Meninggal Dunia Ketika Laung Azan Subuh Anak Kongsi Surah Yang Ayah Baca Setiap Malam



Benarkah sifat mati itu mengejut?
Pada hakikatnya, kematian adalah satu ketentuan Allah SWT. Setiap manusia pasti akan mengalami kem4tian.
Terdahulu, portal Harian Metro melaporkan Allahyarham yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemeriksa Kira-Kira Surau Ar-Rayyan meninggal dunia ketika melaungkan azan Subuh.
Menerusi satu perkongsian di Facebook (FB) Lembaga Zakat Selangor (LZS), Allahyarham dikatakan baru saja melaungkan dua rangkap kalimah azan sebelum tiba-tiba terhenti sekali gus menimbulkan tanda tanya penghuni pangsapuri Sri Ixora.
‘Ayah baca surah Al-Mulk setiap malam’ Shah Alam: “Rutin arwah ayah setiap hari membaca ayat suci al-Quran, satu daripada surah yang arwah ayah baca setiap malam adalah Al-Mulk,” luah anak Allahyarham Rosliman Osman, 60, ahli Jawatankuasa (AJK) Pemeriksa Kira-Kira Surau Ar-Rayyan di Seksyen 27, di sini, yang meni-nggal dunia ketika melaungkan azan Subuh, semalam.
Mohd Iddham Rosliman, 30, berkata, dia tidak menyangka suara lelaki bertadarus sebelum masuk waktu Subuh dan melaungkan azan sejak tiga hari lalu, milik arwah ayahnya.
Menurutnya, kebiasaannya, ayah hanya mengaji di rumah sebelum Subuh, namun dalam tiga hari kebelakangan ini mereka agak pelik kerana mendengar orang bertadarus di surau.
“Ia menyebabkan kami tertanya-tanya siapa yang bertadarus kerana biasanya dengar laungan azan sahaja.
“Rakan-rakan arwah ada beritahu sejak tiga hari lalu ayah yang laungkan azan dan mereka cakap ayah ada dengar ceramah kelebihan azan, itu ayah beria-ria.
“Walaupun surau sudah ada bilal tapi ayah menawarkan diri secara sukarela untuk azan sepanjang tiga hari ini,” katanya ketika ditemui di rumah ibu ayahnya di Pangsapuri Ixora Seksyen 27, di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS), Abdul Basith Hamid menyampaikan sumbangan kepada ibunya, Siti Amnah Hanapi, 55.
Mohd Iddham berkata, ayahnya juga sangat positi-f dalam segala perkara, suka berkongsi rezeki dan taat kepada ibu bapa serta seorang ayah yang sangat mengambil berat terhadap anak-anaknya.
“Apa-apa masalah anak, ayah mesti ke depan, nak ambil tahu dan cuba selesaikan.
“Ayah juga selalu bagi idea dan nasihat yang logik kami pun tidak terfikir.. juga keluarkan duit dia untuk bantu anak,” katanya anak ketiga dari 10 beradik itu.
Sementara itu, Siti Amnah berkata, suaminya akan bangun pada jam 5 pagi setiap hari untuk mengaji dan turun ke surau awal untuk solat Subuh berjemaah.
“Saya dan anak-anak faham bila arwah masuk bilik dan tutup pintu, arwah hendak mengaji kemudian kami akan dengar alunan ayat suci dibaca arw4h,” katanya.
Sementara itu, rakan baik Allahyarham Rosliman, Azri Ahmad, 58, berkata, kenangan bersama rakannya terlalu banyak, malah arw4h disifatkan sangat baik hati dan suka berjenaka walaupun wajahnya kelihatan tegas.
Katanya, mereka selalu bersaing untuk sampai ke surau awal, dan biasanya sebaik azan mereka bertembung di laluan pejalan kaki.
Bagaimanapun, katanya, semalam arw4h turun lebih awal, manakala dia terpaksa patah balik kerana terlupa membawa sejadah.
“Tiba-tiba saya dengar Allah.. Allah.. Allah kemudian terputus-putus menyebabkan saya terus ke surau.
“Sebaik sampai, seorang wanita meminta tolong sambil memaklumkan ada orang jatuh
“Ketika itu saya nampak arw4h sudah terbaring, selepas memeriksa periksa na-di arw4h saya terus hubungi ambulans.
“Sebaik pihak perubatan tiba, mereka sahkan arwah sudah meni-nggal dunia. Banyak kenangan dengan arwah..,” katanya sebak dan tidak dapat meneruskan kata-kata.
Dalam pada itu, Abdul Basith mengesahkan keluarga berkenaan layak didaftarkan sebagai asnaf dan keluarga akan dipantau oleh LZS dari semasa ke semasa.
“LZS akan memulakan bantuan sewa rumah ini dan semua keperluan pendidikan kepada anak yang masih belajar.
“Hari ini kita beri sumbangan sebanyak RM500 kepada isteri arwah, bantuan lain akan disalurkan mengikut keperluan semasa keluarga ini,” katanya.

