Food Carnival Lulu Hypermarket 1shamelin Mall Cheras


Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras | Jumaat lepas kali pertama Fadzi jejak kaki ke Lulu Hypermarket. Bila masuk dalam tu, betul lah orang cakap harga barang-barang dekat sini memang murah.

Nak nak pulak sekarang ni ada promosi Food Carnival. Lagi banyak barang yang harganya lagi murah daripada biasa. 
Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall CherasKalau korang nak tau, Lulu Hypermarket dekat 1Shamelin Mall ni cawangan diaorang yang kedua di Malaysia. Ada satu lagi cawangan diaorang di Capsquare.
Tapi Fadzi pergi yang dekat 1Shamelin Mall ni sebab lagi dekat dengan rumah family Fadzi dekat KL. Dalam 20 minit macam tu dah sampai. Plannya nak beli barang groceries sikit.

Bila masuk je dalam Lulu tu, rasa best jugak. Sebabnya cara diaorang susun barang kemas. Ikut kategori. Senang sangat nak cari barang. Bahagian barang basah pun kemas, teratur dan lantai tak basah.
Rupanya dalam Lulu tu ada tempat makan sekali. Kalau rasa lapar, boleh beli makanan dekat bahagian Hot Food. Dekat situ banyak sangat pilihan makanan dari nasi, lauk pauk, pencuci mulut dan macam-macam lagi lah.
Yang Fadzi terkejut sikit, harga murah. Fadzi beli kan aneeq Nasi Mandy dengan Ayam. RM4.09 je korang. Penuh satu bekas tapeware biasa. Banyak tau nasi dia sampai Aneeq pun tak habis. Tapi murah.

Sekarang pulak diaorang tengah buat promosi Food Carnival. Katanya untuk memperkenalkan pelbagai jenis makanan dari seluruh dunia kepada warga Malaysia. 
Jadi dari 19 Julai sampai 31 Julai 2019, korang boleh beli macam-macam jenis barang ready-to-eat dari negara luar atau pelbagai jenis barang makanan dengan harga promosi.
Dekat bahagian Hot Food ni, korang boleh cuba pelbagai jenis makanan tempatan, makanan Arab, India dan makanan Oriental. Selain itu, korang jugak boleh dapatkan pencuci mulut, cookies dan jus yang sedap sedap belaka.
Pagi tadi sebenarnya dieorang ada buat pelancaran promosi Food Carnival. Dieorang ada potong kek besar. Terlepas pulak nak join. Kalau tak boleh merasa nak makan kek free hahahah.
YB Datuk DR Shahruddin bin Md Salleh merasmikan event promosi Food Carnival 2019.
Tapi nanti 31 Julai 2019, dieorang akan buat pulak majlis potong pizza besar dekat Lulu Hypermarket Capsquare. Kalau korang free, boleh lah pergi sana pulak nak tengok. 
Masa Fadzi tengah shopping barang dekat sini, diaorang ada buat announcement ada coloring contest untuk budak-budak. Fadzi pun saja lah suruh Aneeq join.


Ini pertama kali tau Aneeq join contest mewarna macam ni. Awal-awal tu, Aneeq macam segan segan sikit. Budak-budak ni diberi masa selama 40 minit untuk mewarna. 

Disebabkan Aneeq macam segan nak join, Fadzi pun teman lah dia mewarna. Bila dah siap mewarna, dieorang nak umum pemenang. Aneeq dapat hadiah saguhati. Seronok melompat-lompat berlari lari dia. Lepas ni nak suruh Aneeq join lagi lah contest macam ni.

Selain daripada pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, ada jugak pertandingan lain seperti Pertandingan Briyani, Pertandingan Resepi, Perhiasan Kek dan lain-lain lagi.
Lepas habis coloring competition dan dah ambil hadiah, Fadzi sambung semula shopping barang dekat sini.

Dalam banyak-banyak barang yang dijual dekat Lulu Hypermarket ni kan, Fadzi paling suka pergi dekat bahagian Roastery Lulu Hypermarket ni. Dekat sini banyak makanan yang diimport dari luar korang boleh jumpa.
Macam-macam jenis kurma, kekacang dan gula-gula yang jarang-jarang nak jumpa kalau dekat tempat lain. Datang dekat Lulu ni, korang kena singgah tengok barang-barang dekat sini. Mesti ada yang beli jugak.
Promosi Food CarnivalMasa promosi Food Carnival kali ini, korang boleh cuba nasib untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dengan menyertai Dream Drive Contest. Selain itu, akan ada sale sehingga 70% untuk pelbagai barang di Lulu Hypermarket & Department Store.

