Pengalaman Maisara Berdepan Pelanggan Putar Belit Cabaran Berniaga Yang Akan Dilalui Setiap Orang
PENGALAMAN MAISARA BERDEPAN PELANGGAN PUTAR BELIT - CABARAN BERNIAGA YANG AKAN DILALUI SETIAP ORANG | Saya dah pernah cerita tentang anak saya , Maisara yang minat berniaga sejak sekolah rendah lagi. Boleh baca dalam entry Anak Minat Berniaga di sini. Hari ni saya nak cerita pulak cabaran yang dia hadapinya sejak berniaga .
Berniaga masa sekolah rendah dan sekolah Menengah ada bezanya. kalau dulu barang yang dia jual setakat benda yang kecil-kecil dan murah sangat. setakat harga 50 sen hingga Rm1.Tapi bila naik Sekolah Menengah bukan saja ada banyak permintaan barangan yang macam-macam tapi karenah pelanggan nya juga berbeza.
Masa sekolah rendah duit niaga singgit2 je semuanya..
Kalau masa sekolah rendah dulu budak-budak ni tulus dan murni. Kata orang. Tak reti nak putar belit. Tapi bila sekolah menengah, jumpa lebih ramai kawan-kawan dengan peringkat umur lain nya, banyak la kerenah yang dia kena hadap.
Baru-baru ni Maisara mengadu ada pelanggan dia yang dah ambil barang dan dah bayar duit. Tapi alih-alih esok nya pelanggan nya tu datang pada dia dan kata , masih belum dapat barang. Kalau ikutkan pada senarai nama , memang Maisara dah tick pada nama budak sorang ni. Tanda yang yang budak tu memang dah ambik barang yang dia order.
Tapi budak tu kata, tak dapat barang nya lagi.
Saya nasihatkan Maisara untuk pulangkan semula duit pelanggan nya tu. Tak guna berkeras mencari siapa salah siapa yang betul .
Awalnya Maisara memang tak setuju dengan cara saya. Tapi lepas saya terangkan sebab kenapa dia perlu buat macam tu, baru lah dia setuju dan duit tu pun dah dipulangkan.
Saya pesan pada Maisara kalau pun budak tu salah, kita bagi je la semula duit pada dia dengan niat kita sedekah. Mungkin budak tu ada terguna duit siapa2 untuk beli barang yang Maisara jual dan sekarang budak tu tengah susah hati sebab duit tu dah digunakan
Kita pun tak kan miskin disebab kan rugi 5,6 ringgit. Dengan rm5 tu pun kita tak boleh jadi jutawan pun kakak oi.. Hahah.. Gitu lah saya pesan pada dia.
Tapi blacklist tetap blacklist ye.. Bukan apa. Kalau selalu sangat takut naik angin jugak budak Maisara ni nanti.Dah la mulut dia dengan mulut ibu dia lebih kurang sama je. Banyak bisa. hahah
Anggap je la tu satu sedekah. Bila lagi kakak nak bersedekah..kan? Mungkin Allah datangkan pelanggan macam tu supaya kakak lebih murah hati.
Sekurang-kurangnya bila dah niat sedekah kakak tak kan ingat lagi tentang rasa rugi. Sedekah ni pun bukan semata2 sebab kita kesian kat orang tapi ada banyak kelebihan bersedekah ni untuk diri sendiri jugak. Kakak buat baru kakak tahu apa nikmatnya bersedekah. Perkara ni juga satu pengajaran untuk Maisara. Dia kena tahu semakin ramai pelanggan dia, semakin banyak cabaran dan ujian yang akan dia dhadapi. Nanti kat luar sana lagi macam-macam karenah orang nak ngap! kita ni.
Dia kena lebih berhati-hati dan lebih bersedia untuk perkara-perkara macam ni.Tu belum ada pekerja lagi. Nanti ada pekerja, kena hadap karenah pekerja lagi. Yang kuat bodek, tangan panjang, malas kerja macam2 lagi la.
Ini baru permulaan nya...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2020/09/pengalaman-maisara-berdepan-pelanggan.html