“Pemergian arwah umpama kita di dunia meraih ‘keputusan peperiksaan sangat cemerlang’-jemaah Surau Al Rayyan Kuala Lumpur: “Pemergian arwah umpama kita di dunia meraih ‘keputusan peperiksaan sangat cemerlang’ kerana men-inggal dunia ketika menyebut kalam Allah.
“Saya sebak dan menitiskan air mata apabila berpeluang menyaksikan sendiri kematian husnul khotimah,” kata jemaah Surau Al Rayyan, Mohd Zin Su.
Mohd Zin, 65, antara individu terawal yang tiba di surau terletak di Pangsapuri Sri Ixora, Seksyen 27, Shah Alam sebelum seorang jemaah, Rosliman Osman, 60, meninggal dunia ketika melaungkan azan Subuh, hari ini.
Menceritakan kejadian, Mohd Zin berkata, dia tiba di surau itu kira-kira 5.50 pagi dan melihat Allahyarham Rosliman sudah berada dalam surau.
“Saya lihat dia ceria dan teruja macam selalu, dan kami bertegur sapa sebelum saya membaca al-Quran.
“Apabila masuk waktu (Subuh), arwah bangun untuk melaungkan azan.
“Namun, selepas dua rangkap kalimah ‘Allahu Akbar’ dan ‘Ashadu alla illaha illa Allah’, suaranya mula tersekat-sekat untuk meneruskan alunan azan,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Mohd Zin berkata, dia bergegas memangku Rosliman selepas melihat lelaki itu tiba-tiba rebah dalam keadaan terlentang.
“Dahinya berpeluh-peluh. Saya memanggil namanya, namun dia tidak memberikan reaksi sebelum saya membantunya mengucap kalimah syahadah.
“Pada masa sama, seorang jemaah lain menghubungi ambulans, namun arwah disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.
Katanya, Allahyarham Rosliman yang sebelum ini menetap di Pahang berpindah ke kawasan itu, kira-kira dua tahun lalu.
“Dia teruja menawarkan diri mengalunkan azan. Subuh tadi, kali ketiga arwah melaungkan azan yang juga terakhir buatnya,” katanya.
p/s: Marilah kita sama-sama memohon kepada Allah SWT supaya mengurniakan kepada kita kema-tian dalam khusnul khatimah sebagaimana yang selalu didoakan oleh salafus soleh: “Ya Allah sudahilah bagi kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan ke atas kami dengan seburuk-buruk kesudahan.”
Sumber: trendingsangat.pw
 
Hanya Sempat Dua Rangkap, Lelaki Meninggal Dunia Ketika Laung Azan Subuh [ Al-Fatihah ]

The post Meninggal dunia ketika laung azan Subuh, anak kongsi surah yang Ayah baca setiap malam appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/03/meninggal-dunia-ketika-laung-azan-subuh-anak-kongsi-surah-yang-ayah-baca-setiap-malam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Meninggal Dunia Sewaktu Laung Azan Subuh Ketika Kalimah Takbir Syahadah

Lelaki Meninggal Dunia Sewaktu Laung Azan Subuh Ketika Kalimah Takbir Syahadah

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 463 hits
Namun apa yang berlaku awal pagi tadi seorang insan bertuah ini ditakdirkan dijemput Ilahi dalam waktu menyeru orang untuk solat iaitu azan Ikuti kisah yang dikongsikan oleh ahli jawatankuasa Surau Ar Rayyan melalui laman Facebook ini Kemat...
Meninggal Yang Dicemburui Abang Man Meninggal Ketika Laung Azan