Dream Drive Contest (1 May - 1 September 2019)Kalau korang berbelanja sebanyak RM75 ke atas dalam satu resit, korang boleh dapatkan kupon lucky draw dan berpeluang untuk menang hadiah-hadiah yang best. Hadiah utama dia 2 buah Proton X70 weh. Wuuu, harap-harap Fadzi menang. 
Ada juga hadiah-hadiah lain seperti Apple iPhone 7+, UHD LED TV dan Lulu Gift Voucher. Cabutan lucky draw akan diadakan pada 5 Julai dan 6 September 2019. Alah, alang-alang dah shopping barang dekat sini kan, join je lah. Ada rezeki menang.
Sale Sehingga 70% Diskaun (19 Julai - 31 Julai 2019)Dari sekarang hingga 31 Julai 2019, korang boleh jimat bila bershopping barang dekat Lulu Hypermarket ni. Banyak jugak barang-barang yang ada diskaun. Dekat bawah ni antara harga diskaun yang Fadzi sempat tengok hari tu:
Susu  Goodday boleh dapat harga RM5.99. Dutch Lady lagi murah! RM4.75. Lupa nak ambil gambar. Fadzi memang selalu beli susu kotak. Harga RM4 lebih tu memang paling murah boleh dapat tau.
Sos Prego pulak RM3.25. Nampak je harga macam ni, terus Fadzi ambil 4 sos Prego yang berbeza. Lepas tu kakak Fadzi ambil 3 tin. Serius murah ni. 
Kitaorang siap beli pasta 3 4 plastik sorang. Harga pun murahhhhh. Geram tengok harga. Stock pasta dan sos pasta untuk 3 bulan kot. Heheh.
Milo kotak kecil macam ni pulak boleh dapat dengan harga RM6.95. 
Kalau korang jenis memasak guna butter atau buat kek, better korang grab butter brand Lurpark dekat Lulu ni Fadzi dah compare harga memang sini paling murah boleh dapat RM11.99. 
Ni lagi satu. Memang dahsyat harga murah dia. Kalau dekat luar Fadzi survey RM14.90. Dekat Lulu RM9.90 je weh. Jauh beza. 
Bagi peminat Nando's, korang boleh beli sos diaorang dekat Lulu dengan harga yang murah RM9.90/ Sos sos jenama lain pun murah-murah dekat sini. 
Bukan makanan je yang murah dekat sini. Barangan elektrik pun ada diskaun tau. Korang cari je tanda Food Carnival tu. Yang tu memang harga tengah dalam promosi.
Peti ais, microwave, oven, blender, TV LED 4K pun antara barang yang tengah ada promosi sempena dengan Food Carnival ni sekarang. 
Kalau korang memang tengah mencari barang elektrik, datang lah dekat sini. Tapi promosi dieorang sampai 31 Julai 2019 ni je tau. Untuk maklumat lanjut, korang tengok je website atau sosial media Lulu Hypermarket.

Website | Facebook | Instagram




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fadzirazak.com/2019/07/food-carnival-lulu-hypermarket.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
International Cat Pet Carnival 2019 R F Mall Jb

International Cat Pet Carnival 2019 R F Mall Jb

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 565 hits
INTERNATIONAL CAT PET CARNIVAL 2019 9 10 November 2019 11am 7pm JB R F Mall Indoor Concourse Ground Floor Aktiviti menarik Cat Small Animal Exhibition
I Ct I Ct Mall Animals Collection I Ct Central Shah Alam

I Ct I Ct Mall Animals Collection I Ct Central Shah Alam

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 292 hits
Central Pattana was founded on 17 June 1980 under the parent company Central Group Build from a strong foundation that s shaped the retail property development and investment landscape of Thailand CPN is Thailand s largest and most sophisti...
Dah Cuba Sosej Keju Korea Viral Chun Di Ioicity Mall Putrajaya

Dah Cuba Sosej Keju Korea Viral Chun Di Ioicity Mall Putrajaya

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 777 hits
Dah Cuba Sosej Keju Korea Viral Chun di iOiCity Mall Putrajaya Cerita hari Selasa lepas sebenarnya Aku ke Putrajaya lepas settle main ATV dan bermalam di Kemensah untuk mesyuarat Settle mesyuarat baru dapat borak borak sekejap dengan Linda ...
Karnival Car Boot Sale Maniac Vol 1 Mydin Mall Mutiara Rini 29 Nov 1 Dec 2019

Karnival Car Boot Sale Maniac Vol 1 Mydin Mall Mutiara Rini 29 Nov 1 Dec 2019

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 603 hits
Jom korang ramai ramai serbu Karnival Car Boot Sale Maniac Vol 1 Dah cuti sekolah tu boleh bawa anak anak jalan jalan Info seperti di bawah ya Karnival Car Boot Sale Maniac Vol 1 Mydin
Hari Peladang Penternak Nelayan Kebangsaan 2019 Angsana Johor Bahru Mall 28 Nov 1 Dec 2019

Hari Peladang Penternak Nelayan Kebangsaan 2019 Angsana Johor Bahru Mall 28 Nov 1 Dec 2019

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 751 hits
Hari Peladang Penternak Nelayan Kebangsaan 2019 Angsana Johor Bahru Mall 28 Nov 1 Dec 2019 Tarikh 28 November 2019 1 Disember 2019Masa 10 pagi 10
Jelang Melahirkan Syahnaz Pilih Istirahat Dan Mengurangi Jalan Jalan Ke Mall

Jelang Melahirkan Syahnaz Pilih Istirahat Dan Mengurangi Jalan Jalan Ke Mall

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 141 hits
Di saat sedang hamil besar Syahnaz harus ditinggal sang suami Jeje Govinda ke London untuk urusan pekerjaan Syahnaz pun sempat mengeluhkan sakit dan mengharuskannya istirahat
Paradigm Mall Johor Bahru Meraikan Ulang Tahun Ke 2 Bertemakan Fabulous 2 Yang Menakjubkan

Paradigm Mall Johor Bahru Meraikan Ulang Tahun Ke 2 Bertemakan Fabulous 2 Yang Menakjubkan

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 522 hits
Paradigm Mall Johor Bahru meraikan ulang tahun ke 2 bertemakan Fabulous 2 yang menakjubkan November ini Paradigm Mall Johor Bahru akan menyambut ulang tahun yang ke 2 dan pelbagai aktiviti serta promosi
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Negara Paling Banyak Menang Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa

Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Pulut Sambal

Plaza Premium Group Kembangkan Jenama Restoran Flight Club Di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Apa Saja Yang Anda Berikan Tumpuan Dalam Fikiran Akhirnya Akan Jadi Kenyataan

Contact Lens Trial Experience The Difference Risk Free