Pengalaman Bekerja Sebagai Personal Financial Consultant



 Sedang menerima tawaran bekerja sebagai Personal Financial Consultant ( PFC) di CIMB BANK?Tahniah,ia adalah satu peluang yang bagus dan jangan disia-siakan.

Sebelum ni saya ada up satu entry tentang pengalaman bekerja selama 13 tahun di CIMB BANK.
Boleh baca artikel tersebut di sini :


Berakhirnya khidmat di CIMB BANK selepas hampir 13 tahun.Di CIMB Bank ,saya bermula bahagian operasi,admin ,sales dan kemudian akhir sekali bahagian pengurusan.Jujur saya katakan bekerja sebagai sales person (PFC) itu adalah sebuah pengalaman yang hebat dan mengujakan.Merasa income 5 figure dan belajar banyak perkara.

Jika anda seorang yang berjiwa optimis,sukakan cabaran,tidak mahu buat perkara rutin setiap hari,suka berbusiness dan suka pada kejayaan kecil setiap hari.PFC adalah satu posisi yang baik untuk anda.Kenapa saya katakan begitu?Dibawah ada beberapa sebabnya.


PFC ada target kena capai

Jika anda diberi jawatan sebagai personal financial consultant di CIMB.Di zaman saya ketika itu saya promosikan pelbagai produk bank seperti ASB LOAN,housing loan,personal loan,credit card,investment unit trust dan insurance BANCA .Setiap produk ini ada target yang bank berikan.Lagi tinggi gaji basic anda,lagi tinggilah target.Jadi oleh sebab itu ok sahaja jika bank offer anda basic rendah dulu maybe sekitar RM2500-RM 3000,jika anda fresh graduate dan tiada pengalaman.Kelebihan jika basic rendah adalah target anda akan rendah juga,senang anda nak buat duit jika achieved target.

Target bergantung pada gaji basic anda.CIMB bank juga selalunya offer permanent staff bukan contract.Probation mungkin ambil masa 6 bulan.

Bayangkan jika anda focus pada ASB LOAN sahaja pun,anda boleh cover target produk lain jika boleh achieved 200%..Income jika achieved 100% mahupun 200% akan terus juga berbeza.

Dulu dari  opearation staff under UNION NUBE,ada fix bonus 2 bulan tiap tahun.Tetapi dengan jujurnya saya katakan,saya tidak sesekali menyesal keluar dari zon selesa dengan ada bonus,terjun kepada dunia sales yang ada target.Saya dapat lebih dari bonus tersebut.Alhamdulilah..saya pernah merasa income berbelas ribu juga.

Training.

Duduk dalam dunia sales,anda membawa imej bank.Tak kira lah apa kelulusan anda ketika belajar,bila masuk ke dalam dunia banking,anda kena cinta produk dan sentiasa menambah nilai diri dengan ilmu perbankan.Jangan risau,ketika anda fresh tak tahu apa-apa tentang dunia banking atau anda belajar dulu tiada langsung berkait dengan perbankan,tiba-tiba dapat kerja sebagai executive pemasaran di bank,maka itulah rezeki anda.

Selalunya bank akan hantar anda training 1minggu-2 minggu di pusat training bila anda join.Even saya existing staff hanya lompat dari operation staff ke sales pun ada training sama.Kalau CIMB memang ada pusat training khas di Bangi.Siap ada bilik apartment untuk stay dan kolam renang.Paling best makan pun 5x sehari.heheh..Masa training nilah kita berkenalan dengan sales staff dari cawangan lain dan cari kawan banyak-banyak,nanti bila semangat tengah down,kawan-kawan sama aliran ni boleh membantu kita naikkan semangat balik.

Masa training jangan lupa amik nota,fokus dan terlibat dengan apa jua aktiviti.Disitu anda akan belajar banyak topik.Tentang produk,tentang nak handle customer,compliance dan pelbagai lagi.Senang cerita,jangan risau jika tak pernah bekerja di bank,kerana akan banyak orang akan tolong kita disana.Anda hanya terkebil-kebil untuk sebulan dua,kemudian bila dah expert,semua hanya petik jari sahaja.

Management banking juga sediakan banyak tools untuk kita refer mengenai produk.Intranet,Branch Manager dan kita selalunya ada Lead Generator di branch yang bantu kita untuk dapatkan sales.

Operation staff juga ada kpi as referral sales.Jadi mereka juga akan bantu kita refer customer.

Licence

Wajib untuk anda ambil licence perbankan jika ingin menjual produk bank seperti FIMM licence,PRS,CEILI ,PCE mahu pun IPPC.Ini adalah lesen professional dan semuanya bank bayar.Jika anda jadi ejen di luar,semua cost anda tanggung.

Jika bekerja di bank,exam fees dan renew licence semua bank tanggung.Bagusnya lesen ni jika anda dah bersara nanti,mungkin dah penat kerja di branch,nak buat sendiri.Mungkin masa tu dah tak larat ke apa,licence tersebut boleh digunakan dan park mana-mana agency seperti public mutual,cimb principal.AIA,Great Eastern  atau Prudential takaful untuk jadi Ejen insurance ke atau freelance financial advisor.Tetapi sebelum tu gunakanlah peluang yang bank bagi untuk anda menambah nilai diri anda dan menyumbang tenaga di bank dulu.

Jangan terlalu seronok lihat income ejen di luar dan merasakan makan gaji di bank tak seronok.Kadang-kadang kita lihat sisi seronok orang dan kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada.Anda harus bersyukur dengan asal usul anda.Diterima kerja di bank,diberi training dan diberi peluang pula ambil lesen,maka bekerjalah bersungguh-sungguh terlebih dahulu.Berikan yang terbaik.Kalau boleh biar anda jadi top performer.Tak susah pun,percaya satu perkara "usaha tak mencurangi hasil".Kalau usaha kita sungguh-sungguh,kerja kita sungguh-sungguh,pasti kita akan berjaya.

Alhamdulilah,jujur saya katakan,bergelar sales person di CIMB adalah zaman kegemilangan saya.Mampu beri lebih pada orang tua,hantar mereka bercuti dan apa mereka nak,duit itu ada.Cuma saya tinggalkan kerana kita ni ada had umurnya untuk melakukan sesuatu dan tiba masanya kita beri orang lain pula peluang di tempat kita.


Jadi orang kesayangan.

Selaian tu,bila anda perform.Semua orang akan kenal kita sayang kita,terutamanya boss atasan kita.Nama kita akan disebut-sebut.Apa jua kita minta kadang-kadang mereka cuba tunaikan.Kalau kita cuti sakit akan datanglah buah tangan dan ketidakhadiran kita bagaikan dinanti-nanti.Sebab?Tanpa kita maka tiada lah business di cawangan.Jadi kesihatan kita dan kehadiran kita itu penting.

Kalau kita terpaksa datang lambat sebab ada hal anak tak sihat ka,kena datang sekolah anak ke,atau kita ada hal peribadi,selalunya cukup inform boss,dan boss mudah faham situasi kita.Bukan selalu kan,memang tidak dapat dielakkan.

Tapi kalau kita tak perform,nama kita juga akan selalu disebut-sebut..heheh tapi atas alasan lain lah pula.Jadi usaha sahaja dan fokus dengan kerja,InsyaALLAH kita akan jadi orang kesayangan boss.Tak perlu bodek boss,kompang atau kipas boss,cukup kita bekerja keras dan ada result.Sales figures tells everything samaada kita ini bekerja kuat atau tidak.:)

Masa Flexible

Ya,jadi sales person sebenarnya masa lebih flexible.Masa di zaman operasi dulu,balik pukul 9 malam itu pernah.Pernah juga lebih dari itu bila buat balancing tak balance!Alhamdulilah,jadi sales person,kita manage masa kita..nak balik cepat,cepat-cepatlah buat kerja.Nak lunch pukul berapa,nak amik lunch atau tidak terpulang pada kita.Kita yang manage masa kita.

Jadi PFC ibarat kita buka sebuah kedai runcit.Kita buka kedai awal dan kita juga tentukan berapa sales kita nak dapat hari tu .Dalam satu hari,pastikan ada orang yang singgah ke kedai kita samada hanya untuk melihat-lihat atau memang membeli.Bercakap dengan orang,servis dengan memberi pertolongan apa jua hal perbankan dan kemudian bantu menjawab soalan mereka walaupun kita rasa mereka tidak sign up apa-apa produk dengan kita.InsyaALLAH dengan niat membantu,lepas tu mesti ada orang akan singgah ke kedai kita untuk beli produk kita.

