kebiasaannya jam 7.30 malam akan ada persembahan cahaya di sekitarnya. Saya pula malas nak menunggu sebab penat. Jadi nikmati sahaja pemandangan di Skywalk ini.
Selepas singgah ke Super Tree, perut terasa lapar pula. Jadi kami pun Singgah makan di Zam Zam Restaurant. Restoran ni macam mamak versi Singapura la. Menu yang saya cuba pula adalah nasi beriani daging dengan murtabak daging.
Menu di Restoran Zam Zam Pekena nasi beriani Nasi Beriani daging berharga SGD9 (RM29.65) dan murtabak daging pula adalah SGD10 (SGD32.95). Teh Ais pula dalam SGD2.50 (RM8.23). Makanan sedap dan berbaloi. Cuma direstoran ini perlu bayar tunai. Kalau gunakan kad, kena caj pula.
Selesai makan, kami pun pulang ke hotel untuk berehat selepas seharian berada di luar. Kumpul kekuatan untuk meneruskan hari ketiga pada keesokan harinya. Seterusnya pengalaman kami di USS pula.
Jika anda tertinggal siri pertama, boleh klik di bawah ini.
Siri Singapura
Pengalaman melancong ke Singapura – Bahagian 1
Hadir acara penting di Singapura – Bahagian 2
Bercuti di Universal Studio Singapura – Bahagian 3 (diterbitkan esok)
The post Hadiri acara penting di Singapura – Bahagian 2 appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/hadiri-acara-penting-di-singapura/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Melancong Ke Singapura Bahagian 1

Pengalaman Melancong Ke Singapura Bahagian 1

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 190 hits
Sebagai rakyat Malaysia melancong ke Singapura adalah aktiviti percutian yang anda perlu lakukan sekurangnya sekali seumur hidup Manakan tidaknya negara ini cuma terletak bersebelahan sahaja dengan Malaysia Walaupun kita berkongsi demografi...
6 Momen Keseruan Momo Geisha Dan Keluarga Tamasya Di Singapura

6 Momen Keseruan Momo Geisha Dan Keluarga Tamasya Di Singapura

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 142 hits
Narova Morina Sinaga atau yang lebih dikenal dengan nama Momo Geisha sedang menikmati momen liburan bersama keluarga tercinta Kali ini Momo Geisha sedang berlibur di Singapura Dalam perjalanan ini Momo turut membawa kedua buah hatinya Briel...
Peranan Media Sangat Penting 5 Menteri Terbaik

Peranan Media Sangat Penting 5 Menteri Terbaik

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 279 hits
5 Menteri terbaik kerajaan Perpaduan PERANAN MEDIA SANGAT PENTING Selepas lebih 100 hari saya memilih 5 Menteri terbaik memgikut KPI penulis Pandangan saya selain idea dan gerak kerja Menteri kelima lima Menteri ini bijak dan berjaya mengua...
Ikhtiar Dapatkan Anak Perempuan Doktor Ini Kongsikan Cara Boleh Buat Ada 2 Syarat Penting

Ikhtiar Dapatkan Anak Perempuan Doktor Ini Kongsikan Cara Boleh Buat Ada 2 Syarat Penting

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 203 hits
Anak adalah anugerah yang terindah untuk kita Asalkan sihat sebagai ibu ayah kita sudah mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita Namun mungkin ada sesetengah pasangan yang mencuba untuk mendapatkan anak perempuan Sumber foto www...
Tetapi Di Singapura Had Umur Bersara Adalah 65 Tahun

Tetapi Di Singapura Had Umur Bersara Adalah 65 Tahun

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 139 hits
ZAINUDDIN OMARDi Perancis 1 juta rakyat berdemo menolak cadangan Kerajaan untuk naikkkan umur persaraan dari 62 kepada 64 Kalau sini ramai berusaha agar mereka dapat bekerja sehingga 70 dan tidak mahu bersara LEBIH 1 juta rakyat Perancis me...
Fakhruddin Secara Rasmi Kekal Ketua Umno Bahagian Pekan Sesi 2023 2026

Fakhruddin Secara Rasmi Kekal Ketua Umno Bahagian Pekan Sesi 2023 2026

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 229 hits
KUANTAN Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bersidang pada 7 April 2023 memutuskan bahawa tiada sebarang unsur ketidakaturan yang berlaku dalam mesyuarat dan pemilihan tersebut Ini bermakna keputusan pemilihan bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian ...
Bagusnya Ardell Cium Urwa Penuh Kasih Sayang Tapi Ajarkan Anak Tidak Sentuh Bahagian Bibir

Bagusnya Ardell Cium Urwa Penuh Kasih Sayang Tapi Ajarkan Anak Tidak Sentuh Bahagian Bibir

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 182 hits
Kalau nak didik anak dari kecillah sepatutnya kita mulakan Ajarkan pada anak perkara perkara penting supaya kelak pandai dia membawa diri Salah satunya ajarkanlah cara untuk menjaga kehormatan diri Tak kiralah berapa pun umur anak dan sama ...
Pelajar Berperang Lawan Makhluk Aneh Bahagian Pertama Duty After School Dibanjiri Pujian Penonton

Pelajar Berperang Lawan Makhluk Aneh Bahagian Pertama Duty After School Dibanjiri Pujian Penonton

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 444 hits
Kadang kadang cerita yang sukar mendapat akses dan hanya boleh didapati di platform penstriman Korea merupakan drama yang sepatutnya dapat ditonton dengan mudah oleh penonton luar negara ARTIKEL BERKAITAN Salah satu daripadanya ialah Duty A...
Bercuti Di Universal Studio Singapore Bahagian 3

Bercuti Di Universal Studio Singapore Bahagian 3

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 572 hits
Akhirnya tibalah bab dimana saya kongsikan pengalaman saya bercuti di Universal Studio Singapore destinasi wajib yang anda perlu kunjungi jika ke Singapura Ini adalah bahagian terakhir rangkuman 3 bahagian percutian saya ke Singapura Pada h...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Patong Bay Residence Phuket

Ular Sawa 100 Kilogram Ceroboh Asrama Perempuan

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um