Pengalaman Ke Penang Street Food Festival Psff
PENGALAMAN KE PENANG STREET FOOD FESTIVAL PSFFAssalamualaikum. Apa guna kenangan jika tidak dikongsi. Selain berkongsi di Facebook dan Instagram blog juga suatu tempat yang menarik untuk dikongsi. Sebab itu juga saya rasa nak berkongsi Pengalaman Ke Penang Street Food Festival. Rasanya ini bukan kali pertama. Sekadar nak tahu menarik atau tidak PSFF, apa yang ada, dan sekadar nak rasai suasana
Penang Street Food Festival
Sebelum kita pergi jauh. Penang Street Food Festival ini berlangsung pada 23 dan 34 November 2019, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Dari jam 5 petang hingga 11 malam. Yang menariknya PSFF ini diadakan di Lebuh Pantai Pulau Pinang, yang mana kalau hari biasa jangan berangan nak dapat jalan-jalan sambil makan.
Jalan ini dipenuhi bangunan-bangunan 'heritage' dan kawasan ini dipenuhi bank-bank seperti RHB, OCBC, CIMB dan lain-lain
Saya pun tak lepaskan peluang sambil nak bawa Cik Puteri jalan-jalan dan juga sebab keluarga ajak ke sini. Kalau sekeluarga kami saja mungkin tak sampai ke sini
Memang boleh dikatakan parkir kereta agak susah disebabkan oleh pengunjung yang ramai. Cuti sekolah dah bermula sememangnya ramai pengunjung
Sebenarnya saya dan Cik Puteri cuma menaiki motosikal, sama juga dengan adik beradik yang lain. Mudah nak cari parkir dengan motosikal. Isteri saya tak jadi nak turut serta sebab kurang sihat
Suasana dan makanan di PSFF
Penang Street Food Festival
Apa yang menarik. Sebenarnya saya bukan seorang yang susah pada tempat yang agak sesak dengna pengunjung. Saya lebih suka pada tempat yang tenang dan selesa. Macam cakap kat atas tadi. Beberapa sebab itulah yang membuatkan saya sampai juga ke PSFF kali ini
Memang banyak menu yang disediakan Halal dan Non Halal, Dari Warung sampai ke Hotel. Dari kuih dangai sampailah ke kambing panggang. Lebih kurang 100 warung disediakan. Memang lenguh tangan kalau nak senaraikan semua peniaga yang turut serta. Yang saya ingat cuma Hameediyah, Jalil Coconut Shake, Laporpo dan lain-lain
Sampaikan saya sendiri taktau nak makan apa. Lagipun perut macam agak kenyang sebab dah makan McD sebelum ke sini huhuhu... Jadi sempatlah merasa Coconut Shake (dalam gambar di atas) dan juga Roti Canai Cheese (hotel ok). (Patutnya beli murtabak hameediyah ka kan)
Cik puteri pula bila dah jumpa sepupu, sampai tak rasa nak makan. haishh seronok zaman kanak-kanak. Ada dia minta nak beli belon tapi Abah buat-buat alasan. mana tidaknya ramai yang beratur. Belum lagi orang lalu-lalang kiri dan kanan
Oh... sebelum terlupa, disamping warung-warung makanan terdapat juga pertunjukan dari peserta luar negara dan dalam negara. Kiranya tak sunyilah. So far saya boleh katakan menarik juga PSFF ini.
Mana nak cari semua makanan yang best di penang di satu jalan yang sama. Bagi pengunjung dari negeri lain memang patut datang dan boleh rasai pelbagai menu yang disediakan.
Jumpa lagi. Penang Street Food Festival
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.arzmoha.com/2019/11/pengalaman-ke-penang-street-food-festival-psff.html