Jika satu hari kedai kita tidak disinggahi,usaha lagi.Berdiri di ATM machine atau ticket counter,approach setiap orang yang datang.CIMB adalah bank yang besar dan ramai pelanggan.Jika satu hari tiada orang singgah di workspace  kita,itu bukan salah bank mungkin salah kita tak gunakan strategi dengan betul.

Bila dah dapat sign up,baru lah kita pergi makan ke atau nak cuci rambut ke time rehat,siapa nak marah kita kan?Dulu duduk operasi,balik lunch lambat sikit atau pergi surau lama sikit,mesti senior tercari-cari,yerlah orang lain nak keluar juga kan.Kita kena ganti pula orang tu.Belum masuk nak mohon cuti raya atau cuti panjang di musim cuti umum.Mesti berebut dengan partner kita,tapi as sales person bagi saya disitu ada sedikit kelonggaran.Achieved je target  lepas tu nak mohon cuti panjang-panjang pun suka hati.

Five Figure Income & TRIPS

Jujurnya,cara pembayaran insentif  di CIMB sangat unik.Jangan sedih jika dapat basic sedikit.Sebab dengan commision yang ada boleh cecah belasan ribu.Yang penting kena kerja kuat ya.

Cuma bila dah senior dah buat sales lebih 5 tahun dan basic agak tinggi,memang sakit sikit nak dapat commision sebab target dah tinggi kan.Jadi masa ni lah bolehlah kita cuba bahagian management atau as manager pula untuk guide adik-adik baru nak berjuang dalam dunia maketing.Kita curahkan pula semangat dan pengalaman kita.

Bank juga selalu bagi reward seperti trips to oversea,shopping voucher,penginapan di hotel-hotel mewah dan pelbagai lagi.Memang best kalau diingat semula memori.


Medical Benefit

Kerja di CIMB memang awesome.Medical benefit untuk diri sendiri,spouse dan kids.Servis cuci gigi pun rasanya sampai RM3000 setahun family dan untuk diri sendiri(kalau tak silap ya,sebab jarang utilized sampai habis) .Spectacles dan contact lense beneft.Handphone bill claim,toll charges,dan pelbagai claim lain.Kalau tak salah saya,PFC pun cover cost bersalin di private.Ni kalau tak salah ya,sebab saya tak sempat bersalin as PFC di CIMB sebab dah resign.huhu..Benefit ni kena tanya HR masa anda sign Letter Offer.Mungkin benefit berubah mengikut tahun anda sign agreement sebagai pekerja bank.


Untuk berlaku adil,selain pro kepada jawatan ini.Saya juga akan share sedikit cabaran sebagai bergelar PFC .

1.Berhadapan dengan karenah manusia dan kesibukan di cawangan.

Apajua pekerjaan yang kita lakukan,kita sentiasa harus berkomunikasi dengan manusia sekeliling.Bila jadi sales person memang paling penting komunikasi kena jaga.Jangan sampai customer complaint.Kadang-kadang customer ni pun banyak songeh ada juga yang berlagak lebih tahu dari banker,jadi sebagai professional banker,kita jangan terbawa emosi.Kita layani sahaja dengan sebaiknya.Kadang-kadang manusia ni perlukan perhatian lebih.

Alhamdulilah,selama 13 tahun jadi banker di CIMB,saya tidak pernah berhadapan dengan mana-mana individu yang complaint.Bising-bising sikit itu biasalah.

Kesibukan di bank itu juga biasa apalagi dihari gaji.Kadang-kadang makan pun lewat petang.Ya lah masa orang lain keluar lunch tu lah kita nak buka kedai kan.Tapi saya suka begitu. Bila sudah biasa semuanya sungguh mudah.

Jadi sales person di CIMB memang sibuk belum lagi dengan kerja house keeping dan customer servis menjawab soalan walkin customer.Tapi percayalah,kesibukan itu sangat bebaloi sebab kita juga akan dapat customer semudah itu sahaja tanpa perlu buat marketing di luar.Berpanas mahupun berhujan di luar.Customer datang rumah kita,mudahlah kita nak close customer kan.