Meninggal Yang Dicemburui Abang Man Meninggal Ketika Laung Azan

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 335 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Kematian yang dicemburui Itu yang berlaku ke atas Rosliman atau mesra dipanggil abang Man apabila disahkan meninggal dunia ketika sedang melaungkan azan Subuh di Surau Ar Rayyan pagi ini Dalam kejadian itu Allahyarham...
Muazin Meninggal Dunia Saat Azan Subuh Nafas Berhenti Usai Ucap Asyhadu An Laa Ilaha Illallah

Muazin Meninggal Dunia Saat Azan Subuh Nafas Berhenti Usai Ucap Asyhadu An Laa Ilaha Illallah

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 351 hits
Seorang muazin meninggal saat azan di Masjid Ar Rayyan dekat Sri Lxora Section 27 Shah Alam Malaysia Kamis Ia meninggal saat mengumandangkan azan subuh Meninggalnya muazin yang bernama Rosliman Osman menggemparkan penduduk setempat dan medi...
Anak Ajaib Yang Lantunkan Ayat Al Qur An Meski Sekarat Telah Meninggal Dunia

Anak Ajaib Yang Lantunkan Ayat Al Qur An Meski Sekarat Telah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 264 hits
Masih ingat bocah lelaki yang terus melafalkan ayat ayat al Qur an meski sedang sekarat di rumah sakit Kabar duka kini mengiringi bocah tersebut Muhammad Ibrahim Wafiq atau Baim 10 tahun telah mengembuskan nafas terakhir beberapa waktu lalu...
Tambat Hati Pasangan Anak Tiap Kali Masak Selawat Dan Baca Surah Al Imran Ayat 200

Tambat Hati Pasangan Anak Tiap Kali Masak Selawat Dan Baca Surah Al Imran Ayat 200

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 346 hits
Anak kalau masakan ibu bagilah satu jenis lauk pun semua sedap Tak perlu nak masak beriya Orang kata air tangan ibu tu beri satu kesedapan yang boleh buat anak teringat ingat untuk makan Sebab tu walaupun makan sedap di kedai pun ia tak aka...
Elvy Sukaesih Dikabarkan Meninggal Dunia Sang Anak Bantah Hoax Alhamdulillah Umi Sehat

Elvy Sukaesih Dikabarkan Meninggal Dunia Sang Anak Bantah Hoax Alhamdulillah Umi Sehat

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 363 hits
Sebelumnya sang ratu dangdut memang positif terinfeksi Covid 19 namun telah mendapat perawatan dan dinyatakan sembuh
Agar Allah Jaga Anak Kita Sepanjang Masa Baca Doa Ini Setiap Kali Kita Lepaskan Dia

Agar Allah Jaga Anak Kita Sepanjang Masa Baca Doa Ini Setiap Kali Kita Lepaskan Dia

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 1001 hits
Pastinya dalam keadaan sekarang terdetik kerisauan dalam hati ibu bapa yang bekerja setiap kali nak hantar anak anak ke sekolah pengasuh atau taska Namun apakan daya antara kerja dan keluarga dua dua kena laksanakan dengan baik untuk kelang...
Dijemputi Ilahi Semasa Laung Azan Subuh

Dijemputi Ilahi Semasa Laung Azan Subuh

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 373 hits
DIJEMPUTI ILAHI SEMASA LAUNG AZAN SUBUH SHAH ALAM Seorang ahli jawatan kuasa Surau Ar Rayyan dekat Seksyen 27 di sini meninggal dunia ketika melaungkan azan Subuh awal pagi tadi Menerusi satu perkongsian di Facebook Lembaga Zakat Selangor a...
Detik Detik Ulama Dilapor Meninggal Dunia Sebaik Lafaz Lailahaillallah Ketika Sedang Beri Ceramah Agama

Detik Detik Ulama Dilapor Meninggal Dunia Sebaik Lafaz Lailahaillallah Ketika Sedang Beri Ceramah Agama

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 556 hits
Penceramah meninggal dunia ketika memberi ceramah setelah melafazkan Lailahailallah Ulama tersebut dikenali sebagai Buya Malin Putiah yang sedang memberikan ceramah di masjid Kecamatan Harau daerah Limapuluh Kota Sumatera Barat Buya Malin t...
The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant

Cara Cuci Kerang

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar