Pengalaman Mahal Bekerja Dengan Menteri Muda Mentah Dan Naif


KATA MP | Semalam saya menghadiri majlis perpisahan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Selepas 20 bulan menjawat jawatan menteri dan timbalan menteri, kami berdua kini terpaksa meninggalkan KBS.

Ramai yang bertanya kepada saya, macam mana rasanya bekerja dengan seorang menteri yang 10 tahun lebih muda daripada saya?

Saya perhatikan sepanjang perkhidmatan kami, menteri muda, mentah dan didakwa naif itulah yang akan selalu menjadi orang pertama membangkitkan isu kebajikan atlet, orang kuang upaya (OKU), mat motor, banduan, wanita, orang susah, orang terpinggir, dan - secara amnya - golongan yang kurang dipandang masyarakat.

Itulah sebabnya, kini bekas atlet negara diberikan perkhidmatan rawatan kesihatan percuma sepanjang hayat mereka, jumlah peruntukan untuk sukan dan sukan para ditambah.


Di KBS ada program Reben Kuning. Saya sendiri pernah masuk ke penjara wanita di Kajang untuk program kementerian. Peruntukan khas disediakan untuk atlet wanita, program #MalaysiaKerja untuk membantu anak muda yang mengganggur dan sebagainya.

Menteri muda, mentah dan dikatakan naif itulah yang memberi arahan agar semua tawaran pelaksanaan projek KBS dibuat secara tender terbuka.

Ada juga pegawai kanan yang berttanya kepada saya (mungkin mereka menganggap saya lebih berpengalaman dan kurang naif?): "Macam mana semua nak buat open tender, tak praktikal."

Kakitangan KBS bukti kemampuan

Saya jawab, apabila menteri sudah memberi arahan begitu - suka atau tidak - apa yang perlu dibuat adalah melakukannya.

Kerana melalui open tender jugalah, salah satu program sukan besar kendalian KBS, Le Tour De Langkawi, dapat dijayakan dengan penjimatan lebih 30 peratus.

Kualiti pertandingan itu tetap sama, malah tahun ini, buat kali pertama dalam sejarah 25 tahun Le Tour de Langkawi, pasukan Malaysia berjaya menjadi juara dan pelumba negara, Nur Aiman Md Zariff, mencipta sejarah sebagai pemenang kategori raja bukit.

Menteri muda, mentah dan dikatakan naif itulah yang memberi banyak peluang kepada kami semua untuk menonjolkan pemikiran dan kebolehan masing-masing.

Saya diberi peluang untuk mengepalai beberapa projek KBS, antaranya, penubuhan pusat atlet, dasar perkhidmatan kesihatan percuma untuk bekas atlet negara, Fit Malaysia, program TRACK untuk menempatkan atlet dalam kerjaya kedua mereka, program Inspirasi Anak Muda (untuk pengupayaan belia berisiko), program Sekolah Rukun Negara sebagai platform memupuk perpaduan dan patriotisme anak muda dan sebagainya.


Saya ingat lagi, semasa merancang Fit Malaysia, saya membuat keputusan untuk menggunakan tenaga kerja penjawat awam KBS dalam penganjurannya.

Dalam kata lain, kita buat "in-house" dan bukan diserahkan kepada kontraktor lain seperti sebelum ini.

Ada juga suara-suara menyatakan kebimbangan: "Lebih baik kita lantik saja penganjur acara, nanti program tak cantik, menteri kena marah lagi."

Saya pun berbincanglah dengan menteri muda, mentah dan dikatakan naif itu. Lalu dia berkata: "Let us trust our own civil service". Jalan terus.

Hasilnya, kami berjaya menganjurkan program Fit Malaysia dengan kos RM300,000 sahaja di setiap negeri berbanding RM1.3 juta dahulu. Ia adalah penjimatan hampir 80 peratus.

Banyak boleh dijimatkan

Kualiti yang sama, penyertaan yang sama (25,000 peserta di Pulau Pinang, contohnya) dan yang paling best, penjawat awam kita terbukti memang hebat dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia.

KBS juga berjaya menghapuskan persekitaran toksik yang menyelubungi perkhidmatan awam dahulu apabila mereka jarang mendapat kepercayaan bos-bos politik untuk melaksanakan sesuatu kerja besar 100 peratus secara in-house.

Malah, apabila penganjuran Le Tour De Langkawi dibuat secara tender terbuka dan membawa penjimatan 30 peratus, ada seorang pegawai kanan KBS yang berbisik kepada saya: "Kalau buat in-house kita boleh jimat sehingga 50 peratus."

Jelas, prinsip "penjawat awam boleh" sudahpun dibudayakan dalam KBS.

Saya berasa begitu terharu, rupa-rupanya sebelum PRU ke-14, persekitaran toksik menghalang penjawat awam daripada melaksanakan tugasan dan ia secara tidak langsung telah memburukkan tanggapan orang ramai terhadap mereka.


Apabila menteri-menteri baru memberikan kepercayaan semula kepada penjawat awam, maka mereka itu bangkit untuk menunaikan amanah dengan cemerlang.

Syed Saddiq - menteri muda, mentah dan dikatakan naif itu - juga bertekad melaksanakan pembaharuan dalam pengurusan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang bertanggungjawab, antara lain, menguruskan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dari 2014 hingga 2017 - walaupun dengan suntikan dana kerajaan RM130 juta - PSM mencatat kerugian sejumlah RM37 juta.

Pada 2017 sahaja - dengan dana kerajaan sebanyak RM43 juta - PSM kerugian RM25 juta.

Selepas PRU ke-14, pada 2018, dengan dana kerajaan sebanyak RM18 juta, PSM berjaya mencatat keuntungan RM3 juta.


Pada 2019, kerajaan memberikan dana sebanyak RM20 juta dan PSM mencatat keuntungan RM11.8 juta.

PSM diberi mandat untuk membersihkan pengurusan stadium agar aset-aset awam boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk membawa pulangan positif kepada rakyat.

Kepemimpinan Bro Syed Saddiq membuka peluang kepada semua warga KBS - terutamanya penjawat awam - untuk menebus kembali profesionalisme mereka dan membuktikan keupayaan masing-masing dengan cemerlang.

Kami telah berkata pada awal perkhidmatan kami dulu, kami bukan pakar. Justeru, kerja kami ialah untuk memastikan ekosistem yang sesuai agar pakar-pakar sektor belia dan sukan boleh menjalankan kerja mereka.

Saya dengan bangganya boleh berkata bahawa, kerana kepemimpinan Syed Saddiqlah, kami meninggalkan KBS dengan tangan yang bersih dan nurani yang tulus serta puas.

Semoga nilai-nilai urus tadbir baik yang telah disemai akan senantiasa dihayati di KBS tak kira siapa jua yang menerajuinya.

STEVEN SIM ialah ahli parlimen Bukit Mertajam dan bekas timbalan menteri belia dan sukan.
-Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/03/pengalaman-mahal-bekerja-dengan-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jokowi Minta Rakyat Maafkan Menteri Yang Belum Cepat Adaptasi Dan Maksimal Bekerja

Jokowi Minta Rakyat Maafkan Menteri Yang Belum Cepat Adaptasi Dan Maksimal Bekerja

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 203 hits
Jokowi meminta agar rakyat memaafkan menteri yang belum maksimal bekerja dalam empat bulan pertama kabinet Indonesia Maju
Pengalaman Bekerja Sebagai Personal Financial Consultant

Pengalaman Bekerja Sebagai Personal Financial Consultant

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 1027 hits
Sedang menerima tawaran bekerja sebagai Personal Financial Consultant di CIMB BANK Tahniah ia adalah satu peluang yang bagus dan jangan disia siakan Sebelum ni saya ada up satu entry tentang pengalaman bekerja selama 13 tahun di CIMB BANK B...
Menteri Besar Kedah Jumpa Semua Exco Adun Hari Ini

Menteri Besar Kedah Jumpa Semua Exco Adun Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 336 hits
Bincang berhubung situasi semasa politik di negeri ituALOR SETAR Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir akan mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri di kediaman ras...
Terkini Bersatu Mungkin Calonkan Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri

Terkini Bersatu Mungkin Calonkan Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 636 hits
Tun Dr Mahathir berkata akan menerima Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri jika beliau mendapat sokongan majoriti BERSATU Dalam satu sidang media Tun Dr Mahathir berkata terdapat kemungkinan Muhyiddin bakal dicalonkan untu...
Saya Mohon Maaf Perutusan Khas Perdana Menteri Interim Di Pejabat Perdana Menteri

Saya Mohon Maaf Perutusan Khas Perdana Menteri Interim Di Pejabat Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 603 hits
SAYA mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik negara yang agak kucar kacir dan mungkin menimbulkan keresahan di kalangan rakyat kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Dr Mahathir berkata demikian dalam Perutusan ...
Anwar Akan Curi Ahli Parlimen Pembangkang Untuk Jadi Perdana Menteri

Anwar Akan Curi Ahli Parlimen Pembangkang Untuk Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 263 hits
Pada hari ini setelah mendapat tahu yang tidak ada sesiapa pun yang mendapat sokongan majoriti daripada Ahli ahli Parlimen untuk layak menjadi Perdana Menteri semalam Anwar Ibrahim dan DAP cuba untuk memujuk atau mencuri Ahli ahli Parlimen ...
Pengumuman Pm Interim Panggil Sidang Parlimen Pilih Perdana Menteri Baharu Cabar Hak Kuasa Agong Majlis Presiden Ph

Pengumuman Pm Interim Panggil Sidang Parlimen Pilih Perdana Menteri Baharu Cabar Hak Kuasa Agong Majlis Presiden Ph

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 432 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan sebentar tadi dalam satu sidang media memaklumkan pendirian bahawa tidak wajar untuk seorang Perdana Menteri Interim mendahului titah Seri Yang Dipertuan Agong dipercayai dalam hal melibatkan pelantikan Perda...
Perdana Menteri Mengumumkan Fokus Kepada Teknologi Tenaga Lestari Solar Dengan Projek Projek Baru

Perdana Menteri Mengumumkan Fokus Kepada Teknologi Tenaga Lestari Solar Dengan Projek Projek Baru

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 356 hits
Sewaktu pengumuman pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan tadi Perdana Menteri interim Tun Dr Mahathir telah membuat beberapa pengumuman mengenai fokus kepada pembangunan teknologi tenaga lestari khususnya tenaga solar Pertama ialah Kement...
Semua Jawatan Menteri Timbalan Terbatal Hari Ini

Semua Jawatan Menteri Timbalan Terbatal Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 294 hits
SHAH ALAM 24 FEB Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah berkenan membatalkan pelantikan menteri menteri atas nasihat Perdana Menteri Ketua Setiaus...
Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Mural By The One Academy

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Lelaki Itu Bukan Kiriman Tuhan

Pulanglah Wahai Sahabat

Things To Ponder Self Reflection 7


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Najib S Addendum Sent Back To Istana After Change Of Agong Says Pm

The System Is Rigged And Other Truths We D Rather Ignore

Kebakaran Los Angeles Ingatkan 3 Ayat Ini

24 Year Old Who Travelled Abroad Being Treated For Mpox

Petronas Downsizing Catches Fire On Social Media

Mum Boyfriend Nabbed After Son 7 Dies Of Alleged Abuse