2.Compliance kena jaga.

Sebagai pekerja bank,kita tertakluk kepada AMLA,BAFIA dan perundangan lain.Semua ni akan diajar masa training.Kita juga kena berhati-hati untuk proses sebarang fasiliti yang melibatkan dokumen.Doa banyak-banyak kita tak jumpa dengan orang yang cuba mempermainkan kita dengan fraud documents ,info mahupun kita sendiri cuba melakukannya semata-mata nak kejar target ataupun commission.

Bekerja di bank ,walaupun kita sudah berhenti.Apa jua yang kita sign adalah tanggungjawab kita seumur hidup.Minta ALLAH jaga kita dalam berurusan seharian.Sebab kita pun manusia yang lemah,kadang -kadang kita terlupa mahupun terleka.Jadi dalam kelemahan kita minta ALLAH sentiasa jaga dan beri petunjuk.

Jangan disebabkan nak kejar target kita susahkan hidup orang lain.Tak kemana kita jika kita top naik atas pentas tapi hakikatnya ada insan teraniaya.

Niatlah membantu orang lain dengan memberi penerangan produk dengan baik dan mendidik masyarakat celik pengurusan kewangan.InsyaALLAH pasti sales kita tak pernah putus.

3.Bersedia  jika PIP

Dalam dunia perniagaan ada sepak terajangnya sebelum berjaya.Cuma bezanya kita sendiri yang rasa,orang lain hanya nampak indahnya.Begitu jua sebagai PFC.Saya tidak menganggap PFC itu sebuah pekerjaan tapi sebuah perniagaan yang dibayar gaji.Jadi disitu semangat saya datang ketika berada di bank mencari pelanggan.

Perniagaan sebagai PFC sangat mudah sebab semua disediakan oleh bank.Nak cari market tanpa kos sebab memang hari-hari orang akan datang bank.Kalau kita buka business sendiri belum fikir nak sewa tapak dan fikir kos marketing lagi.Ni dah lah dapat gaji semua disediakan pula.Cuma kita nak buat atau tidak sahaja.

Bila semua disediakan orang,mestilah ada indikator yang ditetapkan untuk kita layak ditempatkan disitu atau tidak.Maka wujudlah KPI untuk menilai prestasi kita.Untuk tahun pertama jika kita tak achieved target ,bank tak kejam.Selalunya mereka meletakkan kita dalam PIP.Jika tahun ke dua masih PIP,jangan tunggulah bank tendang kita.Kita sendiri faham,bangun dan angkatlah kaki.

Ia bukanlah bererti kita tidak bagus atau kita ini teruk sangat.Mungkin kita tidak sesuai disitu.Kepakaran kita tidak disitu,mungkin ALLAH ada janjikan yang lebih baik diluar.Jangan kecewa kerana kita bukanlah teruk sangat.Sekurang-kurangnya kita sudah mencuba bukan?

Jadi..anda masih berfikir dengan offer ini?Jika ya..jangan fikir lama sangat.Orang lain sudah bertindak tetapi anda masih berfikir.

Dengan hati yang sungguh ikhlas,boleh anggap saya bagaikan kakak atau seorang ibu yang menasihati.Apajua kerja yang anda terima,cubalah dulu.Asalkan halal,apa salahnya.Belum cuba belum tahu.Bila diberi peluang,buatlah bersungguh-sungguh.Buatlah kerja dari hati.Lakukan ia dengan focus dan kesungguhan.Pasti anda akan berjaya bila semua itu ada.Allah tak kejam pada hambanya yang berusaha.

Saya bersyukur kerana berpeluang sebagai PFC di CIMB BANK.Banyak sangat pengalaman manis  ketika itu.Paling menyeronokkan tengok payslip setiap quarter.Alhamdulilah,puji syukur kepada ALLAH.

Anda pun cubalah ya....jangan mundur sebelum melangkah.Jalani sahaja,dalam perjalanan itu anda sendiri menilainya.

foto kenangan.

Selamat maju jaya.Bekerjalah kerana ALLAH swt nescaya ALLAH akan permudahkan urusan kita.Ingat mak ayah dan keluarga,setiap cabaran itu hanya ibarat nyamuk yang berdesing lalu di telinga sikit pun tidak menggoyahkan kita.

ok daaa...jumpa lagi.


Appreciate your time reading this entry.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://irdagarmin.blogspot.com/2020/02/pengalaman-bekerja-sebagai-personal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Financial Consultant

Financial Consultant

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 251 hits
Willing to meet customerProvide financial plan and services to client for their financial needs ranging from wealth protection wealth accumulation wealth preservation and wealth distribution Develop individual financial plans in wealth prot...
Average Rm8 000 Experienced Financial Consultant With Basic Salary Velocity Cheras Basic Is Given

Average Rm8 000 Experienced Financial Consultant With Basic Salary Velocity Cheras Basic Is Given

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 242 hits
Prospecting for new clients maintaining an on going relationship with existing clients Assess clients financial situations understand their needs to design an appropriate financial plan Engage and involve thru event Promotion and booth Atte...
Pengalaman Sebagai Penari Membawa Tuah Kepada Sophia Liana Juara Dansa Dan Sing

Pengalaman Sebagai Penari Membawa Tuah Kepada Sophia Liana Juara Dansa Dan Sing

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 555 hits
PENYANYI yang juga anggota kumpulan DeFam Sophia Liana dan Budak Ngam dinobatkan juara sulung program Dansa Dan Sing sekali gus membawa pulang hadiah RM100 000 serta trofi Sophia bersama Budak Ngam mendapat markah tertinggi dengan jumlah 67...
Agong Lantik Tun M Sebagai Pm Interim

Agong Lantik Tun M Sebagai Pm Interim

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 300 hits
Oleh Safeek Affendy RazaliPerkarangan Istana Negara NSTP Aswadi AliasKUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri ...
Pergolakan Politik Semasa Azmin Sangkal Ahli Parlimen Pkr Keluar Parti Dan Pakatan Sebagai Pengkhianat

Pergolakan Politik Semasa Azmin Sangkal Ahli Parlimen Pkr Keluar Parti Dan Pakatan Sebagai Pengkhianat

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 1880 hits
Sumber gambar dari Sinar HarianPanas beberapa hari ini mengenai isu politik dan pentadbiran kerajaan semasa yang sedang bergolak Tidak tahu apa yang berlaku sekarang sehinggakan begitu banyak mesyuarat tergempar diadakan oleh parti parti po...
Penampilan Ke 1000 Ronaldo Sebagai Pemain Professional

Penampilan Ke 1000 Ronaldo Sebagai Pemain Professional

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 265 hits
Cristiano Ronaldo telah mencipta sejarah baru selepas beraksi dalam penampilan ke 1000 beliau sebagai pemain bola sepak professional Pencapaian beliau kini telah menyamai rekod pemain lagenda Gabriel Batistuta dan Fabio Quagliarella Untuk p...
Bersatu Mahu Tun Mahathir Jadi Pm Ke 8 Tolak Peletakan Jawatan Sebagai Pengerusi Parti

Bersatu Mahu Tun Mahathir Jadi Pm Ke 8 Tolak Peletakan Jawatan Sebagai Pengerusi Parti

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 414 hits
Petaling Jaya 25 Feb Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyokong Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke 8 Malaysia Dalam mesyuarat tergempar PPBM sebentar tadi mereka turut menolak jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi par...
Dr Mahathir Mulakan Tugas Sebagai Pm Interim

Dr Mahathir Mulakan Tugas Sebagai Pm Interim

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 388 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memulakan tugas sebagai Perdana Menteri interim Dr Mahathir dilihat memasuki Perdana Putra di Putrajaya yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri pada pukul 9 29 pagi Loading Beliau yang menaiki kenderaan ras...
Minat Fotografi Suka Ambil Gambar Hp Sebagai Hobi Why Not Share With The World

Minat Fotografi Suka Ambil Gambar Hp Sebagai Hobi Why Not Share With The World

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 712 hits
Menarik juga ni Bukan apa Pada yang suka ambil gambar suka suka tapi nak orang appreciate kini ada jalannya Tak kisahlah guna hp smartfon pun ok jek Yang syoknya kita nak tau ada ke orang di luar sana yang minat dengan gambar hp yang kita a...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord